Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Tuesday, August 31, 2021

MERDEKA ATAU MASIH DI JAJAH ?


PERUTUSAN HARI MERDEKA SOT

Hari ini tanggal 31 ogos, kita menyambut Hari Merdeka negara yg ke-64. Peringatan untuk warganegara, perihal hari Malaysia bebas drp penjajah. 

Malaysia negara bertuah dan strategik ini pernah di jajah portugis, jepun, siam, dan british. Walau sudah 64 tahun bebas merdeka di segi fisikal, namun byk lagi pengaruh penjajah yg masih kita ikut dan melekat dlm kehidupan. 

Seharusnya sgala pengaruh penjajah dpt dikikis satu persatu. Tingkatkan identiti dan jatidiri sendiri. Tanah Melayu sudah bertukar menjadi tanah pelbagai bangsa, kaum, dan agama. Acap kali ada suara2 sumbang yg cuba menghapuskan hak2 keistimewaan orang melayu. Istimewanya definasi bangsa melayu di negara kita ialah dia mesti beragama Islam. Masya-Allah. Ini menjadi kecemburuan ramai pihak. Hingga sudah menjadi satu kebiasaan bila seseorang masuk islam disamakan dengan masuk melayu. Pemisahan antara agama dan politik juga merupakan satu doktrin yg juga dipahatkan oleh pihak penjajah di minda umat Malaysia.

Tidak dinafi ada juga perkara2 positif dan bagus yg mereka tinggalkan, terutamanya pihak British. Contohnya sistem perladangan berskala besar klapa sawit & getah. Kita juga masih utuh menggunakan sistem perundangan dan perlembagaan yg mereka draft dan seal untuk kita hingga ke hari ini. Kita ada Bangunan Sultan Abdul Samad, dan bangunan2 lama colonial yg sewaktu dgnnya. Kita juga terus berbangga giler dapat bertutur dlm bahasa inggeris. 

Apakah minda penjajah masih subur walaupun sudah lama TAR melaungkan kalimat keramat di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 itu?

Pihak jepun meninggalkan trademark ekonomi mereka untuk terus menjajah seperti selipar jepun, iSetan, Daiso, Sushi King, Uniqlo, Sogo, Toyota, Honda, Nissan, Suzuki, Mazda, Mitsubishi, Isuzu, Kinokuniya, Nikon, Casio, Seiko, Sony, Toshiba, Pensonic, Canon, Mizuno, Asics, Toyo, Ultraman, dll sebagai branding yg familiar bagi rakyat Malaysia. Bravo!! 

Pihak siam terkenal dgn tomyam & tomoi, yang sudah menjadi sebahagian daripada budaya kita. Manakala portugis meninggalkan pusat pelancongan AFamosa & Ronaldo sebagai tumpuan utama rakyat Malaysia. Ha ha ..

Rupanya Belanda pun menjajah Malaysia jugak ya?
1. Portugis (1511-1641) - 130 tahun
2. Belanda (1641 - 1824) - 183 tahun
3. British (1824 - 1941) - 117 tahun
4. Jepun (1941 - 1945) - 4 tahun
5. British (1945 - 1957) - 12 tahun

Yang saya dapat recall tentang belanda ni ialah peribahasa melayu, seperti belanda minta tanah. Kalau tak silap depa mintak tanah sebelulang kulit lembu tu kan. Ropa2 nya dia potong halus jadi macam tali belulang tu. Bila di rentangkan luas beb, boleh jadi banglo lot 10,000 sqf kot. Dasar otak penjajah memanipulasi tuan tanah yg naive, baik hati, dan lurus bendul mcm forest gump.

Begitu banyak perubahan telah berlaku dari segi fizikal, sosial, ekonomi, dsb semenjak tahun 1957. Kita masih boleh berbangga dapat hidup dgn harmoni, aman dan damai di sebuah negara yg pesat membangun. 

Malah negara kita telah menjadi tumpuan utk jutaan warga asing hadir menumpang mencari rezki bagi menyara kehidupan keluarga di negara mereka. Ramai antara mereka (pati) sudah beranak pinak di sini. Kastam & Imigresen apa cer?

