Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Monday, July 14, 2008
No-Confidence Motion
Padanlah aku on the way to office pagi ni ada jumpa road block dekat traffic light Bank Negara, pastu jln enggang kat jelatek. Jem gille...ish ish. Menyusah kan orang je. Aku dok borak dgn rakan aku si Aidi, ni mesti ada apa-apa ni, ada gathering protes apa-apa ni. Belek2 The Sun memang la ye, polis dah dapatkan perintah mahkamah dah pun untuk menghalang DSAI dan penyokong2 Pakatan Rakyat dari rally pada pukul 10am untuk menyokong motion of no-confidence terhadap Pak Lah di Parlimen hari ni. Rupanya polis dah adakan puluhan road block kat jalan2 utama menuju KL semenjak hari sabtu lagi. Supt Azri Abdul Rahman, penolong ketua polis Brickfields menegaskan bahawa DSAI dan penyokong2nya mestilah menghindari dari berada di kawasan Parlimen dan 5km radius sekelilingnya. Hmmm menarik jugak motion of no confidence ni ye. Kalau semua MP dari PR menyokong maknanya ada 82. Campur 2 dari SAPP, Jumlahnya 84 against 138. Kalah la jugak PR. Cumanya Pak Lah segan la ye bila ramai gak MP yg tak konfiden dgn beliau. Lebih menarik lagi kalau ada lagi 26 MP dari BN yg turut menyokong. Maka undinya akan jadi 112 (PR) dan 110 (BN) maka Pak Lah pun kalah. Dan terpaksa letak jawatan PM. Ye ke? He he....don't worry be happy. The no-confidence motion hari ni tak ada pengundian pun. Cuma nak gertak je. Dan bagi saiko cantek punye. Akan ada perbahasan dan pendedahan segala kelemahan juga cadangan2 membina. Anyway hope this motion will put Pak Lah in a better mood to improve further and put more actions in helping to ease the burden of the rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
1 comment:
salam. semalam dan sabtu pun ada road block nk keluar dr dengkil via putrajaya/cyberjaya ni. harimau vs gajah (sapa gajah sapa rimau?), pelanduk tersepit di tengah2. jem jem.. :)
Post a Comment