Alhamdulillah kunjungan saya ke Kelantan baru2 ini memberi kelainan pabila dapat merasai syiar Islam berkumandang dalam bentuk laungan azan muazzin setiap kali masuk waktu solat fardu. Bacaan ayat2 suci al-Qur'an di dengarkan di corong speaker masjid 5-10 minit sebelum azan subuh. Bacaan surah al-Qur'an beramai2 di pimpin imam setiap lepas solat subuh. Bacaan berjemaah surah al-Kahfi atau Yaasin di malam jumaat.
Kuliah maghrib juga berkumandang di udara setiap malam. Rumah orang tua saya yang terletak 200m daripada masjid memang clear dapat di dengar bait2 ayat yang keluar dari speaker masjid. Itulah kelainan yang memberi aura tersendiri akan suasana pengimarahan syiar di negeri serambi Mekah itu.
Namun jasad2 yang terpilih ke Rumah Allah masih juga merupakan orang2 yang istimewa sahaja, bukan orang biasa2. Tiket untuk ke Rumah Allah tidak semua yang mampu membelinya. Hidayah Allah hanya milik Nya.
Kini Kelantan di landa musim kemarau yang panas. Saya beberapa kali di timpa sakit kepala asbab kepanasan cuaca ini. Itulah percaturan Allah selepas melanda Kelantan dengan bencana banjir besar tempoh hari.
Bagi orang yang keras hatinya kalau tidak mati hati nya pun, segala ujian Allah ini akan hanya di pandang sepi. Yang timbul hanya gambaran2 fisikal dan kepunahan serta kepayahan jasad atau kemusnahan harta benda semata. Tidak timbul analisa dari perpektif ruh, spiritual dan ruhani.
Cerita2 sengsara dan kesan2 kemusnahan di ulang tayang berulang kali hingga naik tepu telinga mendengarnya. Sedangkan cerita2 basi ini sudah lama dikongsi di laman2 sosial malah di jelajahi sendiri oleh misi kemanusian dari pelbagai pelosok.
Hati yang mati tidak memandang sesuatu itu melalui perspektif kekuasaan Allah. Sering tidak puas hati sering mencari salah orang itu dan orang ini. Padahal kalau dia ikhlas membuat kebaikan dan amal soleh, ganjaran pahala yang besar akan dia dapat daripada Allah SWT. Siapa yang untung? bukan saya tapi dia.
Pabila manusia membuat kebaikan atau kebajikan kepada orang tersayang bukan nawaitu kerana Allah tetapi masih mendamba pujian makhluk maka rugi lah dia kerana tiada nilaian di sisi Allah. Dia hanya berjaya mencapai apa dia niati sahaja iaitu pujian demi pujian orang. Kesian dia. Kesian kerana ketumpulan ilmu dan kekaratan hati nya hingga mungkin sudah sangat tepu atau hati yang mati terus walaupun jasadnya masih bernyawa. Air mukanya pun dapat di lihat tidak jernih dan jarang tenang.
Setiap peluang atau ruang untuk membuat jasa atau kebajikan kepada orang lain adalah anugerah daripada Allah. Syukurlah kerana anugerah itu. Buatlah dengan terbaik. Niatlah kerana Allah.
Kenapa di masa yang sama mahu highlight kebaikan itu dan mencari kesalahan atau kekurangan orang lain yang tidak berpeluang atau tidak melakukan perkara yang sama? Atau lebih sadis lagi bila bicara dengan nada mahu mencari salah orang, menonjol kelemahan itu dan ini pada kacamata dia dan menyakiti hati si polan yang dia berbicara itu.
Walaupun hadir ke majlis2 ilmu saban malam hati yang mati akan gagal di tarbiyah para daei yang menyampaikan ilmu itu. Hati yang mati akan terus keras sekeras batu pejal. Buihan ilmu yang datang sekadar masuk telinga kiri dan terus berlalu pergi keluar melalui telinga kanan tanpa melekat sikit pun walau pun di taik telinga.
Bila bicara terserlah kebencian, kesombongan dan kejahilan akan diluah dari bibirnya tanpa ada tapisan dan rasa segan silu lagi seolahnya akulah yang betul dan kau wajar memahami kata2 aku ini dan ikut akan segala arahan atau cadangan aku ini. Kadang orang yang mendengar pun merasa malu akan tahap kejahilan yang dia tonjolkan tanpa dia sedari itu.
Dia kekal dengan kebenciannya atau ketidakpuasan hatinya kepada seseorang itu sama seperti 10 atau 20 tahun yang lalu. Tidak berubah. Kerana hatinya telah mati dan kaku gagal di gahal atau di basuh dengan ilmu atau amalan yang dia buat. Kesian kepadanya. Semoga Allah memberi kesedaran ilmu dan hidayah petunjuk untuknya. Amiin.
@@@
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Showing posts with label Soal Hati. Show all posts
Showing posts with label Soal Hati. Show all posts
Monday, March 02, 2015
Monday, February 23, 2015
Tauhid Sufi
Hanya sa nya amal itu adalah dengan niat. Sesungguhnya sah amal itu jika ada niat. Contoh pada suatu petang yang hujan dua orang pemuda singgah di masjid. Seorang niat iktiqaf dan seorang lagi tak niat iktiqaf masjid. Maka sepanjang tempoh pemuda yang pertama tadi berteduh di masjid berkenaan maka dia mendapat ganjaran pahala kerana niatnya tadi, insha Allah, Manakala pemuda seorang lagi itu sekadar dapat berehat sajalah sambil melayan facebook di smart fon dia.
Ada seorang datang berjumpa Ustaz perihal masalah dia ada penyakit was2 tika solat, kadang2 rasa macam tak baca fatihah lagi, kadang rasa macam belum sujud lagi, dan sebagainya. Maka Ustaz pun kata, "Mu tak payah solat, sebab mu gila. Mu sudah hilang akal. Orang gila memang dia tak ingat." Ini bukan kes syak tapi was2. Ia mainan setan.
Mudah sebenarnya menghadir niat dalam hati. Niat itu ialah silau atau lintasan dalam hati, "Aku solat fardu Isyak." Bila ada niat maka sah amal. Berdasarkan niat seseorang itu akan mendapat samada baik atau jahat. Niat baik akan dapat pahala. Manakala niat jahat akan dapat dosa bila dia melakukan perlakuan dosa itu.
Sesiapa berhijrah kerana Allah dan Rasul maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Itulah hakikat yang sangat utama hingga pada frasa ini kesan atau hasilnya di ulang sama seperti asbab. Berbeza pada contoh, "Siapa rajin dia akan berjaya." Asbab rajin, hasilnya berjaya.
Orang sufi berjalan dengan rasa bukan dengan aqal. Tauhid sufi ialah hakikat tauhid. Sesiapa yang ingin jadi sufi maka penggallah lehernya, membawa erti tinggalkan aqalnya dan bergerak dengan mata hati. Tinggal aqal dan gerak dengan hati baru jauh jangkau mu.
Hijrah Rasulullah ke Madinah itu ialah hijrah jasad secara simbolik sahaja. Hijrah jasad tidak penting. Yang penting ialah hijrah ruh daripada akhlak buruk kepada baik. Islam tidak akan tertegak di muka bumi ini jika manusia tidak hijrah pada ruh. Perasaan cinta kepada Rasulullah ialah pada ruh yang benar2 cari Allah.
Sufi bergerak melalui cinta. Allah tidak mahu ada yang lain antara Dia dengan kita. Cinta ada dua iaitu cinta atas ke bawah dan cinta bawah ke atas. Cinta Allah kepada hamba dan cinta hamba kepada Allah. Allah memulakan cinta-Nya kepada orang ini. Maka Allah membalas cinta dan rindu orang ini kepada-Nya. Cinta yang begitu tulen. Allah yang bubuh cinta dalam hati lalu kita bisa balas cinta kepada Allah. Bukan atas daya upaya kita tapi atas anugerah Allah belaka.
Cinta bawah ke atas ialah cinta orang awam. Kita cinta kepada Allah tetapi melalui orang yang bawa kita mengenal Allah. Cinta kita sebelum sampai kepada Allah telah berpecah kepada orang ini dan orang itu. Jika terhijab setakat orang ini maka cinta itu tadi tidak sampai kepada Allah.
