Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Saturday, July 17, 2021

BILA MAU BERSARA?



BILA MAU BERSARA BRO?

Saya terbaca di satu posting FB sahabat saya Shaiful iaitu posting daripada anaknya bertarikh Febuari 2021. "Today, ayah told me, the reason he’s been able to work for so long is because he simply loves his job. He may be retired from MIDF, but he’s still technically working. I guess it’s true what they say, choose a job you love and you will never have to work a day in your life. Happy 60th birthday ayah. May Allah bless you with a long and healthy life to continuously spoil your grandchildren."

Masih bekerja dikala usia sudah mencecah 60 tahun? Bila mau bersara bro? Itu persoalan yang boleh kita renung dan fikir.

Rutin bekerja 9 to 5 sudah 38 tahun di lalui, tiba-tiba sampai umur bersara maksima usia 60 tahun. Tiba2 sudah tidak ada lagi rutin keluar pagi balik petang itu. Mental dan fisikal kena disesuaikan. Peringkat permulaan ini sangat kritikal. Ramai yang tewas hingga terjadi kemurungan dan kekecundangan. Samada sistem pengurusan diri atau interaksi dgn ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.

Satu senerio di sebuah kampung Parit Jawa. Isteri dah tak tahan melihat telatah suaminya yang dikenali sebagai Abg Saleh, yang tidak bekerja atau berusha mencari nafkah. Asyik rutinnya hari2 duduk kat sofa mengaji Quran. Isterinya mulai rimas. Sedangkan isterinya Kak Rohana yang 10 tahun lebih muda usia daripada suaminya, agak cergas lagi membuat sedikit sebanyak kerja kampung seperti berkebun, ambik upah menoreh getah, dan mengusahskan nurseri secara kecil-kecilan. Rasa tidak puas hati melihat gelagat suami sudah tidak dapat dibendung lagi dan akhirnya meletup jua. 

Cuba kita duduk sejenak. Apa ysng  sepatutnya berlaku kpd seseorang yang sudah bersara, dalam ertikata tidak lagi bekerja sebagaimana tugasan yg dilakukan selama ini mungkin sebagai kakitangan pejabat, bekerja di entiti perniagaan, pegawai kerajaan, cikgu, polis, doktor, pekerja industri binaan,  pekerja kilang, staf di sektor swasta, dan seumpamanya.

Apa yang perlu berlaku setelah kita bersara? Iaitu migrasi daripada kategori tenagakerja yang berdayasaing kepada kategori usia bersara iaitu menjadi seseorang yang tidak lagi diperlukan sebagai tenagakerja di bidang yang menjadi platform atau lubuk sektor pekerjaan di pelbagai industri yang ada. Boleh faham tak senerio yang sedang berlaku ini?

Kategori orang yang berada diusia bersara ini ialah sepatutnya duduk berehat sahaja, menjaga kesihatan dengan baik, kalau boleh jangan menyusahkan orang lain termasuk anak-anak. Betul tak definasi ini?

Jika betul maka senerio Abg Saleh dalam kisah di atas sebenarnya tidak salah. Kerana Abg Saleh sudah bersara. Cukuplah dia membanting tulang sebagai crew plantar minyak selama 38 tahun itu. Inilah masanya untuk dia berehat. Betul tak?

Tunggu sekejap. Rasanya ada juga yang tak kena di sini. Apa dia? Abg Saleh ni ada 6 orang anak. 4 sudah bekerja dan 2 masih belajar. Kos hidup yang mesti ditanggung masih tinggi walaupun tinggal di rumah sendiri di kampung. Bil TNB, Celcom, Astro, Cukai Tanah, Cukai Pintu, Insuran dan  Roadtax kereta, duit minyak kereta, barangan dapur dan segala keperluan yang lain. Maknanya ada sejumlah wang yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan di usia persaraan ini. Itulah yg menjadi isu besar atau perkara pokok dalam dilema hidup Kak Rohana tadi dan ramai lagi pasangan dan keluarga di pelbagai lapisan masyarakat.

***

Semalam saya borak dgn seorg sahabat yg baru bersara dua bulan lepas. Dia kata otak jem, boring giler, tak tau nak buat apa kat rumah? Inikan pula StayHome dah setahun lebih gitu. Got my point?

Apa yg wajar dilakukan? Kalau yg dapat WFH, mcm anak bongsu kami tu ok la jugak. Kalau yg mmg melakukan biznes or trading online pun saya rasa ok kot.

Yg dok melangut, tidor, makan, tgk tv, main fon, tidor, makan, ni yg jadi masalah.

Bak kata wife saya, kena create activity. Contohnya wife saya suka gardening dan memasak, anak saya suka buat seni embroidery, siap ambk tempahan.

Saya dan isteri pulak di musim PKP 3.0 ni setiap pagi ada aktiviti berjalan 1.2km di taman perumahan kami. Alhamdulillah.

Juga rajin2 sharing dlm WA, IG, FB, dan yg sewaktu dgnnya. Elakkan otak jem. Kongsi2kan ilmu bermanfaat. Gemarkan diri raih ilmu di medsos. Kalau anda penulis macam saya, ini masa yg baik buat buku baru.

Majlis2 ilmu pun byk kat youtube. Pekena headphone, dengar kuliah drp ustaz2 yg muktabar seperti UAS & UAI. At least satu kuliah sehari, bertambah la sikit ilmu di dada. Insya-Allah.

Atau terus bergiat menjadi aktivis kerja2 amal @NGO. Ramai yg kesempitan di zaman kepayahan ini yg perlukan bantuan.

@@@

Tuesday, September 08, 2015

Hujan Batu

Peaceful Demonstration Always Welcome

Setelah bermusafir sekejap melihat alam ciptaan Allah di negara orang, terasa benar kerdil diri. Betapa hebat dan halus berseni bumi ini. 

Sehebat mana negeri orang, masih rindu dan tidak sama negeri sendiri. Kan ada pepatah lama, "Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri. Namun sgala yg baik itu patut benar di tauladani.

Kekadang terserlah unjuran Islam di praktis di negara non-muslim seperti menjaga kebersihan. Payah nak nampak sampah sarap merata samada di kawasan perumahan, jalanan, sungai atau tempat2 awam.

Public toilet masyaAllah bersih dan presentable berbanding di negara kita. Masalah vandalism pada kemudahan awam tidak ketara. Lukisan2 grafitti di lorong2 menjadi daya tarikan pula.

Soal keselamatan memang best, dapat rasa selesa dan selamat. Rumah2 jarang berpagar atau bergrill khasnya di pinggir2 bandar. Rumah2 banglo belaka dgn harga patut dan mampu milik serendah $150k.

Warga mereka bebas melakukan aktiviti tanpa rasa takut. Berjogging awal pagi atau aktiviti fast walk di taman2. Anak2 seronok berbasikal atau ber skateboard tanpa di bimbangi ibubapa.

Allah kurnia landskap bumi yg indah, corakan awan yg unik, cuaca dingin, udara bersih dan segar. Air sungai, tasek dan laut yang sama tapi tak serupa. 

"Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan." (ar-Rahman:34)

Rakyat bebas mengekspresi diri pada demo2 aman tanpa gangguan. Polis menjadi teman bukan lawan. Rasuah bukan amalan. 

Amanah dlm menjalani tugasan sebagaimana unjuran Islam yg menjadi pegangan dan kebiasaan penjawat awam di sana.

Pemimpin pula terbuka untuk di kritik. TV coverage memberi ruang kpd kedua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang. Isu2 besar akan mengambil kira pandangan rakyat jelata.

Sidang parlimen di siarkan secara langsung di kaca TV, nothing to hide from orang awam. Transparensi yg bukan skadar janji palsu pilihanraya.

Para pemimpin peka kpd kehendak rakyat. Bertanggung jawab jika melakukan kesilapan, tidak segan untuk mengaku silap hatta melepaskan jawatan yg di sandang tanpa tangguh. 

Jauh berbeza dgn pemimpin negara kita yang gemar dengan denial mode atau pekak badak syndrom. 

Katanya tunggu setiap lima tahun di pilihanraya umum untuk membuat perubahan jika tidak puas hati. 

Sangat gelabah menghadapi apa2 bentuk demonstrasi jalanan. Intelligent debate jauh skali. Always one way street, forcing everthing down your throat.

"Bukan budaya kita," yang di mantrakan siang malam. "Perhimpunan haram," yang di propagandakan di media. 

Town planning mereka advance dengan rangkaian pengangkutan awam yg efisyen. Saya dapat rasa suasana relax, user friendly dan feel good feeling yg ada. 

Pelbagai konsesi wujud untuk kebaikan kelompok yg berpendapatan rendah, pelajar dan warga emas. Ia melayakkan diskaun hingga 50% untuk pelbagai servis dan kemudahan nationwide. Memang niat nak tolong rakyat.

Driver2 bas tampak bangga dgn kerja mereka dan melayan customer dgn professional skali. Tidak tension atau stress giler macam driver bas awam kita. Menepati masa juga adalah budaya.

Pemandu di jalanraya juga sangat berdisiplin. Memberi laluan kpd pejalan kaki adalah prioriti. Memakai seat belt tanpa gagal termasuk penumpang belakang. Mematuhi speed limit dan had jumlah penumpang.

Rangkaian jalanraya yg elok tidak berlubang sana sini. Dan tiada bayaran tol. Again the feel good factor terserlah.

Harga barangan groceries juga murah malah potongan harga adalah rutin biasa yg di amalkan setiap minggu. 

Harga kreta juga murah. Saya beli kreta sedan V6 tahun 2000 good condition dgn harga $500 sahaja. Harga kreta2 baru cuma lingkungan harga $10k-$45k.

