Showing posts with label Merdeka. Show all posts
Showing posts with label Merdeka. Show all posts

Tuesday, August 31, 2021

MERDEKA ATAU MASIH DI JAJAH ?


PERUTUSAN HARI MERDEKA SOT

Hari ini tanggal 31 ogos, kita menyambut Hari Merdeka negara yg ke-64. Peringatan untuk warganegara, perihal hari Malaysia bebas drp penjajah. 

Malaysia negara bertuah dan strategik ini pernah di jajah portugis, jepun, siam, dan british. Walau sudah 64 tahun bebas merdeka di segi fisikal, namun byk lagi pengaruh penjajah yg masih kita ikut dan melekat dlm kehidupan. 

Seharusnya sgala pengaruh penjajah dpt dikikis satu persatu. Tingkatkan identiti dan jatidiri sendiri. Tanah Melayu sudah bertukar menjadi tanah pelbagai bangsa, kaum, dan agama. Acap kali ada suara2 sumbang yg cuba menghapuskan hak2 keistimewaan orang melayu. Istimewanya definasi bangsa melayu di negara kita ialah dia mesti beragama Islam. Masya-Allah. Ini menjadi kecemburuan ramai pihak. Hingga sudah menjadi satu kebiasaan bila seseorang masuk islam disamakan dengan masuk melayu. Pemisahan antara agama dan politik juga merupakan satu doktrin yg juga dipahatkan oleh pihak penjajah di minda umat Malaysia.

Tidak dinafi ada juga perkara2 positif dan bagus yg mereka tinggalkan, terutamanya pihak British. Contohnya sistem perladangan berskala besar klapa sawit & getah. Kita juga masih utuh menggunakan sistem perundangan dan perlembagaan yg mereka draft dan seal untuk kita hingga ke hari ini. Kita ada Bangunan Sultan Abdul Samad, dan bangunan2 lama colonial yg sewaktu dgnnya. Kita juga terus berbangga giler dapat bertutur dlm bahasa inggeris. 

Apakah minda penjajah masih subur walaupun sudah lama TAR melaungkan kalimat keramat di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 itu?

Pihak jepun meninggalkan trademark ekonomi mereka untuk terus menjajah seperti selipar jepun, iSetan, Daiso, Sushi King, Uniqlo, Sogo, Toyota, Honda, Nissan, Suzuki, Mazda, Mitsubishi, Isuzu, Kinokuniya, Nikon, Casio, Seiko, Sony, Toshiba, Pensonic, Canon, Mizuno, Asics, Toyo, Ultraman, dll sebagai branding yg familiar bagi rakyat Malaysia. Bravo!! 

Pihak siam terkenal dgn tomyam & tomoi, yang sudah menjadi sebahagian daripada budaya kita. Manakala portugis meninggalkan pusat pelancongan AFamosa & Ronaldo sebagai tumpuan utama rakyat Malaysia. Ha ha ..

Rupanya Belanda pun menjajah Malaysia jugak ya?
1. Portugis (1511-1641) - 130 tahun
2. Belanda (1641 - 1824) - 183 tahun
3. British (1824 - 1941) - 117 tahun
4. Jepun (1941 - 1945) - 4 tahun
5. British (1945 - 1957) - 12 tahun

Yang saya dapat recall tentang belanda ni ialah peribahasa melayu, seperti belanda minta tanah. Kalau tak silap depa mintak tanah sebelulang kulit lembu tu kan. Ropa2 nya dia potong halus jadi macam tali belulang tu. Bila di rentangkan luas beb, boleh jadi banglo lot 10,000 sqf kot. Dasar otak penjajah memanipulasi tuan tanah yg naive, baik hati, dan lurus bendul mcm forest gump.

Begitu banyak perubahan telah berlaku dari segi fizikal, sosial, ekonomi, dsb semenjak tahun 1957. Kita masih boleh berbangga dapat hidup dgn harmoni, aman dan damai di sebuah negara yg pesat membangun. 

Malah negara kita telah menjadi tumpuan utk jutaan warga asing hadir menumpang mencari rezki bagi menyara kehidupan keluarga di negara mereka. Ramai antara mereka (pati) sudah beranak pinak di sini. Kastam & Imigresen apa cer?