Kita juga tidak terlepas drp pelbagai ujian dan cobaan. Kini sudah dua tahun lebih landskap suasana dan norma kehidupan berubah asbab pandemik Covid-19 yg melanda seluruh dunia.

Justru tema Malaysia Prihatin kena pada tikanya. Wajar prihatin keperluan rakyat yg struggle dimusim yg payah ini. Usha utk mencapai imuniti kelompok mungkin berhasil menuju ke penghujung tahun ini. 

Maka harapan itu menjadi Hari Merdeka yg signifikan untuk sama2 kita raikan juga. Kita kembali bebas semula drp jajahan dan kekangan Covid-19. Merdeka !!!

#Merdeka
#Merdeka
#Merdeka

Wednesday, November 06, 2013

Faham Hijrah

Hari ini cuti Maal Hijrah. Cuti 1 Muharram sempena menyambut tahun baru Hijrah. Tahun ke berapa sekarang? 1435H. 

Kenapa bulan Muhrram menjadi bulan pertama kalendar Islam? Sedangkan kalau nak kira utama, bulan Ramadan lagi utama. Bulan Syawal bulan raya juga menarik. Bulan Rabiulawal lagi signifikan kerana bulan kelahiran Nabi, bulan Nabi menerima wahyu pertama, bulan Rasullulah berhijrah ke Madinah, dan bulan kewafatan Nabi di  usia 63 tahun. Kenapa di pilih bulan Muharram juga sebagai bulan pertama kalendar Islam ini?


Pada zaman Nabi tiada kalender Islam. Tarikh di catit sebagai haribulan dan bulan sahaja, tanpa ada tahunnya. Bulan Muharram, Safar, dan seterusnya hingga Zulkaedah itu sudah wujud sejak sebelum zaman Nabi lagi. Cumanya tahun di tanda berdasarkan sesuatu peristiwa contohnya tahun gajah berdasarkan peristiwa serangan tentera bergajah. Zaman Khalifah Abu Bakar yang memerintah selama dua tahun juga masih tiada kalendar Islam.


Sehinggalah pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al Khattab, daerah pemerintahan kerajaan Islam sudah menjangkau hingga ke Iraq di timur dan hingga ke Mesir di barat telah menimbulkan satu keadaan yang memerlukan kalendar Islam sebagaimana wujudnya kalender oleh kerajaan-kerajaan besar yang lain seperti Kerajaan Rom, Kerajaan Parsi, Kerajaan India dan Kerajaan China.


Surat menyurat terutamanya  perutusan oleh Khalifah kepada para penguasa di daerah jajahan ini memerlukan tarikh yang bersandarkan kepada kalendar bagi mengelak kekeliruan. Jika yang tercatit hanya haribulan dan bulannya sahaja sudah tentu payah untuk menentukan tarikh sebenarnya samada pada zaman Nabi, zaman Khalifah Abu Bakar, atau Khalifah Umar?


Justru itu Khalifah Umar mengajak berbincang dengan  para sahabat sekelian dan persetujuan tercapai untuk mewujudkan satu Kalendar Islam. Selesai satu masalah. 

Isu kedua ialah tahun itu hendak di dasarkan kepada apa? Ada cadangan ia disandarkan kepada tarikh lahir Nabi. Namun ia bukan utama kerana Muhammad belum menjadi Nabi lagi. Ada cadangan untuk memulakan dengan tarikh turunnya wahyu pertama. Namun ia juga bukan utama kerana syariaat Islam itu belum berkembang seluasnya di Mekah selepas turunnya wahyu pertama itu. Akhirnya persetujuan dicapai untuk mengambil kira tarikh Nabi berhijrah ke Madinah kerana di sana tertubuhnya Kerajaan Islam hingga syariaat Islam tertegak dan syiar Islam dan tanah jajahan Islam berkembang luas.