Engkau yang mendatangkan orang ini untuk aku dapat mengenal Allah. Lupa bahawa orang ini sekadar asbab. Perjalanan menuju Allah. Daripada Allah iaitu mentakruf diri kepada Allah. Dengan Allah iaitu Dia memimpin kita. Kepada Allah iaitu untuk sampai ke penghujung kepada Allah.
Tidak ada orang yang boleh ajar secara senpurna kecuali Engkau. Nak khusyuk, kena minta kepada Allah. Ilmu Allah yang maha luas, maka jangan jemu untuk menuntut ilmu. Itu hak seorang hamba. Semoga kita mendapat kelazatan ilmu dan sendawa dengan kesedapan dan kemanisannya.

Tuesday, December 02, 2014
Cinta itu Verb
Cinta adalah perbuatan (verb) bukan sekadar ungkapan. Pernah seorang sahabat bertemu Rasulullah dan mengungkap kata, "Aku cinta Allah." Rasulullah bertanya, "Apa buktinya?" Dia menjawab, "Aku sanggup mati di medan jihad di panah di leher di sini hingga tembus di sini," sambil menuding jarinya ke lehernya sebelah sisi kiri dan kanan. Rasulullah menyatakan,"Sekiranya kamu benar maka Allah akan membenarkan kamu."
Tidak lama selepas itu di medan perang, Allah telah memberikan kematian yang diminta itu kepada sahabat tadi, syahid di tembusi anak panah berbisa yang masih melekat menembusi batang lehernya. Rasulullah melihat jenazah sahabat yang gugur itu sekejap bila di beritahu. Pabila sahabat bertanya, " Kenapa ya Rasulullah melihat sejenak cuma?" Rasulullah menjawab,"Aku malu melihat Bidadari-bidadari Syurga yang mengerumuni jasad beliau."
Cinta adalah perbuatan, bukan sekadar ungkapan kosong tanpa penghayatan. Adapun kita tidak? Buat apa pun kita, sentiasa mengharap sesuatu balasan atau imbuhan. Kenapa zikir? Supaya murah rezki, nak itu nak ini. Kenapa istighfar? Supaya mudah dapat zuriat. Memang tidak salah untuk bertawassul dengan ibadah yang kita buat, mengharap tidak pada yang lain melainkan Allah.
Bagi orang yang maqam tinggi, kenapa tidak buat sesuatu tanpa dia mengharap sesuatu? Kerana cinta. Minta mereka kepada Allah adalah kerana menunaikan perintah Allah supaya meminta kepada Allah, kerana menjunjung perintah Allah.
Kita solat hajat seolah macam nak memaksa Allah tunaikan hajat kita. Seolah paksa Allah beri sesuatu. Hakikatnya kita bukan memaksa. Terpulang kepada Allah yang Maha Memberi. Seolah-olah Allah yang ambil nikmat daripada kita. Nikmat itu bukan milik kita. Semua milik Allah. Allah Maha Memberi.
Bukankah orang melihat Allah jadikan Adam. Di perintah para jin dan malaikat sujud hormat kepada Adam. Adam tinggal di Syurga Allah dan kemudian di keluarkan ke bumi. Menjadi khalifah di muka bumi Allah. Hakikatnya Allah nak jadikan Khalifah di bumi ini sebelum Adam di cipta lagi. Maka turunnya Adam ke muka bumi itu ialah suatu kemuliaan sebenarnya.
Kita ini anak cucu cicit Adam adalah daripada keturuna Nabi. Sebelum jasad bersatu dengan ruh, ruh kita berada di Syurga Allah. Ruh kita amat kenal hakikat Allah SWT. Allah Maha Pencipta, Allah Maha Pemurah, Allah Maha Pentadbir, Allah Maha Pengasih. Ruh amat kenal hakikat Allah, amat percaya Allah berkuasa.
Pabila turun ke bumi Allah gabungkan ruh tadi dengan jasad. Allah gabung diri dengan nafsu, satu elemen yang amat kuat dan dominan. Di tumpang pula oleh Syaitan, satu elemen yang tidak sekuat nafsu sebenarnya. Ruh yang kenal Allah bergabung dengan jasad yang tak kenal Allah. Realitinya bila engkar kepada Allah maka tidak layak jadi khalifah di bumi ini. Layak jadi khalifah itu ialah bila kenal Allah.
Ruh dan jasad, sufi dan haraki itu mesti berjalan seiring supaya mencapai hakikat seorang khalifah yang layak mentadbir dan memegang amanah Allah dengan semua urusan di bumi ini.
"Ku hadapkan wajahku kepada Allah." Jangan sekali-kali lalai untuk taat kepada Allah. Allah suruh kita fokus dalam solat. Namun di sana masih ada ruang Allah selitkan makhluk2 yang boleh dijadikan ikutan iaitu para Nabi, para Soddikin, dan para Syuhada'. Manusia yang telah berjasa mengingat Allah dan membawa manusia mengingat Allah.Bumi ini akan di warisi oleh orang2 soleh, guru2 mursyid.
Sepasang suami isteri yang sudah 18 tahun kahwin. Maknanya sudah 18 tahun isteri tadi berkhidmat menjaga urusan makan minum suaminya. Pada suatu hari dia memasak makanan yang kurang enak daripada bahan2 yang layu dan kurang segar. Si suami tetap makan hidangan itu dengan senyap tanpa komplen atau komen. Sesudah itu dia mendakap isterinya dan mencium dahi isterinya, "Inilah makanan yang saya rasa di zaman kita mula2 kahwin dulu." Ia telah mengingatkan si suami untuk mengembalikan keghairahan dan kerinduan semasa zaman bulan itu dalam kehidupan mereka.
Kita persembah macamana pun kepada Allah, Allah tetap terima. Dalam usha kita memperbaiki amalan kebaikan, di selang seli dengan perlakuan dosa namun Allah Maha Pengampun. Allah bukan Maha Pemarah atau Maha Pembenci, Maha Pendendam. Allah tetap pandang hamba Nya dengan kasih sayang. Sesuai dengan makna sifat-sifat Allah yang penuh kemuliaan.
Siapa yang bisa membawa ruhani kita untuk kenal sifat2 Allah ini kalau bukan para guru2 mursyid dan para alim ulamak muktabar. Ku hadapkan segala-galanya kepada Allah. Berpandukan manusia terpilih iaiatu para Nabi, Soddikin, Syuhada', termasuklah para Solihin dan guru2 murabbi tadi. Golongan yang akan memandu dan membawa kita taat kepada Allah.
Tika kita melafazkan tassyahud, segala kemuliaan segala kehebatan adalah untuk Allah. Makhluk hanyalah wasilah. Masih ada ruang untuk memasukkan manusia2 soleh. Sesiapa yang menafikan ilmu kesufian maka dia sebenarnya juga menafikan satu tugas para Nabi. Antara tugas Nabi ialah mentazkiah para sahabat. Tiada jalan untuk sampai ke maqam2 ini melainkan menundukkan nafsu jahat bagi mencapai kemuliaan ruh dan jasad melalui jalan suffah iaitu dengan berdampingan dengan para ahli sufi.
Wali Allah Rabiatul Addawiyah pernah berkata, "Pabila benar kecintaan dan kerinduan kepada Allah, maka semua yang lain teramat mudah dan senang."
Murid2 ini adalah pencinta kepada gurunya. Pabila murid2 ini melawat gurunya, maka mereka telah dibaling batu oleh gurunya maka bertempiaran lari mereka. Guru tadi bertanya, "Benarkah murid2ku ini kasih kepada ku?"
Allah tidak pernah menghadang kita daripada mengapai setiap keredhaan dari sisi Nya. Kerana setiap sesuatu berasal daripada tanah. Semuanya tidak bisa memudaratkan. Biar semua orang marah kepadaku asalkan Allah redha kepada ku. Jangan pula semua orang redha kepada aku tapi Allah murka kepada ku.