Isi minyak dulu baru bayar. Budaya jujur yg diterap. Harga minyak juga kompetitif dan bebas di set oleh operator. Ron95 harga antara $1.24 hingga $1.39 per liter.

Saya berkunjung ke city mosque. Barangan di jual tanpa ada orang menunggu, skadar di letak tabung untuk di masukkan harga belian base on trust. Sedangkan di masjid dan surau kita bukan setakat tabung duit yg di kebas malah selipar dan kasut.

Saya suka ke public library atau municipal council kerana dpt wifi free atau access internet di PC yg disediakan. Memang selesa.

Satu lagi yg menarik ialah konsep kedai barangan second hand atau opportunity shops. 

Selalunya di operate oleh badan2 kebajikan seperti salvation army atau senior citizen. Di mana barangannya ialah barangan terpakai yg disumbang orang ramai free of charge. 

Kemudian di pilih untuk di susun atur di pamer untuk jualan pada kadar harga yg murah bangat. Baju, jeans, kasut, jaket, dress dgn price tag $1-$8. 

Barangan elektrik, pinggan mangkuk, perabut, buku, aksesori semua ada. Malah yg di beri percuma pun ada di 'free rack.' Konsep kedai sebegini sangat membantu rakyat.

Konsep negara berkebajikan yg bukan skadar slogan tapi di praktis dlm masyarakat bertamadun.

Bak kata syed Qutb kalau tak silap saya, "I found Islam practiced in the West. But not in Islamic countries."

@@@

Friday, June 06, 2014

Renung dan Fikir

Pejam celik pejam celik hari ini sudah masuk 8 Syaaban. Maknanya kalau panjang umur dalam 3 minggu lagi kita akan bertemu dengan Ramadan al Mubarak. Terasa begitu cepat masa berlalu. Masih terasa Ramadan yang lalu tidak lama dulu. 

Maka beruntung orang yang istiqamah dalam amal soleh antara Ramadan tahun lepas dengan Ramadan tahun ini. Sesungguhnya Allah sangat suka amal yang walaupun sedikit tetapi berterusan istiqamah.

Sesampai di ofis hari ini kelihatan tidak banyak kereta di dataran parking. Hmmm...cuti sekolah la katakan, holiday mood. InsyaAllah saya sekeluarga juga bercadang untuk bercuti minggu depan. Percutian sentiasa menyeronokkan. Relax dan santai. Mesti ceria selalu dan jangan stress. 

Kalau memandu pada jarak jauh mungkin kepenatan maka ia defeat the purpose untuk berehat. Cuba elakkan. Kalau destinasi yg agak jauh mungkin boleh naik bas, keretapi atau kapalterbang, Sesungguhnya percutian keluarga sekurang-kurangnya sekali setahun perlu ada dalam agenda dan budget keluarga.

Semalam saya menghadiri satu sidang SME di KLCC. Ada tiga ahli panel pada forum SME yang diadakan. Ketiga-tiga mereka adalah entrepeneur yang berjaya. Sdra Faizul dalam bidang property, Ms Helen dalam manufacturing dan retail, dan sdra Aaron melalui myTaxi. 

Antara kunci kejayaan yang memandu mereka ialah passion, never give-up, observation on the needs/demand dan surrounding with positive thinking people. Don't wait for perfection. Belajar daripada kesilapan. Fail early and fail cheap.

Sdra Faizul bercerita dia mengambil keputusan drastik bila melihat bos di tempat dia bekerja di pecat setelah setia bertugas selama 8 tahun gara2 office politic. Setelah renung dan fikir apa yang dia inginkan dalam hidup maka satu hari tidak lama kemudian dia pun meletakkan jawatan sebagai software engineer, tindakan yang mendapat reaksi negatif daripada ahli keluarganya yang lain. 

Namun Faizul tekad meneruskan apa yang dia inginkan. Kemudian dia melengkapkan dirinya dengan all the necessary skills. Dia mula bekerja sebagai salesman menjual kredit kad. Di sini dia mendapat pengalaman yang sangat berguna termasuklah skil how to deal with people, public speaking dan build up self confidence. Dia juga mencari ilmu dengan rajin membaca buku dan bergaul dengan orang2 yang berjaya.

Seterusnya Faizul mula berjinak di bidang properti dengan membeli properti pertamanya di usia muda. Akhirnya membeli dan menjual properti menjadi passion beliau. Pengalaman itu dikongsikan melalui penulisan sebuah buku bertajuk "Memiliki 23 Properti Sebelum Umur 30." 

Buku itu dihasilkan dalam bahasa inggeris secara self-publishing menggunakan modal sendiri dan mencetak sekadar 2,000 kopi untuk menjimatkan kos. MPH hanya bersetuju mengambil 500 kopi untuk di jual. Namun sejarah telah tercipta bila buku ini menjadi best seller dan di ulang cetak beberapa kali sehingga terjual sebanyak 60,000 kopi setakat ini. Dia sendiri tidak sangka untuk berada dikeadaan dia sekarang ini. 

Faizul menjadi terkenal dalam lingkungan property developers dan di jemput menjadi public speaker dalam pelbagai forum properti. Dia kini sudah tidak gentar untuk berucap di depan odion seramai 1,500 orang. 

Pabila di tanya berapakah properti yang dia miliki sekarang? Lost count katanya. Sebab dia sentiasa jual dan beli, namun currently ada tidak kurang daripada 35 propoerties. Area pelaburannya ialah di KL, Selangor, N9, Johor dan akan datang di peringkat antarabangsa pula. "Saya seronok melakukan kerja ini," katanya yang kini mahu menumpukan di bidang property consultancy.

Saya teringat siaran Radio KL pada dua hari lepas bila DJ menjemput panggilan para pendengar untuk berkongsi pengalaman memiliki properti di usia muda. Seorang pemanggil wanita memberitahu, "Saya membeli rumah di usia dua puluhan pada harga RM260k beberapa tahu lalu. Kini harga pasaran rumah berkenaan ialah RM700k." 

"Jom minum kat kantin," ajak Zack kawan saya. Saya pun layan. Antara topik perbincangan ialah kemungkinan pihak syarikat akan mengambil tindakan untuk mengurangkan pekerja memandangkan ekonomi dan pendapatan syarikat yang merundum beberapa tahun kebelakangan ini. 

Dalam tawaran MSS (Mutual Separation Scheme) ini staf akan di beri sedikit pampasan berdasarkan baki tempoh khidmat sebelum mencapai usia persaraan 60 tahun. Pada asasnya pampasan ini dapat cover gaji bulanan kurang lebih untuk setahun tanpa sumbangan EPF. Jadi pada worst case, staf ini dapat bertahan selama setahun sambil mencari kerja atau sumber pendapatan yang lain.

Ada pro dan kontra di sini. Pertamanya Alhamdulillah kerana mendapat sedikit pampasan atau saguhati itu. Keduanya wang itu boleh digunakan untuk membayar komitmen baki hutang, atau memulakan sesuatu perniagaan atau projek. Namun yang kontranya ialah tiada sumbangan EPF lagi, potongan cukai mungkin dikenakan, dan kepayahan mencari kerja baru terutamanya bagi staf yang sudah berumur 50 tahun ke atas. 

Namun percayalah setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin ia mencetus munculnya accidental entrepeneur sebagaimana Sdra Faizul, Ms Helen atau Sdra Aaaron Gill.

Apa pun sebagai orang beriman kita kena yakin dan percaya bahawa rezki itu milik Allah yang di kurnia kepada kita daripada pelbagai asbab umpamanya dengan bekerja di ofis, berniaga, menjadi penulis, entrepeneur dan seumpamanya. Yang penting janganlah asbab sibuk bekerja mencari rezki hingga kita lupa istiqamah dalam amal soleh, untuk hadir ke rumah2 Allah dan duduk di majlis2 ilmu. 

Kita hiasilah dunia ini selagi ada sisa hidup dengan segala kebaikan agar ia menjadi bekalan yang kekal abadi di Akhirat nanti.

@@@

Wednesday, April 09, 2014

Husnul Khootimah

"Betulkan sof. Penuhi sof di hadapan. Rapat2kan sof. Rapatkan bahu tuan2 agar Allah rapatkan siratulrahim antara kita. Solatlah seumpama ini solat yang terakhir buatmu." Menjadi rutin ungkapan Ustaz Haqim, Imam-2 Masjid as-Salam setiap kali mengimami solat fardu. Satu lagi yang menjadi amalannya ialah tidak tinggal membaca ayat Qursi setiap kali bersama zikir selepas solat. Ustaz Haqim juga tidak banyak bicara dan sentiasa murah dengan senyuman. Nama penuh beliau ialah Muhammad Haqimuinuddin Bin Hamzah.

Perwatakannya lembut dan disenangi ramai. Bila berdepan dengan apa2 masalah atau cabaran dia masih mampu tersenyum. Bacaannya sangat baik terutamanya tika membimbing jemaah dalam bacaan surah Yaasin atau surah al-Mulk beramai-ramai. Begitu juga tika membimbing kuliah maghrib membaca Kitab perihal alam barzakh, Ustaz menutur kata dengan teratur, lembut dan straight forward hingga tersentuh hati2 yang menjiwainya. Di surau al-Mutaqqin kuliah Ustaz Haqim yang terakhir ialah berkenaan pengurusan jenazah.

Semalam Allah menjemput Ustaz Haqim pulang ke rahmtullah pada pukul 12 tgh di usia 28 tahun, meninggalkan seorang isteri, dua orang anak kecil, ribuan anak murid, saudara mara, sahabat dan taulan. Perginya pada usia yang masih muda, begitulah kalau sudah dikasihi Allah. 

