Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

Saturday, February 27, 2021

MUHASABAH


Tika usia makin lanjut ini iaitu baki usia semakin hari semakin pendek. Saya menilai situasi diri. Terlalu banyak nikmat yg Allah kurniakan. Tidak terhitung banyaknya dari A to Z, semua Allah yg bagi. Saya tiada apa. Semua Allah punya. Cukupkah syukur saya selama ini atas segala kurniaan yg Allah bagi?
Syukur itu bukan sekadar ungkapan Alhamdulillah dibibir. Tapi syukur mesti dizahirkan dgn mengikut segala perintah Allah. Perintah Allah ada dua. Satu, ikut segala suruhan Nya. Dua, tinggalkan segala larangan Nya. Bersyukurkah saya selama ini?

Setakat ini tiada ujian2 berat yg Allah berikan kpd saya. Semuanya diatur baik dan sempurna untuk saya. Berbanding dgn insan2 lain yg kurang bernasib baik atau ditimpakan pelbagai ujian atau musibah yg berat2. Adakah saya cukup menghargainya atau merasakan ia biasa2 sahaja?

Kekadang kita rasa ujian, dugaan atau cabaran yg dilalui atau dihadapi itu sangat berat. Tidak mampu kita menanggungnya. Seolahnya end of the world. Sebenarnya segala ujian ini tidak berat pun. Dan ianya akan berlalu jua. Segalanya di dunia ini adalah sementara sahaja. Sakit yg sementara. Susah yg sementara. Senang yg sementara. Tiada yg kekal. Ia hanya ujian bagi org yg beriman. Latih tubi diri untuk banyak syukur. Allah akan tambah lagi nikmat bagi org2 yg bersyukur.

@@@

Thursday, December 05, 2019

AKU PUN MELAYU



Tanah Melayu ini dulunya dimiliki oleh orang melayu. Maka tidak pelik bila ia dikenali sebagai Tanah Melayu.

Melayu ini satu kelompok bangsa yang hebat. Pada kemuncaknya bangsa melayu menguasai jaluran kerajaan di nusantara ini. Kerajaan melayu melaka misalnya. Kerajaan melayu champa contohnya.

Melayu juga jaguh dalam meneroka dan mengembara ke serata dunia.

Sehinggalah kerajaan melayu ini dipecah2kan melalui sempadan2 pelbagai negara di jaluran melayu nusantara ini. Tanah Melayu tercinta ini juga kini dipanggil Malaysia.

Penduduknya sudah menjadi masyarakat majmuk. Melayu kini sekadar 60% drp keseluruhan penduduk Malaysia ini.

Aku pun orang melayu. Banyak yang diperkatakan. Ada yang kata melayu sudah menjadi penumpang di tanah ini, bila banyak sektor telah dikuasai kelompok daripada bangsa lain.

Apakah yg terjadi sebenarnya? Adakah ia tragedi bangsa yang dimusnah atau ideologi pemikiran yg punah? Atau sekadar propaganda murahan yg dipahat pada minda orang melayu?

Saya kongsikan sebuah artikel sejarah dan luahan pandangan perihal tragedi pemikiran melayu  oleh seorang tokoh melayu yg unggul iaitu prof ungku aziz.

*****

Tragedi pemikiran Melayu


Oleh PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ


KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam.

Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit.

Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar.

Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art, menjadikan apa yang dihasilkan oleh Melayu sebagai second class.

Ketika itu, Melayu yang berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini semua membawa orang Melayu kepada perspektif jati diri yang salah.

Itu pengaruh penjajah.

Pada zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap tentang sains dan teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat menangkap pandangan itu.

Di Eropah, sejak zaman renaissance, mereka telah mempelajari kemajuan sains dengan pendekatan yang berbeza dengan Islam. Mereka sentiasa bertanya.

Malangnya, di Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak galakkan budak-budak bertanya. Sampailah mereka di universiti, kita tidak galakkan mereka bertanya: Kenapa?

Di negara kita, pelajar tidak berani bertanya dan guru-guru pula tidak tahu menjawab. Budaya ini menunjukkan tidak wujudnya inquiry mind dalam masyarakat Melayu. Kita tidak ada sikap saintifik.

Sikap negatif inilah yang menyebabkan berleluasanya cerita orang kena tipu dengan bomoh. Yang saya hairan, graduan-graduan universiti pun kena tipu dengan bomoh.

Kalau pada kurun ke-18, terutama di England, orang selalu bertanya: Kalau betul ada hantu, mana hantu? Kita hendak pergi ke tempat hantu, kita nak pergi tengok hantu untuk lihat apa manifestasi hantu.

Pendekatan berani bertanya ini adalah sikap masyarakat dan tamadun yang berasaskan sains. Malangnya, kita tidak sedia dan berani bertanya, yang akhirnya menyebabkan kita tidak berani menghadapi cabaran.

Pemikiran Melayu ini sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British. Ini bukan rahsia lagi.

Kita boleh membaca dokumen-dokumen itu di London. Menurut para pegawai Inggeris, orang Melayu ini kalau diberi terlalu banyak pendidikan dan kalau diajar ilmu sains, kelak mereka akan jadi seperti orang India di India. Mereka akan berdemonstrasi dan hendakkan kebebasan.

Jadi ajarlah dia cerita Pak Pandir sahaja, itu sikit, ini sikit. Orang Melayu tidak suka sains, dia suka agama, jadi ajarlah tentang agama. Dia suka dengan raja dia, ajar Melayu buat bakul.

Akibat dasar itu, tidak ada trouble makers. Trouble makers Melayu hanya timbul selepas Perang Dunia Kedua setelah kemasukan Jepun.

Telah ada banyak buku yang membincangkan tentang subjek bagaimana British berjaya mengamalkan dasar yang mengongkong minda Melayu.

Itu semasa penjajahan. Selepas kita merdeka, minda orang Melayu masih terkongkong kerana semua orang Melayu kemudiannya gila hendak kuasa dan hendak jadi kaya.

Ini adalah teori saya mengapa minda Melayu tidak berubah. Saya bertanggungjawab tentang pandangan ini.

Selepas merdeka, sesetengah orang Melayu yang ada kuasa, dia rasa dia boleh memerintah Malaysia sama bagus macam penjajah British.

Minda Melayu ini sentiasa ada sesuatu yang membendung dan mempengaruhi – daripada kesan-kesan kolonialisasi pada tahun-tahun 1930-an, pengaruh Indonesia yang tidak sesuai di sini pada tahun 1940-an dan 1950-an, kesan media massa, dan kemudiannya budaya wang dalam masyarakat Melayu pada dekad-dekad terakhir ini.

Sekarang ini semua orang Melayu hendak kaya.

Sebagai seorang pendidik universiti, saya percaya (tetapi saya tidak ada buktinya) kalau orang mendapat pendidikan, mereka akan lebih bebas dan berubah.

Contohnya pada akhir tahun 1970-an. Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia ketika itu dapat menarik banyak modal asing untuk membuka kilang mikrocip.

Kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada beratus-ratus ribu orang terutamanya untuk wanita.

Wanita Melayu yang bekerja kilang ketika itu akhbar-akhbar gelar mereka ini sebagai minah karan. Orang Melayu hina wanita Melayu yang bekerja kilang.

Kenapa budak-budak perempuan Melayu ini mahu tinggalkan rumah di Kelantan, tinggalkan kampung di Johor untuk pergi bekerja kilang di Pulau Pinang, Selangor dan Melaka?

Mereka sanggup kerana mereka telah belajar sampai ke peringkat sekolah menengah. Jadi program kerajaan membuka sekolah-sekolah menengah pada tahun 1960-an dan 1970-an, walaupun tidak ada rancangan khusus, ia telah membebaskan pemikiran budak-budak perempuan Melayu.

Waktu itu terdapat beribu-ribu remaja wanita Melayu pergi bekerja di kilang-kilang. Dalam penyelidikan saya pada tahun 1970-an, dalam soal selidik saya bertanya mereka, bila hendak kahwin?

Di kampung, dulunya mereka ini berumah tangga pada usia muda. Umur 18 dan 19 tahun sudah kahwin atau dikahwinkan, tetapi akhirnya bercerai juga.

Oleh kerana pendidikan dan faktor pendedahan kepada karier baru, wanita Melayu itu sudah ada idea tidak mahu kahwin cepat-cepat. Mereka hendak bekerja terlebih dahulu dan menyimpan duit.

Kita tanya lagi, kalau sudah kahwin hendak anak cepat atau lambat? Mereka kata lambat. Mereka hendak tangguh dapat anak sebab mereka hendak enjoy hidup berkahwin dan mewujudkan rumah tangga yang lengkap terlebih dahulu. Kata mereka, kalau dapat anak susahlah.

Dalam sekelip mata, wanita Melayu berubah sikap. Ini semua tidak diprogramkan oleh kerajaan. Ia jadi begitu sahaja.

Tetapi masyarakat Melayu tidak faham keuntungan perubahan minda wanita ini terutama di kalangan kumpulan berfikiran konservatif.

Hari ini di Malaysia, trend semasa ialah wanita menguasai 65 peratus tempat belajar di universiti-universiti. Dalam sektor kerajaan, banyak wanita yang memegang jawatan tinggi.