Tika Aisyah RA di fitnah di zaman Nabi, Allah telah menurunkan ayat dalam surah An-Nur untuk membersihkan Aisyah daripada fitnah itu. Ayahanda Aisyah iaitu Abu Bakar telah menganjurkan Aisyah supaya bertemu Rasulullah untuk menzahirkan rasa terima kasih atas penyampaian wahyu Allah yang memulihkan nama baiknya yang tercemar asbab fitnah itu. Namun Aisyah berkata, "Aku tidak berterimakasih kecuali kepada Allah." Seoalahnya Aisyah tidak nampak kepada Rasulullah tika itu yang hakikatnya ialah wasilah. Inilah kecintaan yang hakiki. Inilah jiwa2 yang tinggi didikan Rasulullah SAW.
Kita hanya sama level dengan hewan jika menghukum sesuatu berdasarkan lima pacaindera semata. Jiwa akan jadi hebat bila kita menggunakan pancaindera ke enam iaitu Qalbu (Ruh) yang membezakan kita dengan hewan dan makhluk lain.
Justru jangan jemu melazimi majlis2 ilmu saban malam. Untuk memandu diri keluar dari belenggu kejahilan dan bebas menjadi orang alim, yang ada ilmu untuk memandu iman yang kukuh kepada Yang Maha Pencipta bagi melayakkan kita menjadi hamba-Nya, satu jawatan dan kedudukan yang tinggi maqamnya di sisi Allah.
Maka fahamlah kita bahawa cinta kepada Allah dan Rasul itu bukan sekadar ungkapan di bibir yang manis tetapi lebih daripada itu hendaklah di zahirkan dengan perbuatan dan penghayatan hati dan perasaan. Cinta sampai ke akhir hayat.
@@@
Monday, October 27, 2014
Satu dalam Seribu
Apakah soalan yang di tanya bila hendak menjemput penceramah? Berapa bayaran? Saya mendengar ceramah Prof Muhammad Kamil Ibrahim yang bertajuk Damai Di Hati. Saya catat sedikit sebanyak buat ambil iktibar dan manfaat bersama.
Katanya syarat nak jemput saya ada tiga iaitu saya tak terima sebarang bayaran, pendengar tidak dikenakan bayaran, dan sediakan dua botol air mineral (sebab Prof dahaga kerana ada diabeties). Saya datang berceramah ini kerana Allah, kerana Allah, kerana Allah (di ulang 3x).
Allah berfirman pada hari kiamat : Hai Adam, bangkitkanlah sembilan ratus sembilan puluh sembilan keturunanmu (untuk ditempatkan di neraka) dan satu di antara mereka itu di tempatkan dalam Syurga. (Ketika Rasulullah SAW menerimanya, kemudian menyampaikannya kepada sahabat), beliau menangis tersedu-sedu, demikian pula para sahabat lainnya. Demi Allah yang menguasai jiwaku. (Dibandingkan dengan umat-umat Nabi yang lain, umatku hanyalah bagaikan sehelai bulu putih yang terdapat pada kulit lembu yang berbulu hitam).
(Hadits Qudsi riwayat Thobrani dalam kitab Al Kabir, yang bersumber dari Abu Darda’ ).
Dan sabda Nabi SAW :
… Dan tidak akan masuk Syurga kecuali yang berjiwa Muslim, sedangkan kalian kalau dibandingkan dengan ahli syirik, bagaikan sehelai bulu putih di tengah-tengah kulit lembu yang berbulu merah.
(Bukhori – Muslim). Dalam kitab Hadits Al Lu’lu’ Wal Marjan No : 132.
Nabi Adam membawa 1,000 orang, maka di pilih 1 daripada 1,000 orang itu untuk dimasukkan ke Syurga tanpa di hisab. Apa rasa? Biar ada getar di hati kita. Ustaz bertanya sukarkah hendak masuk Syurga tanpa di hisab ini? Benda baik maka kena azam dan usha bersungguh-sungguh, baru ada peluang. Peluang luas terbuka.
Umur purata kematian bagi seorang lelaki ialah 72 tahun. Umur purata kematian bagi seorang perempuan ialah 76 tahun. Jadi purata hidup manusia ialah 74 tahun. Makanya jika 74 tahun bahagi dua ialah 37 tahun.
Justru sesiapa yang sudah berumur 37 tahun maka itu titik tengah. Antara usia yg sudah hidup dengan usia yang akan di tempuhi nanti, akan terus makin berkurang. Mati makin hampir, kalau ikut purata umur manusia. Cari bekalan sebelum mati.
Ustaz kerja di Madinah, ada parking sendiri di Masjid Nabawi. Bayaran 1 jam 1 Rial untuk parking harian. Namun Ustaz sewa untuk season parking RM1,500 setahun. Dalam pemerhatiannya time solat subuh hanya ada tidak lebih daripada 20 kereta secara purata. Maksudnya tak ramai datang solat subuh di Masjid Nabawi.
Di UAE 20 % Penduduk tempatan dan 80% lagi pendatang asing datang bekerja. Solat subuh di Masjid berdekatan hotelnya sekadar 2-3 orang sahaja. Solat subuh di Sudan hanya satu saf sahaja. Solat di Penang satu saf. Solat di Kuala Nerang. Solat subuh di Thailand. Solat di Msj Sultan Singapura pun sekadar satu sof. Mana2 sama sahaja. Tak ramai yang mendirikan solat subuh secara berjamaah di Masjid.
Dari Abi Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, ”Tidak ada solat yang lebih berat buat orang-orang munafik dari solat Isya’ dan solat Subuh. Seandainya mereka tahu keutamaan keduanya, pastilah mereka akan mendatanginya meski dengan merangkak.
HR Bukhari dan Muslim)
Tanda orang munafik ialah tidak solat subuh berjamaah di masjid. Nak masuk Syurga tanpa di hisab? Banyak Quota lagi. Cuma orang tak nak.
Kalau tanya orang yang pergi Umrah, 'Saya rindu sungguh kepada Madinah." Apa yang di rindu? Raudah, Masjid Nabawi, apa? Kalau rindu ada di Madinah sahaja berat la kita? Betulkah Madinah yang menyebabkan kita damai di hati?
Orang beriman dan beramal soleh akan mendapat damai di hati. Orang yang hati damai itu ialah ahli Syurga. Kalau kita ada kehendak insyaa Allah boleh. Mari bertekad untuk solat subuh berjamaah di Masjid atau Surau.
Kenapa nak masuk Raudah? Kerana doa yg mustajab. Taman Syurga. Tiada nas doa mustajab di Raudah? Satu pertiga di hujung malam. Itulah masa doa mustajab. Tak payah pergi 7,000km dan bayar Andalusia RM6,000. Waktu tahajjud sepanjang tahun. Doa mustajab di 1/3 terakhir malam.
Mereka yang berpuasa doa dimakbulkan. Boleh buat di mana-mana. Puasa Isnin dan Khamis. Puasa sunat yang paling disukai ialah puasa Nabi Daud, puasa selang sehari. Ada orang amal? Habis kenapa tak buat? Tidak ada upaya iaitu malas. Kalau rasa nak jadi calon masuk Syurga tanpa hisab, kena buat la. Kudrat itu kita minta daripada Allah SWT.
Haji mabrur dapat Syurga. Umrah yang mabrur (atau makbul)? Umrah yang makbul antara satu umrah dengan satu umrah terhapus dosa. Dah terhapus dosa, stop la buat dosa. Masuk Syurga. Bila mati, ya Allah kubur aku luas. Jawab soalan malaikat tak sampai seminit. Dapat masuk Syurga tanpa hisab. Itu tandanya dapat Haji yang mabrur. Mesti kita rasa sedih bila nak balik Umrah nak balik Haji. Peluang nak mari lagi mungkin sudah tidak ada.
Ada tiga tempat dalam syariat yang afdal untuk bermusafir dan beramal soleh, Masjidil Aqsa, Masjidil Haram, dan Masjid Nabawi. Tapi yang peliknya 100,000 orang yang pi umrah setiap tahun tu dok perabis masa 20 jam sehari di hotel dan tempat2 lain. Hanya purata 4 jam sahaja beribadah di masjid setiap hari secara purata. Rugi Tuan2. Kalau nak selesa dok hotel, baik la pi sewa Hotel Concorde Shah Alam tu, lagi hebat.
