Thursday, August 21, 2008

Ustaz Nur Salam

Alhamdulillah pada malam ini saya sempat mengikuti kuliah maghrib walaupun agak terlambat di surau Al-Faaizeen yang disampaikan oleh penceramah hebat iaitu Ustaz Nur Salam Al Hafiz. Pesan Ustaz anggaplah puasa Ramadhan kita tahun ini sebagai puasa Ramadhan yang terakhir. Janganlah kita menganggap bahawa kita berkesempatan lagi untuk melalui Ramadhan di tahun depan. Inilah Ramadhan terakhir kita. Maka buatlah yang terbaik.

Cukuplah dok fikir nak bershopping, nak buat kueh, nak balik kampung, nak sibuk persiapan raya, nak tukar karpet nak tukar kusyen atau langsir. Cukuplah. Itu tahun2 yang lepas puan2. Tidak pada tahun ini. Kita nak puasa yang hebat pada tahun ini. Ini puasa terakhir kita. Ibarat kita pergi menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci mengharapkan akan memperoleh Haji yang mabrur, maka begitulah kita dalam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini, hendaklah kita berusaha melakukan puasa yang bukan sekadar menahan lapar dan dahaga semata malah menahan mata, telinga, dan seluruh pancaindera, jiwa dan raga untuk mendapat martabat puasa yang terhebat.

Ramadhan itu ibarat medan perjuangan, kursus intensif dan latih tubi, proses mentarbiah diri. Jika kita lalui nya dengan niat dan sikap untuk berubah dari jahat menjadi baik, dari baik menjadi lebih baik maka insyaAllah outputnya dapat kita lihat di bulan Syawal dan bulan2 seterusnya. Hasilnya atau buahnya akan kita lihat dan nikmati, insyaAllah. Kalau sama saja tak ada bezanya. Kalau dulu solat express rakyat dan selepas melalui sebulan latih tubi kursus intensif di bulan mulia itu kita masih lagi dok solat express rakyat atau macam burung belatok maka gagallah kita, sia2 lah kita hantar pergi masuk kursus sebulan itu. Ibarat orang pergi haji bawak balik haji malboro saja lah. Tok Haji tapi bukan macam tok haji. Ubahlah sikap kita. Janganlah di sia2kan bulan Ramadhan tahun ini dengan aktiviti tidak berfaedah. Kita Siam dan kita Qiam. Siang kita Siam penuh kualiti, malam kita Qiam penuh tawadduk.

Ramadhan terbahagi kepada 3 bahagian 10 hari pertama iaitu rahmat, 10 hari kedua iaitu keampunan, dan 10 hari ketiga iaitu kelepasan dari api neraka. Biar ada peningkatan dari awal Ramadhan hingga kemuncaknya di malam al Qadr, malam yang lebih baik dari 1000 bulan (83 tahun+). Biar kita keluar dari Ramadhan tahun ini sebagai insan puteh bersih dan punyai saham akhirat yang bertimbun. Janganlah dok ikut tradisi, surau melimpah ruah dgn para jemaah pada awal Ramadhan dan beranjak saf ke depan demi ke depan hinggalah di hari2 terakhir Ramadhan hanya tinggal satu saf yg terdiri dari tok imam, tok bilal, tok siak & 5 jemaah musimiah (bermusim). Silap hari bulan kerana hari hujan 5 jemaah musimiah tu tak datang, kebetulan tok bilal pulak sakit perut, dan tok imam balik kampung, maka tinggallah tok siak terkontang-kontang. Sudahlah, cukuplah. Rugi tuan2.

Berazamlah untuk khatam Qur'an di bulan Ramadhan ini. Bertadaruslah. Habiskan satu juzuk satu hari tu dah biasa. Kalau di takdir kita tak lancar baca Qur'an atau bacaannya merangkak-rangkak siap dok mengeja-ngeja lagi, takpa kata Ustaz, teruskan. Para Malaikat di langit mendoakan kita, melihat keazaman kita untuk terus berusaha sedaya upaya membaca Al Qur'an itu. Ini bulan Ramadhan yang penuh barokah dan ganjaran berlipat ganda dengan kemurahan Allah SWT.

Ustaz Nur Salam selalu memberi motivasi kepada anak2 muridnya di Madrasah Tahfiz di Lampong, bahawa bapak ini tidak seberuntung kamu semua yang dapat memulakan pengajian semuda ini seawal umur kamu 7, 8, 9 tahun ini. Bapak dulu masa mula menghafal Al Qur'an sudah di usia yang lanjut yang kata orang di usia yg sudah terlambat. Bapak dulu mula menghafal Al Qur'an di usia bapak sudah 25 tahun iaitu sekitar tahun 1982 dan berjaya menghafal 30 Juzuk itu dalam masa setahun, hafal sendiri. Atas inisiatif sendiri dengan sikap dan semangat yang kuat untuk berjaya. Dengan kadar 2 mukasurat dapat di hafal dalam sehari, maka Ustaz telah berjaya, Alhamdulillah menjadi Al Hafiz dalam masa setahun. Jadi tiada yang mustahil. Justru itu ustaz menyeru para jemaah sekelian tak kira tua dan muda, berazamlah untuk menjadi hafazan, paling tidak berazamlah kalau tidak hafiz 30 juzuk pun, hafiz juz 30 pun jadilah, tidak mustahil di bulan Ramadhan al mubaraq ini. InsyaAllah.

@@

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...