Trend ini pasti mengubah masyarakat Melayu secara pesat, sebagaimana ia mengubah pemikiran wanita Melayu pada tahun 1970-an.

Ini semua adalah hasil daripada perubahan sikap yang tidak dirancang tapi terjadi.

Perubahan minda itu berlaku secara tidak sengaja. Kadang-kadang kalau nasib kita baik, hasil perubahan yang tidak dirancang itu juga progresif seperti dalam kes perubahan minda wanita Melayu.

Bagaimanapun, kadang-kadang perubahan yang dirancang tidak terjadi kerana orang yang hendak melaksanakannya pun tidak jujur selain terdapat pengaruh lain yang menghalang seperti pengaruh politik tempatan, politik antarabangsa, Indonesia, peranan orang agama yang menimbulkan nilai-nilai sama ada seseorang dapat pergi syurga atau tidak.

Minda Melayu tidak dapat memikul ini semua. Kerana ada sesuatu dalam budaya mereka yang masih tidak diubah, mereka sanggup duduk di kedai kopi main dam. Contohnya orang lelaki di Kelantan dan Terengganu. Kalau mereka tidak main dam, mereka akan bincang untuk gasak kerajaan. Semua salah, dia sahaja yang betul.

Titik perubahan kepada minda Melayu ialah tragedi 13 Mei 1969, tetapi peristiwa tersebut dan dasar-dasar ekonomi, pendidikan dan politik selepas itu tidak sepenuhnya menukar sikap orang Melayu.

Ada beberapa faktor lain yang menghalang iaitu pengaruh Barat, peranan media massa, politik serta agama.

Kita memang berubah sedikit dari segi lahiriah tetapi saya tidak fikir orang Melayu kini berada pada kedudukan yang lebih baik.

Kita sudah terjangkit apa yang bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher hendak dulu, dan fahaman ini cukup besar sama ada di kalangan pemimpin Melayu dalam UMNO mahupun Pas, dan juga di kalangan para pegawai kerajaan.

Kita hendak menjadi apa yang Thatcher kata a nation of shopkeepers. Kita tidak mahu kata shopkeepers, kita gunakan istilah usahawan.

Orang berfikir kalau sebahagian besar orang Melayu jadi usahawan, maka ekonomi orang Melayu akan naik. Ini saya rasa salah. Pendekatan untuk membangunkan orang Melayu dengan wang ringgit dan kebendaan ini tidak betul. Tesisnya silap.

Tetapi itulah minda Melayu sekarang.

Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen terhadap bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu, aku mesti berkhidmat kepada orang Melayu, untuk membangunkan orang Melayu.


Nota: PROFESOR Diraja Ungku Aziz adalah bekas Naib Canselor Universiti Malaya.

******

Malaysia Baru hari ini pula di lihat meminggirkan bangsa melayu. Mengapa? Mungkin banyak isu2, kenyataan2 atau kes2 yg mengundang controversi atau persepsi sebegitu di mata umum. Wallahu'alam.

Namun harapan masih ada. Minda yg dijajah mungkin payah untuk dipulih. Namun harapan masih ada. Mungkin bukan dlm bentuk pakatan harapan. Mungkin berbentuk semangat tanjung harapan, yg memberi sinar ke seluruh benua yg gelap.

Aku pun melayu. Aku ingin lihat melayu yg hebat. Aku mahu tonjol di media utama biodata susuk tubuh karektor melayu yg unggul. Banyak org melayu di serata dunia, terkenal sebagai profesyenal, personaliti, atau usahawan berjaya. Wajar kita tonjolkan agar menjadi inspirasi dan motivasi anak bangsa. Melayu bisa gah semula. Kerana aku pun melayu.

Jalur pemikiran yg tersesat mestilah diperbetulkan. Destinasi yg salah mesti diubah. Sikap untuk maju di dunia, lebih2 lagi di akhirat mesti di bentuk, dipahat dan dipasak. Biar kukuh.


#AkuPunMelayu

Monday, September 21, 2015

Azam Solat Malam

Alhamdulillah saya panjatkan berbanyak syukur kepada Allah kerana telah memilih saya menjadi tetamu di Rumah Nya saban malam untuk mendirikan solat berjemaah dan amalan2 sunat serta menadah ruh dan jasad kepada ilmu agama di majlis2 ilmu. 

Sebagai pencinta ilmu saya mahu menjalankan peranan untuk menyebar luaskan ilmu yang di pelajari itu dengan azam perkongsian kepada umat seluruh dunia melalui tulisan di blog SOT yang setakat ini di kunjungi oleh 180,543 pelawat. Semoga bermanfaat samada secara langsung atau tidak dan ada nilaiannya di sisi Allah.

Gambaran usia sebagaimana dinyatakan oleh Ust Yaseer ibarat sedepa ranting kayu yang di patahkan hujungnya sedikit demi sedikit makin pendek hari demi hari detik demi detik hingga satu masa nanti hilang semuanya. Dengan erti matilah, habis sudah usia yang Allah pinjamkan sebentar itu. 

Apa persediaan saya menghadapi saat kematian itu? Jika dimatikan Allah malam ini bagaimana? Amalan saya ini tidak banyak mana. Itu hakikat. Sama2 muhasabah. Bila kali terakhir menghidupkan malam dengan ibadah? Ramadan yang lalu barangkali. Maknanya sudah dua bulan lebih yang lalu. 

Tanya lagi. Apa yang saya sembah sebenarnya? Kepada siapa saya ini beribadah sebenarnya? Kepada Allah? Maka kenapa berhenti beribadah malam itu sekadar untuk bulan Ramadan sahaja? Sendiri tanya sendiri jawab.

Antara sifat hamba Allah yang beriman ialah dia sujud dan berdiri di malam hari dengan solat malam. Gagahnya saya berdasar dapat bangun solat malam di kala orang nyenyak tidur.

Ramai yang hidupkan malam bukan dengan ibadah tapi dengan tengok bola EPL. Tengok bola itu hukumnya harus tapi boleh jadi haram bila mana asbab bangun malam tengok bola itu, terlajak untuk solat fardu subuh. Asbab tengok bola kat kedai mamak itu gagal untuk solat subuh berjemaah di masjid.

Tingkatkan azam supaya menjadi hamba yang berjaya. Rasulullah SAW ada berpesan untuk lakukan empat perkara iaitu sebarkan salam, beri makan, bersilaturahmi, dan yang keempat dirikan solat di malam hari tika manusia sedang nyenyak tidur. Natijah pada empat perlakuan ini ialah kamu akan masuk dalam syurga dengan penuh kesejahteraan.

Solat malam di tutup dengan solat witir (ganjil). Amalan yang paling disukai Allah ialah yang berterusan (konsisten) walaupun sedikit. Insya'Allah saya tanam azam untuk tingkatkan amalan.

Satu lagi amalan yang utama ialah mengeluarkan harta saya ke jalan kebaikan. Apa yang kamu keluarkan di jalan Allah pasti Allah akan gandakan. Maka ustaz menyatakan tidak salah untuk berdoa setiap kali mengeluarkan harta saya bersedekah atau berinfaq itu dengan doa ya Allah gandakan harta ini sebagaimana yang Engkau janjikan.

Senyum juga adalah sedekah. Setiap kali menguntum senyuman kepada orang lain insya'Allah di beri pahala. Menyambung hubungan silaturahim akan menambah panjang usia. Dalam sebuah lagi sabda Rasulullah SAW dinyatakan di sediakan bilek2 di Syurga bagi hamba Allah yang baik ungkapan bahasanya, selalu menyediakan makanan, sentiasa berpuasa sunat, dan yang keempat solat malam.

Sedekah yang macamana besar pahalanya? Iaitu kamu mengeluarkan sedekah itu dalam keadaan kamu sihat sejahtera, paling kedekut, tika sangat takut kepada kefakiran dan berangan-angan pada kekayaan.

Jangan berlengah-lengah melakukan kebaikan. Jangan tunggu nyawa sampai ke halkum baru nak buat kebaikan. Harta tidak akan berkurang dengan amalan sedekah. Juga beri kemaafan kepada orang yang melakukan kesalahan kepada saya. Merendah diri di hadapan manusia akan meninggikan darjat di hadapan Allah. Pahala jadi rebutan. Dosa jangan dipandang ringan.

Sebagai konklusi, semakin hari semakin dekat saya pada kematian. Ibarat ranting kayu di tangan yang sedang dipatah-patahkan itu. Usia bukan makin panjang tetapi semakin pendek. The end is near. Saya azam insya'Allah untuk tingkatkan amal kebaikan. Malam ini saya azam untuk mendirikan solat malam walaupun sekadar tiga rakaat. Ameen.

@@@

Monday, February 23, 2015

Cuaca Panas

Cuaca agak panas dua tiga menjak ini. Ada yang mengeluh. Namun hakikatnya siapa yang bagi cuaca panas ini? Allah. Maka pabila mengeluh seolahnya tidak puas hati dengan kurniaan Allah pula. Usah mengeluh lagi. Berpada pada yang ada. Semua milik Allah belaka.

