Tuesday, July 08, 2008

Ubah Cara Hidup

Depa kata 70% rutin harian kita ni adalah di luar kawalan, manakala 30% lagi tu masih lagi dlm kawalan kita. Contohnya harga minyak yg dulunya lebih murah dari harga air mineral kini sudah terbalik kod dan akibatnya banyak barang2 dan servis meningkat kosnya, itu rasanya di luar kawalan kitalah sebagai individu ni. Cumanya kita masih boleh memilih produk atau servis yg mungkin lebih murah sebagai alternatif kpd rutin kita selama ini. Contohnya kalau dulu beli daging tempatan RM20 se kg kini ubah pada daging beku yg RM12 se kg, kalau rasa nak pekena lauk daging sekali sekala. Takyah pakai kredit kad lagi sebabnya guna kredit ni maknanya berhutang, jadi elakkan berhutang lebih2 lagi yg caj interest gila2 mcm tu. Mungkin simpan sekeping je untuk emergency atau isi minyak, tu pun settle terus bila dapat gaji.

Aku pi ofis sekarang naik public transpot iaitu pagi2 naik bas express BB-KL pukul 6:15am cost me RM4. Sampai Masjid Jamek around 7am naik LRT ke Jelatek cost me RM2. Then get a lift from my friend Aidi (yg hari2 hantar isteri naik LRT)ke ofis. Jadi kos traspot aku ni ialah RM12 sehari iaitu RM240 untuk 20 hari bekerja. Berbanding kalau aku drive yg menelan kos sebanyak RM20 untuk petrol & RM4 untuk tol sehari iaitu RM480 sebulan tak termasuk wear & tear. Jadi aku save RM240 la ye. Look positively, first aku rasa segar sebab bangun around 5:30 dan dapat solat subuh diawal waktu pada 5:45 tu. Second aku dapat sambung tidur kat dlm bas express yg selesa selama 40 minit. Fresh beb. And I still reach office before 8am.

Pagi2 ni warga kota berduyun2 kat terowong stesen LRT Masjid Jamek menuju ofis masing2 termasuk gak budak2 sekolah. Dan peniaga2 ramai siul yg mencari rezki di kaki lima area stesen LRT Masjid Jamek tu. Ada yg jual nasi lemak ready made RM1. Ada sandwich & aneka kuih-mueh, dan ada nasi lemak custom made yg harganya pun bergantung kpd lauk2nya. Peniaga akhbar2 pun seronok sebab akhbar laku macam goreng pisang kerana isu2 panas kebelakangan ini. Aku seronok dapat akhbar The Sun yg memang di edar secara percuma. Paper The Star, NST & Berita Harian aku baca ofis punye. Sebelah petang pun sama ramai peniaga yg mencari rezki kat area tu. Ada yg jual payung, buah2, stokin, air minuman, goreng pisang & keropok lekor. Cuma kekadang tu DBKL buat hal ambush dan merampas segala barangan. Sekali aku tengok seorang kakak peniaga menangis2 kerana segala bekalan payung2 nya di rampas penguasa. Aku ingat kalau ada 30 payung yg dijual RM5 sekaki maknanya melayang RM600 rezkinya di situ. Sedih aku lihat adegan itu. Why not bagi je lesen kat peniaga2 tu, halalkan di segi undang2 tambahan lagi peniaga2 ini menambahkan keceriaan di situ sebenarnya. Lebih2 lagi di ketika rakyat menghadapi kepayahan kos sara hidup yg melampau ini. Take it easy dan a bit fleksible. Aku lihat peniaga2 nya melayu dan penguasa2 DBKL itu jugak melayu. Ini tidak masing2 bertempiaran lari di bumi sendiri. Sedangkan bangsa lain kaya raya tidak di usik pun.

Jadi nak tak nak ubah lah cara hidup dalam kelompok 30% yg di bawah kawalan kita itu. Aku makan di kantin breakfastnya RM2 dan lunchnya RM4, makanya RM120 gitu sebulan. Dapat aku save RM80 di situ sebab biasanya RM200 sebulan. Anak2 & isteri kadang merungut kerana sudah tidak pergi bercuti, cuma cuti sekolah hari tu pulang ke kampung tapi itulah hakikatnya dgn kos sebegini terpaksalah mengikat perut dan berjimat cermat. Tiada lagi perbelanjaan luxury cuma yg tinggal asas belaka. Recession is coming. But again problems can create opportunities, positively speaking. Ada hikmah untuk kita muhasabah diri.

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...