Arwah terlantar koma selama 9 hari di ICU Hospital Sg Buloh setelah ditimpa kemalangan jalanraya tika dalam perjalananan ke Masjid as-Salam untuk solat fardu zohor. Arwah mengimami solat fardu subuh di masjid pada paginya.

Antara tanda kematian yang husnul-khootimah ialah pertama bilangan yg ramai untuk solat jenazahnya, kedua bila percakapan yg baik2 oleh orang ramai perihal arwah. Kedua-dua ciri ini ada pada arwah Ustaz Haqim. Ribuan orang mula memenuhi masjid as-Salam selepas zohor sejak berita tersebar tentang kepulangan arwah ke rahmatullah. Arwah di mandi dan dikafankan di Hospital Sg Buloh oleh gurunya Ustaz Hazri Hashim. 

Jenazah tiba di masjid sekitar pukul 5:30 ptg.  Saya kira ada 18 sof muslimin dan 3 sof muslimah yang mensolatkan jenazah. Kemudian para jemaah beratur untuk menatap wajah Ustaz Haqim buat kali terakhir di sebalik lilitan kafannya. Perjalanan 5 km van jenazah ke tanah perkuburan berlepas pada pukul 6:23ptg.

Arwah selamat di semadikan di tanah perkuburan Bukit Sentosa dengan penutup bacaan talqin dan doa oleh Ustaz Wan Mohd Shamsuddin, Ustaz Hazri Hashim dan Ustaz Abd Aziz Lutfi menjelang azan maghrib berkumandang. 

Allah telah muliakan Ustaz Haqim. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya dan memberi kehidupan yang selesa buatnya sepanjang berada di alam barzakh itu. Seorang lagi ulama' muda ahli syurga yang sukar di cari ganti selamat pergi menemui Illahi. 

Kita yang masih hidup ini bagaimana? Ya Allah berkati sisa usia kami ini dan hidupkan kami dalam iman dan matikan kami dalam iman dengan kematian yang husnul khootimah.

@@@

Sunday, February 09, 2014

Alam Mahsyar

Kita dok ingat Alam Mahsyar ini sekejap, rupanya sangat lama. Ia bermula sejak manusia dibangkitkan daripada alam barzakh selepas berlakunya hari kiamat. Manusia dibangkitkan dan berhimpun di padang Mahsyar. Dinyatakan semua manusia bertelanjang bulat, berkaki ayam, dan tidak bersunat di bawah kepanasan mentari yang hanya sejengkal di atas kepala. Dalam keadaan manusia tidak sempat nak tengok kiri atau kanan kerana masing2 dalam keadaan sendiri sendiri.

Setiap orang membawa hal sendiri dan tidak peduli lagi perihal orang lain. Tika ini tiada lagi pertolongan atau bantuan tiba hatta daripada anak2 atau ibubapa sendiri. Semuanya sendiri sendiri mengenang untung nasib sendiri. Hiduplah kita semua di alam mahsyar ini menunggukan tibanya alam mizan nanti. Betapa perit dan siksanya hanya Allah yang tahu.

Maka manusia berbondong-bondong berlari-lari mencari orang yang yang dapat memberi syafaat di kala suasana huru-hara yang tiada bantuan dan pertolongan daripada sesiapa itu. Mencari dan mencari selama 500 tahun (waktu mahsyar) maka berjumpalah dengan Nabi Adam, manusia yang dicipta Allah daripada tanah dan jasad yang ditiup ruh oleh Allah untuk menjadi manusia dan Nabi pertama di muka dunia.

Nabi Adam yang ditempatkan di Syurga bersama Hawa untuk menikmati segala nikmat syurga dengan hanya satu larangan sahaja iaitu untuk tidak menghampiri satu pokok larangan. Namun sejarah menceritakan betapa Nabi Adam telah tergoda oleh pujuk rayu iblis hingga melanggar larangan Allah berkenaan dan di keluarkan daripada Syurga. Taubat Nabi Adam di terima di Jabal Rahmah, Mekah. Maka Nabi Adam menyatakan bahawa dia tidak dapat memberi syafaat kepada umat di padang Mahsyar itu.

Berlari-lari lagi selama 500 tahun untuk mencari Nabi Nuh. Cuba bayangkan di tengah2 berbilion2 manusia di padang mahsyar itu. "Tolong syafaatkan kami," pinta manusia kepada Nabi Nuh. Tempoh dakwah Nabi Nuh ialah 950 tahun tetapi pengikutnya yang menyahut seruan dakwahnya dan beriman hanya 40 org sahaja. Nabi Nuh pernah berdoa supaya seluruh umatnya yang engkar itu dimusnahkan Allah. 

Nabi Nuh membina bahtera yang di naiki oleh 40 pengikutnya dan 40 spesies haiwan terselemat daripada bencana banjir besar. Bahtera Nabi Nuh terdampar di Jabal Judi, Turki.  "Aku tidak dapat memberi syafaat kepada kelian semua," jawab Nabi Nuh di alam mahsyar itu.

Umat manusia di padang mahsyar kehilangan punca namun masih belum berputus asa untuk mencari tokoh umat yang dapat memberi syafaat dan pertolongan di kala tiada pertolongan wujud. Berlari-lari cari Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim kan teman rapat Allah? Nabi yang selamat daripada bakaran api Namrus.

"Aku juga biasa buat silap," jelas Nabi Ibrahim. "Aku telah tipu sebanyak 3x," sambung Nabi Ibrahim lagi. Cuba bandingkan dengan kita. Kita hari2 menipu, buat tak kisah pun. Bila di tanya, jawab kita, "On the way. On the way." Sebenarnya baru nak pakai " Un Der Wear." Jauh langit dari bumi kalau nak dibandingkan dengan Nabi Ibrahim.

Nabi Ibrahim hidupnya di zaman pemerintahan Raja Namrus di negeri Babylon. Satu masa Raja Namrus membuat pesta konsert rakyat dan memerintahkan semua rakyat menghadirinya. Bila polis bertanya Nabi Ibrahim kenapa dia ponteng? Maka Nabi Ibrahim menjawab dia sakit. Itu tipu pertama baginda. Setengah riwayat menyatakan Nabi Ibrahim memang sakit, tapit sakit hati iaitu kerana melihat kejahilan umatnya itu.

Nabi Ibrahim memusnahkan semua berhala di rumah ibadat dan menggantungkan kapak di tangan berhala yang paling besar. Bila di tangkap dan di tanya siapa yang memusnahkan seluruh berhala itu? Maka Nabi Ibrahim menjawab, "Tanyalah berhala yang besar itu kerana kapak ada di tangannya." Itulah tipu Nabi Ibrahim yang kedua. 

Asbabnya Baginda di bakar dalam unggunan api yang besar. Nabi Ibrahim menolak tawaran Jibril untuk memadamkan api itu seraya menyatakan cukuplah aku bergantung kepada Allah. Nabi yang terselamat daripada bakaran api itu telah dihalau keluar dari bumi Babylon bersama isterinya.

Di negeri ini Raja nya suka berzina dengan isteri orang. Bagi mengelak isterinya Siti Sarah di tangkap maka Nabi Ibrahim menyuruh Siti Sarah menyatakan bahawa Nabi Ibrahim itu abangnya, bukan suami. Maka itu ialah tipu yang ketiga. 

Riwayat menceritakan Siti Sarah telah dilindungi Allah daripada dapat di ganggu oleh raja itu. Malahan kerana kekagumannya, raja tadi telah menghadiahkan seorang hamba iaitu Siti Hajar sebagai teman pembantu Siti Sarah. 

Seterusnya umat manusia berlari-lari mencari Nabi Musa. "Aku banyak buat silap," jelas Nabi Musa. "Aku telah bunuh orang tanpa hak." Asbab itu Nabi Musa telah melarikan diri ke Madyan. 

Seterusnya manusia mencari Nabi Isa selama 500 tahun lagi. Kamu ini ruh Allah, pujuk umat manusia. Nabi Isa menjawab, "Aku ini pun entah lepas entah tidak. Kerana di dunia, orang sembah aku sebagai tuhan. Carilah Nabi Muhammad."

Nabi SAW berjalan di bawah arash Allah, untuk bertemu Allah secara direct. Nabi SAW sujud di hadapan Allah. Allah bertanya, "Apakah yang kamu mahu?" Nabi SAW menjawab, "Ummati, Ummati, Ummati." 

Tika NAbi SAW di ambang sakratul maut, Jibrail telah menyampaikan tiga tawaran yang di berikan Allah kepada Nabi SAW. Pilihan pertama ialah Nabi dapat hidup selama-lamanya. Pilihan kedua Nabi boleh hidup sampai hari Kiamat. Dan pilihan ketiga ialah Allah yang menentukan umur Nabi SAW. Nabi SAW telah memilih pilihan yang ketiga.

Nabi SAW di beri keistimewaan oleh Allah untuk memberi syafaat di alam mahsyar. Seorang sahabat bertanya, "Bagaimana Nabi akan mengenal umatnya?" Nabi menjawab bahwa muka mereka ada tanda sujud dan tanda wudhuk, serta mereka mendoakan supaya diampunkan dosa saudara seIslam mereka yang lain. 

Nabi Muhammad SAW memberi syafaat kepada umat manusia dikala Nabi2 lain tidak dapat memberi syafaat. Justru itu cintailah Nabi SAW melebihi makhluk lain hatta ibubapa atau anak2 sendiri. Kita sangat memerlukan syafaat Nabi. Janganlah sekadar melahirkan rasa kecintaan itu dengan menyambut maulid sekali setahun tetapi tidak mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW sepanjang tahun. 

Kita kini hidup di Alam Dunia yang sementara ibarat seorang musafir yang singgah berteduh di bawah pohon rendang sebelum meneruskan perjalanan yang jauh menuju destinasi akhir. Perjalanan kita sangat jauh lagi. Pengakhiran hidup Alam Dunia ialah dengan sebuah kematian. 