Saya ingin kongsikan sebuah fakta menarik yang saya baca di grup whatsapp. Rasanya banyak iktibar dan manfaat yang dapat kita perolehi dengan renung dan fikir akan kejadian dan kekuasaan Allah. Tidak terhitung nikmat yang Allah bagi kepada kita dengan sifat Maha Pengasih dan Peyayang-Nya. Maka nikmat mana lagi yang nak kamu dustakan?

**********

  • Tahukah anda harga Oksigen di hospital? RM10/­liter
  • Tahukah anda harga Nitrogen di hospital ? RM3/­liter
  • Tahukah Anda bahwa dalam sehari manusia menghisap; 2,880 liter Oksigen, &  11,376 liter Nitrogen ?

Jika harus dihargai dgn Ringgit Malaysia (RM), Oksigen & Nitrogen yg kita sedut dan hirup ini, akan mencapai RM56,060 sehari untuk setiap manusia.

Kalau dikalikan sebulan RM56,060 x 30hari = RM1,681,818/­org.

Org yg paling KAYA sekalipun tidak akan sanggup melunasi biaya nafas untuk hidupnya, apabila Allah SWT mnggunakan Rumus Niaga manusia.

Masihkah kita MALAS BERSYUKUR ?

Baru nafas saja, kita sudah mesti membayar RM1,681,818 / bulan, dan Allah kurnia itu PERCUMA.

Maka, Nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kau Dustakan?

Sesungguhnya, Segala sesuatu adalah dari Allah SWT , dan kembali kepadaNya.

Semoga kita semua bahagian dari hamba2 yang bersyukur.


**********

Justru itu jangan jemu mencari ilmu. Masjid2 di serata negara menyediakan majlis2 ilmu untuk ikuti. Terutamanya di negeri Selangor ini semua masjid2 hidup dengan kuliah maghrib setiap malam. Tiada alasan lagi untuk bodoh sombong atau melalak tanpa hujah dan ilmu seperti katak di bawah tempurung.

Pada sebuah kuliah ust Sidek Nor, saya kongsikan di sini perihal kepentingan untuk mengenal Allah bagi melahirkan kecintaan yang sejati serta menimbulkan kelazatan dan kemanisan dalam ibadah.

  • makrifat (kenal) berkait rapat dgn keimanan (percaya)
  • amal soleh ialah jalan nak sampai ke makrifatullah
  • pabila d buka lorong ke pintu makrifatullah, jgn kau peduli walau amal mu sedikit
  • yakin itu byk peringkat, brapa ramai yg yakin mati itu pasti tapi tak cari bekalan pun utk mati?
  • bila masuk lubang kubur baru tau nasib, inilah mati yg depa dok cerita, ada sungguh bukan bohong
  • Allah yg menjinak hati manusia
  • yg Allah tentu, itulah yg berlaku
  • apa yg Allah lakukan, tak mampu manusia nak halang
  • amal pun anugerah Allah, bila kenal Allah amal lagi byk lagi lazat
  • cari rezki utk mudah ibadah
  • cukuplah pujian Allah, usah harap pujian makhluk
  • usha sungguh2 bermujahadah, harap Allah buka pintu makrifat
  • makrifat ini anugerah Allah
  • syukur byk2 Allah buka pintu makrifat

Adat menuntut ilmu ialah semakin banyak yang kita belajar maka sebenarnya terserlah banyak lagi yang kita tidak pandai atau tidak tahu. Proses pengajian dan pembelajaran ini berterusan hingga kita mati. 

Ilmu bisa mendidik jiwa menjadi hamba yang tahu bersyukur kepada Tuan nya. Kekal dalam jahil adalah satu jenayah besar. Kerana asbab kejahilan itu akan menzalimi ampunya diri. Zalim macamana tu? Zalim kerana membiarkan diri terdedah kepada bakaran api neraka Allah yang maha azab di hari pembalasan nanti.

Saya konsikan juga antara poin2 penting pada kuliah ust Zahidi Abdullah yang saya ikuti pada minggu lepas perihal kepentingan melepaskan diri daripada kejahilan dan mencari ilmu agama untuk memandu jalan menuju redha Allah.

  • seorang yg kenal harimau akan takut harimau, tengok tapak bekas kaki harimau pun dah takut
  • bila makrifat mengenal dgn hati akan Allah maka dtg takut
  • jahil itu buta, tak nampak diri dekat dgn mati, dosa bertimbun tak nak tobat lagi
  • alim itu penglihatan, akan nampak lemah diri
  • menuntut ilmu itu perintah Allah, ilmu itu menyuluh
  • ilmu bermanfaat ialah ilmu yg membawa taat pada Allah
  • ilmu itu di datangi bukan mendatangi, maksudnya kena pergi cari ilmu
  • jaga adab dgn guru supaya berkat ilmu yg di dapat.

Semoga dengan ilmu di dada kita tidak lagi keliru dengan mengeluh cuaca panas atau cuaca hujan atau sebagainya. Kena faham hakikat. Semua kehendak Allah belaka. 

Jangan mengeluh tak tentu pasal kerana kamu sebenarnya mengutuk atau mezahirkan tidak puas hati pada Pemilik Alam ini iaitu Allah SWT. Kamu sekadar melukut di tepi gantang hanya menumpang di sini. 

Allah SWT pencipta dan pengurus tadbir Alam semesta yang maha luas ini. Ubah dan betulkan persepsi diri. Jangan mengeluh cuaca panas atau cuaca sejuk tapi sentiasalah banyak bersyukur.

@@@

Monday, August 04, 2014

Alhamdulullah Syukur

Alhamdulillah. Segala Puji Bagi Allah. Saya teringat ungkapan Ust Nik Abduh bila orang bertanya khabar ayahanda beliau, "Ayahanda tak sihat sikit, sihatnya banyak." Mulanya agak keliru namun bila di teliti amat benar. Allah beri sedikit ujian dengan masalah kesihatan. Namun Allah bagi nikmat yang banyak dengan tahap kesihatan yang memuaskan selama ini.

Seorang kenalan di zaman sekolah kini terlantar sakit di hospital kerana masalah hati yang gagal berfungsi sehingga menukar matanya menjadi kekuningan dan badan yang lesu tiada bermaya. Kini doktor mengesahkan dia mengidap cancer hati tahap 4. Para sahabat sekelian mendoakan agar beliau kembali pulih dan diringankan ujian oleh Allah. Sempena cuti raya ada yang berkesempatan menziarahi beliau. Semoga diringankan bebanan yang beliau tanggung ini.

Pabila di renung dan difikir betapa selama ini Allah sudah kurniakan 50 tahun kehidupan yang sihat walafiat. Tiba-tiba kini bila ditimpa sedikit ujian penyakit, kita tidak tertahan dan mengeluh sakan. Tidak nampak lagi cahaya. Yang nampak hanya kegelapan. Tidak nampak lagi akan nikmat sihat yang Allah kurnia selama 50 tahun tadi. Minda di fokus kepada penyakit yang menimpa. 

Seorang pakcik yang taqwa pernah berkata bila di ziarahi oleh seorang warisnya di katil hospital, "Alhamdulillah, Allah bagi ujian sedikit sahaja sedangkan nikmat yang Allah bagi kepada saya selama ini sungguh banyak tidak dapat saya hitung. Saya redha dan semoga Allah redha kepada saya."

Setiap penyakit yang menimpa, tentulah ada penawarnya kecuali penyakit mati. Tugasan kita ialah berusaha sedaya umpaya mencari penawar itu. Selebihnya berdoalah dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya tiada yang dapat mengatasi ketentuan Allah.

Juga yakinlah, setiap ujian yang Allah bagi itu sebenarnya untuk meningkatkan mertabat iman kita. Tidak akan sunyi seorang yang beriman daripada ujian demi ujian daripada Allah SWT. Ujian itu sebenarnya mampu di tanggung. Sebab itulah selalu berdoa, "Ya Allah janganlah Engkau berikan ujian yang tidak mampu aku menanggungnya."

Saya kongsi sedikit pengalaman. Dalam perjalanan ke desa sempena cuti raya hari ahad lepas, saya berjaya mengharungi hampir 400km perjalanan dengan lancar. Bila tiba berdekatan simpang tiga Kuala Krai, trafik jem telah berlaku. Kereta bersusun dan bergerak secara perlahan dan berkala. 

Asbab mata yang mungkin sesaat terlelap atau kereta depan yang brek mengejut, maka saya telah terlanggar kereta depan walaupun kala tersedar itu saya menekan rapat emergency break. Maka kereta depan itu mengalami minor scratch di bumper belakang. Memandangkan saya yang melanggar maka tanpa mahu memanjang cerita saya pun offer bayar RM100 kepadanya. Jadi kes settle.

Ujian untuk saya ialah kereta saya kemik agak teruk di bahagian bonet depan, lampu pecah, bumper rusak, frame depan bengkok dan plate pecah. Bumper pula bergeser dengan tayar depan kiri. Saya pun menyusur ke tepi dan berhenti di surau tepi simpang kat depan. Selepas selesai solat jamak zohor dan asar, saya pun mencari-cari tali atau dawai untuk mengikat bumber yang senget itu. Mungkin Allah mahu sedarkan saya semula supaya jangan cuba bangga diri pulang ke desa beraya sambil bergaya dengan kereta sampai terdetik rasa riak atau bangga diri. Allah nak bersihkan balik hati saya. Alhamdulillah.

