Wednesday, August 06, 2008

Saiful Islam

Maksud Hadis - Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) seraya berkata:

“ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam : “ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan.

Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“.

Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” .

Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “. (Riwayat Muslim)

Alhamdulillah petang tadi saya berkesempatan mengikuti ceramah perdana bertajuk Iman, Islam, Ihsan bersandarkan Hadis di atas yang sampaikan oleh Ustaz Hj Hasrizal Abdul Jamil atau lebih dikenali melalui blog site nya saifulislam.com. Banyaknya maklumat di alam cyber kadang tu menyebabkan kita konfius atau gambaran big picture perihal Iman Islam dan Ihsan tanpak samar dan kurang jelas ibarat beberapa orang buta yg meraba gajah, yg keluar dengan tafsir mengikut perspektif sendiri.

Gaya penyampaian santai Ustaz berjaya menarik minat para audience dan memudahkan pemahaman tentang apa yg ingin beliau sampaikan. Jelas Ustaz sudah tiba masanya Islam warisan itu sudah tidak mencukupi. Kita kini kena ada Islam pilihan. Ustaz berkongsi sebuah cerita perihal sebuah keluarga mewah yg punyai seorang anak perempuan berusia 20thn Lina berkelulusan Law & anak lelaki Zack berusia 22 tahun berkelulusan Engineering. Kedua2nya di hantar ibubapa mereka belajar di boarding school di UK semasa usia awal belasan tahun setelah dikeluarkan dari madrasah tahfiz di tanahair. Apa yg berlaku anak2 ini sudah hilang arah dalam beragama. Jadi ibunya seorang Datin telah meminta khidmat ustaz saifulislam untuk cuba membetulkan keadaan.

"So you are the holy man" itulah kata2 pertama yg keluar dari anak perempuan berkelulusan undang2 itu. Empat soalan yg diutarakan beliau dan ditangguh jawapannya oleh Ustaz ialah:
1. What do you think of wearing tudong? I will never wear tudong.
2. Why we have to pray 5 x a day?
3. Why we cannot keep dog at home?
4. What you think about JAWI? (berkaitan dgn isu hangat pada masa itu penangkapan seorang artis di disco Ziouk)

Ustaz bertanya - What is your purpose of life?
Jawabnya: I want to have my own Law Firm & make good money.
Ustaz berkata itu tidak mencukupi untuk membuatkan seseorang itu bahagia. Donald Trump salah seorang manusia terkaya pernah berkata dia tidak merasa kebahagiaan dan melihat ramai orang lain lebih bahagia darinya, namun ramai orang ingin berjaya seperti Donald Trump. Lina bertanya kepada ustaz "so whats your purpose in life?". Ustaz berkata saya pun tak tahu. Justru kita kena refer kepada pencipta iaitu Allah. Dalam Al-Quran Allah menegaskan tidak Ku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepada Ku. Itulah objektif hidup kita.

Sesuatu itu ada purpose dia. Sebatang pen ada tujuan dia. Kalau kita guna dia sebagai paku di dinding untuk menggantung frame gambar, maka pen itu akan rosak dan di buang ke dalam tong sampah. Bila ini terjadi maka ia tidak lagi di panggil pen walau berapa mahal harganya, tetapi di panggil sampah. Satu perlawanan bola sepak EPL antara MU dgn Chelsea tidak ada maknanya tanpa ada tiang gol. Satu permainan golf tidak ada value dia tanpa lubang untuk dimasukkan bola golf itu. Nampak dak? Mungkin seorang mat rempit akan berkata matlamat hidupku ialah mati di jalan yg lurus. Tanpa matlamat hidup yg jelas dan jitu sebagaimana yg ditetapkan oleh yg Maha Pencipta maka kita ini hanya sampah masyarakat yang tidak berguna with no value.

Roy akhirnya bersuara, katanya "I don't think religion can do anything to me". Ustaz cool je dan menyarankan Roy membaca sebuah buku oleh seorang pengarang barat Sean Covey (adik kepada Steven Covey pengarang buku 7 habit of effective people) perihal betapa hidup itu perlukan tujuan. Ustaz berharap supaya tercetus rasa untuk berfikir dalam diri Roy. Ibarat kata Kung Fu Tze - Belajar tanpa berfikit itu sia-sia, dan Berfikir tanpa belajar itu bahaya.