Kita berpindah ke Alam Barzakh, satu kehidupan yang panjang sehinggalah tiba Hari Kiamat. Kemudian kita dibangkitkan di Alam Mahsyar, juga sebuah kehidupan yang sangat panjang. Kemudian kita akan menempuhi Alam Mizan, seterusnya Alam Sirat, sebelum sampai ke destinasi akhir iaitu Syurga Allah. Awas janganlah sampai kita berakhir di Neraka Allah. Nau'zubillah.

Aku ini insan lemah yang sangat mendambakan syafaat Nabi di Alam Mahsyar nanti. Ya Allah masukkan aku ke dalam kelompok manusia beriman yang akan mendapat syafaat Nabi SAW.

@@@

Monday, December 16, 2013

Tipudaya Dunia

Dunia ialah kesenangan bagi orang yang terpedaya. Bila tiada taqwa manusia akan berani buat jahat. Abdullah Bin Ubai duduk di saf depan di zaman Nabi tapi dia terkenal dalam sejarah sebagai seorang munafik. Walaupun dia berada dalam masjid tapi hidayah Allah tidak sampai. Cuba perhati di kalangan kita yang berada di Masjid saban malam, ramai juga yang nampak blur dan gagal mendapat manfaat. Apatah lagi kelompok munafik yang sekadar bermuka-muka demi kepentingan diri tapi tiada nilai ibadahnya di sisi Allah.

Islam itu memerintah bukan di perintah. Nabi membina Masjid sebagai pusat dakwah. Islam bukan untuk diperintah. Pabila seseorang meletakkan Islam memerintah maka dia menjadi orang yang berguna. Sebaliknya pabila dia meletakkan Islam diperintah maka dia menjdai manusia yang tiada guna.

Tidak akan hilang melayu di dunia selagi mana dia berpegang kepada Islam. Mulia melayu kerana Islam. Di akhir zaman akan banyak orang jahat dan akan sedikit orang baik. Taqwa itu ialah mengikut perintah Allah iaitu buat apa yang Dia suruh dan tinggalkan apa yang Dia larang. Orang yang tidak mendirikan solat maka kafir lah dia. 

Melazimi taqwa amat penting iaitu biasakan diri membuat baik dan membiasakan diri meninggalkan perkara buruk. Letak Islam sebagai memerintah. Hidup terpandu dengan Islam. Berpegang kita kepada al-Qur'an yang berteknologi tinggi itu. Dan berpegang kepada sunnah Nabi sebagai penerangannya. Hidup terpandu untuk menuju redha Allah. Mantapkan iman kita dengan Allah.

Tiada nikmat yang lebih mahal daripada nikmat iman dan Islam. Kemuliaan dan istimewa di sisi Allah. Bersungguhlah cintai, kasih dan taat pada Allah dan Rasul. Kenapa takut nak laksanakan Islam? Sepatutnya takut nak buat dosa. Sebaik-baik bekal ialah bekal taqwa. Ramai lagi manusia di luar sana tidak dipilih ke Rumah Allah, kenapa?

Ibarat pilih pemain untuk pasukan bola. Nak pakai 22 pemain. Yang datang selection 1,500 orang. Ada yang terror gelecek tapi tendang bola slow je. Coach reject. Ada yang tendang kuat tapi tak gheti gelecek. Ada yang kuat lari tapi tak pandai bawa bola sekali. Ada yang suka main semua position dan ada yang tak pandai nak positioning. Setelah ditapis akhirnya 1,478 orang kena reject, balik awal. Tak layak berada dalam barisan pemain. Yang terpilih cuma 22 orang sahaja. 

Untuk muliakan agama Allah, Allah tapis. Ramai2 yang kat luar tu tidak layak untuk muliakan agama Allah. Yang terpilih berada di rumah Allah saban malam itu ialah hamba Allah yang terpilih mengangkat agama Allah. Orang lain tidak terpilih. Tidak payah isi borang kerana Allah akan pilih untuk Dia memberi hidayah. Jangan ada nawaitu selain daripada Allah.

Syaitan tidak pernah putus asa untuk menipu daya manusia. Syaitan paling kecewa bila orang jahat bertaubat. Syaitan sudah bersumpah akan menyerang manusia melainkan orang yang benar2 ikhlas sahaja. Terapi untuk melawan nafsu amarah yang berkonspirasi dengan syaitan ialah peranginya dengan mentaati Allah dan menjalankan senaman jiwa.

Senaman jiwa ini ialah pertamanya kurangkan tidur. Istiqamah solat subuh di awal waktu dan solat berjemaah di surau atau masjid berdekatan. Juga kena sering bangun solat malam. Kedua, kurangkan bercakap. Banyak cakap akan banyak salahnya. Kurang cakap tapi basahkan bibir dengan zikrullah. Rajin hadir ke majlis2 ilmu iaitu majlis2 zikir. 

Ketiga, kurangkan makan. Memadai makan itu jangan sampai kekenyangan. Kurangkan makan juga dengan perbanyakkan puasa2 sunat terutamanya puasa sunat Isnin dan Khamis. Puasa itu cukup hebat dalam melatih jiwa seseorang menjadi sabar. Orang yang berpuasa juga tiada hijab antara dia dengan Allah untuk dimakbulkan doanya. 

Akhir sekali yang keempat ialah tanggung segala penganyaian orang iaitu tidak payah hendak berdendam atau membalas dendam. Sebaliknya sentiasa sabar dan membalasnya dengan kasih sayang. Moga2 Allah beri hidayah kepadanya. Cukuplah Allah sebagai pelindung. Semoga Allah lebih memantapkan akidah kita. Allah tidak memberatkan hambanya melainkan sekadar yang dia mampu menanggungnya.

Tadi saya sms kepada tiga orang Ustaz, "Salam Ustaz. Nelson Mandela tokoh dunia yang ulung dan disanjung kawan dan lawan telah selamat di kuburkan pada hari ini setelah mati minggu lalu. Mengikut sunatullah adakah dia akan masuk Syurga atau Neraka?" Tidak lama kemudian saya mendapat maklumbalas daripada seorang daripada Ustaz2 berkenaan, "Jika Nelson Mandela itu kafir maka tempatnya Neraka." Dua lagi Ustaz memilih untuk senyap dan diam.

@@@

Thursday, November 14, 2013

Nyanyi Lagu Zikir

 "Dari darjah satu aku suka kamu...," tu dia ingat makcik ini akan lirik lagu itu sambil tunggu bayar kat counter Tesco. Luah isteri saya mengadu hal ini kerana agak musykil bagaimana seorang makcik yang sudah agak berumur begitu boleh dok hafal lagu2 terkini anak muda. Jawab saya penuh prasangka, "Macamana tidak diingat zikir itu sebab itulah yang di dengar  mungkin sebanyak 5 x sehari daripada 20 x sehari lagu wajib main di radio Era muzik hit terbaik. Sambil masak cucur kodok dia nyanyi lagu tu."

"Yo rembau most wanted you all...," anak muda itu bermadah selamba rock. "All I want my rap clean...nok idup senang baik poi mampuih..," dia meracau terus. Tu dia. Hebat anak muda ini mengalunkan suara yang Allah bagi untuk nyanyi lagu rap popular itu di medan pasar.

Usai solat dhuha di surau syarikat semalam, kawan saya Misron berbisik sambil tangannya menutup mulut. Itu habit dia. Suka hijab mulutnya dengan jari jemari tika bercakap. Saya musykil apa ilmu yang dia amal ni atau sekadar tabiat sahaja. "Tuan tahu apa soalan pertama yang akan di tanya di akhirat besok?" Saya keliru. "Apa yang kamu guna dengan harta yang diberikan?" Tu dia. Soalan maut.

"Apa yang kamu guna dengan umur yang diberikan?" Dia menyambung lagi. "Lepas itu baru soalan2 lain ditanyakan," tambahnya. Pada masa itu mulut dan lidah sudah dikunci daripada berkata-kata. Sudah tiada suara yang dapat keluar tika itu. Sudah tidak boleh menyanyi atau melalak lagi.

Misron terus menutur kata persis tazkirah ringkas, "Pada masa itu seluruh anggota badan kita yang lain yang akan menjawab segala pertanyaan mewakili ampunya badan. Tiada yang boleh terlepas lagi. Tiada yang boleh menipu atau berkata dusta lagi." Dapatkah kita bayangkan suasana ini? Nampaknya segala perlakuan kita selama hidup di dunia akan terbongkar jua hatta rahsia yang paling top yang orang puteh labelkan sebagai 'top secret'.

Makanya setiap salah laku atau laku luar tabii yang dilakukan bukannya merugikan orang lain tapi diri sendiri yang akan menanggungnya. Kamu sebenarnya menzalimi diri kamu sendiri dengan segala agenda dosa itu. Zalim macamana? Zalim kerana menyiapkan diri kamu menjadi bahan bakar api neraka Allah. Itulah hakikatnya. Doa mendapat syurga tetapi majoriti prilaku dan tindakan semuanya menuju bakaran neraka.

"Kamu tidak akan terlepas selagi mana kaki kamu berpijak di bumi Allah ini, dan selagi mana ada siang dan malam," luah Misron penuh damai di hati. Dia baru pulang dari Alor Setar dan berpeluang menghadiri satu majlis ilmu yang di kendalikan oleh Datuk Mufti Kedah. "Setiap perlakuan kita akan diambil kira, malah kaki dan bumi yang dipijak ini akan menjadi saksinya. Begitu juga keberadaan kamu di waktu siang dan malam itu juga akan menjadi asbab pendakwaan kamu di Akhirat nanti," Misron menutup katanya dangan penuh jitu. Alhamdulillah kerana perkongsian ini.