Saya sekadar bercadang untuk repair kereta saya ini bila pulang semula ke KL nanti. Nasib baik radiator tidak terkesan oleh pelanggaran itu. Enjin pun tiada masalah. Cuma bodi bahagian depan sahaja yang terkesan. Ujian yang mampu di tanggung. Maka saya sekelurga beraya macam biasa dan sempat menziarahi sanak saudara yang terpilih.

Pagi tadi saya mendengar satu slot motivasi pagi di radio IKIM. Ustaz mengingatkan kita supaya bersyukur atas nikmat yang Allah berikan. Kerana nikmat yang Allah bagi pinjam itu, Allah boleh tarik anytime. Sihat boleh bertukar sakit. Muda bertukar tua, sihat menjadi sakit, lapang menjadi sibuk. Kulit tegang bertukar kendur. Kaya menjadi papa, bahagia bertukar derita, hidup bertemu mati.

Ustaz berpesan lagi jika kita naik kereta maka bersyukurlah kerana ramai lagi yang tidak ada kereta, kalau hujan tidaklah basah. Ramai lagi yang sekadar ada motosikal.  Jangan asyik bandingkan dengan orang yang ada kereta model terkini atau kereta model mewah dan seumpamanya. Lahirkan rasa syukur dengan melihat orang yang kurang daripada kita.

Orang yang ada moto pula, lihatlah saudara kita yang hanya ada basikal. Kalau hujan sekurang-kurangnya dapat pecut cepat sampai ke rumah atau mencari tempat berteduh. Yang ada basikal pula, bersyukur kerana tak kena saman polis sebab speeding atau sebab tidak ada lesen, atau sebab road tax mati. Bersyukur kerana ramai lagi yang hanya berjalan kaki ke sana kemari.

Yang berjalan kaki pula syukur banyak2 sebab Allah kurniakan kaki untuk dapat berjalan sebab ramai lagi manusia yang tidak ada kaki atau cacat kakinya hingga tidak dapat berjalan dengan sempurna. Jadi begitulah kita ini kena menjaga hati supaya jangan timbul secubit rasa riak, ujub dan sombong. Semua milik Allah. Kita sekadar di beri pinjam segala nikmat ini oleh Allah SWT pemilik segalanya.

Maka pada raya ini perbetulkanlah niat untuk ziarah menziarah mengerat siratul rahim dengan ikhlas kerana Allah. Bukan dengan niat nak menunjuk kereta baru, MPV besar, rumah besar atau kemewahan yang lain. Kerana semua itu nikmat yang Allah pinjamkan seketika cuma. Jaga akhlak dan tutur kata. Tiada kebaikan dalam maksiat, kesombongan, keangkuhan atau niat nak menunjuk-nunjuk.

Bagi yang kurang berada usah rendah diri. Yang penting ikhlas meraikan kemenangan sebulan kita menjalani ibadah di bulan Ramadan. Apa guna berbangga diri atau menjuk-nunjuk jika segala ibadah kita di bulan Ramadan sekadar sia2 tanpa ada nilaian di sisi Allah. Teruskan amal baik sepanjang bulan Syawal ini.

Dalam perjalanan pulang ke KL, setibanya berdekatan bandar Machang sekali lagi Allah timpakan ujian yang mampu saya menanggungnya. Tidak terlintas di fikiran saya ia boleh berlaku tapi ia telah berlaku. Bonet depan kereta saya yang kemek itu telah terbuka dan terlipat membantai cermin kereta. Pada masa itu keadaan trafik jem dan pergerakan tidak laju, mungkin sekitar 40km sejam. Cermin saya crack habis tapi Alhamdulillah tidak berkecai. Mungkin asbab teknologi double layer.

Cuba bayangkan kalau tika itu saya sedang memandu pada kelajuan tinggi 110 km sejam, mungkin sesuatu yang lebih buruk bisa terjadi seperti terbabas ke dalam parit. Jadi Alhamdulillah saya menyusur keluar dan parking kereta saya di sebelah sebuah pondok rehat. Apa yang bermain di fikiran saya ialah bagaimana untuk menempuhi perjalanan yang melebihi 400km lagi ini.

Setelah solat jamak di masjid Machang, saya pun mencari bengkel kereta. Ada satu yang buka namun pemiliknya memberi reaksi yang agak negetif dan hanya boleh menyiapkan pada hari berikutnya. Ada seorang posmen yang kebetulan berada di bengkel itu untuk membaiki keretanya memberi pendapat bahawa cermin yang crack itu tidak akan berkecai kerana di sokong oleh lapisan 'double layer'. Dia agak konfiden saya boleh meneruskan perjalanan hingga ke KL.

Ia telah memberi semangat baru kepada saya. Saya masih menyusur jalan Machang-P.Puteh untuk mencari bengkel lain namun keseluruhannya masih tutup cuti raya. Akhirnya saya mencari tali dan mengikat bonet depan supaya tidak terbukak dan terpelanting memecahkan cermin depan tika dalam perjalan yang jauh nanti. Satu lagi cabaran ialah mungkin wiper tidak dapat digunakan kerana di khuatiri boleh memburaikan cermin yang sudah retak seribu itu. Kalau hari hujan saya kena cepat2 cari tempat berhenti.

Alhamdulillah satu ujian yang hebat. Mujahadah sepanjang perjalananan. Namun akhirnya saya sekeluarga selamat sampai ke destinasi. Cermin depan sudah saya tukar di sebuah kedai cermin di Batu 16, Rawang dengan harga patut. Kerusakan bonet itu saya akan survey cari bengkel yang sesuai berdekatan ofis saya di Keramat nanti.

Ya Allah, aku mohon engkau terimalah segala amal ibadahku di bulan Ramadan yang lalu. Ampunkan segala dosaku. Kurniakan rahmat-Mu. Bebaskan aku dari azab api Neraka-Mu dan redhakan aku untuk mendapat nikmat Syurga-Mu. 

Ya Allah, istiqamahkan aku melakukan amal soleh di sepanjang bulan Syawal ini. Pilihlah aku untuk menjadi tetamu di Rumah-Mu, duduk di majlis ilmu-Mu. Berikan aku kekuatan untuk mengamalkan ilmu yang aku dapat itu, dan berikan akau kemampuan untuk menyebarluaskan ilmu yang aku dapat itu untuk kebaikan dan manfaat umat seluruhnya.

@@@

Wednesday, June 18, 2014

Peduli Haram Babi

Umat Islam agak peduli pada haramnya Babi. Namun agak tidak peduli pada haramnya dosa. Bila timbul isu DNA Babi di kesan pada beberapa produk Cadbury tempoh hari maka umat Islam bangkit dan merasa sangat terkesan. Apa tidaknya terasa seolah di tipu selama hari ini malah banyak bahan babi sudah menjadi darah daging agaknya...cis. 

Isunya ada dua, satu apakah sijil halal Jais ada yang disalah gunakan. Kedua, soal pemantauan, apakah bila sijil halal Jais di keluarkan maka selepas itu tiada lagi pemantauan atau semakan di adakan bagi produk2 berkenaan? 

Mungkinkah sesuatu produk itu pada mulanya adalah halal maka di approve oleh Jais, tapi asbab lemahnya pemantauan atau kelemahan penguatkuasaan maka produk yang telah di approve halal tadi mula di cemari dengan bahan2 yang tidak halal yang menjadikannya produk yang tidak lagi halal tapi gagal disedari oleh para pengguna sekelian kerana yang utama ialah terpapar logo halal Jais di label produk berkenaan?

Yang halal itu jelas yang haram juga jelas. Antara keduanya ialah yang was2 atau syubahah, maka terlebih afdal jika menjauhi Cadbury atau yang sewaktu dengannya yang syubahah tadi. 

Pada sudut lain, dalam umat Islam terutamanya bangsa melayu begitu sensitip dengan haramnya babi dan segala yang sewaktu dengannya, namun peduli itu tidak pula begitu terasa atau sensitip pada haramnya dosa. Apa bentuk dosa jua. Sensitiviti yang tidak sama rasanya.

Dosa banyak. Judi dosa. Zina dosa. Bercampur lelaki perempuan bukan muhrim dosa. Riba dosa. Rasuah dosa. Menipu dosa. Mengumpat dosa. Tidak solat dosa. Tidak puasa Ramadan dosa. Eh banyaklah dosa kalau nak cerita. Apakah peduli haram babi dengan peduli haramnya perlakuan dosa itu sama tarafnya? Rasanya peduli haram babi lagi tinggi martabatnya. Sedangkan segala perlakuan haramnya dosa itu terus menerus menyumbang kepada perjalanan ke destinasi neraka sebenarnya.

Suatu masa dulu bila saya sekeluarga pernah melawat muzium melaka. Agak teruja bila melihatkan bahan pameran yang memaparkan kerajaan empayar Melaka dulu sudah mengamalkan undang2 syariah termasuk hudud dengan menyeluruh. Kalau kita lihat cerita P.Ramlee "Semerah Padi" juga dipaparkan hukum hudud dilaksanakan dalam pemerintahan kerajaan tika itu. Namun yang pelik dan sadisnya bila fakta ini tidak ditonjolkan pada masyarakat malah dihitamkan terus daripada buku2 sejarah.

