Monday, February 28, 2022

SOP MASJID


SOP MASJID

Booster atau tak booster? Ramai yg bengang perihal SOP booster ni utk solat jumaat di selangor. Jadi ada la yg compare pi tengok bola kat stadium takda la strict sangat SOP nya. Kalau tengok EPL lagi la, face mask pun tak pakai.

Ada 35 slot solat fardu berjemaah di masjid @surau setiap minggu.
~ sepatutnya dgn penjarakan 1m ni, dewan solat penuh la kot dgn para jemaah. Tapi tak, yg dtg itulah 10-30 org muka2 regular. Itu isu nya, org tak minat @liat mai masjid @surau.
~ solat jumaat tu ialah 1 slot drp 35 solat fardhu tadi.
~ jgn la dok kecoh sangat pasal SOP masjid ni. Cuba peduli knapa dewan solat tak penuh2 ni walau pun duduk jarak2. Itu isu sebenar. Wallahu'alam.

---

Ust hasnan: 1 slot wajib jemaah. 34 slot sunat muakkad jemaah. Mungkin sbb wajib tu depa agak tertekan bila tak leh Jumaat. 34 lagi tu depa kata solat mana2 pun sah. Cerita je ni.

---

Ya benar ustaz.
Mungkin solat jumaat sebab wajib maka di beri perhatian utama. Wallahu'alam. 
~Maka kekal lah kita seperti skrg, masjid sikit punye besar pun skadar ada 1 atau 2 sof shj utk kebanyakan solat fardu berjemaah. Even tok imam time dia tak bertugas, dia pun tak mai solat fardu berjemaah. Mungkin sebab sunat muakad. Mungkin Allah nak sedarkan kita perihal pentingnya solat fardu berjemaah dgn bala cobid ni. Cuma mungkin kita masih tak sedar. 🤔


#DiskasIsuSebenar

Tuesday, February 22, 2022

MAIN POLITIK


Skrg dah rasa malas dan kurang semangat nak ikut perkembangan politik sangat. Apa pun di PRN johor nampak gayanya  lwn 3 penjuru PH vs PN vs BN sebagai 3 komponen utama & beberapa parti yg mungkin bersendiri termasuk calon2 parti bebas. 

Jika tiada komponen yg dominan, apa akn jadi? Tarik menarik & lompat melompat akan berlaku lagi. Atau permuafakatan baru akn muncul demi utk membentuk krajaan negeri yg baru?

Hajat utk menuju dwi-parti system bagi memudahkan rakyat buat pilihan nampaknya kena kiv dulu. Apa pun jaga SOP ya.

#PangkahCalonYangBagus


Friday, February 18, 2022

MAULIDUR RASUL



MAULIDUR RASUL

Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal.

Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul?

Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang diadakan sempena hari kelahiran baginda Rasulullah SAW, menurut pandangan sebahagian ulamak seperti Imam al-Suyuti beliau menyatakan bahawa amalan tersebut adalah baik dan akan diberi pahala serta ganjarannya, kerana bertujuan melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan Nabi Muhammad SAW. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik, Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak (sempurna) iman seseorang sehinggalah aku menjadi orang yang paling disayanginya melebihi ahli keluarganya sendiri dan hartanya dan manusia keseluruhannya”.
(Riwayat Muslim)

***

Seorang pendakwah bebas bernama Habib Nael Ben Taher yang mana kata-katanya telah dinukilkan oleh Latifah Arifin melalui sebuah akhbar 2018 telah mengatakan bahawasanya: 

“Jika ada pihak yang mengatakan sambutan Maulidur Rasul sekadar budaya, maka sesungguhnya ia sebaik-baik adat dan budaya. Sehingga saat ini, begitu banyak negara yang menyambut Maulidur Rasul sejak turun-temurun di seluruh dunia seperti Indonesia, India dan Mesir. Tujuannya adalah untuk menggerakkan semangat dan menyemai cinta serta rindu yang sejati kepada Rasulullah SAW. Ini kerana jika kita sentiasa ingat kepada Rasulullah SAW, kemuliaan itu akan kembali kepada kita sendiri kerana Baginda sebenarnya sudah dimuliakan, dicintai dan dirindui Allah SWT.”