Isu ketiga yang timbul ialah bulan apakah akan dijadikan bulan pertama dalam tahun Hijrah ini? Termaktub di dalam al-Qur’an ada 12 bulan dalam setahun. Juga dinyatakan terdapat 4 bulan haram dan 3 bulan haji. Musim haji berakhir dengan ketibaan bulan Muharram. 


Muharram dipilih kenapa? Sedangkan Nabi berhijrah ke Madinah pada bukan Rabiulawal. Rupanya kerana Nabi sudah berniat untuk hijrah ini semenjak di bulan Muharram lagi. Ianya tertangguh sehinggalah Nabi menerima wahyu Allah memerintahkan Baginda melakukan perjalanan Hijrah ke Madinah itu. 


Peristiwa ini juga menguatkan hujah bahawa sesuatu ibadah itu bermula dengan niat. Setiap amal kebaikan yang hendak dilakukan mestilah dimulakan dengan niat. Allah akan memberikan satu pahala setiap kali kita berniat untuk berbuat amal baik itu. Jika amal baik itu dilaksanakan sebagaimana yang kita niatkan maka satu pahala lagi akan diberikan, menjadikannya dua pahala. Tetapi sekiranya niat tadi tidak tertunai maka kita akan kekal mendapat satu pahala tadi. Maka marilah kita meraikan sifat pemurah Allah untuk memberikan pahala kepada kita yang sememangnya kurang pahala ini dengan tidak lupa untuk memasang niat untuk membuat pelbagai amalan baik setiap kali bangkit daripada tidur kita di awal pagi itu.


Apa kata setiap pagi kita berniat sebanyak 100 kali iaitu untuk membuat 100 jenis kebaikan. Contohnya, “Ya Allah hari ini aku ingin membersihkan diri kerana Mu Ya Allah, aku menutup aurat kerana Mu, aku akan memulakan sesuatu dengan Basmallah, aku memandu ke ofis mencari rezki kerana Mu, aku berbuat kerja dengan amanah kerana Mu, aku tak akan curi tulang di ofis,  aku akan baca doa sebelum dan sesudah makan, aku akan solat sunat rawatib, aku akan solat zohor berjemaah di surau, aku akan solat sunat dan fardhu asar berjemaah, aku akan memandu balik dengan berhemah, aku akan iktiqaf di masjid, aku akan solat sunat tahayattul masjid, aku akan solat rawatib, aku akan solat maghrib berjemaah di masjid, aku akan solat maghrib di sof pertama, aku akan salam dengan pak imam sambil membaca selawat.” 


Tu dia nak mula pagi dah dapat 100 markah. Cerdik cerdik. Banyaknya pahala kita dapat in sha  Allah dengan sekadar memasang niat. Apatah lagi bila semua niat tertunai atau sebahagian tertunai maka dapat pahala lagi. Dengan itu dana pahala terkumpul kita akan terus meningkat dan meningkat lagi dan lagi buat bekalan hidup yang senang di alam Akhirat yang kekal abadi itu. Hidup di dunia ini sememtara sahaja. Yang utama hidup di Akhirat sana. Anda percaya dan yakin hari akhirat 100%?


Orang beriman kena niat melakukan amal ibadah dan kebaikan. Kalau buat benda baik tapi tak niat maka hilang pahala niat. Sayang kan? Kena niat apa nak buat hari ini? Orang melayu ini paling liat buat ibadah dan jarang cenderung kepada banyak beramal. Rugi bila dia tahu dia amal tak banyak tapi tak niat pun nak buat amal baik. Sedangkan niat sahaja pun terus dapat pahala. Fikir-fikirkan dan selamat berniat.


Niat itu ialah rancangan. Aku nak solat dhuha. Dia telah rancang nak solat dhuha. Nabi tahu Baginda  belum boleh meninggalkan Kota Mekah lagi tapi telah memasang niat (di bulan Muharram). Bila orang Quraish merancang untuk membunuh Nabi maka turunlah wahyu Allah memerintahkan Nabi untuk berhijrah. Nabi telah niat empat bulan lebuh awal. 