Puasa di bulan Ramadan. Tiga golongan. Puasa lapar dan dahaga. Puasa semua anggota. Puasa kerana Allah iaitu puasa para Nabi dan para Ambiyaa. Sekiranya sudah merasa nikmat puasa para Ambiyaa, mengapa mahu undur ke belakang lagi untuk puasa sekadar lapar dan dahaga? Usha lah untuk jadi 1 dalam 1,000 yang masuk Syurga tanpa hisab.
Macamana nak tahu kalau tak tahu? Puasa para Nabi dan para Ambiyaa mengikut aturan. Tuan Nabi ke Rasul? Kita manusia biasa. Kita guna aturan biasa. Sifat api itu panas dan membakar.
Ujian berbuka puasa. Pilih berbuka di rumah daripada solat berjamaah. Kalau dah rasa masa haji dan umrah, teruskanlah. Sanggup bayar RM100,000 untuk Umrah di bulan Ramadan. Berapa ramai yang dapat Lailatul Qadar? Takan tak tahu lagi? Macam anak ambik periksa. Ada rasa dapat A ke B ke C?
Berapa kali dapat Lailatul Qadar? Ustaz tanya dan ustaz jawab. 7 kali sejak 2007. Mengikut aturan. Habis kalau kita tak bangun tahajjud, tu yang tak tau tu? Kena ada rasa.
Sejak balik dari haji. Tahun 2007 tu, Masjid Kg Jawa, tiada lagi berbuka di Masjid. Maka Ustaz mujahadah bawa bekal kurma dan air mineral. Azan saja saya berbuka dan solat maghrib berjamaah. Satu sof 6 orang. Sanggup berbuka di rumah dan lupakan solat berjamaah di Masjid?
Berjanji jadi 1 dalam 1,000. Kita clear dengan apa yang kita nak. Kita akhir kehidupan kita dengan Syurga. Orang perempuan paling mudah masuk Syurga. Kenapa pakai telekung? Sebab nak menutup aurat. Kenapa tutup aurat? Sebab undang2 macam tu. Berusha bersungguh-sungguh untuk menutup aurat. Jangan lupa pakai stokin untuk cover kaki. Allah bagitau dan kita ikut.
Tanam azam insyaa Allah untuk bangun malam,solat berjamaah di Masjid,puasa Nabi Daud, baca al-Qur'an & biar faham, solat Dhuha. Doa ibubapa sangat mustajab.
Jemaah Haji 30,000 setiap tahun daripada Malaysia. Jemaah Umrah 100,000 setiap tahun. Kemana mereka? Tak mari solat berjamaah di Masjid? Kemana mereka? Kenapa Masjid2 dan Surau2 masih kosong? Haji atau Umrah mabrurkah mereka ini?
Seluruh kehidupan kita adalah ujian samada ujian suka atau ujian duka. Ada orang naik pangkat, jadi bos suka marah orang. Itu ujian bagi dia. Ada orang tak dapat naik pangkat, kutuk orang lain pandai bodek. Itu ujian bagi dia.
Semua kita akan di uji. Untuk membahagi manusia kepada dua kumpulan. Satu kumpulan beriman. Satu lagi kumpulan pendusta. Makin kita di uji sepatutnya makin kita solat, makin kita pergi masjid. Ia akan hilangkan gundah gulana dalam hati. Damai di hati walaupun tika di landa musibah.
Di sepertiga akhir malam Allah melihat..
Ada tak yang berdoa, Aku nak makbulkan.
Ada tak yang mohon ampun, Aku nak mengampunkan.
Ada tak yang meminta kepada Ku, Aku nak memberi.
Bila kita redha, Allah akan bagi Insyaa Allah. Damai di hati. Mohon doa ke hadrat Illahi untuk layak masuk Syurga tanpa hisab. Jadi satu dalam seribu. Quota masih terbuka luas..

Allah buka pintu hati kita. Bila baca Qur'an tak faham, pergi kpd Tafsir. Yang sebenar kita banyak soal jawab sangat. Yang tak tahu, sentiasa bertanya.
Kenapa nak masuk Raudah? Jawapannya ialah, "Tak boleh kah aku nak berdoa tempat Rasulullah SAW berdoa. Tak boleh ke aku nak solat tempat Rasulullah SAW solat?"
Jemaah Haji 30,000 setiap tahun daripada Malaysia. Jemaah Umrah 100,000 setiap tahun. Kemana mereka? Tak mari solat berjamaah di Masjid? Kemana mereka? Kenapa Masjid2 dan Surau2 masih kosong? Haji atau Umrah mabrurkah mereka ini?
Seluruh kehidupan kita adalah ujian samada ujian suka atau ujian duka. Ada orang naik pangkat, jadi bos suka marah orang. Itu ujian bagi dia. Ada orang tak dapat naik pangkat, kutuk orang lain pandai bodek. Itu ujian bagi dia.
Semua kita akan di uji. Untuk membahagi manusia kepada dua kumpulan. Satu kumpulan beriman. Satu lagi kumpulan pendusta. Makin kita di uji sepatutnya makin kita solat, makin kita pergi masjid. Ia akan hilangkan gundah gulana dalam hati. Damai di hati walaupun tika di landa musibah.
Di sepertiga akhir malam Allah melihat..
Ada tak yang berdoa, Aku nak makbulkan.
Ada tak yang mohon ampun, Aku nak mengampunkan.
Ada tak yang meminta kepada Ku, Aku nak memberi.
Bila kita redha, Allah akan bagi Insyaa Allah. Damai di hati. Mohon doa ke hadrat Illahi untuk layak masuk Syurga tanpa hisab. Jadi satu dalam seribu. Quota masih terbuka luas..
@@@
Tuesday, October 14, 2014
Ubat Mati Ingat Mati
Pastikan hati bersih. Bersihkan hati dengan pembersih hati. Guna pembersih hati iaitu zikrullah. Antaranya zikir ya Fatah, ya Alim, ya Hakim pada ulangan 11x atau 21x setiap selepas solat fardu atau 300x setiap hari. Hati ilmu ialah hati qalbun. Lembutkan hati untuk Allah. Lembut hati untuk Agama.
Bermula hati orang tua jadi muda pada dua perkara. Pertama kerana umur iaitu lama hidup. Kedua kerana harta. Jika umurku ini penambah dosa maka pendekkan lah umurku ini. Jika umurku penambah taqwa maka panjangkan lah umurku ini. Kalau umur panjang tapi jadi nyanyuk buat apa?
Ramai orang mintak tambah rezki. Jika makin banyak rezki banyak harta makin pemurah makin taat Allah maka itu rahmat Allah. Takut makin banyak harta makin kedekut makin sombong makin jauh daripada Allah maka itu istidraj, itu bala besar. Banyak orang kaya sikit pun sudah lupa Allah. Nau'zubillah.
Sempurna kasih-Nya. Sempurna kekuatan-Nya. Selain Allah, semuanya berubah-ubah. Tiada yang sempurna. Tiada yang kekal. Semuanya berubah-ubah. Masa sihat lain tenaganya. Masa sakit lain pula tenaganya. Aku ini makhluk, barang di jadi. Sampai saat waktu maut menunggu. Harta musnah, pakaian binasa, rumah musnah, kereta binasa. Jangan kasih pada yang binasa. Kasihlah pada yang kekal.
Usah kasih pada harta tapi kasihlah kepada yang bagi harta. Capai hakikat capai redha Allah. Sesuatu yang datang daripada Allah maka akan kembali kepada Allah. Terima hakikat ini dan benarkan dengan hati. Jalan binasa ialah hilang atau rusak. Hanfon hilang tak dapat terima hakikat? Hanfon rusak dapat terima hakikat? Hikmah nak dapat yang baru. Pada hakikat, kena pandang dengan ilmu.
Semua dalam ilmu Allah. Kalau boleh panjangkan umur. Ya Allah berkati sisa usiaku ini. Pada hakikat semakin tahun semakin pendek usia. Masa cepat berlalu. Bagi orang berfikir, dunia ini sekejap cuma. Makin hari makin hampir dengan mati. Carilah berkat dunia berkat akhirat.