Saya juga masih teringat cerita saudara Misron ini tika dia baru balik dari cuti MC yang panjang asbab kena minor-stroke beberapa bulan lalu perihal bagaimana tika dia terlantar di katil hospital menanggung kesakitan, betapa dugaan dan godaan bertubi-tubi hadir. Daripada penyesat nombor uno iaitu setan. Begitu setia saban waktu datang berbual mesra, berbisik ke telinga atau terus mentarbiyah ke mindanya agar murtad, agar syirik, agar membunuh diri, agar give-up life dan seumpamanya. Bermacam pujuk rayu dan cerita rakyat yang di hidangkan setan kepada-Nya. Hingga dia hampir berputus asa. 

Namun nasib baiklah semasa sihatnya dia banyak mengamalkan mengaji Qur'an, membaca zikir harian, dan rajin mendirikan solat malam. Segalanya ini telah menjadi benteng utuh kepadanya dari segi batin dan ruhani untuk memagari asakan setan pada jasadnya yang lemah dan tidak bermaya dengan minda yang letih tika terlantar di katil hospital itu. Satu pengajaran bermakna untuk kita semua agar membuat persediaan rapi tika dikurniakan Allah kesihatan yang baik ini.

Jadi kemana yang kamu belanjakan harta yang Allah kurniakan ini? Bersedialah memberi jawaban yang dapat skor A. Antaranya mungkin belanja untuk infaq ke jalan Allah, atau sumbangan kepada institusi penjana ilmu agama. Juga prihatin membantu orang yang memerlukan. Waqaf dan sedekah malah membiaya anak didik menjadi alim.

Kemana pula engkau habiskan umur mu yang 54 tahun  atau 64 tahun atau 74 tahun itu? Apakah 60% dihabiskan untuk mengejar harta dunia? atau 40% untuk tidur? atau 10% untuk solat? atau 15% untuk menuntut ilmu? atau 2 % untuk kerja2 dakwah. Sendiri kena muhasabah dan menjawab di hadapan Allah nanti.

Sebagai konklusi, kita ini hamba yang lemah. Itupun kalau kita termasuk dalam kategori hamba. Kerana antara ciri utama untuk menjadi hamba ialah patuh segala arahan Tuannya tanpa banyak soal. Taat dan tunduk patuh kepada perintah Allah SWT.

@@@

Saturday, June 16, 2012

Life Begin At 40

Umat Nabi Muhammad SAW purata hidupnya sekadar 60-70 tahun. Maknanya tidaklah lama hidup seseorang itu. Walaupun apa status, pangkat atau jawatan dalam masyarakat. Ajal maut itu sudah termaktub. Pelbagai asbab dihubungkaitkan dengan sesebuah kematian. Ada yang mati dalam tidur, sakit tua, ramai yang mati asbab pelbagai penyakit atau kemalangan jalanraya.

Umur ini pada hakikatnya setiap detik semakin pendek. Setiap pagi bangun daripada tidur, sehari lagi kurang umur dari sisa umur yang tinggal. Untuk bagi jelas saya bagi contoh, jika ditakdir hayat umur Mek Jenab ialah 46 tahun dan umurnya sekarang katalah 41 tahun 4bulan 13 hari, maka sisa umur Mek Jenab yg tinggal ialah hanya 4 tahun 7 bulan 17 hari sahaja lagi. Ibaratnya begitulah. Setiap hari semakin pendek umur kita. Walau sehebat mana pun kita.

Minggu lepas kawan anak saya (rujuk posting terdahulu) meninggal asbab kemalangan motosikal. Umur arwah baru 21 tahun. Sudah tersurat sebenarnya bahwa umur arwah tarikh luputnya ialah pada 12/6/12, 10:15am. Maka life begin at 40 tidak menjadi kenyataan buat arwah. Yang menjadi kenyataan ialah life di alam barzakh begin at 21 for him. Maka ajal maut tidak mengenal umur. Orang yang bijaksana sentiasa bersedia untuk menghadapi kematian.

Frasa life begin at 40 memberi implikasi bahawa kita enjoy dulu dan jadi baik bila umur sudah meningkat 40 tahun. Jika sekitar umur 40 tahun itu karektor seseorang itu agak positif maka harapan cerahlah untuk dia terus menjadi seorang manusia yang baik. Itulah tanggapan kita. Atau itulah agaknya yang terpahat diminda. Benar atau salah, Wallahu'alam.

Agak malang bila melihat seseorang yang semakin berusia semakin lara, semakin tidak minat untuk ke masjid atau duduk di majlis2 ilmu. Semakin tua dia semakin suka memancing sepanjang hari, bermain golf setiap hujung minggu, hobi moto besar atau sobek kereta, atau makin gila bola. Solat berjemaah di masjid atau tempat azan di azankan tiada dalam agenda. Yang disibukkan ialah mencari duit, mengumpul harta, dan sibuk berniaga atau bekerja tidak kira siang dan malam. Kalau dulu agak alim orangnya tapi semakin tua semakin jahil jadinya.

Maka jangan lupa untuk menadah tangan berdoa setiap selepas solat supaya pengakhiran hidup yang baik, hidup dalam iman dan mati juga dalam iman. Bukan hidup dalam iman tapi di penghujung usia mati dalam kesesatan. Amat malang sekali.

Ujian kemewahan hidup atau kesenangan harta benda adalah satu ujian yang berat sebenarnya daripada Allah SWT. Ramai manusia yang kecundang. Ramai yang sudah jadi riak atau sombong sesama manusia malah turut lupa untuk taat pada Allah. Manusia di hijab oleh istidraj. Semakin kaya dia maka semakin dia lupa Allah. Dia rasa Allah sayang dan kasih pada-Nya, atau dia rasa bahawa dia tidak perlu kepada Agama lagi kerana dia sudah ada segalanya. Istidraj adalah bala yang besar sebenarnya.

Life begin at 40 sepatutnya memberi transformasi positif ke arah manusia yang semakin bertakwa. Manusia yang cinta dan rindu ke Rumah2 Allah setiap masa. Manusia yang rasa manis dan lazat untuk menghadiri majlis2 ilmu, menadah telinga dan kitab pada setiap kuliah maghrib, kuliah subuh dan ceramah2 perdana. Manusia yang berdakwah dan mengajak manusia kepada mentaati Allah pada setiap kesempatan. Manusia yang mengisi masa bukan dengan tidur atau seronok bermain PS3 tetapi petah mengaji Qur'an, mentelaah tafsirnya, membaca buku2 ilmu, meneroka internet mencari lubang2 ilmu dan teknologi bermanfaat. Manusia yang tidak segan untuk azan dan iqamat. Manusia yang bersedia mengimami solat. Manusia yang basah bibir dengan zikrullah dan kata2 yang berfaedah. Manusia yang rasa rugi jika masa yang ibarat jongkong emas itu terbuang tanpa hala tuju.

Life begin at 40. Ayuh kita jadi manusia yang berada di jalan yang benar di jalan yang betul untuk menuju objektif dan destinasi hakiki iaitu mencapai redha Allah.

@@@

Tuesday, June 12, 2012

Ajal Maut Sudah Tersurat

Semalam anak saya menerima berita sedih. Kawannya semasa di sekolah menengah telah kemalangan motosikal dan meninggal di tempat kejadian. Dia yang membonceng dengan kawannya dalam perjalanan pulang ke kampus pengajian di Lumut, telah kemalangan berdekatan dengan Hulu Bernam. Kawannya patah tangan, namun dia mendapat kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia.

Anak saya bergegas ke Hospital KKB untuk melihat jenazah di bilek mayat. Adik2 arwah yang masih kecil dengan wajah hiba berada di sisi jenazah di bilek mayat itu. Suasana sungguh memilukan. Arwah merupakan anak sulong. Seterusnya jenazah di bawa balik untuk dimandikan dan disolatkan di masjid BS. Seramai kurang lebih 30 orang kawan2 zaman sekolah di SAMT KKB yang datang dari jauh dan dekat turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan dan selamat dikebumikan menjelang maghrib.

Isteri saya pula mengingati arwah kerana beliau pernah menjadi teman setia anak saya semasa anak saya ditimpa musibah suatu masa dahulu. Arwah juga pernah menumpang kereta isteri saya semasa pergi dan balik sekolah. Arwah juga pernah menjadi tetamu di rumah kami bersama kawan2 anak yang lain semasa kami mengadakan jamuan BBQ. Setiap kali ketemu anak saya di masjid, arwah sering mengirim salam kepada isteri saya. Isteri saya bercerita bahawa arwah ini adalah anak yang cukup sopan dan pandai mengambil hati orang tua. "Dia seorang anak yang baik," ekspresi isteri saya mengenai arwah. "Selalunya Allah lebih menyayangi orang yang baik dengan menjemputnya lebih awal," konklusi dari isteri saya.

Anak saya memberitahu bahwa pada malam sebelumnya semasa menonton Euro2012, arwah ada menyatakan kepada kawannya, "Aku rasa nak mati." Mungkin arwah sudah mendapat bayangan ajalnya sudah hampir. Marilah kita sedekahkan pahala bacaan surah2 Al-Qur'an kepada arwah. Semoga Allah tempatkan arwah di kalangan manusia yang bertakwa. Amiin.