Pusat kuasa undang2 dan polisi negara adalal perlembagaan negara yang telah di draf dan di warisi daripada pihak penjajah. Ibarat ragi yang di campur gaulkan dengan beras. Walaupun rupa beras masih sama namun rasanya jauh berbeza, satu di makan sebagai nasi dan satu lagi sudah menjadi tapai. Itulah ibarat kita ini, walaupun masih mengaku masyarakat Islam dengan rupa paras Islam namun citarasa dan penghayatan kita sangat berbeza. Islam itu di perintah dan duduk di bawah kuasa perlembagaan Negara.

Kuasa mahkamah syariah misalnya yang berada di bawah kekuasaan sultan dan yang dipertua setiap negeri itu adalah di kawal selia oleh Perlembagaan Negara yang mensyaratkan nombor ajaib 653 bagi setiap hukum sabit kesalahan iaitu tidak melebihi 6 kali sebatan, RM5000 denda, atau 3 tahun penjara. 

Makanya jika hukum hudud menetapkan 100 sebatan untuk perlakuan zina misalnya, tapi perlembagaan negara masih kekal dan tidak berubah maka perlaksanaan hukum itu tdak dapat dilaksanakan oleh kerana sekatan pada frasa 653 tadi.

Justru itu sangat penting sebenarnya untuk meletakkan Islam itu memerintah supaya al-Qur'an dan Hadith itu di martabatkan di maqam yang tertinggi. Sebagaimana perlembagaan pertama dunia iaitu Perlembagaan Madinah di draf oleh Rasulullah SAW berasaskan panduan daripada al-Qur'an dan Hadith. Perlembagaan negara sekarang ini perlu dipinda terlebih dahulu supaya hukum syariah tidak terpagar oleh akta 653 itu.

Berbeza dengan ikan di laut. Walaupun sudah berkurun hidupnya di dasar lautan yang masin namun jasad dan ruhnya tidak berubah menjadi masin. Dia kekal tawar di air yang masin. Itu hebatnya ikan dalam air laut berbanding dengan beras dicampur ragi. 

Aqidah yang kukuh akan menjadi asas yang padu menegakkan dan menyebarkan Agama Allah di muka dunia ini. Suka saya ulangi Islam itu ialah cara hidup yang lengkap, menyeluruh, sempurna yang di redhai Allah. Selain daripada Islam semuanya sesat dan menyesatkan. 

Syukurlah kerana di kurniakan Allah nikmat iman dan Islam dan dipelihara daripada perkara2 yang merusakkannya. Tingkatkan iman yang jazan iaitu kepercayaan yang sebenar-benarnya dengan 100% keyakinan kepada Allah, satu iktikad yang tidak berubah-ubah. Tetap berpegang dengan Allah dan segala ajaran Rasulullah SAW.

Rata2 manusia hari ini lupa mati. Kalau ingat mati tentulah penuh masjid setiap solat fardhu atau majlis ilmu. Yang memutuskan segala kelazatan ialah mati. Tidur itu satu nikmat, maka mati itu menghilangkan nikmat tidur. Makan itu suatu nikmat, maka mati itu menghilangkan nikmat makan. Siapa yang tidak ingat mati akan cepat mati. Siapa yang ingat mati dengan membuat setiap kebaikan maka Allah panjangkan umur dia.

Lupakan kebaikan kamu kepada orang dan ingatkanlah kejahatan kamu kepada orang. Muhasabah diri. Asbab kebaikan yang kamu lakukan itu, Allah panjangkan umur kamu. Nak panjang umur petuanya ialah buat baik. Apa yang kita mampu. Siapa yang kedekut akan pendek umur. Siapa yang paling pintar? Yang banyak menyebut dan ingat mati.

Bila ingat mati, diri akan disibukkan dengan menyimpan dan mengumpul barang yang akan dibawa ke Akhirat nanti. Manakala barang yang nak ditinggal di sedikitkan dan tidak dia kasihkan. Banyakkan amal soleh. Dunia sanggup di tunggu, solat dua rakaat belum tentu? Bola boleh tunggu, solat tahajjud kenapa tidak boleh tunggu?

Peniaga terbaik di dunia ini ialah peniaga yang ingat mati. Bila menjual barang yang kurang mutu maka dia akan cakap terus terang barangannya kurang mutu. Barang baik dia cakap barang baik. Raja yang ingat diri ialah raja yang tidak lupa diri. Kita ini dalam perjalanan yang jauh. Yang nak di bawa masih sedikit, yang nak di tinggal banyak la pula. Hisabkan diri sendiri. Ini asyik sibuk hisab orang lain?

Sebagai konklusi pilihlah antara dua, untuk jadi ikan di air masin atau beras dicampur ragi? Tepuk dada tanya iman. Pilihlah untuk peduli haramnya dosa yang berselerak dan bertaburan di muka bumi ini atau sekadar menyibukkan diri dengan haramnya babi? Sekali lagi tepuk dada tanya iman. Selamat menyambut Ramadan al-mubarak. Kita sama2 doa semoga Allah memberikan kita hidayah dan taufiq untuk istiqamah dalam amal solah di bulan yang mulia ini.

@@@

Wednesday, June 11, 2014

Sindrom CDTM

Saya menerima satu posting di Whatsapp yang pada analisa saya sekali lalu sangat menarik untuk sama-sama kita renung dan fikir. Tika detik usia berlalu terus tanpa henti ini, mungkin afdal untuk memberi perhatian apa sebenarnya yang telah dan akan berlaku dalam kehidupan yang fana ini supaya cetus sedikit sedar pada minda.

Nasihat dari Prof Dr Harlina Shiraj:
  • 10 nasihat untuk yang dah umur 50 tahun ke atas. 
  • Yang dah 50 tahun tu mula-mulalah berlatih.
  • Yang dah hampir 50 tahun boleh bersedia.
  • Yang lambat lagi nak ke umur 50 tahun boleh kongsi dan bantu mak ayah jika masih ada.
*****
  1. Fokus pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja
  2. Rancang macamana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini, kalau mampu pergilah melancong. Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.
  3. Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.
  4. Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi "full time baby sitter". Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapa pun termasuk  cucu sendiri. Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.
  5. Terima kelemahan fizikal, sakit, dan lain-lain kesakitan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada. 
  6. Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Berhenti melakukan bersungguh apa yang tiada pada anda. Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua dah terlambat.
  7. Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-anak, cucu-cucu dan rakan-rakan anda. Mereka yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya. Bukan apa yang anda ada. Mereka yang sayangkan anda kerana apa yang anda ada, mereka itu tak ikhlas, hanya berpura-pura dan anda pasti tahu siapa mereka sekarang.
  8. Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.
  9. Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yg lebih baik. Jadi bersedialah, bukan untuk mati tetapi hidup untuk bertemu Yang Maha Esa (ALLAH SWT) 
  10. Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dia lah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini. 
~ PROF. DR. HARLINA SHIRAJ ~

Nota: Dr Harlina Halizah Hj Siraj atau lebih mesra sebagai Dr Har dilahirkan di Sungai Besar, Selangor. Beliau bertugas sebagai pakar perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Beliau juga menjawat jawatan Pengerusi Pembangunan Sosial IKRAM & Naib Ketua Wanita IKRAM, Mantan Naib Presiden JIM (2009-2012}, Presiden Persatuan Kesihatan Ibu dan Bayi Malaysia, MAMANEH(2009 – 2011). Merupakan isteri kepada Ustaz Zulkifli Ahmad serta ibu kepada empat orang cahaya mata, seorang telah meninggal dunia. Beliau gemar melakukan khidmat masyarakat dan kerja-kerja sukarelawan selain menumpahkan khidmat sebagai pakar di hospital.

*****

Kekadang ramai kita lupa bahawa sudah begitu banyak usia kita yang telah dibazirkan begitu saja. Apa yang telah berlalu itu sudah tentu tidak dapat dikembalikan atau diulangkan lagi. Simply gone. Tidak boleh ditebus atau dibeli hatta dengan emas atau intan berlian yang bertimbun.

Apa yang kita lalui hari ini adalah sesuatu yang mungkin dapat kita corakkan atau masih masih dalam kawalan. Begitu pun apa yang bakal berlaku esok dan hari-hari seterusnya pada sisa usia yang masih Allah pinjamkan ini pula adalah diluar kawalan kita sebenarnya. Bak kata Dr Har di atas, hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.

Usah panjang angan-angan, fikirkan itu dan ini. Jangan terperangkap dengan sindrom CDTM iaitu Cinta Dunia Takut Mati. Begitu mengejar dunia hingga lupa akhirat yang menanti. Jangan sampai di istidraj di hijab Allah daripada sedar akan hakikat kehidupan yang sementara kerana begitu teruja dan di sibukkan dengan kemewahan dunia. Tidak salah mengejar kebahagiaan dunia jika objektifnya untuk mencapai kebahagiaan Akhirat. 

Sayang sekali jika kita begitu runsing dan takut gagal di dunia tetapi tidak pula takut gagal di Akhirat. Rugi benar jika kita ini sekadar mengejar kejayaan di dunia tapi lupa pula untuk berusaha gigih demi mencapai kejayaan di Akhirat. Apakah kejayaan yang hakiki? Bila Allah redha untuk kita dapat masuk Syurga Dia. Apakah kegagalan dan kerugian yang sebenar? Bila kamu di humban ke dalam Neraka Allah. Ada faham?

