Sunday, August 24, 2008

DSAI The Next PM?

Tajuk kita ialah "DS Anwar Ibrahim The Next Prime Minister?" maka kita pun bincang & bahas, cut & paste, baca & tulis dengan panjang lebar dah berbulan2 lamanya. Secara gentleman atau jalangan. Kem BN dgn cerita dan skrip dia. Kem PR dgn hujah dan fakta dia. Ada yg betul ada yg ragu2. Sumpah sana sumpah sini. Macam2 ulasan di dedahkan di media arus perdana yg pro BN hinggalah media cyber yg ada pro PR dan ada pro BN. Sebenarnya itulah ramuannya bagi tukang2 masak handalan nak bagi seronok dan menarik, kena ada cerekarama pilihan, elemen sensasi, dramatik & sedih. Penonton kan ramai. Namun pengakhir cerita samada happy ending atau sebaliknya ialah kita kena kembali kepada perkara asas.

Seperti kata TGNA iaitu kita ini Hamba Allah. Maka kembali lah kepada pencipta kita iaitu Allah SWT kerana Dia lah yang mengetahui halatuju atau segala perancangan akan hamba2 Nya ini. Jadi berbalik kepada tajuk kita di atas, macam2 teori dan jalan cerita telah dipaparkan sebagai perencah input dan jugak pengisian sebuah proses.

Input--->Proses--->Output

Output pada topik perbincangan ialah DSAI the next PM? Maka apabila dust and jerebu settle down, maka jelaslah tiada apa pun yang dapat menghalangi ketentuan Allah. Ada hikmah pada setiap yg berlaku itu. Telanlah walaupun pahit. Yang pahit itulah penawarnya, insyaAllah. My point is jika ketentuan Allah DSAI akan jadi our next PM maka jadilah dia. Bagilah dia peluang. Dan jika sebaliknya maka tidak jadilah DSAI our next PM. Mudahkan. Tak payah lah pening kepala. Allah SWT yang lebih mengetahui apa yg terbaik untuk kita semua hamba2 Nya. Ingat kita semua akan mati. Di Akhirat sana segala dosa dan pahala yg kita buat di dunia ini walau sebesar tahi hidung pun akan diambil kira dan ada nilaiannya. Ingat Syurga atau Neraka? Who are we trying to fool?

@@

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...