Sunday, April 05, 2026

KONGSI KEK



Dalam konteks hari ini, saya ingin elaborate dan bawak berbincang isu2 yg dekat dgn rakyat dan suasana di negara kita sekarang ini. 

Antara lagu nostalgia dan evergreen kegemaran saya ialah Kenangan Lalu dendangan flybaits. Iramanya syahdu dan mengusik jiwa.

By the way, saya menyambut hari lahir pada hari ini, di usia senja. Namun lagu Kenangan Lalu tetap menyentuh hati saya setiap kali mendengarnya. Terkenang tika saya di usia 30an dan 40an dulu.

Saya seorang graduan luar negara. TM tika menjadi PM-4 telah menyediakan peluang utk pelajar lepasan SPM yg mendapat keputusan yg baik utk melanjutkan pelajaran diperingkat degree dgn biasiswa yg disediakan kerajaan. Peruntukan utk ribuan pelajar, bukan utk puluhan atau ratusan org seperti sekarang ini. Demi utk menyediakan kelompok profesyenal bagi mengisi visi 2020 nya. 

Ramai anak2 kampong seperti saya telah mendapat benefit ini dan berjaya mengorak langkah yg strategik dlm hidup. TQ terutamanya kpd pihak kerajaan pada zaman itu. Kek ekonomi dan kesejahteraan negara telah diagih2kan dgn agak baik.

Pada awal kerjaya saya dengan gaji tak sampai seribu pun, saya masih mampu utk memberi sumbangan bulanan utk ibubapa, membeli kereta (2nd hand), berkahwin, dan bekeluarga. Mungkin sebab kos hidup tak tinggi. Kenangan lalu.

Saya berhijrah ke KL pada tahun 1992. Pabila mendapat anak ke-3, isteri saya pun menjadi surirumah sepenuh masa. Masa itu setiap kali buat grocery, penuh troli. Namun kosnya still acceptable. Kami berjaya membeli rumah teres pertama pada tahun 1997 dgn harga rm82k. Tapi kini kalau kita tengok harga rumah teres, sudah tidak ada rumah berharga kurang drp rm250k di selangor atau klang valley. Kenangan lalu.

Saya pernah sewa rumah teres rm200/mth di tmn koperasi polis fasa1. Sekarang anak saya sewa bilik pun dah rm500/mth. Anyway takpe lah. Usah bersandar pada kenangan.

Jadi agak2 boleh tak kerajaan kembalikan feel good factor kpd rakyat? Negara kita masih aman damai Alhamdulillah. Walau pun ada kes2 terpencil yg muncul now and then, harapnya terkawal.

Bila harga diesel naik begitu tinggi dlm masa yg singkat, di khuatiri akn timbul domino effect kpd barangan asas yg lain. Dan biasalah harga barang ni kalau dah naik, payah la nak turun balik. Memang seruan supaya rakyat berjimat cermat itu wajar, tapi most of the time rakyat tersepit hidup segan mati tak mahu pada suasana kos hidup yg tinggi. Apakah kek makin kecil? Atau ada golongan2 rakus yg terus menikmati kek di belakang tabir?

Pabila orang bertanya, usahlah tuduh org itu kurang cerdik, tak membaca, bodoh, atau bangang. Tak elok guna bahasa2 kasar begitu sebagai orang islam melayu yg ada adab. Jelaskan dgn sabar agar orang faham.

Tulisan drp Tn Hamka ini ingin saya kongsikan dgn pembaca blog SOT ini agar mendapat perspektif dan pencerahan yg lebih jelas. Insya-Allah.



*****

Dahulu, kita pernah melalui satu zaman—zaman di mana kek negara dibesarkan dan diagihkan. 

Waktu itu kita dapat menyaksikan bagaiamana Malaysia mencatat pertumbuhan ekonomi yang konsisten sekitar 5–6% setahun, dipacu oleh Program Transformasi Nasional (NTP) melalui ETP dan GTP bagi membawa negara ke arah berpendapatan tinggi. 

Dalam tempoh itu, pelaburan asing dan projek infrastruktur mega seperti MRT, LRT dan TRX terlihat berkembang pesat, sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan dan daya saing. 

Pelaksanaan "Ji EsTi" pula memperluaskan asas percukaian negara, mengukuhkan hasil kerajaan dan mengurangkan kebergantungan kepada minyak, manakala pengukuhan kedudukan kewangan termasuk melalui hasil PETRONAS membantu menyediakan asas fiskal yang lebih stabil, yang kemudian terbukti penting ketika negara menghadapi cabaran besar seperti krisis COVID-19. 

