Showing posts with label Muzakarah. Show all posts
Showing posts with label Muzakarah. Show all posts

Sunday, March 04, 2018

Orang Tabligh



Gerakan jemaah Tabligh dalam usha dakwah dan kerja agama yang dulu dipandang sepi, kini sudah menjadi satu fenomena yang begitu signifikan bergerak di 163 negara di seluruh dunia. Ia merupakan satu kelompok non-politik yang terbesar di dunia. 

Mungkin sebuah sajak ini bisa memberi gambaran jelas tentang jemaah Tabligh di mata masyarakat. Kekadang luahan sebegini lebih terkesan untuk menceritakan suka duka orang Tabligh membuat kerja dakwah di tengah-tengah masyarakat dengan bergerak dari kampung ke kampung, lorong ke lorong, rumah ke rumah, pintu ke pintu. Ada yang memandang sepi, malah ada yang berkasar, namun ramai yang menerima kedatangan mereka dengan baik. Demi menyampaikan mesej dakwah, mereka terus bergerak ke serata pelusuk alam tanpa jemu dan mengeluh kepenatan.


Orang Tabligh,
Entah siapa la yang bagi nama,
Sedangkan kita semua kan sama,
Umat Nabi SAW semuanya,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah tiada, kalau kita tak buat, siapa pula?
Takkan la kerja ustaz dan ulama saja,
Yang kita ni, takkan nak goyang kaki saja?

Orang Tabligh,Lari! Lari! Orang Tabligh datang,
Yang tadi ramai, sekelip mata je dah hilang,
Yang tadi segar bugar, dah tidur terlentang,
Yang sakit kaki pun boleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya kerja senang.

Orang Tabligh,Ajak keluar khuruj, bukannya nanti tak pulang,
Yang baru dapat gaji pun kata takde duit, nak bayar hutang,
Yang tadi sihat pun tiba-tiba migrain pula datang,
Yang menganggur pun buat-buat sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je memang la senang,
Cuba buat, memang nak kena sabar, nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, berbondong-bondong orang datang.

Orang Tabligh,Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpa semua orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Semua nak ditemu,
Nak diajak pada Allah yang satu.

Orang Tabligh,Jalan bawa periuk belanga,
Dipandang orang takat sebelah mata,
Dituduh jahil, tinggal dunia, itu perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih juga telinga,
Nabi dulu-dulupun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yang banyak salah, yang banyak dosa,
Takpe-takpe, Allah kan ada,
Yang Maha Mengetahui, yang mana intan, yang mana kaca.

Orang Tabligh,Kekadang buat silap...adat la manusia,
Memang tengah nak belajar-belajar tiru sahabat RA yang dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dalam berdakwah memang ambil masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,Ada kat mana-mana,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la raja,
Pelbagai adat, perangai berbeza-beza,
Tapi boleh makan dalam dulang yang sama,
Bila keluar jemaah semua dilayan serupa,
Bila nak berpisah..ish..ish..keluar pula air mata.

Orang Tabligh,Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah, seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, memang ada banyak lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita sekarangkan di zaman ICT"
"Tak main la sunnah-sunnah ni!"
Jangan la macam tu bang, kita kan nanti mati,
Karang menyesal esok, siapa yang rugi?
Kan diri sendiri..

Orang Tabligh,Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli, sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, memang nak dok rumah, bergurau dengan bini,
Atau ajak anak main lari-lari,
Atau layan wifi sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Ya la..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekarang tak buat persiapan , bila lagi?

Orang Tabligh,Malam-malam doa hidayah,
Fikir risau, macamana nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat besok semua selamat,
Orang sekarang ingat hidayah boleh senang-senang dapat,
Tak perlu susah-susah, tak perlu keringat,
Dan tak mau pula jumpa masyarakat,
Hanya sibuk buat ibadat,
Kalau macam tu tidak la kita ni "The Best Umat".

Orang Tabligh,"Apasal la ulama India yang jadi ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Siapa saja yang bawa kebenaran,
Tidak kisah la orang Arab ke bukan,
Semua kena bagi sokongan,
Yang Allah pandang bukan luaran tapi Iman,
Bab mazhab jangan bimbang masih sendiri punya pegangan,
Tidak jadi masalah la kan?

Orang Tabligh,Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yang dah kahwin tidak nak berenggang dengan isteri,
Yang si isteri mati-mati tak nak suami dia pergi,
Berderai-derai air mata keluar macam air pili,
"Kalau abang nak gi jugak, hantar saya balik kampung esok pagi!!"
Heh, orang laki memang lemah bab air mata ni,
Si suami pun letak balik beg, tidak jadi pergi,
Yang tadi josh (bersemangat) tak ingat pun, jadi lemah seluruh sendi,
Kes-kes macam ini memang banyak terjadi,
Boleh tengok dengan mata kepala sendiri,
Tapi kalau bab dunia (contoh: kursus naik pangkat), "no prob.,anytime kami
ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dengan wajah berseri-seri,
Hey, of course la, nanti husband I dapat naik gaji,
Wife mana la yang tak happy,
Ini lah realiti,
Bab dunia, tak payah diajak pun semua pakat reti,
Bab akhirat, masing-masing buat tidak kisah, tidak ambil peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!

Orang Tabligh,Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak macam dah terer,
Tidak juga nak kafirkan siapa-siapa,
Atau sibuk-sibuk pergi minta derma,
Cuma nak amalkan agama yang sempurna,
Dengan korbankan sendiri punya diri, duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha, masukkan kita dlm syurga-Nya,
Itu saja...

Orang Tabligh,Seluruh dunia, naik kapalterbang,
Pakai selipar jepun sahaja,
Ikhlas, tiada sponsor, tiada subsidi.
Paspot penuh cop pelbagai Negara,
Ada yang kerja tukang kebun sahaja,
Nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru,
Sama seperti balik dari fardhu haji,
Sayangkan bini tinggal-tinggalkan,
Sayangkan anak, rotan digantungkan, sunnah Nabi,
Bukan untuk mendera, sekadar speed limit sahaja,
Kenapa sibuk dakwah orang, keluarga, anak isteri belum betul lagi?
Nabi Nuh AS, anak isteri tak mau ikut, kalau Nabi Nuh ikut teori
tersebut, tak naik bahteralah jadinya,
Abu Lahab bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut,
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut,
tak buat dakwahlah Nabi, tak sampailah Islam ke Malaysia ini.

Orang Tabligh,Selekehkah, tiada ilmu, compang camping kah, berbaulah?
Itu mungkin segelintir dan cerita lama agaknya,
You can't blame the teachers,
You have to blame the distortions and
ignorance of their followers,
Balighuanni walau ayah, 
Saidina Abu Bakar,
received the first kalimat terus buat dakwah, 
if he waits tunggu complete ilmu, 
he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW
Global politic, economy with no borders, or chauvinism,
Malaysian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam di Nizamuddin.
Semoga Allah redha kepada Orang Tabligh. Aameen.

#CnP
tidak tahu siapa penulis asal 
semoga beliau dirahmati Allah

Tuesday, September 08, 2015

Hujan Batu

Peaceful Demonstration Always Welcome

Setelah bermusafir sekejap melihat alam ciptaan Allah di negara orang, terasa benar kerdil diri. Betapa hebat dan halus berseni bumi ini. 

Sehebat mana negeri orang, masih rindu dan tidak sama negeri sendiri. Kan ada pepatah lama, "Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri. Namun sgala yg baik itu patut benar di tauladani.

Kekadang terserlah unjuran Islam di praktis di negara non-muslim seperti menjaga kebersihan. Payah nak nampak sampah sarap merata samada di kawasan perumahan, jalanan, sungai atau tempat2 awam.

Public toilet masyaAllah bersih dan presentable berbanding di negara kita. Masalah vandalism pada kemudahan awam tidak ketara. Lukisan2 grafitti di lorong2 menjadi daya tarikan pula.

Soal keselamatan memang best, dapat rasa selesa dan selamat. Rumah2 jarang berpagar atau bergrill khasnya di pinggir2 bandar. Rumah2 banglo belaka dgn harga patut dan mampu milik serendah $150k.

Warga mereka bebas melakukan aktiviti tanpa rasa takut. Berjogging awal pagi atau aktiviti fast walk di taman2. Anak2 seronok berbasikal atau ber skateboard tanpa di bimbangi ibubapa.

Allah kurnia landskap bumi yg indah, corakan awan yg unik, cuaca dingin, udara bersih dan segar. Air sungai, tasek dan laut yang sama tapi tak serupa. 

"Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan." (ar-Rahman:34)

Rakyat bebas mengekspresi diri pada demo2 aman tanpa gangguan. Polis menjadi teman bukan lawan. Rasuah bukan amalan. 

