Tuesday, January 21, 2025

KEMBARA 100 MASJID



Sejak tahun lepas 2024, saya menanam satu azam untuk ziarah 100 buah masjid di seluruh negara sblom ajal menjemput. Saya akan memaparkan gambar2 dan sedikit profil ringkas masjid2 yg saya lawati berkenaan.

Saya merekodkan ziarah saya itu pada posting2 di medium tiktok dan facebook bagi tatapan umum. Para pengunjung blog SOT sekelian boleh lah follow tiktok impianaiman dan facebook hishamAR bagi menikmati posting2 yg dipaparkan.

Setiap yg berlalu sudah menjadi sejarah dan kenangan. Masa yg lepas sudah tidak boleh diulang lagi. Penting utk merekodkan somewhere memori2 ini. Saya memilih utk menterjemahkan momen2 sebegini di ruangan media sosial iaitu FB, tiktok, dan blog.

Bila saya browse balik tulisan2 saya atau curahan emosi serta gambar2nya seolah saya sedang merentasi masa menyusuri sejarah dan momen yg telah pernah saya lalui. Banyak momen sudah saya lupa atau terpadam dari memori. Namun terima kasih dan syukur adanya posting2 ini yg mengembalikan semula kenangan2 lama itu.

Itu kelebihan orang yg dapat berbicara di hujung jari membuat coretan demi coretan sebagai ingatan. Alhamdulillah.

Doa saya di baki usia ini agar dianugerah usia yg baroqah, dimanfaatkan diri ini untuk ummat, dan diberikan pengakhiran yg husnul khotimah.

Satu lagi impian saya ialah untuk menerbitkan 10 buah buku untuk manfaat ummat, sebagai pusaka saya kpd masyarakat, sblom ajal menjemput pergi. Setakat ini baru tercapai lima buah buku. Maka ada baki lima buah karya lagi. Insya-Allah. Doakan saya bisa mencapai impian ini.

Berbalik kpd projek Kembara Masjid, setakat ini saya telah merekodkan ziarah dan profil 41 buah masjid di seluruh malaysia. Ini merangkumi semua negeri yg telah saya cover, kecuali negeri terengganu, dan johor. Berikut senarai masjid yg telah saya lawati setakat ini;

Kembara Masjid
1) Masjid Bandar Springhill, N9
Kos: RM4.9j
Siap: oct 2013
Kapasiti: 1,500
2) Masjid Seri Sendayan, N9
Kos: RM100j
Siap: sept 2019
Kapasiti: 5,000
3) Masjid Negeri Shah Alam, Selangor
Kos: RM160j
Siap: mac 1988
Kapasiti: 24,000
4) Masjid Bukit Aman, KL
Kos: RM8.3j
Siap: 1988
Kapasiti: 1,500
5) Masjid Wilayah KL
Kos: RM255j
Siap: oct 2000
Kapasiti: 17,000
6) Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa, Selangor
Kos: RM3.2j
Siap: dec 2014
Kapasiti: 1,500
7) Masjid Umar al-Khattab, Bukit Damansara, KL
Kos: RM2.9j
Siap: 1984
Kapasiti: 3,000
8) Masjid Saidina Hamzah, kg batu muda, KL
Kos: RM7.6j
Siap: 1995
Kapasiti: 1,000
9) Masjid Muadz Bin Jabbal, Setiawangsa, KL
Kos: RM5j
Siap:1998
Kapasiti: 1,200
10) Masjid Muhammadi KB, Kelantan
Kos: RM360k
Siap: 1932
Kapasiti: 2,400

11) Masjid Wakaf Lichong, Pasir Puteh, Kelantan
Siap: 1986
Kos: RM500k
Kapasiti: 400
12) Masjid Wakaf Bharu, Kelantan
Siap: 1956
Kos: RM5j
Kapasiti: 2,500
13) Masjid al-Ismaili, Pasir Pekan, Kelantan
Siap: 2002
Kos: N/A
Kapasiti: 1,500
14) Masjid Mahmoodiah, Kebakat, Kelantan
Siap: 2002
Kos: RM4j
Kapasiti: 500
15) Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya
Siap: 2015
Kos: RM14.3j
Kapasiti: 10,000
16) Masjid al-Ikhlas, Shah Alam, Selangor
Siap: 2013
Kos: RM20j
Kapasiti: 2,000
17) Masjid al-Kholidiah, Rasa, Selangor
Siap: 2022
Kos: RM15.5j
Kapasiti: 1,500
18) Masjid al-Ubudiah, Kerling, Selangor
Siap: 2010
Kos: RM5.9j
Kapasiti: 1,000
19) Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh
Siap: 1968
Kos: RM1.84j
Kapasiti: 3,000
20)Masjid Muhammadiah, Ipoh
Siap: 2013
Kos: RM4j
Kapasiti: 1,500