Ramai kita niat ke Mekah untuk ke Baitullah iaitu rumah Allah. Tapi ramai kita rumah Allah depan tangga atau tepi rumah pun tak mari. Di Mekah selama 42 hari tak pernah miss solat fardhu berjemaah, tapi bila balik Malaysia solat berjemaah di masjid miss memanjang atau tak datang langsung. Di Mekah hebat beribadah tapi di sini tak buat. “Dah cover kat Mekah dulu Ustaz,” jawabnya.


Kena niat buat benda baik. Kalau tak buat. Niat lagi. Tak buat niat lagi. Sampai 5x tak buat, patut naik rasa malu pada Allah. Maka seterusnya niat lagi dan in sha Allah kita buat amal baik itu. Sebab itu penting kita niat dulu.


Amal bermula dengan niat.  Niat nak bayar hutang kawan. Kalau bayar dapat pahala. Niat tadi pun dah dapat pahala. Syarat niat itu ialah setiap amal mesti ikhlas kerana Allah. Sebab apa pergi awal ke ofis? Kerana memenuhi akujanji kontrak pekerjaan dengan Syarikat waktu bekerja 8:30 pagi hingga 5:30 petang. Menunaikan janji itu ialah termasuk dalam mengikut perintah Allah. Orang yang berhijrah kerana mengikut perintah Allah maka dia akan dapat Allah. Mesti ikhlas semata-mata kerana Allah walaupun sekadar niat. Amal kerana Allah akan melahirkan Islam yang berkualiti. Tolong kerana Allah. Segalanya kerana Allah. Yang tidak kerana Allah maka merugikan di Akhirat nanti. 


Kenapa Nabi hijrah dari Mekah ke Madinah? Kenapa tidak ke Taif? Kenapa tidak ke Habsyah sedangkan para sahabat pernah hijrah ke Habsyah? Kenapa tidak tinggal saja di Mekah? Di Habsyah sudah ada pemimpin yang beriman makanya Nabi akan berada di bawah naungannya jika berhijrah ke Habsyah. Nabi ditawarkan menjadi pemimpin Mekah. Tapi tidak dapat menerima tawaran ini kerana ada syarat yang dikenakan olah para pembesar Quraisah iaitu Nabi kena tinggalkan dakwah menyampaikan risalah Allah. 


Sedangkan penduduk Madinah telah berbai’ah kepada Nabi dan akan melantik Nabi sebagai pemimpin mereka kerana di Madinah tika itu yang ada hanyalah pemimpin kaum dan kabilah masing-masing sahaja. Tiada lagi pemimpin untuk semua kaum. Mereka juga bersumpah setia untuk melindungi, memepertahankan dan berjuang bersama Nabi. 

Islam mengajar kita bahawa Islam itu perlu politik. Islam perlu kerajaan memerintah. Islam bukan untuk di perintah. Namun fahaman yang bercanggah telah dipahat di minda kita oleh Barat.


Era pemerintahan Islam suatu ketika dulu telah menyaksikan dunia yang teratur dan aman damai. Ini sangat dicemburui oleh Barat. Pelbagai usha dan strategi di lakukan untuk meruntuhkan kerajaan Islam. Kejatuahn kerajaan Uthmaniah di Turki adalah kemuncaknya. Huru hara dunia selepas Islam jatuh.  Islam menguasai semua aspek kehidupan di era kegemilangan Islam. Ada pula antara kita yang memilih duduk di Masjid tanpa peduli masyarakat di luar, tidak peduli politik. Jom hijrah !!


Nabi telah memilih untuk hijrah dari Mekah ke Madinah untuk dapat jadi pemimpin Kerajaan. Di Mekah syariat Islam tidak tertegak dengan sempurna walaupun sudah 10 tahun kerasulan Nabi. Nabi mengajar bahawa Islam itu bukan sekadar solat, puasa, zakat dan haji sahaja. Islam untuk semua manusia. Ayat2 al-Qur’an yang diturunkan di Mekah di panggil ayat2 Makiyyah manakala ayat2 yang diturunkan di Madinah dinamakan ayat2 Madaniyyah.