Amanah dlm menjalani tugasan sebagaimana unjuran Islam yg menjadi pegangan dan kebiasaan penjawat awam di sana.

Pemimpin pula terbuka untuk di kritik. TV coverage memberi ruang kpd kedua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang. Isu2 besar akan mengambil kira pandangan rakyat jelata.

Sidang parlimen di siarkan secara langsung di kaca TV, nothing to hide from orang awam. Transparensi yg bukan skadar janji palsu pilihanraya.

Para pemimpin peka kpd kehendak rakyat. Bertanggung jawab jika melakukan kesilapan, tidak segan untuk mengaku silap hatta melepaskan jawatan yg di sandang tanpa tangguh. 

Jauh berbeza dgn pemimpin negara kita yang gemar dengan denial mode atau pekak badak syndrom. 

Katanya tunggu setiap lima tahun di pilihanraya umum untuk membuat perubahan jika tidak puas hati. 

Sangat gelabah menghadapi apa2 bentuk demonstrasi jalanan. Intelligent debate jauh skali. Always one way street, forcing everthing down your throat.

"Bukan budaya kita," yang di mantrakan siang malam. "Perhimpunan haram," yang di propagandakan di media. 

Town planning mereka advance dengan rangkaian pengangkutan awam yg efisyen. Saya dapat rasa suasana relax, user friendly dan feel good feeling yg ada. 

Pelbagai konsesi wujud untuk kebaikan kelompok yg berpendapatan rendah, pelajar dan warga emas. Ia melayakkan diskaun hingga 50% untuk pelbagai servis dan kemudahan nationwide. Memang niat nak tolong rakyat.

Driver2 bas tampak bangga dgn kerja mereka dan melayan customer dgn professional skali. Tidak tension atau stress giler macam driver bas awam kita. Menepati masa juga adalah budaya.

Pemandu di jalanraya juga sangat berdisiplin. Memberi laluan kpd pejalan kaki adalah prioriti. Memakai seat belt tanpa gagal termasuk penumpang belakang. Mematuhi speed limit dan had jumlah penumpang.

Rangkaian jalanraya yg elok tidak berlubang sana sini. Dan tiada bayaran tol. Again the feel good factor terserlah.

Harga barangan groceries juga murah malah potongan harga adalah rutin biasa yg di amalkan setiap minggu. 

Harga kreta juga murah. Saya beli kreta sedan V6 tahun 2000 good condition dgn harga $500 sahaja. Harga kreta2 baru cuma lingkungan harga $10k-$45k.

Isi minyak dulu baru bayar. Budaya jujur yg diterap. Harga minyak juga kompetitif dan bebas di set oleh operator. Ron95 harga antara $1.24 hingga $1.39 per liter.

Saya berkunjung ke city mosque. Barangan di jual tanpa ada orang menunggu, skadar di letak tabung untuk di masukkan harga belian base on trust. Sedangkan di masjid dan surau kita bukan setakat tabung duit yg di kebas malah selipar dan kasut.

Saya suka ke public library atau municipal council kerana dpt wifi free atau access internet di PC yg disediakan. Memang selesa.

Satu lagi yg menarik ialah konsep kedai barangan second hand atau opportunity shops. 

Selalunya di operate oleh badan2 kebajikan seperti salvation army atau senior citizen. Di mana barangannya ialah barangan terpakai yg disumbang orang ramai free of charge. 

Kemudian di pilih untuk di susun atur di pamer untuk jualan pada kadar harga yg murah bangat. Baju, jeans, kasut, jaket, dress dgn price tag $1-$8. 

Barangan elektrik, pinggan mangkuk, perabut, buku, aksesori semua ada. Malah yg di beri percuma pun ada di 'free rack.' Konsep kedai sebegini sangat membantu rakyat.

Konsep negara berkebajikan yg bukan skadar slogan tapi di praktis dlm masyarakat bertamadun.

Bak kata syed Qutb kalau tak silap saya, "I found Islam practiced in the West. But not in Islamic countries."

@@@

Wednesday, June 11, 2014

Sindrom CDTM

Saya menerima satu posting di Whatsapp yang pada analisa saya sekali lalu sangat menarik untuk sama-sama kita renung dan fikir. Tika detik usia berlalu terus tanpa henti ini, mungkin afdal untuk memberi perhatian apa sebenarnya yang telah dan akan berlaku dalam kehidupan yang fana ini supaya cetus sedikit sedar pada minda.

Nasihat dari Prof Dr Harlina Shiraj:
  • 10 nasihat untuk yang dah umur 50 tahun ke atas. 
  • Yang dah 50 tahun tu mula-mulalah berlatih.
  • Yang dah hampir 50 tahun boleh bersedia.
  • Yang lambat lagi nak ke umur 50 tahun boleh kongsi dan bantu mak ayah jika masih ada.
*****
  1. Fokus pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja
  2. Rancang macamana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini, kalau mampu pergilah melancong. Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.
  3. Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.
  4. Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi "full time baby sitter". Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapa pun termasuk  cucu sendiri. Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.
  5. Terima kelemahan fizikal, sakit, dan lain-lain kesakitan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada. 
  6. Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Berhenti melakukan bersungguh apa yang tiada pada anda. Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua dah terlambat.
  7. Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-anak, cucu-cucu dan rakan-rakan anda. Mereka yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya. Bukan apa yang anda ada. Mereka yang sayangkan anda kerana apa yang anda ada, mereka itu tak ikhlas, hanya berpura-pura dan anda pasti tahu siapa mereka sekarang.
  8. Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.
  9. Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yg lebih baik. Jadi bersedialah, bukan untuk mati tetapi hidup untuk bertemu Yang Maha Esa (ALLAH SWT) 
  10. Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dia lah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini. 
~ PROF. DR. HARLINA SHIRAJ ~

Nota: Dr Harlina Halizah Hj Siraj atau lebih mesra sebagai Dr Har dilahirkan di Sungai Besar, Selangor. Beliau bertugas sebagai pakar perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Beliau juga menjawat jawatan Pengerusi Pembangunan Sosial IKRAM & Naib Ketua Wanita IKRAM, Mantan Naib Presiden JIM (2009-2012}, Presiden Persatuan Kesihatan Ibu dan Bayi Malaysia, MAMANEH(2009 – 2011). Merupakan isteri kepada Ustaz Zulkifli Ahmad serta ibu kepada empat orang cahaya mata, seorang telah meninggal dunia. Beliau gemar melakukan khidmat masyarakat dan kerja-kerja sukarelawan selain menumpahkan khidmat sebagai pakar di hospital.

*****

Kekadang ramai kita lupa bahawa sudah begitu banyak usia kita yang telah dibazirkan begitu saja. Apa yang telah berlalu itu sudah tentu tidak dapat dikembalikan atau diulangkan lagi. Simply gone. Tidak boleh ditebus atau dibeli hatta dengan emas atau intan berlian yang bertimbun.

Apa yang kita lalui hari ini adalah sesuatu yang mungkin dapat kita corakkan atau masih masih dalam kawalan. Begitu pun apa yang bakal berlaku esok dan hari-hari seterusnya pada sisa usia yang masih Allah pinjamkan ini pula adalah diluar kawalan kita sebenarnya. Bak kata Dr Har di atas, hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.

Usah panjang angan-angan, fikirkan itu dan ini. Jangan terperangkap dengan sindrom CDTM iaitu Cinta Dunia Takut Mati. Begitu mengejar dunia hingga lupa akhirat yang menanti. Jangan sampai di istidraj di hijab Allah daripada sedar akan hakikat kehidupan yang sementara kerana begitu teruja dan di sibukkan dengan kemewahan dunia. Tidak salah mengejar kebahagiaan dunia jika objektifnya untuk mencapai kebahagiaan Akhirat. 

Sayang sekali jika kita begitu runsing dan takut gagal di dunia tetapi tidak pula takut gagal di Akhirat. Rugi benar jika kita ini sekadar mengejar kejayaan di dunia tapi lupa pula untuk berusaha gigih demi mencapai kejayaan di Akhirat. Apakah kejayaan yang hakiki? Bila Allah redha untuk kita dapat masuk Syurga Dia. Apakah kegagalan dan kerugian yang sebenar? Bila kamu di humban ke dalam Neraka Allah. Ada faham?

Tidak salah kaya harta benda di dunia kerana ada para sahabat yang terdiri dari kalangan manusia yang kaya raya contohnya Abu Bakar As-Sidiq dan Abdul Rahman Bin Auf, namun objektif mereka jelas iaitu mengejar Akhirat. Mereka tidak kedekut membelanjakan harta mereka untuk fisabilillah dan pelaburan akhirat seperti zakat, sedekah, waqaf dan sumbangan infaq. Harta bukan objektif tetapi sekadar alat mencapai objektif. Apa objektif yang hakiki? Untuk mencapai redha Allah.

