Semalam TGNA telah mengemukakan suatu cadangan yg bernas sekaligus membuka minda iaitu satu lagi antara puluhan pembaharuan yg diperkenalkan sebagai pemimpin kerajaan Kelantan - menjadikan solat 5 waktu dan solat Jumaat sebagai syarat kenaikan pangkat dan pengambilan baru kakitangan awam serta pemilihan calon bagi wakil rakyat serta jawatan politik lain.
Satu cetusan pemikiran yg hebat. Dan bila dibelek akhbar Berita Harian hari ini macam biasalah sebagaimana akhbar harian one sided yg lain, terpaparlah tajuk2 yg mempertikai cadangan TGNA itu, yg negatif aspect of it off course. Yang sedihnya muslim yg dok bagi komen negetif tu, bukan non-muslim atau dari bangsa lain.
Omar Osman, Presiden Cuepec berkata cadangan itu berat sebelah kerana menerusinya hanya individu beragama Islam boleh dapat kenaikan pangkat atau mendapat pekerjaan. Ini kerana hanya mereka yg beragama Islam bersembahyang 5 waktu dan Jumaat. Macamana dgn pekerja atau individu yg menganut agama lain?
Apa yg bangang sangat ni, sudah tentulah syarat ini jatuh kpd muslim sahaja. Yang beragama lain tak payahlah guna syarat tu, bodoh!!
TS Ismail Adam, Ketua Pengarah JPA berkata kerajaan Kelantan hanya boleh mengenakan syarat baru itu kepada kakitangan awam yg bekerja dgn agensi kerajaan negeri sahaja.
Sepatutnya sebagai seorang yg beragama Islam, kita patut menyokong 100% kerana apa yg kita hendak ialah seorang muslim yg baik untuk menjawat jawatan, bukannya hampas yg terang2an menentang perintah Allah. Imam Ghazali ada menyatakan tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Bagi saya anjakan paradigma yg dicetuskan oleh TGNA ini adalah penuh hikmah dan berhemah. TGNA meletakkan Islam above the rest, no matter what. Terserahlah kpd manusia untuk menterjemahkanya, jika ikhlas dipandu cahaya keimanan maka terserlahkan kebaikannya dan pergi jauh kesannya hingga ke generasi2 yg mendatang.
"Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan selain Aku. Dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu (Allah)." -Surah Thaahaa ayat 14.
Datuk Mohd Alwi Che Ahmad, Ketua Pembangkang DUN Kelantan berkata walaupun cadangan TGNA itu sesuatu yg baik, perlaksanaannya akan sukar kerana ia memerlukan mekanisma bagi memastikan seseorang itu tidak menunggalkan solat 5 waktu.
Sementara itu pengamal undang2 yg juga ADUN Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik pula berkata langkah berkenaan cukup baik tetapi tidak praktikal kerana masyarakat majmuk di negara ini.
Dalam ruangan rencana (ms.28) pula mempersoalkan bagaimana untuk mempastikan seseorang kakitangan awam itu menunaikan solat, terutamanya jika mereka yg tidak ke masjid dan surau kerana melakukan bersama keluarga di rumah. Bagaimana pula kalau mereka bersolat semata2 untuk naik pangkat dan tidak ikhlas.
Itulah antara pandangan2 negetif dan kebimbangan yg ditimbulkan. Namun yakinlah bahawa a long journey start with the first step. Cetusan minda TGNA ini adalah the first step untuk menggerakkan kesedaran umat yg mengambil lekeh ibadah solat supaya memberi perhatian sewajarnya. Kerana ibadah solat ini difardukan Allah dan layaknya mengatasi syarat2 yg ditentukan manusia. Sepatutnya syarat solat 5 waktu itu wajib dipenuhi dulu sebelum membicarakan kelulusan BM dlm SPM dsb semasa menemuduga seseorang calon itu. Namun kita sama2 berdoa agar mereka menunaikan solat dgn ikhlas kerana Allah dan bukannya semata2 kerana hendak menjawat jawatan tertentu dengan menunjuk alim.
Fahamilah bahawa tanggungjawab mendirikan solat itu adalah suatu urusan besar di sisi Allah dan adalah ibadah yg paling utama untuk di hisab di akhirat nanti. Itulah kelebihan TGNA sebagai ulama yg ulung dlm membangkitkan kesedaran masyarakat. Sangat sedih kita melihat seorang yg berpengaruh dan berpangkat tetapi tidak menunaikan ibadah solat yg paling pokok itu, maka tidak hairanlah pelbagai masalah rasuah dan salah laku berleluasa. Akhir sekali tepuk dada tanya iman - Siapa yg kita cuba tipu? Sesama manusia atau Allah?
--
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
1 comment:
salam. betul la be, sbg muslim, kita kena sokong at least secara dasar nya. pelaksanaan tu, kaji lah mcm mana. hendak seribu daya...:)
Post a Comment