Tiada meningkat sehari ke sehari, makin meninggal akan dunia, makin menghampir akan akhirat. Mati ialah titik akhir dunia dan titik mula awal akhirat. Mohon dan harap mati yang Allah redha sebagaimana orang soleh mati. Matinya orang alim. Alam pun dukacita. Biarlah mati dalam keadaan baik. Tidak tahu bila, bagaimana dan di mana akan mati?
Maka timbul jenis harap. Menjadi kebimbangan orang2 soleh, mohon harap agar mati dalam baik. Beroleh persiapan bagi mati. Mohon berkat tika mati dan selepas mati. Barang yang kamu takut? Kesudahan mati nanti.
Pendek angan-angan. Faedahnya? Kalau aku mati sekarang ini bagaimana keadaanku nanti? Lalu bersegera pada menjaga amal ibadah. Kalau aku mati kejap lagi, sempat ke tahajjud ni? Aku belum tahu hidup lagi tak besok? Bersegera ibadah. Jangan tangguh, terus buat ikut kemampuan. Terjaga malam nak terkencing? Alhamdulillah. Ada hikmah. Jangan tangguh untuk solat tahajjud dua rakaat.
Bersegera pada membuat amal ibadah. Usah tangguh. Perintah Allah berani tangguh? Road tax expired, mahu tangguh? Bersegera benar pi renew road tax. Hukum Allah tidak berubah, tidak kira siapa. Yang ni pulak tak rasa apa2. Terbalik.
Siapa yang ingat mati, pendek angan2nya. dan bersegera dia ibadah. Orang yang mendapat hidayah, tiada lalai dia akan mati. Ingat pesanan Lokman Hakim. Dua perkara yang kena ingat. Ingat Allah dan ingat Mati. Dua perkara yang kena lupa. Lupa kebaikan kita pada orang dan lupa kejahatan orang pada kita.
Orang ingat mati ialah orang yang terbaik. Kalau dia peniaga maka dia ialah peniaga yang berkat. Jika dia pekerja maka dia pekerja yang amanah. Ini tidak. Kebaikan kita yang diingat. Keburukan orang pula yang di ingat. Kebaikan kita pada orang jangan diingat supaya akan berterusan buat baik bukan sekali tu saja buat baik.
Bersedia ia bangkit daripada tidur pagi2 itu dengan bertaubat kepada Allah. Ubat mati ialah ingat mati.Ubat maut itu ialah ingat maut. Supaya peroleh mati yang baik. Alhamdulillah pengajian kitab Penawar Bagi Hati akan di khatamkan tidak lama lagi. Kitab yang jadi amalan para wali dan orang alim. Moga2 kita yang belajar dapat syafaat Allah dan di redhai Allah.

Monday, March 31, 2014
Cinta Menundukkan Hati
Siapa kita yang melayakkan untuk dapat kasih Allah? Kita manusia yang cukup hina dengan maksiat dan dosa. Bila Aisyah RA bertanya kepada Rasulullah SAW perihal kenapa Rasulullah SAW begitu bersungguh-sungguh melakukan ibadah? Maka Rasulullah SAW menjawab salahkah aku menjadi manusia yang bersyukur kepada Allah?
Siapa kita? Orang yang tidak pernah tambah ibadahnya. Orang yang jarang benar bangun untuk solat malam. Orang yang liat benar untuk puasa melainkan puasa Ramadan. Berapa ramai orang walaupun sudah tua yang masih tidak kenal masjid hingga ke saat ini? Masih sibuk dengan proposal dan kertas kerja mengejar projek itu dan ini.
Kita orang yang banyak dosa. Tanya diri. Berapa kali kita beristighfar hari ini? Tahukah kita rukun2 dan syarat2 taubat? Tahukah kita rukun2 solat? Tahukah kita syarat2 sah pada setiap rukun solat itu? Begitulah taubat, punyai syarat2 pada setiap rukunnya.
Asalnya kita kena usha, ikhtiar dan mujahadah supaya dapat masuk kategori yang layak mendapat kasih sayang Allah. Tapi lemah benar kita ini, sentiasa gugur oleh panahan nafsu dan imarah apatah lagi godaan syaitan.
Langkah berikutnya ialah dengan menumpang barokah orang2 soleh. Ibarat menempel dengan orang2 soleh. Kerana kita boleh muhasabah dan nilai kualiti amal ibadah kita yang lemah itu. Mana pergi hati kita tika solat itu?
Kita mohon pada Allah sekurang-kurangnya 17 kali setiap hari dalam 17 rakaat solat2 fardhu kita, "Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat."
Siapa orang2 yang telah Allah bagi nikmat ini? Itulah para solihin, shuhada dan para ambiya yang begitu kasih kepada Allah dan Rasulullah SAW melebihi kasih kepada makhluk yang lain. Kita minta untuk menumpang mereka ini di jalan yang lurus menuju redha Allah.
Apakah mampu menjadi seperti seorang perempuan Ansar (Madinah) yang begitu kasih kepada Rasulullah SAW hingga tidak ambil peduli kematian suaminya, bapa, anak2 dan adik beradiknya yang gugur syahid di medan perang kerana begitu risau perihal nasib yang menimpa Rasulullah SAW. Baginya semua musibah yang Allah uji itu kecil sahaja kecuali musibah yang menimpa Rasulullah SAW. Maka selayaknya perempuan Ansar ini di kasihi Allah.
“Jika Allah SWT mencintai seseorang hamba, maka Jibril berseru, “Sesungguhnya Allah SWT mencintai Fulan, maka cintailah dia!” Maka para penghuni langit mencintainya, kemudian dijadikan orang-orang yang menyambutnya di muka bumi.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, Allah Yang melimpah-limpah rahmatNya akan menanamkan bagi mereka Dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang.” (Surah Maryam:96)
Begitulah besarnya cinta Allah. Namun bagaimana caranya untuk kita meraih cinta Allah, cinta yang hakiki nan abadi? terdapat tiga alamat besar tanda cinta seseorang kepada Allah iaitu:
- Banyak mengingati pada yang dicintai, membicarakan dan menyebut namanya. Apabila seseorang itu mencintai sesuatu atau seseorang, maka sudah tentu beliau kan sentiasa mengingatinya di hati atau menyebutnya dengan lidah. Oleh yang demikian, Allah SWT memerintahkan hamba-hamba-Nya agar sentiasa mengingati-Nya dalam apa keadaan sekalipun sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Al-Anfaal:45)
- Tunduk pada perintah orang yang dicintainya dengan ketaatan yang tidak berbelah bahagi. Firman Allah : “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (A’li Imran:31)
- Mengutamakan Allah dan Rasul lebih dari keutamaan yang lain, Firman Allah: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).(at-Taubah:24)
Maka dapatlah kita simpulkan bahawa cintakan Allah dan Rasulullah SAW itu bukan hanya dengan lafaz semata-mata. Cinta itu hendaklah diterjemahkan dalam seluruh aspek kehidupan sehingga seorang yang benar-benar cintakan Allah dan Rasul menjadi insan taat dalam kehidupan bersyariat.
Bahkan mereka tidak senang dengan setiap pelanggaran terhadap syariat yang telah diturunkan oleh kekasih yang mereka cintai iaitu Allah. Mereka juga tidak akan mengkhianati cinta mereka dengan mengabaikan hak kasih kekasih mereka iaitu Rasulullah SAW.
Cinta mengumpul dua insan yang tidak pernah kenal. Semua yang jadi penghalang akan di atasi. Semua tidak diendahkan lagi kerana cinta. Cinta itu menundukkan hati untuk patuh taat kepada yang di cintai. Ya Allah aku zikir tapi hatiku lalai. Teruskan zikirmu.
Para sahabat cintakan Rasulullah SAW melebihi cinta kepada diri sendiri, maka ikutlah jalan ini supaya terpilih oleh Allah untuk kasih. Moga2 kita mendapat taufiq Allah, dibimbing Allah dan dipimpin untuk hampir kepada Allah dan di kasih oleh seluruh penduduk langit dan bumi.