@@@

Thursday, March 20, 2014

Fitnah Dajjal

Hari ini sudah masuk hari ke-13 kehilangan pesawat MH370. Pada program berita di radio yang saya dengar dalam pemanduan kereta ke ofis tadi, di nyatakan tiada petunjuk baru dijumpai dan pencarian di teruskan dalam tiga zon utama yang akan disertai 26 buah negara yang sudah memberi persetujuan lisan. Sesungguhnya penantian suatu siksa yang tidak tertanggung oleh kita semua bak lirik lagu klasik nyanyian kumpulan Harmoni ini:

Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku

Pada dunia akhir zaman ini fitnah Dajjal akan berlaku, satu makhluk yang Allah cipta untuk menipu daya manusia kepada kesesatan dan menguji tubi manusia beriman. Itulah fitnah Dajjal. 

Pada kuliah maghrib malam tadi Ustaz ada menceritakan perihal kedatangan Dajjal yang akan di dahului oleh makhluk Yakjud Makjud yang akan menyerap semua makanan dan minumun manusia. Dajjal nantinya akan muncul bersama timbunan makanan dan minuman setinggi gunung ganang dan sumber air segar di tangan kirinya dan api di tangan kanannya untuk memberi pilihan dan ujiannya kepada manusia. Wallahu'alam.

Saya memetik posting daripada sebuah blog yang menyatakan fitnah yang dilakukan Dajjal adalah banyak sekali di antaranya ialah:
  1. Bersamanya ada syurganya dan nerakanya . Daripada Hudzaifah RA, Rasulullah SAW bersabda: " Dajjal cacat matanya yang kiri, keriting rambutnya, bersamanya syurga dan nerakanya. Nerakanya adalah syurga dan syurganya adalah neraka . " (HR Muslim no.2934)
  2. Membunuh satu jiwa kemudian menghidupkannya kembali .Rasulullah SAW bersabda: " Keluarlah pada hari itu seorang yang terbaik atau di antara orang terbaik. Dia berkata: ' Aku bersaksi engkau adalah Dajjal yang telah disampaikan kepada kami oleh Rasulullah SAW. ' Dajjal berkata ( kepada pengikutnya ): 'Apa pendapat kalian jika aku bunuh dia dan aku hidupkan kembali apakah kalian masih ragu kepadaku? ' Mereka berkata : ' Tidak. ' Maka Dajjal membunuhnya dan menghidupkannya kembali .... " (HR Muslim no.2938)
  3. Menggergaji seseorang kemudian membangkitkannya kembali . (HR Muslim no.2938/113)
  4. Memerintahkan langit untuk menurunkan hujan lalu turunlah hujan. Dari An - Nawwas bin Sam'an RA: Rasulullah SAW bersabda: " ... Dia datang kepada satu kaum mendakwahi mereka. Mereka pun beriman kepadanya  menerima dakwahnya. Maka Dajjal memerintahkan langit untuk hujan dan memerintahkan bumi untuk menumbuhkan tanaman, maka turunlah hujan dan tumbuhlah tanaman .... " (HR Muslim no.2937). Adapun kaum yang tidak beriman dan tidak menerima dakwah Dajjal, tidak ada sedikit harta pun tersisa pada mereka .
  5. Akan diikuti perbendaharaan harta. Dalam hadis An-Nawwas bin Sam'an ra disebutkan , Rasulullah SAW bersabda: " ... Dia mendatangi reruntuhan dan berkata : ' Keluarkanlah perbendaharaanmu . ' Maka keluarlah perbendaharaannya mengikuti Dajjal seperti sekelompok lebah . " (HR Muslim no.2937)
  6. Bersamanya air , sungai , dan gunung roti , api , dan air .Rasulullah SAW bersabda: " ... Sesungguhnya bersama dia ada syurga dan nerakanya, sungai dan air, serta gunung roti. Sesungguhnya surganya Dajjal adalah neraka dan nerakanya Dajjal adalah syurga . " ( HR Ahmad Asy - Syaikh Al - Albani rahimahullahu berkata: Lihat Qishshatu Masihid Dajjal )

Daripada ' Uqbah bin ' Amr RA, dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda tentang Dajjal: " Sungguh Dajjal akan keluar dan bersamanya ada air dan api . Apa yang dilihat manusia air sebenarnya adalah api yang membakar. Apa yang dilihat manusia api sesungguhnya adalah air minum sejuk yang segar. Barangsiapa di antara kalian yang  mendapatinya hendaknya memilih yang dilihatnya api, kerana itu adalah air segar yang baik . " (HR Muslim no.2935 )

Jika seorang mukmin telah mengetahui dan beriman akan keluarnya Dajjal dengan membawa fitnah yang demikian dahsyat, hendaknya dia mengamalkan beberapa sebab untuk menjaga dirinya dari Dajjal dan fitnahnya. 

Antara yang Ustaz anjurkan mengikut wasiat para ulama' ialah dengan mengamalkan membaca surah Al-Kahfi setiap hari. Jika tidak mampu menghabiskan surah yang agak panjang ini maka amalkan sekurang-kurangnya membaca 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir. Amalan ini inshaAllah akan membantu diri untuk membuat pilihan yang tepat dan tidak tertipu oleh muslihat tipu daya Dajjal nanti.

@@@

Friday, March 07, 2014

Ujian Kemarau

Dalam musim kemarau tak ada air ini ada pula manusia yang ambil kesempatan pi tadah air kat surau dan masjid. Pada tazkirah jumaat tadi Ustaz Dato Kamal bagitau amalan ini sangatlah tidak wajar kerana air di surau dan masjid itu untuk kepentingan awam, maka pabila di ambil untuk kegunaan peribadi maka itu sudah menyalahi syariat. Setiap perlakuan ada perkiraannya di Akhirat nanti maka eloklah peka dan berhati-hati.

Memanglah masalah ketiadaan air merupakan kepayahan yang nyata namun kita kenalah ambil langkah yang luarbiasa. Salah satu langkah ialah mengambil wudhuk dengan air yang secukupnya bukan berlebih-lebihan sebagai mana biasa. Nabi SAW telah menunjukkan cara yang tepat kadar air yang wajar digunakan iaitu sekadar secupak sahaja untuk berwudhuk dan sekadar segantang air saja untuk mandi wajib.

Khusyuk dalam solat akan ternafi tanpa wudhuk yang sempurna. Contoh pembaziran tika berwudhuk ialah menyedok air kolah tiga kali untuk basuh kaki. Memanglah sunat basuh kaki sebanyak tiga kali, tapi tak payah lah sampai tiga kali cedok. Memadailah dengan sekali cedok untuk basuh kaki tiga kali itu. Berjimat cermat dalam mengambil wudhuk adalah ciri-ciri kesempurnaan wudhuk. Wudhuk yang sempurna merupakan penyumbang penting untuk mendirikan solat yang sempurna, dan zon atau tetap keyakinan tinggi melebihi 75% dalam melakukan ibadah.

Pada hakikatnya setiap detik kehidupan kita ini, kita sedang bertemu dengan Allah. Mata yang Allah pinjamkan ini tidak ada pengllihatan tanpa izin-Nya, maka pada setiap mata yang melihat itu ada Allah. Telinga yang Allah pinjamkan ini tiada pendengaran tanpa izin-Nya. Maka di sana ada Allah bersama kita pada setiap pendengaran telinga ini. Semua nikmat yang kita kecapi ini adalah kurniaan Allah belaka. Tanda2 kebesaran dan kekuasaan-Nya kenalah kita ambil fikir.

Kita lihat gelap malam itu bertukar menjadi terang dengan datangnya siang. Siang yang terang benderang untuk kita bertaburan di bumi Allah ini mencari rezki dan melakukan pelbagai pekerjaan dan urusan. Begitulah juga dengan terang siang itu akan berganti dengan gelapnya malam, satu waktu yang boleh kita beribadah, berehat, tidur dan sebagainya. Itu gunanya akal yang Allah kurnikan ini untuk kita renung dan fikir akan Allah yang Maha Besar, Allah Maha Berkuasa. Bukan pandang kosong macam lembu memandang bukit.

Kita ini suka buat tak perasan, buat2 tak nampak akan hebat ciptaan Allah, akan kebesaran Allah. Ingatlah setiap denyut jantung kita ini akan ada perhitungan dan perkiraannya di sisi Allah. Setiap kita ini akan di tanya kepada apa kita habiskan segala nikmat Allah ini. Maka kenalah ambil kira apakah perbuatan aku ini mendatangkan dosa atau pahala. Mendapat redha atau murka Allah?