Berbalik kepada persoalan yg dibangkitkan oleh Lina. Ustaz berkata when you accept God, then only I will answer why you need to pray. If you accept to pray, then only I will answer why you need to wear tudong. Apa perlu dia pada Islam? Hidup sudah serba mewah persis di Syurga. Bila rasa perlu itu ada, maka lebih mudahlah kita untuk terima. Tentang masalah anjing itu, budaya dan adat lah yg membataskan, kerana syariat mengatakan kalau anjing jilat bekas kamu maka basuh lah dgn 7 kali dan sekalinya dgn tanah, itu je. Rasulullah pernah menegaskan Apa yg aku cegah buat maka jauhkan sejauh-jauhnya, Apa yang aku suruh buat maka buatlah sepenuh-penuhnya. Iman itu adalah Input. Islam sebagai Proses dan Ihsan itu adalah Outputnya.

Persoalan Iman, itu ialah percaya yg terbaik. Ada satu kisah di sebuah sekolah, Pengetua telah memanggil seorang guru yg terbaik dan memberi tanggung jawab kepadanya untuk mendidik 100 pelajar yg terbaik di sekolah itu. Hasilnya guru itu berjaya meningkatkan prestasi 100 pelajar itu sehingg 40%. Pengetua mengucapkan tahniah kepada guru berkenaan tapi berkata bahawa sebenarnya 100 pelajar tadi bukanlah dari kelempok 100 pelajar terbaik cuma dipilih secara adhoc saja. Guru itu merasa bertambah lagi hebat kerana dari kalangan pelajar yg bukan tebaik pun beliau masih berjaya meningkatkan prestasi mereka dgn begitu drastik sekali. Pengetua seterusnya menerangkan bahawa guru tadi itupun bukanlah sebenarnya guru yg terbaik di sekolah itu dan di pilih secara rawak juga. The moral of the story is sekiranya kita percaya maka jadilah ia. Kenapa berubah? sebab kita yakin. Keyakinan mengubah perbuatan. Selaras tak? perbuatan dengan apa yg kita yakin. Itulah Iman.

Persoalan Islam, adalah satu proses ketundukan dan kepatuhan kepada Allah untuk keselamatan kesejahteraan kebahagiaan. Tunduk dan patuh kepada sesuatu yang menghasilkan kesejahteraan kebahagiaan dunia dan akhirat. Semua ritual ibadah yang kita buat adalah proses menuju kebaikan. Peraturan2 Allah itu makruh harus haramnya itu adalah sebagai guidance supaya hidup kita teratur di dunia berpanjangan hingga ke akhirat. Kerana kita secara lumrahnya selalu short sited, keupayaan terhad. Contohnya papan2tanda peraturan jalanraya itu kita patuhi tanpa banyak soal pun, kita tidak pula berbahas itu tak kena ini tak kena dgn signboard2 yg bertebaran itu. Hidup ini ada syariat dan ada law of nature atau sunatullah yg kedua2nya wajar di patuhi demi mencapai tahap ihsan. Halal itu tuntutan syariat dan Toyyiba itu kriteria saintifik/sunatullah.

Seorang Pak Haji yg soleh itu masih gagal mendapat hasil tani yg baik berbanding seorang Ah Chong, kalau dia gagal mengguna teknik2 pertanian yg sepatutnya. Siapa yg bagi hasil tani yg baik itu? Allah. Mengapa Allah tak bagi hasil yg baik kpd Pak Haji itu? Kerana kegagalan Pak Haji mematuhi sunatullah. Justru seorang muslim yg baik adalah yg berjaya mematuhi tuntutan syariat dan juga sunatullah. Bukankah Rasulullah merangka strategi terbaik semasa hendak berhijrah ke Madinah? Sedangkan Rasulullah bisa saja menadah tangan memohon kemudahan dari Allah tanpa berusaha pelbagai teknik dan strategi itu. Melanggar hukum Allah tidak akan mencetus sunatullah. At the end of the day, sekiranya Pak Haji itu sedar dan menurut kaedah saintifik sprinkler siraman 3 x sehari, buat batas tanaman elok2, bajai dgn baja dan sukatan yg betul, lengkap dgn perparitannya dan terus beramal soleh dengan zikrullahnya, solatnya, baca Qur'annya, dan doanya, maka rezki pak Haji tidak sekadar hasil tanaman yg setimpal bahkan rezki Pak Hajilah yg ada barokahnya, berbanding Ah Chong (non-muslim) itu. Ameen.

@@

1 comment:

Hasrizal Abdul Jamil said...

Assalamualaikum Bro Hisham...

Terima kasih atas kesudian hadir ke ceramah saya dan terima kasih juga atas catatan yang begitu komprehensif. Kalau audience dapat menangkap isi selengkap ini, ceramah 10 jam pun terasa berbaloi :)

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...