@@@
Tuesday, January 21, 2014
Kaki Melangkah
Kaki ini melangkah namun hakikatnya Allah yg
menggerakkan kaki ini untuk melangkah. Kita lahir dulu bergelumang najis, hidup
kini pun membawa najis ibarat lori tank Indah Water, mati besok pun jadi
bangkai tak ada nilai (lembu lagi bernilai sebab matinya disembelih dan boleh
di jual).
Hakikatnya begitulah kita ini. Tidak punya
apa2. Hina, lemah dan tiada daya upaya. Semuanya milik Allah. Justru renung dan
fikir akan kekayaan & kebesaran Allah, barulah kita sedar siapa kita
ini. Allah yang angkat kita menjadi semulia-mulia kejadian. Harapnya
aku ini layak bergelar Hamba Allah, yg patuh pada Allah.
Kenal diri maka baru dapat kenal Allah. 40 tahun dulu tika aku lahir, aku ini tak tahu apa2. Allah pinjamkan akal, Allah bagi ilmu, Allah bagi kekuatan, Allah bagi pancaindera, Allah bagi udara, bagi air, bagi makanan, maka membesar aku hingga dewasa kini. Kenal diri bahawa aku ini hina, lemah, tiada upaya melainkan semuanya milik Allah belaka.
Beramal itu wajib, namun bergantung kepada amal itu tidak boleh. Mesti bergantung kepada Allah. Yang menghasilkan amal itu Allah. Bergantung kepada usha, tak boleh. Kita beramal dan berusha tetapi yang sampaikan ialah Allah. Bergantung kepada Allah. Apa pun kita buat, pergantungan hati mestilah kepada Allah.
Kena kenal siapa diri kita? Kamu itu fakir di sisi Allah. Allah yang bagi kita tidur. Ada orang yang tak boleh tidur. Boleh mari masjid tak tanpa hidayah Allah? Tidak. Semua Allah sudah susun elok. Sentiasa kita berhajat kepada Allah. Seorang Hamba Allah tidak akan nampak apa pun yang boleh menolongnya melainkan Allah. Kena rasa diri ini fakir dan dhoif. Fakir itu terlajak miskin. Dhoif itu terlampau lemah.
Orang kaya jangan sombong kerana Allah boleh bagi kamu miskin dalam sekelip mata. Orang miskin jangan putus asa kerana Allah boleh mengubah nasib kamu dalam sedetik waktu. Allah itu kamalat iaitu penuh kesempurnaan. Kenal diri kita yang kita yang penuh kelecehan ini, baru boleh kenal Allah yang Maha Sempurna itu. Tak nampak kaya dia kerana tenggelam dek kaya Allah. Tak nampak hebat dia kerana tenggelam dek hebatnya Allah.
Semua barang ada tarikh luputnya. Takkan kita tiada tarikh luput? Manusia pun ada tarikh luput iaitu kematian. Semua yang kita miliki ini ialah barang pinjam. Ibarat pakai kereta pinjam, maka sekejap ada sekejap tiada. Maka jangan ada sifat aku punya, usha aku, milik aku, kerana semua milik Allah. Bila mati semua terpaksa ditinggalkan. Buang semua sifat keakuan itu.
Apa yang kita boleh buat? Boleh buat sebijik beras? Boleh buat seekor nyamuk? Tawadduk ini ialah merendah diri. Belajarlah jadi orang yang tawadduk. Beras itu dari padi yang di mesin, buat tepung beras, campur air buat tempe. Tapi boleh tak manusia buat sebijik beras? Jawabnya tak boleh.
Tiada yang kuasa melainkan kuasa Allah. Allah yang menentukan takdir. Takdir ini ada dua jenis iaitu bersifat qadim (tetap sejak azali) atau baharu. Jika bersifat baharu yang tidak bertentangan dengan syarak maka bolehlah diteruskan. Yang ada pada Allah itu bersifat qadim iaitu kekal. Yang berlaku itu bersifat baharu.
Contohnya berlaku seorang pemuda yang pergi ke masjid. Maka kita redha kerana ia satu perbuatan baik. Satu lagi contoh orang buat tok kong hindu. Adakah ikut syarak? Tidak. Maka adakah kita kena redha? Sudah tentu tidak. Sesuatu yang berlaku yang bersifat baharu ini, jika tidak menepati syarak dan berbentuk maksiat maka wajib kita tidak terimanya. Jangan cebderung kepada orang zalim kerana nantinya kamu akan disambar api neraka.
Imam Nawawi menentang hasrat kutipan cukai oleh raja di zamannya. Katanya jual dulu harta raja dan sekiranya masih tidak cukup maka barulah boleh dikenakan cukai itu pada rakyat. Apa yang berlaku hari ini ialah cukai dikenakan kepada rakyat sedangkan para pemerintah masih menjalani kehidupan mewah mereka seperti biasa. Maka janganlah disokong pemerintah yang zalim sebegini.
Redha dengan Allah dengan cara beriman dan mentaati Allah. Jangan redha kepada zalim, maksiat dan kufur. Mohonlah makrifat Allah iaitu anugerah Allah. Nak tuang apa-apa ke dalam gelas mestilah dipastikan gelas itu bersih dahulu. Allah sudah tuang dalam hati ini pelbagai anugerahnya. Dia pilih hati yang bersih. Sentiasa bersihkan hati kita. Allah kasih orang yang bertaubat. Allah campakkan taat buat nya, syukur. Dapat buat taat, syukur.
Bila dapat bala dan ujian, sabar. Kekadang apa yang kamu benci itu baik untuk kamu. Dan apa yang kamu suka itu, kekadang mudarat buat mu. Orang yang buat maksiat tapi menyesal dan bertaubat itu lebih baik sebenarnya daripada orang yang taat tapi sombong.
Bersihkan hati dan sentiasa berharap kepada Allah. Amalkan doa muaz mohon kekuatan untuk taat, syukur dan meningkatkan ibadah kita.
Doa Muaz:
اللهُمَّ أَعِنِي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Ya Allah! Bantulah aku untuk mengingati Mu, bersyukur kepada Mu dan beribadat dengan baik kepada Mu
(Riwayat Abu Daud dan Al-Nasa’i)
@@@
Thursday, July 18, 2013
Masa Tepat Raih Kemuliaan
Bahagia itu bila hati bertemu dengan Allah bukan kerana kemewahan atau kefakiran. Ramai kita lihat penghibur yang menghiburkan orang tapi dia sendiri tidak terhibur hingga terpaksa ambil dadah dan bahan terlarang. Hiburan yang sebenar ialah bila hati dapat taat pada Allah, ubudiyah pada Allah. Hiburan yang paling besar ialah hubungan dengan Allah. Nak Qasidah pun boleh sikit2, bukan sepanjang masa.
Ramadan adalah masa tepat untuk kita meraih kemuliaan di sisi Allah. Setiap ruang Ramadan hendaklah di isi dengan segala kebaikan dan kebajikan. Dunia melambai dengan segala kemewahan dan hiburan namun orang beriman akan terus menghala mukanya kepada Akhirat.
Carilah puasa yang ada nilai di sisi Allah. Barangsipa yang berpuasa atas dasar iman bukan atas dasar suasana atau adat dengan penuh perkiraan dan perhambaan kepada Allah, maka harapnya puasa itu ada nilaiannya di sisi Allah. Setiap perkara yang hendak dilakukan dikira atas neraca keredhaan Allah. Ambil peluang di Ramadan ini dan jangan biarkan ia berlalu tanpa pengisian faedah yang semaksima mungkin.
Di sana akan tetap ada halangan iaitu godaan Iblis melalui ajen2nya dan godaan hawa nafsu. Jangan biarkan diri terpedaya lagi dengan godaan Iblis. Usah tunduk dengan godaan hawa nafsu yang menentang kehendak Allah, maka tundukkan ia dengan puasa. Didik hati untuk membesarkan Allah. Jadikan seluruh kehidupan dengan tunduk kepada Allah.
Syukur atas nikmat iman dan Islam yang membawa sifat kehambaan pada Pencipta. Moga2 dengan sifat kehambaan kita akan selamanya memegang jawatan mulia sebagai Hamba Allah. Di sisi Allah yang paling tinggi maqamnya ialah mukmin yang bertaqwa, mukmin yang ikhlas.