Kita juga tidak terlepas drp pelbagai ujian dan cobaan. Kini sudah dua tahun lebih landskap suasana dan norma kehidupan berubah asbab pandemik Covid-19 yg melanda seluruh dunia.

Justru tema Malaysia Prihatin kena pada tikanya. Wajar prihatin keperluan rakyat yg struggle dimusim yg payah ini. Usha utk mencapai imuniti kelompok mungkin berhasil menuju ke penghujung tahun ini. 

Maka harapan itu menjadi Hari Merdeka yg signifikan untuk sama2 kita raikan juga. Kita kembali bebas semula drp jajahan dan kekangan Covid-19. Merdeka !!!

#Merdeka
#Merdeka
#Merdeka

Friday, August 29, 2014

Merdeka Minda

Kita kini di ambang sambutan kemerdekaan negara. Hari Merdeka jatuh pada 31 Ogos setiap tahun. 

Namun setelah di pertikai setengah kelompok terutamanya daripada rakyat Sabah dan Sarawak yang mahukan 16 Sept di sambut sebagai tarikh sebenar kemerdekaan negara memandangkan Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia pada tarikh itu. Makanya kerajaan telah mengistiharkan 16 Sept sebagai cuti umum negara juga semenjak beberapa tahun kebelakangan ini dan dikenali sebagai Hari Malaysia. Kedua-dua tarikh ini sangat signifikan dalam sejarah Negara kita.

Apa erti Hari Merdeka ini sebenarnya? Kita di ajar untuk sekelian lama bahwa merdeka ini bermaksud kita sudah tidak di jajah lagi oleh negara penjajah. Negara kita memang gemar di jajah oleh penjajah bermula dengan Portugis pada tahun 1511, kemudian Belanda, British, Jepun, dan British kembali. Maklumlah negara cantek, budaya menarik, tanah subur, iklim baik, lokasi strategik dan kaya sumber asli. 

Pengistiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957, iaitu 57 tahun yang lalu ialah merdeka atau bebas daripada penjajahan British.

Negara kita sudah membangun dengan pesatnya sejak 57 tahun yang lalu. Pembangunan fisikal memang gah setanding dengan negara-negara maju di barat. Mercu tanda negara di era moden ini banyak kedapatan dan menjadi popular hingga ke luar negara seperti Putrajaya, KLIA, KLCC, LRT, Cyberjaya, Menara KL dan Sepang F-1. 

Pembangunan mercu tanda dan infra projek mega ini berlaku kebanyakannya di era Tun Mahathir (TM) sebagai PM. Maka tidak keterlaluan kalau dikatakan TM sebagai PM yang paling menonjol kewibawaannya dan pencapaiannya walaupun sebagai manusia banyak juga kesilapan dan kelemahan yang dia lakukan sepanjang 22 tahun menjadi PM itu. Tetapi nampaknya setakat ini tiada PM selepas era TM yang dapat menandingi karisma dan ketokohan TM.

Bila TM memberi penyataan menarik balik sokongannya terhadap DS Najib (DSN) kerana merasakan DSN sebagai lemah malah lebih teruk prestasi daripada zaman Pak Lah, maka sudah tentu ia memberi kejutan dan tamparan hebat kepada DSN. Kerana rakyat banyak masih memandang TM dengan kedudukan yang tinggi dan berpengarauh dalam menentukan hala tuju politik negara. 

TM dikenali sebagai seorang tokoh yang tidak takut untuk menegur atau membuat sesuatu kenyataan yang kontroversi dan pahit jika dia merasakan perlu berbuat demikian demi bangsa dan negara tercinta. Malah dalam banyak kes TM dengan berani telah mengecam Amerika dan Israel secara terbuka di zaman pemerintahannya walaupun pemimpin dunia lain senyap membisu. Itu kelebihan yang ada pada TM yang tidak dapat kita nafikan.