Hampir keseluruhan ayat2 Madaniyyah berkisar persoalan hukum-hakam dan syariat.  Bila Islam tiada Kerajaan yang memerintah maka syariat Islam tidak dapat dilaksanakan. Walaupun setiap tahun kita menyambut sambutan Maal Hijrah iaitu sempena mengingati  hijrah Nabi ini, tapi tetap tiada kuasa memerintah makanya kita tidak dapat melaksanakan perintah Allah, hukum-hakam Allah. Di sini pentingnya Islam itu memerintah bukan diperintah. Nabi hijrah ke Madinah untuk jadi pemerintah. Maka tertegaklah Islam di muka bumi ini. Alhamdulillah.


Seorang anak murid bertanya kepada Tok Guru nya satu masalah, “Seorang Syeikh talah membeli kambing yang banyak susu di pasar. Setelah di perah susunya, kambing ini tidak bersusu lagi maka dia rasa tertipu dan ingin pulangkan semula kambing itu kepada penjualnya. Rupanya penjual ini sudah beberapa lama tidak memerah susu kambingnya demi untuk menampakkan kambingnya itu banyak susu. Demi menarik minat pembeli. Soalan saya tok guru ialah apa yang boleh Syeikh tadi lakukan jika penjual tadi tidak mahu menerima kembali kambing itu?”  


Tok Guru pun menjawab, “Mengikut hukum Islam, penjual tadi kena terima balik,” “Tapi penjual tadi tak mahu terima. Sebab katanya sudah di beli oleh Syeikh tadi. Goods sold cannot be returned.” Anak muridnya mencelah. “Tak boleh, kalau ikut Islam dia kena terima,” “Tapi kalau dia tak nak terima macamana?” “Tak boleh, penjual tadi kena terima jugak,” ulang Tok Guru. Muka Tok Guru dah naik merah. 


Maka anak murid tadi pun berkata, “Sebenarnya, tiada undang2 yang dapat memaksa pembeli tadi menerima kambing yang telah dia jual dan memulangkan balik duit pembeli yang tak puas hati tadi.” Kenapa ya? Kerana bukan kerajaan Islam yang memerintah. Jadi hukum-hakam jual beli (muamalat) Islam itu tidak dilaksana dan dikuatkuasakan. 


Begitu juga dengan proses sewa beli kereta (hire-purchase) masakini, ikut perjanjian sebenarnya kita sewa kereta daripada bank. Kalau kita tak puas hati kita sebenarnya boleh pulangkan kereta itu kepada bank. Contohnya kontrak hire-purchase selama 9 tahun. Masuk tahun ke-5 kereta ni dah selalu rosak maka kita pun nak pulangkan balik kereta yang kita sewa itu ke bank. Agak-agak bank terima tak? Munkin bank terpaksa terima, tapi sudah tentu anda akan di blacklist selama 7 keturunan. Nampak tak? Islam perlukan politik supaya dapat memerintah dan menguatkuasa undang2 Allah. Itulah Hijrah. 


Selamat menyambut Maal Hijrah. Fahamilah semangat dan objektif hijrah ini. Cukuplah meraikan secara retorik atau sekadar pak turut berarak 10km tanpa memahami maksud amalan kita itu. Hadiri dan cintailah majlis-majlis ilmu supaya kita layak menjadi Hamba Allah dan umat Nabi yang tidak kekal jahil walau pun tidak lagi berada di zaman jahiliyyah iaitu zaman sebelum kedatangan Nabi. Bila derma dua tiga ringgit tu, jangan suka-suka tulis kat kertas derma, “Dari Hamba Allah.” Bukan senang nak layak jadi Hamba Allah Bro !! Fahami makna Hijrah Nabi ini.


@@@

Wednesday, September 11, 2013

Manusia Keturunan Nabi Adam

Saya muzakarah dengan beberapa teman di ofis tadi perihal kisah Nabi Adam dan bahawa kita ini adalah keturunan Nabi-nabi dan bukan sebagaimana setengah kepercayaan Barat bahwa manusia asalnya dari berok. Pabila merasakan kita ini berasal daripada keturunan Nabi-nabi maka wajarlah berkelakuan seperti Nabi-nabi. Janganlah pula berperangai seperti berok pula.