Semasa berborak dengan anak bongsu saya tika mengambilnya dari kelas tusyen malam tadi, saya menyatakan bahwa ajal maut ini sudah ditentukan Allah dan tidak mengenal usia. Pabila ajal sudah tiba maka tidak ada apa yang dapat menyekatnya. Setiap kejadian atau incident itu adalah sekadar asbab pada kematian, bukan sebab pada hakikat kematian itu. Justru dalam usia muda ini penuhilah dengan aktiviti yg bermanfaat, bukan perkara sia-sia yang membuang masa muda. Jaga solat di awal waktu, sedekah jariah pada setiap kesempatan, rebut pahala dan hindari dosa. Sesungguhnya masa itu sungguh berharga dan tidak mampu untuk diganti atau dibeli walaupun dengan wang berjuta.

Kehidupan di alam kubur atau barzakh sangat lama rupanya, beribu-ribu tahun hingga ketibaan hari kiamat nanti. Ahli2 syurga akan mendapat keselesaan di alam barzakh ini manakala ahli2 neraka akan merasakan kesengsaraan lubang kubur yang sempit, gelap yang dipenuhi pelbagai binatang bisa dan penyeksaan. Tiada lagi penghubung dengan dunia yang fana ini melainkan semua di tinggalkan belaka kecuali sedekah jariah, ilmu bermanfaat, dan doa anak yang soleh.

Bagi kita yang masih bernyawa ini, apa yang dapat kita sumbangkan untuk membantu arwah yang berada di alam kubur ialah dengan "doa anak yang soleh" yang mendoakan supaya Allah memberi keampunan dan menempatkan dia di kelompok manusia yang beriman yang layak untuk mendapat nikmat syurga-Nya. Kita sedekahkan pahala bacaan ayat2 Al-Qur'an kepadanya. Sesungguhnya setiap seseorang yang kini berada di alam barzakh itu sangat mendambakan sumbangan ikhlas ini setiap detik dan saat. Itulah yang mampu kita lakukan untuk menyayangi ibubapa kita dan kenalan kita yang sudah meninggal dunia.

@@@

Friday, May 25, 2012

Ada Tapi Tak Nampak

Tidak semua yang ada atau wujud itu dapat di lihat? Pabila di pasang kipas syiling, terasa deruan angin mengenai kulit tubuh. Nampak tak angin yang mengenai tubuh itu? Tidak. Angin itu ada tak? Ada. Dapat di lihat tak? Tidak.

Pak Abu berjumpa doktor pakar. Kata doktor itu, waris Pak Abu yang berada di wad ICU itu sudah nyawa-nyawa ikan. Pak Abu bertanya, "Di mana nyawanya?" Doktor itu tersenyum dalam kebingungan. "Dia masih bernyawakan?" tanya Pak Abu. Ya. "Di mana nyawanya?" ulang Pak Abu.

Ustaz Halim kata, macam karan letrik. Ianya ada tapi tak nampak. Kat mana dia? Kat dalam wayar letrik. Bila ON nyala lampu asbab aliran letrik tadi. Maknanya arus letrik itu ada. Kalau pegang wayar letrik yang togel, mungkin akan terasa kejutan letrik. Silap-silap haribulan boleh gol terus. Itu pun kalau sudah sampai ajalnya. Ajal itu di tangan Allah.

Peristiwa israk mikraj Rasululullah yang berlaku di bulan Rejab, telah di sangsikan dan didustakan oleh orang kafir yang tidak beriman yang diketuai oleh si pelahap Abu Lahab. Namun Abu Bakar RA terus meyakini apa yang diceritakan dan digambarkan oleh Rasulullah SAW, tanpa sekumit ragu. Itulah iman. Beriman pada perkara ghaib. Pada yang ada tapi tak nampak. Israk mikraj adalah isu akidah. Tiada golok gantinya. Sebarang keraguan bisa menggelincirkan iman daripada landasannya.

Para malaikat yang begitu banyak tidak terhitung oleh akal. Apatah lagi dari dulu hingga kini para malaikat ini tidak mati. Malaikat ini ada tak? Ada. Cuma Allah tidak zahirkan nampaknya ke mata kita. Takdir Allah nampakkan kepada kita, haru gamaknya akan sesaknya dunia dan seluruh alam dengan mereka.

Alam jin pun satu hal lagi. Ianya ada. Kita tidak ada upaya untuk nampak. Syaitan dan iblis pun begitu juga. Maka pabila kita faham hakikat iman ini, yakni meyakini adanya perkara ghaib. Dosa dan pahala adalah perkara yang tak nampak, perkara ghaib. Ada tapi tak nampak.

Syurga dan Neraka itu wujud sebagai benda ghaib. Hanya iman yang kukuh dapat mengakui hakikat ini. Siksa kubur itu ada. Alam barzakh itu ada. Alam akhirat itu ada. Padang Mahsyar itu tebentang luas. Titian sirat itu ada. Hari kiamat, hari hisab dan pembalasan itu ada. Maka percayalah. Sebagai orang beriman kita kena yakin dan percaya. Iman dan takwa menjadi penentu. Tepuk dada tanya iman.

Justru kerana tidak semua yang ada itu kita nampak maka kita kena percaya dan beriman. Setiap perlakuan di dunia bakal di ambil kira dan di beri pembalasan setimpal oleh Allah SWT. Maka usah angkuh dan bangga, jika diri masih menjadi hamba dunia dan tidak tunduk pada Allah SWT. Kerana tiada siapa yang rugi dan binasa nanti melainkan diri sendiri empunya badan. Jangan kata tiada siapa yang memberi amaran dan peringatan ini pada anda.

Bulan Rejab ialah bulan perubahan. Ayuh bangun dari tidur dan mula berubah menjadi insan2 yang takwa dan patuh pada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

@@@

Friday, April 13, 2012

Rezki Yang Barokah

Semalam saya dapat satu eMail daripada seorang rakan seofis yang bertajuk "Sedikit coretan daripada Ustaz Don." Agak terkejut juga kerana rakan ini bukan beragama Islam. Ini merupakan eMail 'Islamic' kedua yang di forwardkan oleh beliau kepada rakan2 sekerja yang lain. Harapnya suatu hari nanti dengan membaca artikel2 atau coretan2 yang 'Islamic' ini, beliau akan dikurniakan hidayah oleh Allah SWT.

eMail berkenaan sebenarnya ialah sebuah petikan daripada seorang tokoh motivasi dan pendakwah iatu Prof Dr Muhaya:

"Jika gaji kita RM5,000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM20,000, Allah SWT akan berikan beza RM15,000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.



Jika gaji kita RM5,000 tapi kita kerja malas macam gaji RM2,000, maka beza RM3,000 itu Allah akan tarik balik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya."

Sebab itulah semua mereka yang berjaya mempunyai tabiat 'give more'. Firman Allah SWT dalam Al-Qur'an pun ada mengatakan yang Allah sukakan umatnya bersungguh-sungguh bila melakukan sesuatu pekerjaan yang baik.

Apabila berbicara soal rezki ramai yang faham ianya berupa wang dan harta-benda semata. Sebenarnya rezki Allah ini maha luas merangkumi pelbagai aspek dan nikmat kehidupan. Ini termasuklah pacaindera dan tubuh badan kita, anak2 dan keluarga, akal fikiran, ilmu pengetahuan, kesihatan, alam dan suasana sekeliling, dan akhir sekali barulah harta-benda dan wang ringgit.

Allah SWT atas sifat-Nya yang Maha Kaya dan Maha Adil pasti menagatur cara hamba-Nya mengikut acuan yang terbaik, yang acap kali tidak terfikir atau tidak terlintas pada gambaran biasa kita. Namun apabila kita muhasabah diri dan menggunakan mata hati dalam menilai segala kurniaan dan nikmat yang Allah pinjamkan dan amanahkan kepada kita ini, barulah kita mula merasainya, insyaAllah.

Ada orang di beri gaji RM10,000 dan nampak mewah berbelanja, namun Allah SWT tidak memberinya anak, masih duduk rumah sewa, dan sentiasa ditimpa pelbagai panyakit. Mungkin seperti petikan di atas, dia hanya berbuat tugasan yang bernilai RM5,000 sahaja, maka RM5,000 lagi ditarik balik dalam pelbagai bentuk yang tidak langsung itu. Allah itu Maha Adil.

Seorang lagi kawan ini begaji RM6,000 sebulan. Dan Allah tambah lagi pendapatannya melalui bisnes purata RM7,000 sebulan. Maknanya dia dapat RM13,000 sebulan. Tapi dia masih mengeluh tidak cukup. Duitnya habis membayar hutang, bayar yuran anak di IPTS, maintanance kereta, dan dihujani dengan pelbagai masalah peribadi. Bila dikaji memang dia ini liat solat, isteri pun tidak menutup aurat, dan terus menjalani hidup yg lara dan kebendaan. Allah itu Maha Adil. Rezki harta-benda yang banyak itu tidak semestinya barokah.

Ada orang itu dihijabkan dengan keseronokan dan keindahan, contohnya dalam membeli rumah kediaman. Sanggup membeli rumah di lokasi tertentu yang harganya memang gila-gila tinggi, sedangkan rumah itu tidaklah sebesar mana. Maka sebahagian besar duit gajinya terpaksa diperuntukkan untuk membayar ansuran harga rumah itu. Pelbagai masalah lain pula timbul seperti masalah keselamatan, kawasan depan rumah yang tiada ruang untuk parking, kos tinggi penjagaan anak2, masalah jem dan soal2 hiruk pikuk kota yang lain. Begitulah Allah SWT menarik nikmat hidup tanpa disedari.

Berbeza pula dengan seorang kawan ini yang membeli rumah kediaman yang agak 'outskirt', menghirup udara segar, kehijauan, ketenangan, dan pemandangan semulajadi yang hebat. Rumahnya pula bersaiz agak besar siap dengan laman dan kawasan untuk seni taman. Di kurniakan Allah pula dengan Masjid berdekatan yang hidup dan imarah dengan majlis2 ilmu, Alhamdulillah. Allah memberi gaji yang mungkin tidak begitu mencukupi pada pandangan mata kasar tetapi Allah dengan sifat pemurah-Nya mengurniakan pula segala 'value added' yang sepadan termasuklah anak2 yang baik. Maka barokah rezkinya ada di situ, insyaAllah.

