Tuesday, July 15, 2008

Public Transport & Puduraya

Dalam NST semalam dipaparkan statistik jumlah pengguna 3 jenis pengangkutan awam utama di Klang valley ni sebelum & selepas kenaikan harga petrol baru2 ini.

1. Komuter KTM meningkat 7% dari 94,000 ----> 101,000
2. Bas RapidKL meningkat 7.5% dari 365,111 ----> 392,654
3. LRT RapidKL meningkat 4% dari 313,753 ----> 326,095

Manakala Persatuan Pembekal Minyak Esso Malaysia menyatakan bahawa terdapat penurunan sebanyak 10-15% dari segi volume, namun dari segi cash masih sama kerana pengguna membayar jumlah yg agak sama dengan yg mereka bayar sebelum kenaikan.

Kerajaan digesa agar mengambil langkah segera untuk memperbaiki lagi kemudahan pengangkutan awam dan memberi perkhidmatan yg lebih efisyen dan reliable supaya orang ramai akan kekal menggunakannya dan tidak kembali memandu kereta ke tempat kerja. Ini dapat mengurangkan kesesakan jalanraya, pencemaran alam sekitar dan mengurangkan bebanan kos hidup yg tinggi.

Saya sebagai rakyat Malaysia merasa sungguh bangga dengan pembangunan infrastruktur kemudahan pengangkutan awam di negara kita terutamanya di Lembah Klang. Kita sudah mempunyai LRT-PUTRA, LRT-STAR, KL-Monorail, KLIA, KL-Sentral, ERL, Komuter, dan pelbagai rangkaian lebuhraya. Ini menjadi bukti jelas visi pihak kerajaan dalam memajukan sistem pengangkutan negara selaras dengan perancangan untuk menjadi negara maju.

Namun ada satu aspek pengangkutan yang saya nampak agak ketinggalan iaitu kemudahan pusat perhentian setempat untuk sistem perkhidmatan bas. Ini tidak selari dengan perkembangan perkhidmatan bas di mana Pusat Hentian Bersepadu bagi perkhidmatan bas masih belum diwujudkan. Kita terpaksa menggunakan kemudahan di Hentian Puduraya, Perhentian Stadium Jalan Duta, Bus Stand Kelang, Hentian Putra, Hentian Lebuh Ampang, Kotaraya, Pasar Seni, dan lain-lain.

Ini membawa saya kepada satu pemerhatian kepada salah satu landmark pengangkutan awam di ibukota iaitu Puduraya yang saya rasa sangat ketinggalan zaman dan tidak mengikut arus perubahan yg melanda pasarana dan landscape KL ini.

Komplek Puduraya yang sudah sinonim dengan wargakota rasanya sudah amat tidak sesuai untuk menampung keperluan semasa. Kompleks Puduraya yang sudah berkhidmat melebihi 25 tahun itu dibina di zaman bas-bas yang bersaiz kecil dan tak seberapa bilangannya kalau nak dibandingkan dengan keadaan semasa. Sistem peredaran udara bangunannya sudah teruk dan merbahaya kepada para pengguna kerana ia memerangkap udara kotor dan asap bas terutamanya di tingkat bawah dan tingkat satu. Kemudahan asasnya juga sudah ketinggalan zaman. Dewan menunggu di tingkat satu begitu sesak, panas, dan merimaskan. Lorong-lorong bas di tingkat bawah sangat sempit dan tidak sesuai dengan bas-bas yang rata-rata bersaiz besar.

Tambahan lagi dengan tiang-tiang konkrit yang banyak dan paras bumbung yang rendah. Paras lantai yang lebih rendah dari paras jalan juga sering mengundang gejala banjir kilat setiap kali hujan lebat. Tahap kebersihannya sangat memalukan terutamanya kepada pelancung luar. Laluan sempit di tingkat bawah juga sangat merbahaya kepada penumpang yang terpaksa bersesak-sesak menaiki bas dan terdedah di langgar oleh bas-bas lain yang melaluinya. Ruang yang terhad juga tidak dapat menampung jumlah bas yang banyak menyebabkan banyak bas-bas yang terpaksa di pakir di luar bangunan. Ini menyumbang kepada kesesakan dan menganggu kelancaran trafik di persekitaran komplek ini.

Rasanya sudah sampai masanya Komplek Puduraya itu di runtuhkan dan dihapuskan kewujudannya dan di ganti dengan sebuah Pusat Hentian Bersepadu yang moden. Atau setidak-tidaknya di baik pulih bagi menampung keperluan semasa sesuai dengan fungsinya sebagai pusat tumpuan pengguna bas dari dalam dan luar negara. Imej negara perlu dijaga. Kita tidak mahu nama baik Malaysia yang begitu terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara yang moden dan progresif, tercemar dek Puduraya. Kompleks Plaza Rakyat yg sepatutnya dibina untuk menggantikan Puduraya tidak patut dibiarkan terbengkalai begitu.

Mungkin juga sudah tiba masanya KL-Sentral ditambah fungsinya sebagai pusat hentian setempat untuk perkhidmatan bas. Bukankah itu perancangan awal dulu iaitu untuk menjadikan KL-Sentral sebagai pusat hentian bersepadu bagi semua sistem pengangkutan yang ada termasuk teksi dan bas.

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...