Dalam konteks perbincangan kita saya terbaca sebuah artikel yang sangat menarik yang bertajuk "Adam-Adam Sebelum Adam?" pada pautan blog Ustaz Hasrizal

Apakah persoalan Teori Darwin yang menyatakan manusia ini berasal daripada berok ini wajib ditolak secara total atau ada elemen2 tertentu yang boleh dimuzakarahkan. Memandangkan kecanggihan teknologi pada ujian DNA terhadap penemuan tulang2 manusia purba menunjukkan umur 'manusia purba' yang boleh mencapai angka 2 juta tahun, sedangkan era nabi Adam itu khabarnya dalam lingkungan 800,000 tahun dahulu sahaja. Di situ seolahnya wujud manusia sebelum Nabi Adam?

Saya petik dialog antara Ustaz Hasrizal dengan seorang pelajarnya yang membangkitkan kecelaruannya tentang pengajian ilmu Teori Darwin ini: “Soalnya sekarang, apakah Teori Evolusi itu memang bertentangan dengan Islam? Apakah pendirian Islam terhadap Teori Darwin? 100% bertentangan atau bagaimana?” Ustaz bertanya kembali kepada beliau. ”Hmm, bab ni susah nak jawab” katanya.”Ustaz rasa, cabaran sekarang ialah, kita tidak boleh pukul rata. Kita kena bezakan di antara Charles Darwin, Darwinism, Neo-Darwinism, Social-Darwinism dan Teori Evolusi itu sendiri” Ustaz sekadar memberi cadangan.



"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". 

[Surah Al-Baqarah ayat 30.]


Pada kisah Nabi Adam kita saksikan penderhakaan Iblis yang tidak mahu tunduk pada perintah Allah untuk tunduk hormat kepada Nabi Adam. Sehinggakan Iblis dilaknat Allah dan menjadi musuh yang bertindak untuk menyesatkan manusia tanpa jemu hingga ke hari ini. Maka semenjak itu bermulalah pertembungan antara iman dan kufur.

Orang beriman memerangi orang syirik dengan bersungguh-sungguh dan begitulah sebaliknya. Kita ambil contoh terkini di mana Presiden Morsi di jatuhkan tanpa etika bukan atas dasar penyalahgunaan kuasa atau rasuah tapi sebenarnya ialah kerana dia komited untuk menegakkan Islam di Mesir. Itu sangat menjadi ancaman besar kepada kaum munafik dan kufur terutamanya Israel dan sekutunya.

Kita lihat sejarah di setiap pelusuk dunia jika di sana terdapat orang Islam maka mereka akan dizalimi dan dibunuh dengan penuh kejam. Kita boleh lihat ianya berlaku di Myanmar, Syria, Gaza, Afghanistan, Iraq, Bosnia, Kashmir, Thailand, Filipina, dan Mesir. Kenapa? Orang Islam di bunuh kerana mereka beriman.

Manusia baka Nabi Adam ini pada setiap zaman akan terbahagi kepada tiga kelompok utama. Pertamanya kelompok Insan Rabbani iaitu orang yang ada jiwa ketuhanan. Dia melihat segala prilaku dan tindakannya pada pandangan halal atau haram. Itu sangat utama dalam segala pertimbangan mereka. Inilah kelompok manusia bertakwa yang takutkan Allah. Mereka mengikut perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.

Kedua ialah kelompok Insan Haiwani. Perangai mereka macam haiwan tidak kira halal haram semua disapunya. Yang penting untuk mereka ialah sedap atau tidak sedap, untung atau rugi, menang atau kalah. Itu yang utama bagi mereka walaupun jelas sesuatu itu bertentangan dengan Agama. 