Ada seorang kawan memberitahu, "Kita ini gaji besar pun tak cukup, gaji kecik pun lagi tak cukup." Itulah agaknya profil rezki yang tidak barokah. Berbanding dengan orang yang bergaji kecik tapi cukup, atau bergaji besar yang juga cukup.


Hakikat rezki ini ialah semuanya daripada Allah SWT. Dialah pemberi rezki. Manusia kena bekerja tapi rezki Allah yang bagi. Ya Allah, cukupkanlah rezkiku. Aku bergantung harap kepada-Mu. Janganlah Engkau mufliskan aku di Akhirat nanti, dan janganlah Engkau mufliskan aku di dunia-Mu yang fana ini. Amiin.

@@@

Wednesday, April 04, 2012

Hepi Bezday




Bulan April setiap tahun memang agak special bagiku. Pada 1hb April aku mula bekerja di Syarikat tempat aku bekerja sekarang. Pejam celik pejam celik rupanya tahun ini merupakan tahun ke 14 aku bekerja di sini. Rasanya jika tiada aral melintang dan jika nyawa masih ada, aku mungkin terus bekerja di sini sehingga ke usia persaraan 55 tahun.


5hb April pula adalah ulangtahun hari kelahiranku. Maka pada tarikh ini secara rasminya setahun lagi aku mendekati pada tarikh kematianku. Setiap kali bangkit dari tidur di pagi hari, maka hakikatnya sehari lagi masa berlalu pada sebuah kehidupan dunia yang sementara. Dan sehari lagi menghampirkan diri pada titik kematian yang berada entah di mana di hadapan sana.

Aku bersyukur atas pelbagai nikmat Allah yang tidak terkira banyaknya. Antara tanda2 hampirnya pada kematian ialah apabila satu demi satu nikmat itu Allah kurangkan dan akhirnya dimatikan. Contohnya nikmat mata, kini sudah rabun dekat. Nikmat rambut hitam dan lebat, kini banyak uban dan gugur. Nikmat makan yang berkurang, kini banyak makanan sudah kena ban. Akibat pelbagai penyakit yang sudah dihidapi, apabila nikmat sihat mula ditarik sedikit demi sedikit. Nikmat tenaga, yang kini sudah berkurang. Nikmat daya ingatan yang dulunya mantop, kini mula memendek daya ingatan atau hafazan dan mudah lupa.

Maka marilah muhasabah diri. Hidup di dunia ini sementara. Nikmat yang ada ini sementara. Yang kekal hakiki ialah hidup di Akhirat. Maka kena usaha cari bekal cari pelaburan yang membawa keuntungan bagi penghidupan Akhirat. Kena usha tingkatkan iman, tingkatkan amal.

Hari jadi anak sulongku pula jatuh pada 18hb April. Sudah berumur 21 tahun anak aku ini. Makin berusia anakku, maka bertambah tua lah bapanya. Aku doakan anakku ini dapat mengambil tanggung-jawab sebagai ketua keluarga pabila aku tiada nanti. Itulah antara tugas anak sulong dalam sebuah keluarga. Juga harapanku dia akan menjadi manusia alim, soleh, musleh, berakhlak mulia dan cintai majlis2 ilmu.

Aku juga menyambut ulangtahun perkahwinan pada 29hb April. Tahun ini merupakan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 22 tahun. Alhamdulillah. Semoga kualiti hidup berkeluarga akan terus meningkat. Kemanisan ilmu dan amal dapat terus dikecapi. Iman dapat ditingkatkan lagi dan lagi. Sunnah Rasulullah dapat di amalkan dalam kehidupan dan terus disuburkan, insyaAllah.

Pada usia begini tugasan untuk beribadah kepada Allah menjadi keutamaan. 24 jam yang Allah pinjamkan itu hendaklah dipenuhi dengan ibadah belaka. Perkara wajib jangan alpa. Perbanyakkan amalan sunat. Tukarkan perkara2 harus menjadi perkara2 sunat yang mendapat ganjaran pahala. Jauhkan perkara makruh dan syubahah. Tinggalkan segala yang haram. Dosa janganlah dipandang ringan. Pahala mestilah menjadi rebutan.

Bergantung harap 100% kepada Allah, usah lagi bergantung harap pada makhluk. Semuanya milik Allah. Kena bekerja tapi rezki Allah yang beri. Kena makan ubat tapi kesembuhan Allah yang bagi. Kena makan tapi kenyang dari lapar itu Allah yang bagi. Kena cari ilmu tapi kefahaman Allah yang bagi. Kena berdakwah mengajak manusia kepada kebaikan tapi hidayah milik Allah.

Ya Allah berkatilah sisa2 hidupku ini. Istiqamahkan aku dalam amal soleh dan usaha dakwah. Janganlah engkau mufliskan aku di Akhirat nanti dan janganlah engkau mufliskan aku di dunia Mu yang fana ini. Berilah keampunan kepada ku atas segala dosa dan kesilapan. Hidupkan aku dalam iman dan matikan aku dalam iman. Layakkanlah aku untuk menjadi umat Nabi Muhammad SAW, umat terbaik akhir zaman.

@@@

Wednesday, November 16, 2011

Hidup Berkat

Saya ada mendengar ceramah Ust Azhar Idrus dalam salah satu videonya. Ustaz mengupas perihal siapa orang susah? Cuba angkat tangan. Boleh angkat? Cuba tarik nafas. Boleh tarik nafas? Cuba pandang sekeliling. Boleh nampak? Cuba dengar bunyi-bunyian di sekeliling. Boleh dengar? Cuba bangun. Cuba duduk. Cuba berjalan. Cuba makan. Cuba minum. Cuba bercakap. Boleh?

Kalau jawabnya boleh, maka anda bukan orang susah. Nak tahu siapa orang susah? Ada orang tak boleh makan walaupun duit banyak. Ada orang naik kerusi roda walaupun kat rumah ada 5 biji kereta. Ada orang tak boleh bangun, tak boleh berjalan, tak boleh duduk.

Kat hospital kita tengok ramai orang susah walaupun berpangkat Tan Sri atau berpangkat Datuk. Walaupun seorang bilionare atau seorang millionare. Kadang tu orang suap makan kot wayar. Sepatutnya dia orang senang sebab kaya raya. Rumah macam istana, isteri lawa, keluarga hebat-hebat, kereta mewah berderet, saham kat bursa KL melambak. Tapi yang peliknya hidup susah dia. Tak boleh makan nasi. Tak boleh minum air.

Berbeza pula dengan pakgad hospital. Orang nampak dia ni orang susah. Gaji pun tak seberapa. Tapi bila makan, dua pinggan rumun tak pernak tolak. Badan sihat walafiat. Saya rasa dia orang senang, bukan orang susah.

Ramai orang duit banyak tapi tak cukup-cukup. Ada orang duit sikit tapi Alhamdulillah cukup. Ada orang harta mewah tapi hati gundah. Ada orang harta tak seberapa tapi hidup selesa. Ada orang hidup susah walaupun wang berjuta. Dan ada pula orang senang walaupun hidup sederhana. Maka berkat sangat memainkan peranan. Ia kurniaan Allah buat semua orang yang hidup senang tadi, insyaAllah.

***

Ustaz Aqil Hayy pernah bergurindam seperti berikut pada suatu masa dulu. Saya paparkan di sini untuk manfaat semua..


Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT. Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat. Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.


Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.


Tetapi awas, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat. Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, ketika itu manusia mula mengubah tabiat.


Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat. Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat. Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.


Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat. Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat.


Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat. Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat. Suka sangat menunjukkan pusat. Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. Pakai pulak yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak benda bulat. Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh berkirim surat.

Bila berjumpa, tangan berjabat Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat. Usah peduli agama dan adat. Usah takut Allah dan malaikat. Yang penting apa kita nak buat? Kita 'bukti' lah kita buat. Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat. Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.


Maknanya ketika itu Iblis mula melompat. Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. Habis manusia telah tersesat. Inilah dia fenomena masyarakat.

Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, Marilah kita pakat mengingat , Bahawa dunia hari ini makin singkat, Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat! Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat. Masa tu, sindri mau ingat. Umur mu banyak mana mu buat ibadat...? Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...? Harta benda anta, dari mana anta dapat...? Ilmu anta, adakah anta manafaat...? Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

@@@

Monday, October 17, 2011

Jiwa Mahasiswa


Sudah agak lama saya tidak membuat posting baru. Tak ada apa2 idea baru yang boleh dikongsi. Mungkin saya nak sentuh sikit pasal anak2 kita. Bila anak2 sudah meningkat remaja dan memasuki pusat pengajian tinggi, banyak masa mereka di habiskan bersama kawan2 dan kesibukan di kampus dengan memenuhi jadual kelas, study, membuat homework, beriadah dan mengurus diri.

Maka fikiran anak ini sibuk dengan suasana itu hingga acap kali terlupa pula kepada tanggungjawab atau peranan sebagai anak, abang atau kakak. Lebih teruk lagi kalau sudah ada pakwe atau makwe. Kotak fikiran anak ini bertambah penuh. Ruang untuk keluarga pula menjadi sempit tanpa disedari.

Peranan ibu dan bapa ialah memberi 'slow talk' kepada anak2 sebegini supaya memahami realiti kerana ibu dan bapa pernah melalui peringkat ini suatu masa dulu. Sebab itulah penting untuk kita mempunyai pandangan 'big picture' berbeza dengan pendekatan pergaulan yang jumud dan taksub kepada kelompok yang kecil.