Suasana Ramadan menjana manusia kepada tahap soleh dan solehah yang bakal beroleh kemuliaan di negeri Akhirat nanti. Sempena Ramadan bulan bersih, bulan mendidik, bulan tarbiyah, maka bersihkanlah hati. Bersih hati membawa kita duduk di Rumah Allah yang bersih ini. Jangan bosan berbuat baik sesama makhluk kerana pastinya Allah akan membalas kebaikan itu dengan kebaikan jua.
Jangan jemu sedekahkan al-Fatihah kepada si mati kerana satu masa nanti orang tidak akan jemu sedekah al-Fatihah kepada kita pula. Ambil kesempatan pada Ramadan ini untuk mata yang boleh lihat kepada perkara soleh. Cetuskan rasa kasih, cinta dan berahi untuk mengambil kesempatan melakukan amal soleh. Bawa anak2 ke Masjid semoga berkat Ramadan anak2 akan berubah menjadi anak2 yang soleh.
Berserah hati kepada Allah dengan penuh ikhlas untuk mencapai maqam yang sempurna. Ikhlas itu duduk di hati yang kosong selain Allah. Ramadan itu bulan ikhlas. Buang segala hasad, dengki, buruk sangka, dan segala sifat tercela itu. Yang kedekut bisa jadi pemurah. Yang malas bertukar kepada rajin. Yang berat jadi ringan. Perbanyakkan ibadah, taubat dan damping pada Allah.
Ramadan bulan mulia, bulan keampunan. Mohon rahmat Allah, mohon keampunan dan pembebasan daripada api Neraka Allah. Berlumbalah untuk dapat Lailatul Qadr. Dirikan solat hajat setiap malam mohon penuh harap Allah pertemukan dengan Lailatul Qadr.
Nafsu itu musuh. Nak buang nafsu tak boleh. Maka kena latih diri untuk lawan kehendak nafsu. Syaitan itu musuh bagi kamu. Antara perkara musuh bagi syaitan ialah:

- Ilmu - maka hadiri majlis2 ilmu, jadi orang berilmu, keluar daripada kepompong jahil.
- Makrifat - iaitu takutkan Allah, bukan takut pada makhluk.
- Mensucikan diri - banyakkan taubat, bila salah terus taubat kepada Allah.
- Solat Malam - bangun dan dirikan solat malam setiap malam.
- Berlapar pada siang hari - bila lapar nafsu jadi lemah.
- Kekal Berwudhuk - bila batal wudhuk terus ambil wudhuk, malaikat suka damping orang berwudhuk.
- Zikrullah - sentiasalah basahi bibir dengan zikrullah agar tiada ruang untuk syaitan.
- Solat 5 Waktu - peka dan jaga solat 5 waktu, jangan tangguh dan afdalnya solat berjemaah 5 waktu sehari semalam.
Moga2 kita akan sentiasa dinaungi rahmat Allah. Solat berjemaah menjanjikan kita tidak ditimpa kefakiran, tiada seksa kubur, menerima buku amal di tangan kanan, melalui titian sirat sepantas kilat, dan memasuki syurga tanpa hisab.
Ikhlas hati kepada Allah dan mengharap semua amal ibadah kita di terima Allah. Allah terima amalan orang bertaqwa. Sentiasalah kita mohon ampun dan istighfar. Sifat orang bertaqwa ialah sentiasa bertaubat. Sifat orang bertaqwa ialah sentiasa bersyukur dengan mengetahui kelemahan diri dan yakin bahwa semua pemberian daripada Allah. Menjalani kehidupan dengan sifat zuhud iaitu besederhana. Harap tidak dihisab di Akhirat nanti.
Segala kejahatan terkumpul di suatu tempat dan kuncinya ialah cinta dunia. Manakala pintu kebaikan pula ialah zuhud kepada Allah. Setiap yang bernyawa akan menemui mati. Kehidupan dunia hanya tipu daya. Kita tanam sayur dan mengaku itu hak kita, tapi ulat kata hak dia. Tubuh itu hak kita, tapi kencing manis kata hak dia. Rumah ini hak kita, tapi cicak kat hak dia. Usah sayang dunia yang pura-pura ini. Tiada milik kita sebenarnya. Semua sekadar pinjaman yang sebentar.
Bina dinding dan pagar hati kita supaya tidak diganggu syaitan. Panggilan Allah yang mesti disahuti, Raja pada segala raja. Sabar memutus urusan dunia iaitu tidak rasa besar atau bangga dengan kehebatan dunia ini kerana ibadah dan munajat pada Allah. Kenal kepada siapa kamu munajat? Permohonan apa yang kamu minta? Moga keluar daripada madrasah Ramadan ini dengan kejayaan menjadi manusia yang Taqwa.
@@@
Tuesday, January 22, 2013
Ikhlas Itu Rahsia
Syukur atas nikmat Iman dan Islam. Moga2 beroleh kejayaan
untuk taat kepada Allah, dapat tekun beribadah, istiqamah melakukan amal soleh
dan mencapai matlamat takwa hingga memberi kejayaan di dunia dan akhirat.
Kita tahu kita ini lemah bangat, maka atasi kelemahan ini.
Kita sedar kita ini selalu lalai, maka tepuk dahi dan celik minda berubah
supaya tidak lalai lagi. Kita tahu kita ini banyak dosa, maka apa tunggu lagi
untuk taubat pada Allah, mohon keampunannya? Apa boleh buat saya ini bodoh.
Buang sifat bodoh itu, kena mengaji kena belajar. Jangan lagi ikut lemah diri.
Kena jadi kuat.
Kena ada ilmu. Ibadah tanpa ilmu ibarat tanam pokok buah tapi
tak keluar buah. Ibadah tanpa ilmu
ditakuti ditolak. Ilmu itu ibarat baja yang memberi hasil kepada ibadah,
menyubur pokok dan melebatkan buah. Sebab ibadah orang alim orang berilmu ini
walaupun nampak sikit tapi besar di sisi Allah. Ibadah membuka jalan untuk ke
Syurga.
Bila ada ilmu mestilah beramal lakukan ibadah dan janakan
usaha dakwah hinggalah tahap tertinggi berjihad menegakkan agama Allah. Kita
tahu dah mengaji itu wajib belajar itu wajib, tapi tak nak mengaji tak nak
belajar tu apa hal? Maka marilah sama2 suloh diri supaya dapat memelihara, mendidik
dan membimbing diri memandu secara berhemah di jalan yang lurus.
Kita doa dalam bacaan surah al-Fatihah tidak kurang 17 kali
sehari dalam solat2 fardu supaya Allah “Tunjukilah
kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan
nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan
bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”
Sebelum wajib ada wajib.
Contohnya sebelum wajib solat maka kenalah wajib belajar solat. Kita belajar
tauhid dah lama dah tapi yang sadisnya masih gagal mentauhidkan Allah. Kena
ubah. Belajar itu jalan kita. Jangan membesarkan tidur sebab tidur hanya dapat
taik mata. Ada orang yang tidur tapi hatinya celik. Sehingga boleh mebezakan
antara dosa dan pahala, nafsu dan syaitan.
Ikhlas itu rahsia. Jika diberitahu orang maka ia bukan ikhlas lagi. Ikhlas di hati ialah kosongkan hati
selain Allah. Penuhi hati dengan Allah semata. Nawaitu kerana Allah. Ikhlas ialah
menunggalkan Allah iaiatu mengesakan Allah. Qur’an sahaja yang benar. Allah
sahaja yang Esa. Tiada sesuatu perihal makhluk dapat disamakan dengan Allah.
Melihat Allah tidak dengan perantaraan makhluk. Jika Allah itu digambarkan
sekian-sekian, maka itu bukan Allah.
Pelajaran perihal tauhid
mesti di ulang-ulang sampai dapat faham. Bila difikir hebatnya barang yang
dijadi maka kena fikir apatah lagi hebatnya penjadi. Maka kena fikir hebat pencipta
kepada penjadi. Contoh kita tengok penduduk Malaysia seramai 28 juta ini, cop
jari dia unik satu pun tak ada yang sama. Barang jadi yang hebat. Apa lagi
penjadinya,tentulah Maha Hebat.