Tidak salah kaya harta benda di dunia kerana ada para sahabat yang terdiri dari kalangan manusia yang kaya raya contohnya Abu Bakar As-Sidiq dan Abdul Rahman Bin Auf, namun objektif mereka jelas iaitu mengejar Akhirat. Mereka tidak kedekut membelanjakan harta mereka untuk fisabilillah dan pelaburan akhirat seperti zakat, sedekah, waqaf dan sumbangan infaq. Harta bukan objektif tetapi sekadar alat mencapai objektif. Apa objektif yang hakiki? Untuk mencapai redha Allah.

@@@

Friday, May 23, 2014

Kubur Menanti

Jika aku ini di timpa pelbagai penyakit, maka bila tiba mati ku aku tidak bawa sakit itu bersamaku. Seteruk mana pun sakit, bila mati sudah tiada sakit itu. Mati kita tidak bawak sakit. Mati kita bawa pahala bawa dosa. 

Orang berharta akan ditanya, "Apa kamu buat dengan harta itu?" Sebelum mati, Allah bagi harta maka infaq lah ke jalan Allah, baru ada keberkatan dan manfaatnya. Allah bagi kesihatan, maka gunalah kesihatan yang baik itu untuk banyak khidmat di jalan Agama, barulah ada keberkatan dalam nikmat kesihatan yang Allah bagi pinjam itu.

Para sahabat dulu pergi berperang niat tidak mahu pulang, azam mati syahid. Nampak balasan syurga di depan mata. Di dunia bertanam-tanaman, di Akhirat petik buahnya. Kita kena duduk dalam jemaah untuk menjana kekuatan dan tidak mudah tunduk pada godaan dan tipu helah syaitan. 

Anas Bin Malik khadam Nabi, namun berkat tarbiyah Nabi dia akhirnya menjadi seorang ulama' yang alim. Allah telah memilih kita jadi orang baik, maka bersyukurlah dengan sebenar-benar syukur. Ramai orang di luar sana yang tidak dipilih Allah jadi orang baik. Kita di pilih untuk menjadi tetamu-Nya di Rumah-Nya (Masjid) sedangkan ramai yang tidak terpilih walaupun rumah mereka di tepi pagar Masjid.

Ramai orang yang tiada kenderaan atau tidak berumah besar atau duduk jauh dari masjid tapi di pilih Allah untuk menjadi tetamu-Nya. Sedangkan ramai orang yang diberi rezki yang banyak, segala kemudahan seperti kereta mewah, rumah banglo atau rumah dekat dengan masjid tapi di hijab untuk nampak masjid walaupun masjid tersergam di depan mata, di beratkan kaki untuk melangkah masuk di pintu masjid. 

Singgah ke masjid sekadar untuk kencing atau berak. Time air kena catu ni, datang masjid nak tumpang mandi. Lepas tu tak nampak batang hidung. Tengok2 kena paksa mari bila orang usung dia ke masjid untuk dimandikan. Inna Lillah.

Rezki itu milik Allah. Allah telah tentukan maka yakinlah. Taqwa kepada Allah akan menjadi asbab kurniaan rezki daripada Allah. Yakinlah. Bukan kerja part time atau overtime. 

Tidak guna kerja part time atau overtime itu jika solat tidak di jaga, jika solat di hujung waktu, atau lebih parah lagi jika di qado solat atau langsung tidak solat akibat duduk sibuk bekerja fulltime, part time atau overtime tadi. 

Fulltime lah dalam Taqwa. Taqwa menjamin kejayaan hidup di Akhirat, apatah lagi hidup di dunia. Hanya Taqwa yang ada nilaiannya di sisi Allah.

Taqwa ialah menurut segala perintah Allah. Perintah Allah ada dua. Satu, buat apa yang Allah suruh. Dua, tinggal apa yang Allah larang. 

Dengan taqwa martabat dan darjat kamu menjadi begitu tinggi dan hebat pada piawiaan dan standard Allah. Bukan kekayaan, pangkat, kecantekan, kekuaasaan atau jawatan yang menjadi ukuran Allah.

Seorang sahabat dari Kedah berkata, "Orang Selangor kalau jahil lagi berdosa besar dia. Sebab majlis ilmu kat Selangor ni bersepah, ada di merata tempat." Betul jugak tu. 

Saya tengok di Masjid as-Salam sahaja sudah ada sekurang-kurangnya 42 majlis ilmu setiap bulan iaitu 30 kuliah maghrib, 4 tazkirah jumaat, dan 8 kuliah subuh. Di khariah masjid as-Salam ini pula ada 27 surau. 

Setiap surau jika kita ambil purata 10 majlis ilmu, maka sudah ada 270 majlis ilmu setiap bulan. Maknanya di daerah ini saja ada tidak kurang daripada 312 majlis ilmu setiap bulan yang disampaikan oleh para asatizah dan ustaz yang berbeza dengan segala disiplin ilmu agama serta latarbelakang dan cara penyampaian yang pelbagai. Jahil lagikah kamu?

Tepuk dada tanya iman. Saya balik kampung tempoh hari. Masjid kampung saya ini dikunjungi oleh Ustaz Azhar Idrus hampir setiap bulan. Bila saya tanya, "Pakcik tak gi dengar ke Ustaz Azhar Idrus?" Dia selamba je jawab, "Tak pergi." Sedangkan seluruh Malaysia meraikan tokoh dakwah hebat ini. Itu antara contoh betapa masjid di depan mata tidak kelihatan walaupun rumah di depan masjid. Allah tidak memilih dia untuk ke rumah-Nya.

Jangan sampai kita di hijab Allah daripada melakukan amal ibadah sekadar baki sisa usia umur kita yang tidak seberapa ini. "Ya Allah berkatilah sisa usia aku ini. Pilihlah aku untuk berada di rumah-Mu mengerjakan solat fardu berjemaah, duduk di majlis2 ilmu, faham ilmu yang aku dapat itu. Berikan aku kekuatan untuk amalkan ilmu itu dan sebarkan untuk kebaikan seluruh umat."

Insaflah, kubur menanti. Kubur tidak pernah lupakan kita. Kubur setia menanti hari demi hari, bulan demi bulan. Dua tiga hari lepas selepas solat Isyak di Masjid, para jemaah mula beredar untuk pulang ke rumah. Tiba2 van jenazah daripada Hospital Sg Buluh tiba. Bilal pun war-warkan di speaker, "Tuan2 mohon tunggu sebentar. Kita ada satu tugasan lagi. Ada jenazah baru tiba untuk kita semua solatkan. Mohon Tuan2 masuk ke dewan solat."  Jam menunjukkan pukul 10:30 mlm.

Abu Jandal dan pasukan penggali kuburnya sudah bersedia di kuburan. Baru tadi sebelum Isyak saya lihat dia di tempat parking. "Kubur dah kali ke?" Saya bertanya seorang rakan jemaah. "Pak Abu petik jari je, kubur siap punya." Tu dia mujahadah Pak Abu Jandal dan team penggali kuburnya. 

Kubur kawasan ini sudah di gali dengan lori jentolak dan di timbus semula untuk menunggu penghuninya. Jadi team penggali kubur setiap kali di beritahu ada kematian akan lebih mudah untuk menggali semula lubang kubur kerana tanah yang sudah agak gembur.

Kubur setia menanti. Mungkin esok lusa batang tubuh saya atau saudara yang menjadi penghuninya. Mati itu terpisah ruh dan jasad dan menjadi permulaan sebuah kehidupan baru di sebuah alam yang baru. Alam kubur atau alam barzakh. 

Tugas kita ialah mencari bekalan sebnayak mungkin untuk bekalan hidup yang selesa selepas mati nanti. Jadikan segala usha dan kerja kita di dunia ini selagi hayat di kandung badan, selagi ada nafas yang keluar masuk, sementara jantung dan nadi masih berdenyut ini maka hendaklah ada Akhirat sebagai matlamatnya. 

Usah cari untung cepat yang nampak di dunia semata. Carilah untung yang lebih kekal abadi iaitu untung yang ada nilaiannya di Akhirat sana. Tukarkan segala kudrat dan harta yang ada untuk menjadi matawang Akhirat iaitu pahala. Kubur setia menanti. Kubur boleh menjadi lubang2 neraka penuh sengsara atau lubang2 taman syurga yang penuh selesa dan bahagia. 

Pilihan masih ada. Mengejar dunia tanpa hirau Akhirat. Atau menjadi orang yang bijaksana dengan terus menerus berkira-kira nasib atau kesudahan Akhirat nanti, bahagia atau sengsara kah aku? Sesungguhnya seseorang yang sentiasa mengingati mati adalah yang paling bijak antara kita semua. Kubur terus setia menanti. Yakinlah.

@@@

Tuesday, April 22, 2014

Jangan Mengeluh Lagi

Ramadan sudah makin menghampiri. Ibarat pasukan bola yang akan menyertai World Cup di Brazil yang sangat berprestij dan penuh ganjaran lumayan itu, maka mulai beberapa lama sebelum pertandingan bermula setiap pasukan akan membuat latihan intensif dan rapi demi untuk mencapai kejayaan dalam penyertaan mereka kali ini. 