Ustaz Kamal Azhari tempoh hari menyatakan dirikan solat dengan khusyuk bukan mudah. Kena banyak bersabar. Ada majikan yang tidak benarkan staf mereka break untuk solat kerana takut produktiviti merundum. Tu dia, mereka sangat bersangka buruk pada Allah. Bukan Allah minta rezki daripada kamu, bahkan Allah yang memberikan rezki kepada kamu. Solat itu adalah penghubung utama seorang hamba dengan Tuhannya. Mana ada keutamaan yang lebih tinggi daripada itu. Rezki itu Allah limpahkan atas belas ehsan dan rahmat-Nya.

Ujian kemarau yang di timpakan Allah ini sangat patut kepada kita yang penuh maksiat dan dosa ini. Sangat sedikit kita syukur berbanding sangat banyak hingga tidak terhitung nikmat yang Allah kurniakan pada setiap detik. Namun manusia tetap degil dan angkuh hingga tidak menganggap segala pemberian Allah ini sebagai nikmat yang mesti disyukuri sangat2. Manusia lupa nikmat air yang Allah bagi. Manusia anggap itu hak semulajadi mak bapak dia. Bila ditimpa bala kemarau panjang baru tersengih-sengih macam kerang busuk. Siap gi curi air kat masjid.

Kita semua akan mati, tapi ramai yang berkelakuan macam orang yang tak ingat mati. Tahu akan mati tapi masih melambat-lambatkan taubat. Masih pasang angan2 satu hari nanti akan dapat hidayah atau peluang taubat. Tapi aksi tak ada. Hidup terus-terusan alpa dan leka malah bergelumang maksiat dan dosa. Di usia maghrib tapi masih tak tahu waktu maghrib, masih sibuk dok bakar sampah di kebun time maghrib. Dah berkumandang azan di corong surau, dia masih lagi di kebunnya. 

Orang lain sibuk bersiap nak ke masjid. Dia masih berpeluh tak berbaju, panas katanya. Maklumlah musim kemarau, dah dua bulan lebih tak hujan. Dia lupa api neraka lagi panas. Marilah mendirikan solat. Marilah mencapai kejayaan. On the way katanya. On the way sokmo. Tunggu punya tunggu tak muncul-muncul juga. Tapi satu hari ke masjid juga dia. Tika itu dia dah jadi jenazah. Itu pun di usung orang ke masjid. Harapkan dia, tak datang lagi kot. Bukan dia tak tahu mati itu pasti.

Solat itu sifatnya full time, anytime dan overtime. Solat bukan bersifat part time, sometime atau no time. Takutlah kamu akan Allah. Apa yang dipersiap untuk hari esok? Hari esok ialah alam kubur. Bagaimana keadaan kamu mengadap Allah nanti? Kalau masa periksa peringkat SPM, Ijazah, Master dan PHD dulu beribu-ribu soalan dapat di jawab hingga lulus periksa, maka agaknya di alam kubur nanti dapat lulus tak bila di tanya soalan? Bukan banyak pun hanya enam soalan sahaja, itu pun soalan bocor semuanya.

Exam besar PAK (Peperiksaan Alam Kubur). Kamu pasti hadapi exam besar yang ada enam soalan sahaja ini. Destinasi sebenar seorang manusia ialah Akhirat. Perjalaanan masih jauh. Ada kehidupan selepas kematian, bermula dengan hidup di alam kubur. Jangan takut dan gentar. Tentu dapat jawab enam soalan mudah ini dengan lancar dan jelas. Tak ada persiapan? 
  1. Siapa Tuhan Kamu?  Allah Tuhanku
  2. Apa Agama Kamu?  Islam Agamaku
  3. Siapa Pegangan Iktikad Kamu?  Al-Qur'an Pegangan Ikutanku
  4. Siapa Nabi Kamu?  Muhammad SAW Nabiku
  5. Apa Kiblat Kamu?  Kaabah Baitullah Kiblatku
  6. Siapa Saudara2 Kamu?  Seluruh Orang Beriman itu Saudara2 ku
Kami sudah bekalkan kamu mata untuk membaca ayat2 Allah, memandang Ustaz2 dan Tok2 guru, melihat ciptaan Allah. Kami sudah bekalkan kamu telinga untuk mendengar ayat2 Allah ditafsirkan, hadis2 Nabi dijelaskan, nasihat2 ulama' dibentangkan. Masih lagi berangan-angan, "Kalau aku kaya..."

Datanglah ke masjid. Dirikan solat fardhu berjemaah, bertakruf, dan turut serta dalam program2 masjid. Bagaimana nak mengadap Allah? Macamana nak jawab soalan? Moga2 memantapkan kita mencari bekalan untuk akhirat. Dan carilah bekalan sebanyak-banyaknya untuk negeri akhirat itu dengan menggunakan segala kelebihan yang Allah kurniakan kepada kamu. Gunakan untuk mengaji, imarahkan masjid dan surau, dan usha kebaikan umat ini. Beringat nikmat dunia untuk kebaikan akhirat. Berbuat baiklah sebagaimana Allah banyak berbuat kebaikan kepada kamu.

Ujian kemarau ini hanya sekadar untuk mencetus sedar pada diri kamu yang lara dengan dunia dan lupa kebesaran Allah, ampunya alam semesta ini. Kamu sangat kerdil, tiada daya dan upaya melainkan dengan kudrat dan iradat Allah semuanya. Bahkan untuk menurunkan setitis air hujan pun kamu tidak mampu. Tapi masih angkuh bila mengaku hujan yang turun itu hasil usha pembenihan awan di situ dan di sini. Masih menafikan turunnya hujan sejenak itu adalah rahmat Allah, bukan untuk kamu sebenarnya kerana dosa dan maksiat kamu yang banyak itu. 

Hujan itu Allah turunkan kerana belas kasihan Allah kepada empat golongan makhluk yang tiada upaya yang sentiasa bergantung harap pada Allah iaitu anak kecil yang menyusu, binatang ternakan, orang tua yang tekun beribadah, dan wanita yang lemah. Kamu hanya mendapat tempias daripada rahmat Allah kepada mereka ini. 

Insaflah. Renung dan fikirlah perihal ujian kemarau panjang ini dengan matahati untuk cetus sedar. Bergantung harap pada Allah pada setiap sesuatu untuk menjadi manusia bertakwa yang boleh meluluskan kita daripada setiap ujian Allah ini.

@@@

Tuesday, February 18, 2014

Masih Lara

Ada seorang sahabat lama menghubungi saya dan meminta beberapa info untuk tujuan networking dengan kawan2 lama alumni zaman sekolah menengah dulu. Maka saya pun di register dalam group alumni saya itu di WhatsApp dan Telegram. 

Setelah beberapa ketika, pada pemerhatian saya dapati group alumni sebegini lebih menjurus kepada aspek mengembalikan nostalgia zaman sekolah dan juga update kehidupan masa kini termasuk soal kerjaya dan aktiviti harian. Sekali sekala ada juga di selitkan dengan pesanan2 bermanfaaat.

Namun konsep keseluruhannya adalah komunikasi yang pada pandangan saya tidak ada faedah sangat pun, sembang kosong untuk menimbul sedikit keseronokan namun hakikatnya sekadar membuang masa sahaja. 

Saya bertanya kepada beberapa kawan2 yang lain berkenaaan forum alumni mereka masing2 dan respon yang diberikan agak sama juga iaitu sembang mereka juga bersifat santai dan omongan kosong kebanyakannya. Walau tidak dinafikan ada juga yang menjurus untuk membuat perjumpaan atau menjalankan aktiviti kebajikan.

Batch saya yang kini sudah memasuki umur 50an pada sembang di Telegram atau WhatsApp itu masih lara dan bergumbira seolahnya masih banyak benar masa di muka dunia ini untuk di bazirkan begitu sahaja. 

Semalam saya mendengar slot motivasi pagi di radio IKIM, penceramah menceritakan seorang staf IKIM berusia 38 tahun meninggal dunia pada hari sebelumnya. Sesuatu yang sangat tidak di sangka kerana arwah tiada masalah kesihatan malah sentiasa ceria bersama kakitangan yang lain selama ini. 

Arwah meninggal di tempat kejadian pabila di langgar tayar lori yang tercabut semasa arwah sedang menunggang motosikalnya untuk ke tempat kerja di IKIM. Arwah meninggal asbab kemalangan itu tetapi hakikatnya ialah ajalnya sudah tiba. 

Pabila ajal kita sudah tiba maka tidak sesaat lewat atau sesaat cepat. Malaikat maut sangat efisyen dalam tugasannya yang telah diamanahkan oleh Allah. Kenapa kita semua masih sanggup lara dan membazirkan waktu yang sangat singkat ini?