Kelompok ketiga ialah Insan Syaitani. Dia jahat dan dia mengajak manusia lain berbuat jahat juga. Dia ini sesat dan menyesatkan. Itulah sifat syaitan. Dia dibakar oleh api neraka dan dia mahu membawa seluruh manusia untuk dibakar oleh api neraka. Bila dia lihat ramai orang ke Masjid maka dia pun buat pusat karoke atau pusat memancing berdekatan supaya dapat menarik mereka jauh daripada Masjid. Wahai orang2 beriman jangan kamu ikut jejak syaitan. Sesungguhnya syaitan sifatnya ialah menjauhkan manusia daripada taat kepada Allah.

Banyak terdapat kisah perbalahan dan pertentangan manusia dengan Iblis di dalam al-Qur'an.  Sepatutnya manusia memilih untuk menjadi Insan Rabanni bukan Insan Haiwani atau Insan Syaitani. Orang beriman mestilah menjadikan al-Qur'an dan Sunnah Nabi sebagai rujukan utama. Nabi tidak berkelakuan atau bercakap sesuka hatinya melainkan semuanya adalah melalui wahyu Allah belaka. Orang beriman tidak dengar cakap orang tapi ikut cakap Qur'an dan Sunnah. Orang beriman tidaklah sesat.

Manusia anak cucu Nabi Adam akan mengikut samada perangai Nabi atau perangai Syaitan? Buku sejarah menulis bahawa manusia ini bermula dengan kufur iaitu penyembahan atau ibadah manusia purba dengan menggunakan media batu, pohon besar ataupun kuburan. Ini bisa disebut animisme atau dinamisme. Kemudian muncul agama berstruktur contohnya Agama Hindu. Kemudian barulah muncul Agama2 Samawi seperti Yahudi, Nasrani dan Islam.

Namun orang Islam harus berpegang bahawa sejarah manusia bermula dengan manusia beriman iaitu mengikut petunjuk Allah yang membawa jalan yang selamat. Nabi Adam adalah Rasul pertama yang membawa syariat Allah kepada manusia. Orang yang tidak mengikut petunjuk Allah akan hidup dalam kesesatan iaitu dengan menyembah api, pokok, gunung, matahari, berhala, dewa, harta, pangkat, manusia dan seumpamanya. 

Maka mestilah semua kita membetulkan fakta sejarah ini. Menjadi kepercayaan kita setiap Rasul Allah itu wajib beriman kepada Allah. Maka pabila datok mu itu Nabi maka jangan mu jadi berok pula. Kita ini baka Nabi, baka orang beriman.