Apakah cukup dengan pembangunan jasad ataupun fisikal ini telah menjadikan Hari Merdeka yang akan kita sambut beberapa hari lagi ini penuh bermakna? Rasanya tidak cukup sekadar itu sahaja. Walaupun penjajah British sudah 57 tahun meninggalkan negara kita tetapi pengaruh penjajah terus mencengkam akar umbi pemerintahan dan hala tuju negara.

Yang lebih utama ialah bukan hanya sekadar pambangunan jasad tetapi ialah pengisian ruhani dan iman di dada berlandaskan kepercayaan dan keyakian yang kukuh kepada Allah pemilik sekelian alam dan makhluk di dalamnya. Berpandukan Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW.

Kita masih mengikut dan menguatkuasakan perlembagaan yang di cipta oleh penjajah. Undang2 negara adalah berlandaskan undang2 ciptaan British malah sistem kerajaan dan pentadbiran negara adalah di bawah framework dan sistem yang di tinggalkan oleh penjajah untuk di adaptasi. Sistem kehakiman, sistem pelajaran, sistem kerajaan tempatan, semuanya ikut British. Macam tak merdeka la pulak ye?

Pada pendapat saya sebagai kerajaan berdaulat kita kenalah berdiri di atas kaki sendiri. Kita wajar mencipta framework dan sistem kita sendiri. Perlembagaan negara sebagai otoriti nombor uno negara mestilah berlandaskan sistem Islam, Al-Qur'an dan Hadis. Meletakkan Islam untuk memerintah, bukan untuk di perintah sebagaimana sekarang. 

Islam ialah cara hidup (way of life) lengkap, sempurna dan menyeluruh yang di redhai Allah. Sistem yang selain daripada Islam tidak di iktiraf dan di redhai oleh Allah. Keredhaan Allah itu adalah kunci segala kejayaan di dunia, apatah lagi di akhirat yang kekal abadi. 

Membuat sesuatu yang hebat tetapi tidak di restui atau di redhai Allah adalah satu kerugian besar. Kita hanya menzalimi diri sendiri. Kenapa? Kerana di akhirat nanti bakaran api neraka Allah menanti. Nau'zubillah.

Kita wajar merdeka untuk menegakkan sistem perundangan dan hukum hakam yang sudah ditetapkan Allah. Dia Pencipta yang Maha Mengetahui segala kelebihan dan kelemahan manusia. Sistem ekonomi yang selain daripada sistem ekonomi Islam adalah bermasalah. Sistem pelajaran yang bukan sistem pelajaran Islam akan merugikan. Sistem pentadbiran negara yang selain daripada sistem pentadbiran Islam akan menemui kegagalannya. Pemimpin yang tidak mengikut akidah, syariaat dan akhlak Islam juga akan tidak berjaya di sisi Allah. 

Minda harus di buka. Minda kita mestilah di merdekakan daripada cengkaman makhluk. Bergantung harap kepada Allah bukan pada makhluk. Iman yang mantap ialah melibatkan keyakinan yang jitu patuh dan taat pada Allah dengan yakin 100% tanpa sedikit ragu dalam hati. Tidak goyang walau apa pun badai dan ujian yang melanda. 

Merdeka minda dengan ilmu dan iman. Optimumkan renung dan fikir. Janakan akal yang sihat, fikir yang cergas untuk faham agama dan hakikat hidup. Bahawa manusia sekadar hamba kepada Allah sekaligus di amanah sebagai pemimpin atau khalifah yang mengikut segala perintah Allah. Perintah Allah hanya dua sahaja iaitu buat apa yang di suruh dan tinggal apa yang di larang. 

Iqra' iaitu seruan bacalah dengan nama Tuhan mu untuk menggali ilmu dan khazanah pengetahuan bagi mengenal siapa Pencipta mu. Iman yang sebenar ialah ingat pada Allah pada setiap tika dan saat. Buka Minda. Merdekakan diri kita ini dalam erti kita merdeka yang sebenarnya.

Selamat menyambut Hari Merdeka !!

@@@

KONGSI KEK

Dalam konteks hari ini, saya ingin elaborate dan bawak berbincang isu2 yg dekat dgn rakyat dan suasana di negara kita sekarang ini.  Antara ...