Ingat lagi lagu pusara di lebuhraya nyanyian Rahmat Ekamatra? Setiap langkah kita itu akan mendekatkan diri dengan detik kematian. Ibarat pemanduan di sebatang lebuhraya. 

Perasan tak kat tepi lebuhraya tu ada label kecil info memberitahu kedudukan pada KM berapa, contohnya 381.1km, kemudian 381.2km dan seterusnya. Cuba bayangkan bahawa di depan sana, kita nanti akan berjumpa dengan satu titik kematian. Ia masih misteri dan kita tidak tahu di mana. Tetapi hakikatnya ialah titik kematian itu di depan sana. Mungkin pada titik 400km atau 850km? Mungkin selepas tol Sg Buloh atau selepas tol Tg Malim. Kenapa masih lara?

Masih lara itu kerana manusia cinta dunia. Masih lara itu ialah kerana manusia tidak gemar bicara soal mati, apatah lagi mahu mengingati mati. Maka manusia kekal lara bersembang dan berchatting di WhatsApp, Telegram, Facebook, Wechat dan Twitter. 

Manusia kekal bazirkan masa walhal masa itu sangat berharga malah tidak mampu di beli dengan harta yang banyak. Masa yang telah berlalu tidak dapat kembali lagi. Masa yang sudah berlalu tidak dapat di tebus dengan darah dan nyawa sekali pun. Masih mahu lara?

Sekali sekala bila saya selitkan wacana ilmu atau cuba meyelit gambar2 majlis ilmu yang saya sedang hadiri dengan niat untuk mencetus fikir dan renung akan pentingnya majlis2 ilmu dan agenda2 ibadah. Maka respon yang selalu saya dapat sangat sedikit malah ramai pula memandang sinis, dan terus menyambung kerancakan berbual kosong soal remeh dunia sementara ini tanpa menunjukkan keinginan atau sedikit kesedaran pun akan kepentingan persiapan akhirat itu. 

Cinta dunia. Seronok bicara soal zaman muda, sukan atau hiburan. Sedangkan yang berbicara ini ialah jasad2 manusia yang sudah melangkah ke usia 50 tahun.

Mati ini tidak mengenal siapa. Semalam anak saya di Pusat Asasi di PJ memberitahu bapa kawan sekelasnya baru meninggal dunia asbab bencana kebakaran rumah. Abangnya datang menagambilnya sekitar pukul 12 malam tadi balik ke Johor dengan motosikal. 

Janganlah kita sekadar melihat sahaja setiap kematian yang berlaku di sekeliling kita ini tanpa ada rasa apa2 dalam hati. Ambil iktibar dan pengajaran pada setiap kematian yang berlaku itu untuk memperbaiki diri dan istiqamah dalam amal soleh. 

Perjalanan kita masih jauh. Kehidupan di dunia ini ibarat seorang musafir yang sedang berteduh pada naungan pohon rendang melepas lelah sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju. Sekejap benar. Kenapa masih lara dan tidak sedar?

Allah S.W.T. berfirman:"Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu"(Al-Hadiid 57:20)

Saya menyeru para pengunjung blog saya sekelian untuk sama2 muhasabah dan muzakarah bagi fikir dan renung hakikat kehidupan ini agar kita tidak bazirkan sisa usia yang ada kepada perkara atau aktiviti yang sia-sia dan tiada manfaat. 

Biarlah sisa usia kita yang tinggal sedikit sahaja ini diberkati Allah dengan kita gunakan setiap saatnya kepada perkara dan aktiviti bermanfaat yang ada nilaiannya di sisi Allah. 

Kumpulkan bekalan yang banyak untuk kegunaan kehidupan di alam seterusnya nanti iaiatu alam barzakh, mahsyar, mizan, sirat, dan akhirat. Kita dambakan pengakhiran yang baik iaitu hidup kekal abadi di Syurga Allah.

@@@

Friday, February 14, 2014

Kekuatan Akal

Kita ini dua entiti iaitu jasad dan ruh. Selitkan makanan ruh pada setiap aktiviti dan gerak kerja. Kita ini terlalu bagi muka pada jasad sudah cukup lama. Sedangkan ruh kurus kering. Ruh ini merangkumi akal, hati dan nafsu. Kesemuanya perlukan penjagaan rapi untuk kesihatan yang baik.

Antara supplement penting untuk akal ialah ilmu pengetahuan. Ilmu pula terbahagi dua iaitu ilmu Allah yang maha luas dan ilmu hasil kajian manusia. Ilmu kajian manusia ini pula mestilah di kaitkan dengan ilmu Allah supaya ada nilaiannya di sisi Allah. Sesungguhnya segala ilmu pengetahuan yang ada ini adalah milik Allah belaka.

Elemen kedua ialah fikir. Akal kita gunakan untuk fikir. Gunakan akal kurniaan Allah ini untuk menjana ilmu dan amal. Seterusnya kita kena renung. Renung iaitu perhatikan segala kejadian alam ini. Betapa Allah Maha Besar dan Berkuasa mencipta setiap eleman dan makhluk di alam ini. 

Akal juga perlu di muzakarah iaitu mengadakan perbincangan bagi mengelakkan otak jadi beku dan statik. Kena ada ruangan untuk otak berkembang, untuk curahan idea, kena ada platform untuk berdiskusi dalam isu-isu berbangkit atau cadangan dan komen yang konstruktif demi kebaikan umat. 

Adab dalam berbincang ialah menganggap pandangan aku ini paling lemah supaya jika pandangan orang lain yang diterima pakai maka ia tidak mendatangkan rasa kecewa malah bersyukur terlepas daripada bebenan dan amanah yang berat.

Akal juga mesti di jaga kesihatannya iaitu dengan mengambil makanan dan minuman yang halal dan berkhasiat. Elakkan daripada makanan dan minuman yang memudaratakan apatah lagi haram dan shubahah. Elakkan memakan asam2 atau buah yang masam. 

Jangan di hidangkan minda dengan bahan2 porno dan kotor. Juga usah di hidangkan anak2 dengan kartun2 yang tidak bermanfaat, takut bila memebesar nanti jadi remaja berotak kartun yang nipis nilai kemanusiaannya atau buruk akhlaknya. Sebaliknya lazimkan baca tafsir Qur'an dan hadis Nabi bersama ahli keluaraga agar memahami isi dan maksud yang terpapar pada kalam Allah, manual kehidupan umat manusia untuk menuju redha Allah.

@@@

Friday, December 13, 2013

Golden Age

Alhamdulillah dapat bertemu hari Jumaat penghulu segala hari. Johor pun dah tukar balik cuti hujung minggu ke hari Jumaat. Harapnya Selangor, Perak, Pahang dan Perlis akan menyusuli. Hidayah milik Allah. Sama-samalah kita berdoa. 

Ustaz Irwan Shah pada kuliah maghrib malam tadi ada menyatakan tiga musibah yang sering manusia lupa. Pertama, usia yang semakin hari semakin berkurang. Kenapa tidak bersedih? Tidak sebagaimana harta atau wang kita berkurang, sedih dan runsing kita. Sedangkan harta itu boleh dicari ganti. Tapi usia yang berlalu tidak mungkin berganti kerana ia sudah berlaku. Itulah musibah pertama yang manusia selalu lupa.

Keduanya ialah perihal rezki yang Allah kurniakan. Rezki yang halal akan dibalas dengan barokah dan balasan yang baik. Sedangkan rezki daripada sumber yang haram akan mendapat balasan buruk iaitu bakaran api neraka Allah. Acap kali manusia lupa akan musibah ini. Hindarkan diri dan ahli keluarga kita daripada terjebak dalam gejala rezki yang haram. Ya Allah jauhi aku dan keluarga ku daripada azab api neraka Mu dan redhakan aku dan ahli keluargaku untuk mendapat nikmat Syurga Mu.

Ketiga, tidaklah berlalu satu hari melainkan semakin mendekatkan kepada kematian dan mereka tidak tahu pengakhirannya samada mendapat nikmat Syurga atau dibakar api Neraka. Ini musibah besar yang sering kita lupa. Kita biasa biarkan hari itu berlalu sekadar begitu saja tanpa banyak pengisian bermakna sedangkan setiap hari yang berlalu itu mendekatkan kita pada detik kematian yang ada di hadapan sana.

Apa hikmah Allah rahsiakan tarikh ajal maut kita? Seandainya kita dapat tahu detik kematian kita pada sekian haribulan maka tentulah kita akan bersedih berterusan dan hilang sudah rasa happy. Andai tahu dia masih panjang umur, maka enjoy dia hingga lupa segala. Situasi ini juga memberi kesempatan kepada kita untuk berdoa kepada Allah untuk berterusan taat kepada Allah. Jadikan umurmu itu lebih mahal dari dinar dan emas kerana umur itu amat singkat.