@@@
Soalnya sekarang, apakah Teori Evolusi itu memang bertentangan dengan Islam? Apakah pendirian Islam terhadap Teori Darwin? 100% bertentangan atau bagaimana?” saya bertanya kembali kepada beliau.
”Hmm, bab ni susah nak jawab” katanya.
”Ustaz rasa, cabaran sekarang ialah, kita tidak boleh pukul rata. Kita kena bezakan di antara Charles Darwin, Darwinism, Neo-Darwinism, Social-Darwinism dan Teori Evolusi itu sendiri” saya sekadar memberi cadangan.
- See more at: http://saifulislam.com/2013/07/adam-adam-sebelum-adam/#sthash.ht1lYGGo.dpuf
“Soalnya sekarang, apakah Teori Evolusi itu memang bertentangan dengan Islam? Apakah pendirian Islam terhadap Teori Darwin? 100% bertentangan atau bagaimana?” saya bertanya kembali kepada beliau.
”Hmm, bab ni susah nak jawab” katanya.
”Ustaz rasa, cabaran sekarang ialah, kita tidak boleh pukul rata. Kita kena bezakan di antara Charles Darwin, Darwinism, Neo-Darwinism, Social-Darwinism dan Teori Evolusi itu sendiri” saya sekadar memberi cadangan.
- See more at: http://saifulislam.com/2013/07/adam-adam-sebelum-adam/#sthash.ht1lYGGo.dpuf
“Soalnya sekarang, apakah Teori Evolusi itu memang bertentangan dengan Islam? Apakah pendirian Islam terhadap Teori Darwin? 100% bertentangan atau bagaimana?” saya bertanya kembali kepada beliau.
”Hmm, bab ni susah nak jawab” katanya.
”Ustaz rasa, cabaran sekarang ialah, kita tidak boleh pukul rata. Kita kena bezakan di antara Charles Darwin, Darwinism, Neo-Darwinism, Social-Darwinism dan Teori Evolusi itu sendiri” saya sekadar memberi cadangan.
- See more at: http://saifulislam.com/2013/07/adam-adam-sebelum-adam/#sthash.ht1lYGGo.dpuf
Soalnya sekarang, apakah Teori Evolusi itu memang bertentangan dengan Islam? Apakah pendirian Islam terhadap Teori Darwin? 100% bertentangan atau bagaimana?” saya bertanya kembali kepada beliau. - See more at: http://saifulislam.com/2013/07/adam-adam-sebelum-adam/#sthash.ht1lYGGo.dpuf
Soalnya sekarang, apakah Teori Evolusi itu memang bertentangan dengan Islam? Apakah pendirian Islam terhadap Teori Darwin? 100% bertentangan atau bagaimana?” saya bertanya kembali kepada beliau. - See more at: http://saifulislam.com/2013/07/adam-adam-sebelum-adam/#sthash.ht1lYGGo.dpuf
Soalnya sekarang, apakah Teori Evolusi itu memang bertentangan dengan Islam? Apakah pendirian Islam terhadap Teori Darwin? 100% bertentangan atau bagaimana?” saya bertanya kembali kepada beliau. - See more at: http://saifulislam.com/2013/07/adam-adam-sebelum-adam/#sthash.ht1lYGGo.dpuf
“Soalnya sekarang, apakah Teori Evolusi itu memang bertentangan dengan Islam? Apakah pendirian Islam terhadap Teori Darwin? 100% bertentangan atau bagaimana?” saya bertanya kembali kepada beliau.
”Hmm, bab ni susah nak jawab” katanya.
”Ustaz rasa, cabaran sekarang ialah, kita tidak boleh pukul rata. Kita kena bezakan di antara Charles Darwin, Darwinism, Neo-Darwinism, Social-Darwinism dan Teori Evolusi itu sendiri” saya sekadar memberi cadangan.
- See more at: http://saifulislam.com/2013/07/adam-adam-sebelum-adam/#sthash.ht1lYGGo.dpuf
“Soalnya sekarang, apakah Teori Evolusi itu memang bertentangan dengan Islam? Apakah pendirian Islam terhadap Teori Darwin? 100% bertentangan atau bagaimana?” saya bertanya kembali kepada beliau.
”Hmm, bab ni susah nak jawab” katanya.
”Ustaz rasa, cabaran sekarang ialah, kita tidak boleh pukul rata. Kita kena bezakan di antara Charles Darwin, Darwinism, Neo-Darwinism, Social-Darwinism dan Teori Evolusi itu sendiri” saya sekadar memberi cadangan.
- See more at: http://saifulislam.com/2013/07/adam-adam-sebelum-adam/#sthash.ht1lYGGo.dpuf
“Soalnya sekarang, apakah Teori Evolusi itu memang bertentangan dengan Islam? Apakah pendirian Islam terhadap Teori Darwin? 100% bertentangan atau bagaimana?” saya bertanya kembali kepada beliau.
”Hmm, bab ni susah nak jawab” katanya.
”Ustaz rasa, cabaran sekarang ialah, kita tidak boleh pukul rata. Kita kena bezakan di antara Charles Darwin, Darwinism, Neo-Darwinism, Social-Darwinism dan Teori Evolusi itu sendiri” saya sekadar memberi cadangan.
- See more at: http://saifulislam.com/2013/07/adam-adam-sebelum-adam/#sthash.ht1lYGGo.dpuf

KONGSI KEK

Dalam konteks hari ini, saya ingin elaborate dan bawak berbincang isu2 yg dekat dgn rakyat dan suasana di negara kita sekarang ini.  Antara ...