21) Masjid as-Syakirin, KLCC
Siap: 1999
Kos: RM24j
Kapasiti: 12,000
22) Masjid ar-Rahman, Gopeng, Perak
Siap: 1969
Kos: RM500k
Kapasiti: 400
23) Masjid Aman, Alor Setar
Siap: 1982 @2017
Kos: RM5.4j
Kapasiti: 2,000
24) Masjid al-Hussain, Kuala Perlis
Siap: 8 okt 2011
Kos: RM12j
Kapasiti: 1,500
25) Masjid Al-Busyra Sg Petani, Kedah
Siap: 1972
Ubahsuai: 2018
Kos: RM2.4j
Kapasiti: 1,000
26) Masjid Zahir, Alor Setar
Siap: 1915
Ubahsuai: 2003
Kos: N/A
Kapasiti: 3,000
27) Masjid MADAD, Kedah
Siap: 2023
Kos:  RM8j
Kapasiti: 1,000
28) Masjid TSFPJ, kuala perlis
Siap: 12 Nov 2021
Kos: N/A
Kapasiti: 1,000
29) Masjid Putrajaya
Siap: ogos 2000
Kos: 250j
Kapasiti: 20,000
30) Masjid Tuanku Mizan (masjid besi), Putrajaya
Siap: ogos 2009
Kos: rm200j
Kapasiti: 20,000

31) Masjid Bandaraya Likas, Sabah
Siap: 18/2/2000
Kos: rm34j
Kapasiti: 24,000
32) Masjid Negeri KK, Sabah
Siap: 29/6/77
Kos: N/A
Kapasiti: 5,000
33) Masjid Bilal Bin Rabah Tmn Koperasi Polis F1, KL
Siap: 4/5/2017
Kos: rm13.6j
Kapasiti: 2,500
34) Masjid Sultan Ahmad Shah, UIA Gombak, Selangor
Siap: 12 oct 1995
Kos: RM19.4j
Kapasiti: 9,000
35) Masjid Terapung Kuching, Sarawak
Siap: 2019
Kos: rm21 juta
Kapasiti: 1,600 org
36) Masjid Bandaraya Kuching, Sarawak
Siap: 1968
Kos: N/A
Kapasiti: 1,600 org
37) Masjid al-Khairiyah, Sri Gombak, Selangor
Siap: 2004
Kos: N/A
Kapasiti: 4,000 org
38) Masjid Ayesha, kok lanas, Kelantan
Siap: 2012
Kos: RM7j
Kapasiti: 2,000 org
39) Masjid Ibrahim, hentian gua musang, Kelantan
Siap: 2023
Kos: N/A
Kapasiti: 1,000 org
40) Masjid Tmn Temerloh Jaya, Temerloh, Pahang
Siap: 2010
Kos: RM5j
Kapasiti: 1,200 org
41) Masjid al-Firdaus, bandar baru selayang, Selangor
Siap: 2002
Kos: N/A
Kapasiti: 3,000 org

Masjid adalah rumah Allah. Selitkan dlm doa agar Allah pilih aku menjadi tetamu Nya. Hanya orang2 terpilih sahaja yg dapat menjejakkan kakinya ke masjid. Pilihan Allah tidak mengenal rupa paras, pangkat, harta, atau status dlm masyarakat, ada motor atau ada kereta, hatta siapa pun kamu. 

Justru sangat beruntung org2 yg terpilih. Mungkin daripada 20,000 penduduk muslim disesuatu bandar atau kawasan, hanya 50-60 org sahaja yg dipilih. Masya-Allah.

@@@



































No comments:

KEMBARA 100 MASJID

Sejak tahun lepas 2024, saya menanam satu azam untuk ziarah 100 buah masjid di seluruh negara sblom ajal menjemput. Saya akan memaparkan gam...