Pada masa sama, pelbagai inisiatif seperti BR1M, PR1MA, PTPTN free jika cemerlang, My Brain untuk sambung PHD, Voucer buku yang meriah,RTC dan UTC yang rancak,  Klinik 1Malaysia dan banyak lagi "potongan kek" diperkenalkan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan mengurangkan kadar kemiskinan ke tahap sangat rendah

waktu itu, Kek terlihat besar, dan sedang di agih agihkan.

Orang kata, itu semua “tabur gula”.

Tetapi kalau kita renung dengan tenang…
bukankah gula itu yang menjadikan kek itu naik dan mengembang?

Kerana dalam ekonomi, logiknya mudah:
kalau kek itu besar, potongannya pun besar.
Kalau kek itu kecil, walau dibahagi sama rata… tetap kecil.

Hari ini, kita sedang melalui satu fasa yang lain.

Fasa rasionalisasi.
Fasa penjimatan.
Fasa dunia perang.
Fasa menyusun semula subsidi.

Ia bukan benda baru. Dari dulu lagi sudah dibincangkan.
Tetapi bezanya—dahulu, rasionalisasi datang bersama persediaan.
Hari ini, rasionalisasi datang bersama kejutan.

Dan rakyat… terasa.

Cuba bayangkan…

Dulu, bila harga naik—ada penampan.
Ada bantuan, ada projek, ada peluang tambahan.

Sekarang, bila harga naik—rakyat diminta faham.

Faham itu penting.
Tetapi perut juga perlu difahamkan.

Maka persoalan sebenar bukanlah siapa betul siapa salah.
Bukan juga siapa lebih pandai berhujah. Tak guna troll kerajaan sekarang dengan hujah yang sama waktu mereka jadi pembakang.

Persoalan yang lebih dalam ialah:

Ke mana pergi penjimatan berbilion itu?
Adakah ia kembali kepada rakyat dalam bentuk peluang?
Dalam bentuk projek jangka panjang?
Dalam bentuk kek yang lebih besar?

Atau sekadar hilang dalam angka dan laporan?

Dan di sinilah hikmahnya…

Rakyat tidak menolak perubahan.
Rakyat tidak menolak rasionalisasi.

Tetapi rakyat mahu diyakinkan bahawa:

“Jika hari ini aku terpaksa mengikat perut…
esok aku akan makan lebih baik.”

Jika hari ini subsidi dikurangkan…
esok pendapatan ditingkatkan.

Jika hari ini kek dipotong…
esok kek itu akan dibesarkan semula.

Jangan sampai rakyat terasa…
dulu mereka diberi potongan kek yang besar kerana keknya memang besar.

Kini mereka diberi potongan kecil,
bukan kerana tidak adil…
tetapi kerana kek itu sendiri tidak lagi dibesarkan.

Akhirnya, wahai sahabat…

Memang sedap bahan kerajaan sekarang dengan hujah yang sama waktu mereka jadi pembakang. Lynas dah tak merbahaya? PTPTN dapat separuh jer? Hari ni menang minyak turun? mana pergi geng kuning berguling di jalan raya?

Namun dalam membantu negara, kita sama sama fikir bagaimana
nak membuat kek itu terus mengembang.

Kerana bila kek itu besar,
rakyat tidak perlu berebut.

Dan bila rakyat tidak berebut…
di situlah bermulanya ketenangan sebuah negara. Amin..

Okey, saya nak pergi cari video Khairul Aming jap, nak berwasap guys! nak belajar besarkan Kek Puding karamel.

Woha!

Kredit: FB Hamka (kereta mayat)


*****

Feel good factor telah menghilang. Kalau dulu ada la jugak makan free di Open House PM, Open house istana nagara, dan pelbagai open house lagi. Sekarang takde lagi. 

Kos harga barang asas sudah meningkat pekat. Rakyat yg menanggung kepayahan itu. Jadi betul jugak apa yg Tn Hamka bangkitkan dlm posting di atas. Apakah kek semakin mengecil? 

Agihan kpd rakyat tak nampak sangat. Apa yg di hujahkan ialah agar rakyat faham keadaan dan menerima seadanya, tak perlu berguling di jalanraya sebagaimana saya, isteri, dan anak2 saya lakukan beberapa tahun dulu. 

Tak perlu bertanya soalan2 logik, cukup untuk terima saja apa yg berlaku. Bagi peluang kerajaan memerintah 5 tahun. Kalau tak puas hati tukar kerajaan baru selepas PRU nanti. Cukupkah begitu? Atau minda sedar sukar utk tidak peka pada cebisan kek yg dimakan?


@@@

No comments:

KONGSI KEK

Dalam konteks hari ini, saya ingin elaborate dan bawak berbincang isu2 yg dekat dgn rakyat dan suasana di negara kita sekarang ini.  Antara ...