Hijrah yang utama ialah hindari maksiat. Syaitan sentiasa menggoda untuk menjauhkan manusia daripada mentaati Allah. Siapa Syaitan? Golongan jin dan manusia yang menentang perintah Allah. Maknanya syaitan juga terdiri daripada manusia. Jin dan manusia yang kafir dan membuat maksiat di panggil Syaitan. Mereka jauh dari rahmat Allah. 

Siapa Iblis? Makhluk daripada kalangan jin yang derhaka kepada Allah dengan tidak mahu tunduk hurmat kepada Nabi Adam. Iblis bersumpah untuk menyesatkan anak cucu Adam hingga ke akhir umur dunia.

Dalam kesibukan kita menyerang kelompok syiah atas alasan ajaran sesat, maka jangan lupa satu lagi kelompok iaitu kelompok berfahaman sekular yang lagi bahaya. Bahaya kerana dia mengasingkan agama dengan kehidupan. Mereka bina masjid besar2 dan membiarkan masjid kosong tanpa ada pengisian. 

Kalau golongan Syiah terkenal dengan sifat berpura-pura mereka maka golongan sekular ini pun sama seolah-olahnya Allah hanya ada di Masjid. Keluar saja Masjid segala perintah dan hukum hakam Allah tidak dipatuhi lagi. Sifat sekular yang berpura-pura ini sangat bahaya. Tidakkah pelik bila harimau katakan serigala itu bahaya?

@@@

Tuesday, October 29, 2013

Masih Sembah Syaitan?

Alhamdulillah saya dan isteri diberi kelapangan oleh Allah SWT untuk sekali lagi hadir di majlis ilmu yang di sampaikan oleh Ustaz yang paling power setakat ini di Masjid kami iaitu Ustaz Hafizi Hussen seorang daei zuhud berasal dari Tanah Merah Kelantan. Penyampaian yang sangat tinggi manfaat dan padat ilmu yang seringnya saya gagal puas bila tamat slotnya yang agak pendek berbandingkan dengan curahan ilmu yang ingin keluar daripada dadanya itu untuk di tadah oleh para jemaah sekelian. Approach nya yang serius dan no nonsense tidak pernah sekali mempersia-siakan masa yang terhad itu.

Bebeza dengan sesetengah Ustaz yang kuliahnya banyak kulit daripada isi, lebih gemar membuat lawak basi, atau tidak fokus kepada sesuatu subjek hinggakan gagal memahatkan ilmu yang sepatutnya ke dada odion di depannya. Bila mengikuti penyampaian 30 ustaz pada 30 kuliah maghrib yang berbeza setiap bulan, maka saya tidak dapat lari daripada mula gheti dan faham style dan fe'il para ustaz ini. Sudah tentu apa yang di dalam hati tidak kita tahu tapi acap kali setelah berkenalan dalam ceramah bulanan mereka, kita juga dapat menilai kategori dan mutu nya kerana apa yang di hati terserlah jua pada luaran dan lisannya.


Mafhum Firman Allah dalam Surah Yaasin ayat 60-65:



  • Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
  • Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.
  • Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?
  • Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).
  • Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!
  • Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
Syaitan dan Iblis akan sesatkan anak Adam kecuali mereka yang ikhlas. Bagaiamana Iblis ini begitu yakin dia boleh menyesatkan manusia? Dia yakin yang dia mampu. Sebab dia ini bijak dan punyai ilmu yang tinggi. Allah SWT tidak berhajat apa2 daripada makhluk. Sedangkan manusia sangat berhajat kepada Allah pada segala sesuatu. Manusia perlu sokongan baru boleh naik. Manusia perlu harta baru bolah kaya. Manusia perlu pangkat dan jawatan baru ada kuasa. 

Iblis tengok ada peluang untuk sesatkan manusia. Sebab Allah tidak berhajat apa2 termasuk iman. Kerja Iblis ialah duduk di atas jalan yang lurus. Iaitu dia menyesatkan orang2 yang taat pada Allah. Semua diganggu gugat oleh Iblis. Iblis tidak perlu kacau manusia yang memang dikuasai nafsu, geng dia. 

Apa itu jalan yang lurus? Jalan yang ada mula dan akhir, jalan yang paling selesa dan dekat ke destinansi jika nak dibandingkan dengan jalan yang bengkang bengkok penuh selekoh. Jaraknya dekat tetapi kenapa tidak terikut? Sebab dicampur aduk oleh Syaitan. Hingga menjadi jauh perjalanan kita dengan Allah SWT. 

Antara tanda kasih ialah banyak beri korban (mahabbah). Atas dasar kasih maka Allah cipta manusia dan beri segala-galanya free of charge. Maka taat kepada Allah itu adalah untuk kepentingan diri kita sebenarnya. Yang paling hebat ialah taat atas dasar mahabbah iaitu kasih sayang yang tanpa harap balasan apa2 daripada Allah.

Aku kekasih mu. Sepatutnya mu jadilah kekasih Aku. Hati yang sibuk dengan Allah. Pencipta yang beritahu pasal ancaman dan tipu daya syaitan. Jangan jadi orang awam yang disibukkan dengan syaitan dengan suka mencari pintu2 untuk syaitan masuk.

Jangan sembah syaitan, musuh mu yang nyata. Jangan dikata belum ada peringatan. Layakkah orang kufur diazab? Ya, kerana mereka sudah sering diberi peringatan tapi masih buat tak endah. Aku telah berwasiat kepada kamu melalui lisan para Rasul yang kemudiannya diwariskan kepada para ulama' yang bertaqwa. Juga perjanjian yang termaktub di alam ruh. 

Lihat apa saja dengan mata mu maka setiap satunya menjadi dalil dan hujah adanya Allah. Sebab itu Allah kurniakan kecerdikan akal supaya dapat berfikir merenung kebesaran Allah. Apa jenayah yang paling besar di dunia ini? Menyembah syaitan.

Pabila Abu Hurairah mendengar hadith Nabi yang mengatakan sesiapa yang menyebut "La illa ha illallah" akan masuk syurga, sehingga dia menceritakan kepada sesiapa saja yang dia temui. Umar menyekat Abu Hurairah kerana bimbang orang awam terkeliru atau silap faham sehingga tidak mahu lagi melakukan ibadah yang lain. Umar begitu cermat membuat tafsir. Jenayah apa sekali pun, tidak sebesar jenayah kufur dengan mengikut perintah daripada syaitan.

Syaitan bukan spisis yang tak cerdik. Dia faqeh dalam ilmu isi kandungan tanah dan api hingga dengan kehebatan ilmunya itu dia menidakkan perintah Allah untuk tunduk hurmat kepada Nabi Adam atas dasar komposisi elemen dalam kejadian api itu lebih tinggi daripada komponen dalam komposisi kejadian tanah. Makanya ana iaitu aku ini lebih hebat. Bila timbul rasa aku yang punya, aku yang buat benda ini, aku hebat, maka ini membawa kepada jatuh kufurnya seseorang iaitu mensyirikkan Allah secara sedar atau tidak. 

Tiada eleman semulajadi dalam kehidupan dan kejadian alam ini dan segala isinya melainkan semuanya daripada Allah belaka. Ada cara hidup pada hakikatnya bukan hak kita cuma sekadar urusan yang Allah sandar pada kita. Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu. Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.

@@@

Sunday, September 22, 2013

Saksi Palsu

Jangan jadi saksi palsu. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Rasul Allah. Betulkan persaksian ini? Jangan jadi saksi palsu, pembohong di depan Allah.

Apa makna solat? Sembahyang. Itu terjemahan. Maknanya apa? Apa makna "La Ila Ha Illallah." Tiada tuhan melainkan Allah. Itu terjemahan. Maknanya apa?

Dosa paling besar ialah pabila kita menjahilkan diri sendiri dengan benda yang wajib kita tahu. Wajibnya kita mendirikan solat. Namun solat tidak sah selagi mana kita jahil. Apa yang musuh boleh buat kepada orang jahil ialah tidak lebih daripada orang jahil boleh buat kepada dirinya sendiri. 

Permata hidup ialah ilmu. Ilmu agama yang tinggi. Tuntutlah ilmu ini daripada ahlinya. Jangan gantung permata di tengkuk babi. Hatta berlian bernilai RM2juta pun jadi hodoh bila di gantung di tengkuk babi. Justru carilah ilmu dan mengaji kepada para ustaz atau ulama yang muktabar. Ambil ilmu pada ahlinya. Jangan ambil ilmu pada manusia yang mengaku ulama tapi meletakkan ayat Allah atau hadis Rasul pada konteks atau tempat yang salah.