Namun begitu, sudah menjadi kebiasaan, setiap amalan baik pasti akan ada tentangannya sama ada secara zahir mahupun secara tersembunyi yang setiap masa cuba menghalang. Maka disini kita cuba menjawab semula satu soalan yang sepatutnya sudah terang dan nyata bagi setiap fitrah yang sejahtera memahami kenapa kita menyambut Maulid Nabi SAW?

Doktor Najmuddin Khalfallah, seorang pensyarah di Universiti Lorraine, Perancis di dalam majalah Jawhar Islam edisi 2016 telah menghuraikan beberapa tujuan sambutan Maulid Nabi Muhammad SAW dilaksanakan, dan ia dapat dirumuskan seperti berikut:

1. Mengambil iktibar dan memperingati sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan pengajaran dan pengorbanan bermati-matian demi menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT.

2. Mengenali dan mengetahui peribadi Nabi Muhammad SAW sehingga dapat mengaplikasikannya ke dalam kehidupan seharian seorang muslim.

Hal ini seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Surah al-Ahzab ayat 21).

Konteks ayat ini berbentuk umum dan ia merujuk kepada segala perkara yang terkait dengan rasulullah baik dari segi perbuatan, percakapan mahupun adab dan akhlak Rasulullah SAW.

3. Dapat memperingati tarikh kelahiran Baginda SAW. Hal ini sudah menjadi fitrah manusia bahawa memperingati tarikh kelahiran seseorang adalah tanda kita mengasihi kehidupannya.

4. Mencapai pembersihan hati dan jiwa melalui penghayatan sirah Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan nasihat, pengajaran, akhlak dan pengorbanan Baginda SAW dalam menegakkan agama Allah SWT.

5. Memupuk perasaan cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah SAW yang sentiasa menyayangi dan merindui umatnya. Jikalau terdapat perbezaan dalam beberapa perkara berkenaan sambutan Maulid ini, umat Islam semuanya sepakat bahawa wajib mencintai Baginda SAW lebih daripada semua makhluk termasuk diri sendiri, seperti yang termaktub dalam pelbagai sabda Nabi SAW.

6. Mengumpulkan umat Islam secara berjamaah dalam melakukan amal soleh. Kebiasaannya pengisian-pengisian utama yang disajikan di dalam majlis-majlis Maulid Nabi SAW adalah seperti tilawah al-Quran, majlis ilmu, zikir, tasbih, dan lain-lain lagi.

Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)” (Surah al-Maidah ayat 2).

7. Memperbanyakkan selawat dan pujian ke atas Rasulullah SAW. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (melimpahkan rahmat dan keampunan) ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kalian berselawat (mendoakan rahmat) baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya.” (Surah al-Ahzaab ayat 56).

Tambahan lagi, hal ini disemarakkan dengan kelebihan selawat yang disebutkan oleh Nabi SAW:

“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” (Riwayat al-Nasa’i)

8. Menyampaikan pesanan dan peringatan mengenai risalah Islam di tengah-tengah masyarakat. Majlis maulid dianggap sebagai sebuah medan untuk menarik masyarakat untuk bersama-sama berkumpul, mendengar tazkirah, bermuhasabah, berzikir, memberi nasihat serta berselawat ke atas Nabi SAW.

Sebagai rumusan, setelah didatangkan beberapa tujuan utama di sebalik sambutan terhadap sambutan Maulid Nabi SAW, masih ada lagikah segelintir masyarakat yang ingin mempertikaikannya?

Bukankah cinta kepada Nabi SAW adalah cabang cinta kepada Allah SWT seperti mana firman-Nya:

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. 
(Surah ali-Imran ayat 31).

Artikel oleh: 
Muhammad Hafizi Rozali
~Beliau adalah pensyarah di Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

#CintaiNabi
#SepenuhHati

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...