Begitulah kita ini kenalah buat latihan daripada awal iaitu bermula daripada bulan Rejab dan Syaaban lagi. Supaya bila Ramadan tiba kita akan menunjukkan prestasi terbaik untuk mencipta kemenangan demi kemenangan. Kalau target untuk khatam 30 juzuk sebulan maka kenalah ushakan baca sekurang-kurangnya satu juzuk sehari. 

Alhamdulillah atas nikmat Islam dan Iman dan seluruh nikmat Allah yang tidak mampu kita hitung banyaknya termasuklah nikmat taqwa dan amal soleh. Apakah Allah terima amal soleh dan ibadah yang kita lakukan selama ini? Urusan dunia usah bimbang kerana sudah ditentu Allah. Rezki sudah ditentu Allah. Rezki terbahagi tiga iaitu yang sudah ditentukan sejak azali, yang segera kita peroleh dan yang tertangguh. 

Apakah Allah terima iman kita? Itu yang utama. Iman dalam Islam ialah 100% yakin tanpa syak, membenarkan dengan hati. Apakah mati kita maka mati iman? Antara tanda2 taubat kita diterima ialah manis padanya ibadah. Makin lama ibadah makin suka, benci akan dosa. Tidak sokong ahli maksiat dan dosa. Seterusnya makin bersyukur atas segala kurniaan Allah.

Redha dengan qadha Allah. Sifat hamba itu ialah sentiasa doa pada Allah dan bergantung harap pada Allah. Redha ketentuan Allah, sentiasa bertaubat dan sentiasa bersyukur. Kenapa bila susah baru nak ingat Allah? Bila senang lupa Allah. Kita ini hamba. masing-masing suloh diri masing-masing. Kita ini hidup dalm tiga zaman. Zaman lampau ialah zaman dosa, zaman maksiat. 

Zaman sekarang ialah zaman taubat, menyesali segala perbuatan dosa dan maksiat itu. Taubat sungguh2 dengan menyesali segala perbuatan dosa lampau itu dan berazam sepenuh jiwa raga untuk tidak mengulangi perbuatan dosa itu lagi. Kita kini di zaman taubat. Jangan lepas peluang untuk taubat. Jangan sekali-kali kekal dalam maksiat dan dosa.

Rasulullah SAW bertaubat setiap malam atas sifat hamba yang bersyukur. Sedangkan Rasulullah SAW itu tiada dosa. Kita ini yang banyak dosa, tiba2 tak sudi bertaubat? Kita yang banyak dosa berlagak macam best macam tak ada dosa. Dah taubat hari ini 1,000 kali?

Terima kasih ya Allah kerana telah memilih saya untuk dapat mendirikan solat maghrib berjemaah di rumah Mu ini. Kadang manusia kena malu dengan lembu dan kambing yang gheti nak balik ke kandang bila dengar azan maghrib berkumandang. Manusia masih melepak di kedai kopi, pasar malam atau borak2 tepi padang bola. Dengar azan seolah tak ada feeling apa2. Hati tak ada rasa hidup walaupun sudah 40 tahun usianya. Malu pada lembu. 

Ada beza orang yang ada agama dengan orang yang tak ada agama. Islam itu  ialah cara hidup yang menyeluruh, lengkap, sempurna yang di redhai Allah. Agama mesti dihidupkan dalam kehidupan 24x7 every day for the rest of your life. Berubah sebelum mati. Mati tidak mengenal erti muda atau tua. Mati pasti mari.

Redha dengan ketentuan Allah. Apa yang Allah bagi jangan mengeluh. Sejuk ke, panas ke, hujan ke, kemarau ke, semua Allah yang bagi. Ada kisah seorang Tuan Guru pondok yang terlantar uzur berumur 80an di rumah kayu usangnya yang beratap zink tanpa aircon atau kipas angin. Maka seoarang anak muridnya datang ziarah di suatu siang. Tu dia panasnya rumah Tuan Guru, maklumlah beratap zink. Tak tahan dia, sekejap saja terpaksa minta diri. 

Isteri Tuan Guru memberitahu bahawa sepanjang usia Tuan Guru, dia tidak pernah mendengar Tuan Guru mengeluh, panas ke, sejuk ke, rimas ke, apa ke. Itulah makna redha atas ketentuan Allah. Setiap keluhan itu seolahnya mengeluh kepada Allah Sang Pencipta dan pemberi segala. Hati-hati. Jangan Mengeluh lagi. Belajar redha, banyakkan syukur pada setiap masa.

Redha dengan ketentuan Allah. Apa yang Allah bagi, tidak mengeluh. Jangka hayat selipar tamat bila selipar itu diambil orang (hilang kat masjid) atau bila selipar itu putus talinya. Maka redha bahawa dah sampai masa ajal selipar itu. Sama saja hilang sebab putus talinya atau dicuri orang. Belajar syukur dengan setiap kejadian. Alhamdulillah dapat beli selipar baru.

Cari keberkatan ilmu. Untuk dapat ilmu yang berkat kena belajar ilmu dengan adab. Hikmah hilang selipar, dapat yang baru. Wali Allah senyum bila dipuji dan senyum bila dihina. Dihina atau dipuji sama sahaja. Semua ujian Allah. Tapi jangan minta di uji. Minta di uji itu umpama minta di hina. 

Saya teringat antara pesanan guru saya, bersihkan gelas dulu sebelum tuang air ke dalamnya. Gelas yang kotor akan mencemari air yang bersih itu. Bersihkan hati dulu sebelum berguru untuk mendapatkan ilmu. Bersihkan gelas dengan bahan pencuci seperti sunlight. Bersihkan hati pula ialah dengan zikrullah, mengaji al-Qur'an, dan solat. 

Amalkan kalau nak masuk rumah atau bilek, bagi salam. Semoga kita terpelihara daripada gangguan syaitan. Hanya tiga manusia tidak perlu menutup aurat iaitu orang kafir, orang gila dan kanak-kanak. Tanya orang yang tutup aurat pilihan mereka.

Bila di uji, hakikatnya Allah nak muliakan. Orang yang beriman sentiasa redha. Tinggal tegah Allah untuk dapat redha Allah. Pada ketentuan Allah ada hikmah. Teruskan usaha dakwah. Hidayah milik Allah.

@@@

Friday, April 04, 2014

Pintu Taubat Masih Terbuka

Rasa terkedu membaca sebuah posting yang bertajuk Usah Putus Asa Memohon Keampunan Allah. Betapa Allah itu Maha Pengampun kepada setiap hamba pelaku dosa ini. Pabila taubat dulu di langgari lagi oleh perlakuan dosa, malah mungkin sudah berulang kali kejadian demi kejadian, namun Allah tidak pernah menutup pintu taubat ini. Malah Allah sentiasa memberi peluang untuk hamba-Nya mendamba kasih sayang-Nya, mengharap lagi dan lagi keampunan atas dosa yang dilakukan. 

Sesungguhnya manusia tidak pernah sunyi daripada perlakuan dosa dan maksiat, atau setidaknya terpedaya dengan gejolak hawa nafsu dalam diri atau serangan tipudaya setan dan iblis. Itu sifat hamba. Kita ini layak membuat dosa kerana kita ini bukan malaikat yang bersifat maksum itu. Namun usah putus asa memohon keampunan Allah. Sesungguhnya Allah penerima taubat hamba-Nya.

Daripada Anas bin Malik, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT berfirman:

“Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku maka Aku mengampuni segala dosamu yang sudah lalu, dan Aku tidak akan mempedulikannya. Wahai anak Adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu engkau minta ampun kepada-Ku nescaya Aku mengampuninya. Wahai anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan seluas permukaan bumi lalu engkau menemui-Ku tanpa menyekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku akan datang padamu dengan pengampunan seluas bumi pula.” 
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Bhagawi)

Walau sebanyak mana kebaikan dan kebajikan yang di buat atau tidak terhitung majlis ilmu yang telah dihadiri, namun perlakuan dosa tetap berlaku. Kenapa? Apakah nilaian ibadah itu sangat rendah atau kosong di sisi Allah? Hampir benar menyesatkan jiwa untuk terus putus asa daripada rahmat Allah. Gagal memacu diri untuk kekal dalam amal soleh malah tersesat pula membuat mungkar lagi dan lagi. Sesungguhnya lemah benar diri ini di hadapan Allah. Namun usah putus asa memohon keampunan Allah.

Mungkin kualiti ibadah yang tidak seberapa atau keikhlasan ungkapan taubat yang tidak mantap masih penuh ragu, makanya maksiat dan dosa terus berlaku. Ini juga sebahagian daripada ujian bagi orang yang beriman. Usah putus harap. Bergantung haraplah pada Allah, bukan pada makhluk. Ujian Allah itu dalam pelbagai bentuk dan cara. Selama jasad masih bernyawa pintu taubat masih terbuka.

Yang penting kembali ke pangkal jalan. Menyesali perlakuan dosa itu dengan ikhlas dan berazam sepenuh jiwa raga untuk tidak lagi mengulanginya. Mohon taubat pada setiap kesalahan dan keterlanjuran yang telah dilakukan dan mohon perlindungan dan kekuatan untuk melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhkan segala larangan-Nya.