Pertajam penglihatan iman mu nescaya Allah di sisi setiap sesuatu. Nampak Allah. Kalau tak nampak Allah di dunia maka di Akhirat pun tak nampak zat Allah. Sedangkan kenikmatan hakiki di akhirat nanti ialah pabila dapat melihat secara langsung zat Allah. 

Pada mendirikan solat, apa yang kita nampak? Nampak ilmu? Nasib baik aku belajar dapat ilmu solat. Nampak keburukan orang? Nasib baik aku mai masjid, orang lain ramai kat luar sana tak mai masjid. Itukah yang kita nampak? Maka sia-sialah. Kerana pada sesuatu itu mesti nampak Allah. Kena nampak ini taufiq Allah. Apa buat pun kena nampak ini taufiq Allah. Kurniaan Allah belaka. Bukan sebab makhluk.

Pada maqam syariaat, kita lihat manusia itu sebagai makhluk. Pada maqam hakikat, manusia itu ialah gambaran Allah. Di sana zahir kebesaran Allah. Di sana nampak Allah pada setiap kejadian. Semua milik Allah belaka. Bila lihat alam ini, tiada istilah alam semulajadi kerana semua dijadikan Pencipta. Allah yang Maha Berkuasa pemilik segala. Tiada milik semulajadi atau lahir tanpa Pencipta dan Pemilik.

Orang belajar ilmu keraa dunia tanpa meninggalkan amalan untuk kerehatan nafsu maka dunialah yang dia dapat namun akhirat dia sangat rugi. Allah tidak akan menyalahi janji-Nya. Namun kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Manusia sangat kenal benar dengan urusan dunianya. Mampu dia teka satu2 benda dengan tepatnya kerana ahlinya dia dalam urusan dunianya. Tapi bila ditanya rukun solat? Gagal dia. 

Hati itu tempat milik Allah. Pada kita menegakkan jari telunjuk tika kalimah "..Illah.." dalam bacaan tahiyat dalam solat itu rupanya sebagai direct connection pada hati untuk mengesakan Allah pada segalanya. Hanya jari telunjuk itu yang punya sambungan urat saraf ke hati, tidak pada jari jemari yang lain. Itu antara rahsia dan misteri solat sebagai penghulu segala ibadah. Galilah ilmu Allah yang maha luas ini.

Ibarat seorang yang tinggal di rumah kecil di daerah terpencil yang ruang pandanganya hanya sangat terhad. Berbanding dengan orang yang berada di bangunan yang besar atau pengembaraan yang pelbagai maka pandangannya juga lebih besar dan luas. Itulah umpamnya orang yang punyai ilmu dan pengalaman mengamalkan ilmunya akan melihat dunia pada pandangan hakikat dan bukan sekadar pandangan fisikal semata. Di sana nampak Allah pada setiap sesuatu itu.

Jangan jadi saksi palsu. Usah lagi jadi burung tiong yang bijak berkata-kata tapi tidak faham maknanya. Tuntutlah ilmu. Itu hak kita sebagai hamba Allah. Jangan jadi saksi palsu. Pembohong di hadapan Allah. Jadilah insan kamil dan alim yang faham agama. Jangan sampai nanti Allah tutup pintu taufiq-Nya. 

@@@

Wednesday, August 14, 2013

Pasca Ramadan Satu Analisa

Masjid Putrajaya
banyak tiang dari orang

Sdra Zul Fattah seorang pengunjung blog saya memberi komen pasca Ramadan pada posting saya bertajuk Kekalkan Anjakan Takwa, "Macam biasa tuan, seperti tahun2 lepas, masjid jadi kosong bila Ramadan berakhir.. sekarang dah berlaku di tempat saya."

Saya termenung sejenak dan membalas komen beliau, "TQ Zul Fattah. Apakah kita ini ibadah untuk Ramadan? Ramadan itu makhluk. Perbetulkan niat untuk amal soleh kepada pemilik makhluk iaitu Allah SWT. Kita sama2 doa supaya dibuka pintu hati dan diberi hidayah oleh Allah SWT supaya para jemaah kembali memenuhi ruang surau dan masjid untuk solat fardu dan majlis2 ilmu. In Sha Allah."

Perkara sebegini seolah-olah memang dijangkakan oleh ramai. Malah para Ustaz yang memberi tazkirah Ramadan tempoh hari pun ramai yang mengulangi fenomena melimpah ruah para jemaah di awal Ramadan dan mula berkurang menjelang akhir Ramadan dan seterusnya akan terus berkurang pabila musim Raya dan hari-hari mendatang selepas itu. Kata pakar2 motivasi kalau kita dok ulang benda negatif maka akan termakbul sebagaimana yang kita dok ulang itu. 

Sebaliknya kalau kita dok ulang dan minta dan doa benda2 yang elok maka In Sha Allah, Allah SWT akan makbulkan jua. Maka adalah afdal kita semua terutamanya para Ustaz ulang lagi dan lagi benda2 positif agar masyarakat dapat berubah kepada suasana yang positif. Bukannya dimomokkan dengan budaya negatif hingga diterima pakai oleh majoriti sebagai perkara biasa atau dah jadi sebahagian daripada adat.

Janganlah kita dok tiru taktik surat khabar arus perdana yang asyik cari tajuk sensasi untuk dipaparkan saban hari walaupun kebanyakannya negatif dan menonjolkan keaiban dan kepincangan masyarakat sokmo demi untuk melariskan jualan akhbar mereka tanpa peduli kesan pada masyarakat. 

Perasan tak trend akhbar2 ni? Kalau musim buang anak maka hari2 dok cerita pasal kes buang anak. Depa dok korek jugak sampai ke lubang cacing. Kalau musim tanah runtuk ke tanah gondol ke maka itulah cerita yang di ulang tayang. Zaman kes ragut maka kes ragutlah jawabnya. Kes liwat, kes bunuh, kes rogol, kes dera takyah cerita la kan. Tempoh hari sensasi kes tembak, tu dia hari2 muncul kes tembak. Naik loya aku.

Maka para Da'ei dan para Ustaz, please lah janganlah dok jadi alat penyebar cerita negatif pada masyarakat. Cukuplah. Kita nak didik masyarakat untuk menuju era baru, iaitu perkara2 yang diunjurkan syariat bukan perkara2 adat. Kita nak perkara biasa jadi luarbiasa, bukan perkara luarbiasa jadi biasa.

Kalau hari2 jalan jem kita rasa itu biasa. Tapi yang sebenarnya adik kakok, jalan jem ni perkara luarbiasa asalnya. Hinggakan bila jalan tak jem, kita pula heran, "Eh apasal tak jem hari ni?" Itulah analoginya kalau hari2 dok dengar atau mengalami benda yang negatif hinggakan minda separa sedar kita ini sudah terpahat bahawa itu perkara biasa. Ini sebenarnya ajaran sesat bro, kita kena betulkan balik.

Solat berjemaah penuh masjid dan surau itu ialah perkara biasa bukan luarbiasa. Penuh melimpah majlis2 ilmu di surau2 dan masjid itu perkara normal bukan abnormal. Usah diperlekehkan ia. Ini tidak, asyik dok make fun, duduk buat lawak, asyik ejek, asyik sindir. Sekarang bila berlalu Ramadan surau dan masjid kembali sunyi, padan muka kita semua. Itu yang kita semua nak gamaknya. Kembali jahil dan tukil. Hijrah yang gagal.

Pada pengamatan saya sepanjang Ramadan yang lalu di Masjid mukim saya, pada awal Ramadan Alhamdulillah mencapai 15 saf lelaki dan 8 saf perempuan iaitu total anggaran jemaah dalam lingkungan 1,000 orang. Allah SWT janjikan Rahmat-Nya di 10 pertama Ramadan. 

Kemudian dipertengahannya jumlah jemaah lelaki susut sedikit kepada 12 saf dan perempuan kepada 6 saf menjadi jumlah keseluruhan jemaah dalam lingkungan 900 orang. Allah SWT janjikan pengampunan-Nya pada 10 kedua Ramadan. 

Pada penghujung Ramadan Alhamdulillah jumlah jemaah lelaki di masjid kami ini masih bertahan sekitar 9 saf dan perempuan sekitar 4 saf. Alhamdulillah, maknanya dalam lingkungan 650 orang jemaah kekal istiqamah. Bagi saya ini satu prestasi yang baik. Kalau nak dibandingkan dengan sebelum Ramadan di mana jumlah yang hadir untuk solat maghrib sekitar 5 saf iaitu lingkungan 250 orang dan yang duduk di majlis ilmu sekitar 100 orang secara purata.