Saya suka menasihati anak2 supaya suka membaca, mencari ilmu dan mencintai ilmu dan suka kepada majlis2 ilmu. Banyak ilmu sebenarnya boleh kita jumpa di internet. Apabila saya meneroka alam siber dan singgah di pelbagai laman web atau blog, acap kali saya terjumpa dengan kelompok anak2 muda yang punyai wawasan dan melihat kehidupan pada skop yang luas.

Topik yang dikupas atau subjek yang dibincangkan merangkumi perbahasan yang intelek berdasarkan fakta dan analisa dari pelbagai perspektif. Saya salut kepada kelompok anak2 muda ini. Saya punyai harapan mereka ini akan menjadi profesyenal yang bijak dan faham agama .


Seorang mahasiswa di Mesir berkata, "Aku bersyukur kerana masih solo dan tidak ada makwe, kerana sekurang-kurang masa aku untuk bergayut dengan makwe di talipon boleh aku gunakan untuk menalipon ibu dan ayahku di tanahair."

Kekadang kita lupa apabila dilekakan dengan kawan2 dan kehidupan kampus bebas dari kongkongan keluarga, sehinggakan apabila sesekali pulang ke rumah pun, hati kita bukan di rumah, tetapi melayang jauh bersama kawan2 atau makwe dan aktiviti kampus. Sepatutnya kita boleh membahagi masa semasa pulang hujung minggu itu - 1/3 untuk keluarga, 1/3 untuk study, 1/3 untuk rehat. Tinggalkan kawan2, makwe dan hal2 kampus itu sebentar.

Janganlah terganggu pelajaran dek asyik 'bercinta' atau berkhayal perihal makwe dan pakwe.Asyik dok melayan sms setiap 5 minit atau ber'facebook' hingga 3-4 jam. Berkawanlah biar seribu supaya ada banyak pilihan dan dapat membuat pilihan terbaik mengikut ciri2 nilai agama dan akhlak mulia. Di kampus itu adalah peluang terbaik untuk berkenal-kenalan dan menilai pada kelompok mahasiswa mahasiswi yang luas.

Jadilah kita manusia yang berjiwa besar. Tingkatkan skil komunikasi. Dedahkan diri pada suasana pembelajaran dan pergaulan yang intelek. Jangan jadi manusia yang gagal mendapat ilmu yang optima walaupun berada di gedung ilmu. Ingat mahasiswa punya tanggung jawab besar pada diri, keluarga dan masyarakat. Termasuklah hutang PTPTN RM28k yang akan mula dibayar setelah grad nanti RM170 untuk 180 bulan.

@@@

Thursday, September 29, 2011

Kelompok Terpilih

Syawal sudah meninggalkan kita. Zulkaedah kini muncul. Penerbangan haji pertama sudah berlepas. Musim haji sudah tiba. Di ofis, kawan saya Sdra Mahmud, Sdra Ariffin dan Sdra Ayob akan menjadi tetamu Allah ke Tanah Suci, Alhamdulillah. Saya doakan Allah permudahkan segala urusan mereka. Saya juga mohon mereka doakan agar Allah permurahkan rezki dan permudahkan urusan untuk saya dan isteri dapat pula mengerjakan ibadah haji pada suatu masa nanti, insyaAllah. Khabarnya tahun ini seramai 28,000 jemaah haji dari Malaysia bakal menunaikan ibadah haji.

Sesungguhnya bakal-bakal haji ini adalah tergolong dalam kelompok manusia yang terpilih untuk mendapat undangan daripada Allah SWT bagi menjadi tetamu-Nya. Ramai yang tidak terpilih walaupun sudah bersedia dari segi fisikal dan harta-benda. Alangkah hebatnya jemputan ini. Sebuah perjalanan dan pengalaman bagi mengadap Allah SWT. Sudah tentulah persediaan ruhani dan jasmani yang mantap akan mengiringi.

Benarlah Islam ini agama yang syumul, lengkap segalanya. Ia bukan sekadar agama teori tetapi penuh praktikal. Bagi saya, Ibadah haji ini memberi peluang kepada seorang muslim untuk menjalani pengalaman praktikal:


  1. Bermusafir meninggalkan rumahtangga, anak2, keluarga, harta-benda dan segalanya (sebagaimana bila kita mati semuanya akan kita tinggalkan).



  2. Untuk anak2 kita melalui kehidupan tanpa ibubapa di sisi (sebagaimana bila kematian ibubapa atau orang tersayang).



  3. Untuk berada di bumi ambiya, merasai sendiri suasana di tanahair Rasulullah dan membayangkan perjuangan dan kehidupannya.



  4. Juga merasai sejarah ibadah haji itu sendiri yang bermula dizaman Nabi Ibrahim terutama ibadah sa'ie dan korban.



  5. Merasai bahawa manusia ini semuanya sama, tiada perbezaan darjat atau pangkat. Hanya takwa kepada Allah.



  6. Merasai suasana di Arafah seolahnya perhimpunan di Padang Mahsyar nanti bersama lautan manusia.



  7. Merejam iblis dan syaitan dari kehidupan pada lontaran jamrah.



  8. Untuk berkorban harta-benda dan kesenangan bagi menuju redha Allah.



  9. Untuk berjaya dan bersabar melalui segala ujian di Tanah Suci demi mencapai redha Allah.



  10. Beribadah di Masjidil Haram dan Masjid Nabi yang ganjarannya berlipat kali ganda dan menjalani pelbagai rukun haji yang penuh hikmah dan misteri demi penyucian diri dan hati patuh kepada syariat Allah.



Selamat menempuh perjalananan dan pengalaman agung ini kepada semua tetamu Allah sekelian. Doakan supaya umat Islam terpelihara daripada segala fitnah akhir zaman dan kebangkitan Islam akan berterusan sehingga mencapai kemuncak kemenangan.




@@@

Tuesday, September 20, 2011

Mata Itu Amanat Allah

"Iman, buat apa tu?" tanya saya pada anak bongsu yang sedang bersantai di ruang tamu. "Baca novel". Saya pun jenguk ke ruang tamu. "Eh, baca elok-elok, jangan rapat sangat dengan mata. Letak buku tu mengadap cahaya lampu. Jangan baca dalam samar begitu, nanti rusak mata. Jaga amanat Allah. Mata tu amanat Allah. Papa sekarang ni mata pun dah kabur." Isteri yang mendengar teguran saya itu tersenyum sendiri. Anak saya membetulkan novelnya dan meneruskan penghayatan tulisan di helaian novelnya.

Semasa saya membaca Al-Qur'an di ruang tamu sekembali dari surau selepas solat maghrib tadi, saya perasan pandangan mata saya kini agak kabur. Ayat2 Al-Qur'an yang tertera pada helaian di surah Yusuf itu terpaksa saya renung dengan tajam untuk dapat fokus supaya betul sebutan. Nikmat mata yang Allah berikan kepada saya untuk sekian lama mencecah 49 tahun, sudah mula di tarik balik. Kalau sebelum ini saya dapat membaca Al-Qur'an dengan lancar, tapi kini agak tersekat-sekat dan perlu diulang kerana pandangan objek yang agak 'out-of-focus'. Saya perlu memakai cermin mata agaknya.

Saya teringat satu ceramah oleh seorang ustaz, katanya "Allah sentiasa memberi peringatan kepada kita bahawa kematian semakin menghampiri dengan mematikan satu demi satu pacaindera dan anggota tubuh badan kita." Mata kita semakin hari semkain kabur, hingga satu hari daya lihat mungkin hilang terus. Rambut yang ada tumbuh subur atas kepala selama ini, kini sudah gugur hingga kepala kita makin sehari semakin botak. Telinga yang begitu peka selama ini pada setiap bunyi dan suara, tapi kini sudah kurang daya pendengaran dan mungkin suatu hari mati terus fungsi telinga dan jadi pekak.

Segala yang kita ada bukan milik kita tapi semuanya Allah yang punya. Segala yang kita ada hanyalah pinjaman, amanat Allah yang diberi sementara kepada kita. Anak kita itu bukan milik kita melainkan hanya amanat Allah kepada kita untuk dibelai dengan penuh kasih sayang dan di didik dengan penuh tanggung-jawab. Janganlah anak di dera, dibiarkan atau di buang kerana menggangap ia hak kita. Sedangkan semua milik Allah, tiada pun milik kita.

Nikmat makan juga turut berkurang. Apatah kalau sudah ditimpa pelbagai penyakit popular seperti kencing manis, darah tinggi dan ghout. Allah SWT menarik balik sedikit demi sedikit segala nikmat dan kemudahan yang Allah pinjamkan. Allah SWT mematikan satu demi satu nikmat dan amanat yang dikurniakan. Pada suatu masa manusia akan kembali seperti waktu dia bayi ketika belum mumayiz, kena pakai pampers. Berjalan kena dipimpin. Makan kena disuap.

Menyedari hakikat ini dan memahami kelemahan diri serta jelas akan kekuasaan Allah SWT pencipta manusia dan seluruh makhluk di alam semesta, maka kembalilah ke pangkal jalan. Menghayati agama dengan mencintai majlis2 ilmu. Dahaga menadah pengajian demi pengajian. Ilmu yang kita dapat dapat mengukuhkan amal ibadah. Ilmu yang wajar dikongsi dan kembang-kembangkan untuk menzahirkan umat yang hebat. Umat yang mengingati Allah.

Semua nikmat kita itu hak Allah belako. Bermula dengan sedar bahawa mata itu amanat Allah...

@@@

KONGSI KEK

Dalam konteks hari ini, saya ingin elaborate dan bawak berbincang isu2 yg dekat dgn rakyat dan suasana di negara kita sekarang ini.  Antara ...