Sempena hari jumaat yang mulia ini penghulu segala hari marilah kita luangkan masa untuk banyakkan istighfar, membaca surah al-Kahfi dan banyakkan berselewat kepada junjungan besar Rasulullah SAW. Yang penting sekali never give up in life dan usah putus asa memohon keampunan Allah. Pintu taubat masih terbuka luas menunggu ku pada setiap tika dan saat.

@@@

Sunday, February 09, 2014

Alam Mahsyar

Kita dok ingat Alam Mahsyar ini sekejap, rupanya sangat lama. Ia bermula sejak manusia dibangkitkan daripada alam barzakh selepas berlakunya hari kiamat. Manusia dibangkitkan dan berhimpun di padang Mahsyar. Dinyatakan semua manusia bertelanjang bulat, berkaki ayam, dan tidak bersunat di bawah kepanasan mentari yang hanya sejengkal di atas kepala. Dalam keadaan manusia tidak sempat nak tengok kiri atau kanan kerana masing2 dalam keadaan sendiri sendiri.

Setiap orang membawa hal sendiri dan tidak peduli lagi perihal orang lain. Tika ini tiada lagi pertolongan atau bantuan tiba hatta daripada anak2 atau ibubapa sendiri. Semuanya sendiri sendiri mengenang untung nasib sendiri. Hiduplah kita semua di alam mahsyar ini menunggukan tibanya alam mizan nanti. Betapa perit dan siksanya hanya Allah yang tahu.

Maka manusia berbondong-bondong berlari-lari mencari orang yang yang dapat memberi syafaat di kala suasana huru-hara yang tiada bantuan dan pertolongan daripada sesiapa itu. Mencari dan mencari selama 500 tahun (waktu mahsyar) maka berjumpalah dengan Nabi Adam, manusia yang dicipta Allah daripada tanah dan jasad yang ditiup ruh oleh Allah untuk menjadi manusia dan Nabi pertama di muka dunia.

Nabi Adam yang ditempatkan di Syurga bersama Hawa untuk menikmati segala nikmat syurga dengan hanya satu larangan sahaja iaitu untuk tidak menghampiri satu pokok larangan. Namun sejarah menceritakan betapa Nabi Adam telah tergoda oleh pujuk rayu iblis hingga melanggar larangan Allah berkenaan dan di keluarkan daripada Syurga. Taubat Nabi Adam di terima di Jabal Rahmah, Mekah. Maka Nabi Adam menyatakan bahawa dia tidak dapat memberi syafaat kepada umat di padang Mahsyar itu.

Berlari-lari lagi selama 500 tahun untuk mencari Nabi Nuh. Cuba bayangkan di tengah2 berbilion2 manusia di padang mahsyar itu. "Tolong syafaatkan kami," pinta manusia kepada Nabi Nuh. Tempoh dakwah Nabi Nuh ialah 950 tahun tetapi pengikutnya yang menyahut seruan dakwahnya dan beriman hanya 40 org sahaja. Nabi Nuh pernah berdoa supaya seluruh umatnya yang engkar itu dimusnahkan Allah. 

Nabi Nuh membina bahtera yang di naiki oleh 40 pengikutnya dan 40 spesies haiwan terselemat daripada bencana banjir besar. Bahtera Nabi Nuh terdampar di Jabal Judi, Turki.  "Aku tidak dapat memberi syafaat kepada kelian semua," jawab Nabi Nuh di alam mahsyar itu.

Umat manusia di padang mahsyar kehilangan punca namun masih belum berputus asa untuk mencari tokoh umat yang dapat memberi syafaat dan pertolongan di kala tiada pertolongan wujud. Berlari-lari cari Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim kan teman rapat Allah? Nabi yang selamat daripada bakaran api Namrus.

"Aku juga biasa buat silap," jelas Nabi Ibrahim. "Aku telah tipu sebanyak 3x," sambung Nabi Ibrahim lagi. Cuba bandingkan dengan kita. Kita hari2 menipu, buat tak kisah pun. Bila di tanya, jawab kita, "On the way. On the way." Sebenarnya baru nak pakai " Un Der Wear." Jauh langit dari bumi kalau nak dibandingkan dengan Nabi Ibrahim.

Nabi Ibrahim hidupnya di zaman pemerintahan Raja Namrus di negeri Babylon. Satu masa Raja Namrus membuat pesta konsert rakyat dan memerintahkan semua rakyat menghadirinya. Bila polis bertanya Nabi Ibrahim kenapa dia ponteng? Maka Nabi Ibrahim menjawab dia sakit. Itu tipu pertama baginda. Setengah riwayat menyatakan Nabi Ibrahim memang sakit, tapit sakit hati iaitu kerana melihat kejahilan umatnya itu.

Nabi Ibrahim memusnahkan semua berhala di rumah ibadat dan menggantungkan kapak di tangan berhala yang paling besar. Bila di tangkap dan di tanya siapa yang memusnahkan seluruh berhala itu? Maka Nabi Ibrahim menjawab, "Tanyalah berhala yang besar itu kerana kapak ada di tangannya." Itulah tipu Nabi Ibrahim yang kedua. 

Asbabnya Baginda di bakar dalam unggunan api yang besar. Nabi Ibrahim menolak tawaran Jibril untuk memadamkan api itu seraya menyatakan cukuplah aku bergantung kepada Allah. Nabi yang terselamat daripada bakaran api itu telah dihalau keluar dari bumi Babylon bersama isterinya.

Di negeri ini Raja nya suka berzina dengan isteri orang. Bagi mengelak isterinya Siti Sarah di tangkap maka Nabi Ibrahim menyuruh Siti Sarah menyatakan bahawa Nabi Ibrahim itu abangnya, bukan suami. Maka itu ialah tipu yang ketiga. 

Riwayat menceritakan Siti Sarah telah dilindungi Allah daripada dapat di ganggu oleh raja itu. Malahan kerana kekagumannya, raja tadi telah menghadiahkan seorang hamba iaitu Siti Hajar sebagai teman pembantu Siti Sarah. 

Seterusnya umat manusia berlari-lari mencari Nabi Musa. "Aku banyak buat silap," jelas Nabi Musa. "Aku telah bunuh orang tanpa hak." Asbab itu Nabi Musa telah melarikan diri ke Madyan. 

Seterusnya manusia mencari Nabi Isa selama 500 tahun lagi. Kamu ini ruh Allah, pujuk umat manusia. Nabi Isa menjawab, "Aku ini pun entah lepas entah tidak. Kerana di dunia, orang sembah aku sebagai tuhan. Carilah Nabi Muhammad."

Nabi SAW berjalan di bawah arash Allah, untuk bertemu Allah secara direct. Nabi SAW sujud di hadapan Allah. Allah bertanya, "Apakah yang kamu mahu?" Nabi SAW menjawab, "Ummati, Ummati, Ummati." 

Tika NAbi SAW di ambang sakratul maut, Jibrail telah menyampaikan tiga tawaran yang di berikan Allah kepada Nabi SAW. Pilihan pertama ialah Nabi dapat hidup selama-lamanya. Pilihan kedua Nabi boleh hidup sampai hari Kiamat. Dan pilihan ketiga ialah Allah yang menentukan umur Nabi SAW. Nabi SAW telah memilih pilihan yang ketiga.

Nabi SAW di beri keistimewaan oleh Allah untuk memberi syafaat di alam mahsyar. Seorang sahabat bertanya, "Bagaimana Nabi akan mengenal umatnya?" Nabi menjawab bahwa muka mereka ada tanda sujud dan tanda wudhuk, serta mereka mendoakan supaya diampunkan dosa saudara seIslam mereka yang lain. 

Nabi Muhammad SAW memberi syafaat kepada umat manusia dikala Nabi2 lain tidak dapat memberi syafaat. Justru itu cintailah Nabi SAW melebihi makhluk lain hatta ibubapa atau anak2 sendiri. Kita sangat memerlukan syafaat Nabi. Janganlah sekadar melahirkan rasa kecintaan itu dengan menyambut maulid sekali setahun tetapi tidak mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW sepanjang tahun. 

Kita kini hidup di Alam Dunia yang sementara ibarat seorang musafir yang singgah berteduh di bawah pohon rendang sebelum meneruskan perjalanan yang jauh menuju destinasi akhir. Perjalanan kita sangat jauh lagi. Pengakhiran hidup Alam Dunia ialah dengan sebuah kematian. 

Kita berpindah ke Alam Barzakh, satu kehidupan yang panjang sehinggalah tiba Hari Kiamat. Kemudian kita dibangkitkan di Alam Mahsyar, juga sebuah kehidupan yang sangat panjang. Kemudian kita akan menempuhi Alam Mizan, seterusnya Alam Sirat, sebelum sampai ke destinasi akhir iaitu Syurga Allah. Awas janganlah sampai kita berakhir di Neraka Allah. Nau'zubillah.

Aku ini insan lemah yang sangat mendambakan syafaat Nabi di Alam Mahsyar nanti. Ya Allah masukkan aku ke dalam kelompok manusia beriman yang akan mendapat syafaat Nabi SAW.

@@@

KONGSI KEK

Dalam konteks hari ini, saya ingin elaborate dan bawak berbincang isu2 yg dekat dgn rakyat dan suasana di negara kita sekarang ini.  Antara ...