Qiyamullail dianjurkan oleh pihak masjid di adakan pada dua hari hujung minggu bermula awal Ramadan. Qiyamullail di tingkatkan kepada frekuensi setiap malam pada 10 terakhir Ramadan. Sahur disediakan. Alhamdulillah saya perhatikan sekurang-kurangnya ada satu saf iaitu dalam lingkungan 50 orang pada setiap malam. Menjelang akhir Ramadan khasnya malam 27 dan 29 saya lihat ia meningkat kepada tiga saf. Solat subuh berjemaah pula sangat hidup dengan tidak kurang daripada 8 saf setiap hari. Alhamdulilah.

Format di masjid ini ialah teraweh 4 rakaat, tazkirah 30minit oleh Ustaz2 jemputan yang power2 semuanya, dan diteruskan teraweh 4 rakaat dan witir 3 rakaat. Alhamdulillah ia berjaya mengundang 550-900 orang pendatang baru untuk mengikuti majlis2 ilmu yang diadakan saban malam dalam bentuk tazkirah pendek itu. Moga2 ia akan mengundang hidayah Allah agar terbuka hati untuk terus menjadi ahli masjid. 

Saya tak mahu menaruh harapan tinggi melangit. Cukup sekadar 10% yang mendapat hidayah Allah, maknanya dalam lingkungan 55-90 orang muka baru yang akan hadir ke kuliah2 maghrib di masjid kami selepas ini. Makanya harapan itu ialah 100 muka lama di campur 55-90 orang muka baru akan membentuk odion sekitar 155-190 orang. In Sha Allah.

Pasca Ramadan pada malam tadi iaitu 6 Syawal, saya perhatikan ada 3 saf untuk solat isyak (135 orang) dan hanya 3 orang jemaah wanita. Kuliah maghrib nampaknya masih cuti. Saya ingin syorkan pada Nazir masjid, majlis ilmu ini hendaklah diteruskan dengan kadar segera. Hukum menuntut ilmu ini kan wajib? Teruskan. Kalau Ustaz2 regular masih cuti raya, kita usahakanlah Ustaz2 tempatan yang tinggal di persekitaran kita ini. Kenapa mahu cuti? Teruskan memomentum amal soleh mengajak masyarakat taat pada Allah SWT.

Jom kita muhasabah diri. Pasca Ramadan satu analisa diri sendiri. Apakah aku berjaya atau gagal pada tarbiyah Ramadan yang lalu? Apakah hari raya kembali menenggelamkan aku dalam kepura-puraan dunia? Apakah segala amal soleh aku terhenti sudah? Apakah sudah tidak menjaga lidahku, pendengaranku, pandanganku dan tingkah lakuku lagi? Pasca Ramadan satu analisa diri untuk kembali istiqamah dalam amal soleh. In Sha Allah.

@@@

Thursday, June 06, 2013

Sedikit Ketawa Banyak Menangis

Pada satu pencerahan majlis ilmu beberapa minggu lalu Ustaz ada menyebut pasal SMS. SMS pertama ialah "Susah Masuk Syurga". Kenapa? Kerana maksiat. Manakala SMS kedua pula ialah "Senang Masuk Syurga." Macamana? Senang buat ketaatan pada Allah.


Doa Iftitah
Hari-hari kita baca doa iftitah sebagai doa pembuka dalam solat. Cuba kita renung terjemahannya:


  • Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
  • Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
  • Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
  • dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. 
  • Sesungguhnya solatku,ibadatku,hidupku,matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
  • Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. 


Rindu syurga tapi sikap masih tidak taat pada Allah & Rasul. Ungkap pelbagai ikrar tapi bohong belaka. Seolah-olah merasakan Allah tidak nampak atau tidak tahu akan pembohongan dan segala pengkhianatan itu. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Benar? Atau bohong? Sendiri tanya sendiri jawab.

Bila engkar perjanjian dengan Allah maka akibatnya ialah dibakar oleh api neraka. Asbab kelalaian maka dihumban ke dalam neraka. Di bibir mengajak untuk taat kepada Allah. Bohong.

Salah satu asbab kamu dicampak ke dalam neraka Allah ialah gelak ketawa. Simple tapi kesannya cukup dahsyat. Orang yang ingat Akhirat tiada ruang untuk ketawa. 


Imam Hasan Al-Basri berkata: "Sungguh ajaib seseorang dapat tertawa pada hal dibelakangnya ada api neraka dan orang yang bersuka-suka sedang dibelakangnya maut."

Hasan Al-Basri bertemu dengan pemuda yang sedang tertawa, lalu ditanya: "Hai anak, apakah engkau sudah menyeberang titian sirat?" Jawabnya: "Belum." "Apakah engkau pasti engkau akan masuk syurga atau neraka?" Jawabnya: "Belum." "Lalu kerana apa engkau tertawa sedemikian itu?" Maka sejak itu pemuda itu tidak tertawa lagi. Nasihat Hasan Al-Basri meresap benar dalam hatiya sehingga ia bertaubat daripada tertawaan. 

Demikianlah nasihat dari ulama yang mengamalkan benar ilmunya, sangat berguna ilmunya dan berkesan nasihat-nasihatnya, adapun ulama-ulama sekarang kerana mereka sendiri tidak menjalankan ilmunya maka ajarannya kurang berkesan.

Orang yang banyak gelak ketawa dan sedikit menangis akan jauh dari Penciptanya. Maka jauhkan gelak ketawa. Kalau ada gelak ketawa masih ada maksiat yang dilakukan. Makin banyak ilmu kena makin banyak rasa ada maksiat. Bermunajat kepda Allah, suloh diri dan taubat. Kita dambakan akhir kehidupan sebagai insan beriman yang mendapat redha Allah untuk merasai syurga Allah.

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Umar RA berkata: "Pada suatu hari Nabi Muhammad SAW keluar ke masjid, tiba-tiba ada orang berbicara-bicara sambil tertawa, maka Nabi Muhammad SAW berhenti di depan mereka dan memberi salam lalu bersabda: "Perbanyaklah mengingati yang merosak kelazatan." Sahabat bertanya: "Apakah yang merosakkan kelazatan itu?" Jawab Nabi Muhammad SAW: "Mati." 

Kemudian Nabi Muhammad SAW keluar melihat orang-orang sedang tertawa gelak-gembira, maka Nabi Muhammad SAW bersabda kepada mereka: "Ingatlah demi Allah yang jiwaku ditangan-Nya andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui nescaya kamu sedikit tertawa dan banyak menangis." 

Kemudian dilain hari keluar pula dan melihat orang-orang sedang gelak ketawa sambil berbicara-bicara, maka Nabi Muhammad SAW  memberi salam dan berkata: "Sesungguhnya Islam ini pada mulanya asing dan akan kembali asing, maka untung bagi orang-orang yang asing pada hari kiamat." Ditanya: "Siapakah orang-orang asing itu pada hari kiamat?" Jawab Nabi Muhammad SAW: "Ialah mereka yang memperbaiki dimasa kerosakan manusia." (Yakni jika manusia telah rosak moralnya (akhlak) maka mereka tetap memperbaiki akhlak mereka.)

Imam Abu Hanifah berkata, "Saya pernah tertawa satu kali dan saya sangat menyesal atas kejadian itu iaitu ketika saya berdebat dengan Amr bin Ubaid Alqadari (Orang bermazhab Qodariyah yang tidak percaya pada takdir Allah SWT), ketika saya merasa menang lalu tertawa." Maka dia berkata, "Engkau bicara tentang ilmu dan tertawa, maka saya tidak akan berkata-kata kepadamu untuk selamanya." Maka saya sangat menyesal, sebab andaikan saya tidak tertawa nescaya akan dapat menundukkannya dengan kefahaman saya sehingga menjadi kebaikan bagi ilmu."

Ibn Abbas r.a. berkata: "Siapa yang tertawa ketika berbuat dosa maka ia akan menangis ketika akan masuk neraka." Orang yang lebih banyak ketawa didunia merekalah yang lebih banyak menangis diakhirat, dan orang yang banyak menangis didunia merekalah yang banyak tertawa diakhirat.

Justru itu pahatkan diminda dan zahirkan pada amalan SMS(Senang Masuk Syurga) iaitu tidak berbohong lagi dalam menunaikan akujanji doa iftitah yang dilafazkan setiap hari itu, "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam." Dan hayati pesanan Rasulullah agar sedikit tertawa dan banyak menangis.

@@@

KONGSI KEK

Dalam konteks hari ini, saya ingin elaborate dan bawak berbincang isu2 yg dekat dgn rakyat dan suasana di negara kita sekarang ini.  Antara ...