Barang buatan makhluk ni
ada tempoh masa, lama-lama jemu. Tapi ciptaan Allah tak jemu kita. Untuk jadi hamba Allah ini kena di mana-mana.
Bukan setakat di masjid atau di depan orang. Di masjid aku ini hamba Allah, di
rumah pun aku ini hamba Allah. Bila orang tak nampak pun, aku tetap hamba
Allah.
Bersihkan hati daripada
segala sifat tercela yang dikeji sehingga suci. Pencuci hati ini pun kenalah
ada bahan pencucinya. Antara lain bahan pencuci yang efektif ialah taubat,
zikir dan selawat. Setiap yang bersih tak semestinya cuci dan setiap yang suci sudah
semestinya bersih. Maka pilihlah yang suci.
Ibarat nak potong rambut,
kenalah cari jari jemari yang suci pegang kepala kita yang mulia. Kalau
pemotong rambut orang kafir, mungkin tangannya bersih sebab basuh dengan sabun
tapi tidak semestinya suci sebab mungkin dia pegang daging babi atau sentuh
anjing atau berak tak basuh. Maka afdal lagi pilih tukang gunting rambut yang Islam.
Suloh diri aku ini umat
Nabi? Dah cukup 1,000 kali aku selawat kepada Nabi hari ini? Kalau belum
layakkah nak mengaku aku ini umat Nabi? Di Akhirat besok katanya nak bersama di
sisi Nabi. Maka kenalah usaha dan menzahirkan kecintaan kepada Nabi. InsyaAllah
sempena Maulid Nabi ini marilah azam untuk istiqamah selawat 1,000 kali sehari.
Ciri ikhlas ialah tidak
mengharap pujian. Boleh puji tapi jangan lebih2. Kembalikan pujian kepada
Allah. “Ish sedap bacaan Imam.” Alhamdulillah. Di hina sama di puji sama.
Setiap kepandaian yang kita ada ini, semuanya daripada Allah belaka. Bila2 masa
Allah boleh tarik balik.
Dunia ini ibarat syurga kecil.
Semuanya bersifat sementara. Sedap yang dirasa itu bersifat sementara. Kalau
tak ada sifat rasa maka tiada lagi nikmat makan itu. Rasa masam atau rasa
manis, kedua-dunya nikmat. Maka syurga besar itu ialah di Akhirat. Nikmat yang
kekal. Maka carilah bekal supaya dapat bawa ke Akhirat.
Kena faham bahawa setiap
amal soleh yang dilakukan ini, yang terimanya Allah. Maka kenalah consisten dan
istiqamah iaitu di depan orang pun sama di belakang orang pun sama. Di sini
sempurna di rumah pun sempurna. Kena rasa kamu dilihat. Jangan jadi hamba Allah
yang meragui aku ini hamba Allah.
Seseorang yang menuntut
redha Allah maka dunia pun dia dapat akhirat pun dia dapat manfaatnya. Contoh
bila saya khidmat kepada ayah saya dan niat saya untuk mendapat redha Allah.
Maka saya akan dapat kedua-duanya iaitu redha ayah dan redha Allah. Sekiranya kamu mengajar agama jangan mengharap
upahnya. Tapi kalau orang bagi ambil. Rezki Allah sudah tentukan.
Kenapa berubah? Kerana
Allah. Jika dulu kaki perempuan, sekarang tidak lagi kaki perempuan. Kerana
apa? Kerana cacat sebab accident. Kenapa bukan lagi jadi kaki maksiat? Kerana
uzur. Maka itulah yang kamu dapat. Tiada nilaian di sisi Allah. Jangan sampai
ada tersirat niat lain selain kerana Allah. Nak hijrah kepada kebaikan mesti
nawaitu kerana Allah.
Nak sampai kosongkan hati
memang susah. Kena latih. Banyak sebut Allah. Ikhlas itu rahsia. Lupakan
kebaikan kamu kepada orang dan lupakan kejahatan orang kepada kamu. Ingat hanya
Allah dan kematian. Ulamak bedah hati kita dan kita rasa sakit sebab kita ini
berpenyakit. Apa jua yang Nabi kasih
maka Syaitan akan benci. Sama2lah kita suloh diri masing2. Semoga jalan kita
benar.
@@@
Wednesday, January 09, 2013
Lebah Jantan
Hakikat amal ibadah ini ialah pada feqah, tauhid dan tasauf.
Kena lepas tiga peringkat ini baru cantek dan bernilai di sisi Allah. Feqah itu
zahir atau fisikal. Macam basuh kereta nampak lawa dan bersih kereta itu. Tapi
dalamannya kita tidak pasti lagi, enjinnya ok ke tidak?
Mengaji tasauf mengikut ulamak tasauf hukumnya fardu ain
bagi setiap orang Islam. Ilmu tasauf ialah ilmu soal hati kerana hati ini
tempat tilik Allah. Hakikat iman duduk di hati. Hati mesti zuhud kepada Allah
sahaja.
Nasib baik Allah menutup aib manusia. Allah memberi ruang
untuk kita mohon keampunan daripada-Nya pada setiap masa. Allah tidak keluarkan
atau zahirkan bau busuk sesuatu maksiat yang manusia lakukan. Jikalah Allah
zahirkan bau maksiat ini maka sudah tentu tiada Ustaz yang layak duduk di depan
mengajar ilmu kerana sudah tentu dia
juga tercalit bau maksiat itu.
Pada kebiasaanya tiada manusia yang pakai baju yang sama
setiap hari kerana kekotoran dan bau yang busuk atau tengik. Untuk ke ofis setiap
pagi kita selalu mamakai baju lain atau baju yang sudah dibasuh. Maka begitu
juga ibarat kita ini, sepatutnya tidak ada manusia yang sanggup kekal dengan bau
busuk maksiat. Maka hati mestilah sentiasa di cuci supaya bersih dari kekotoran
jiwa. Bahan pencuci yang paling afdal ialah taubat dan zikrullah.
Ilmu tasauf membersih batin daripada kekotoran dan penyakit
dengan manhaj atau methodologi amal yang sempurna. Hati yang baik akan
mengambil berat soal agama sebagaimana mengambil berat soal anak sendiri.
Menjadi manusia yang benar2 mengenali Allah secara makrifat dan begitu
mengambil peduli soal agama.
Ustaz saya ada berpesan janganlah jadi seperti lebah jantan
yang sangat ligat di waktu siang tapi lesu habis pada malamnya. Ligatnya kita
beribadah di waktu siang harapnya ligat juga di waktu malam. Supaya kita ini
takut tidak pada makhluk tetapi takut hanya kepada Allah, mengharap rahmat
Allah dan supaya mendapat kasih sayang Allah.
@@@
Tuesday, December 11, 2012
The Mastermind
Yakinlah pada perancangan Allah. Bergantung haraplah pada Allah. Manusia merancang namun perancangan Allah lagi hebat dan yang menjadi nyata. Kita lihat soal jodoh, saya teringat satu sub-header pada cover sebuah majalah, "Mengapa sibuk bercinta dengan orang yang bukan jodoh mu?"
Bercinta bagai nak rak, hingga acap kali tidak dapat fokus kepada perkara lain. Hidup jadi tak keruan kerananya. Namun janji Allah yang menyatakan jodoh pertemuan di tangan Allah jelas mengatasi segalanya. Walaupun sudah terikat dengan pertunangan sekali pun akan tetap putus jua jika ia bukan jodohmu. Hatta jika di ijab kabul pada sebuah perkahwinan pun akan berkecai jua jika ia bukan jodoh mu.
Namun jika si dia itu jodohmu, maka walau dihalang oleh pelbagai rintangan dan dugaan atau dipisahkan oleh lautan yang luas atau benua yang jauh, maka tetap dia juga yang muncul sebagai jodoh mu. Pabila di congak dan di kaji2 kala muhasabah diri akan tergambar bahawa sesungguhnya memang dia inilah yang paling sesuai untuk saya yang telah ditentukan Allah. Percintaan yang gagal sebelum ini memang perancangan Allah supaya diketemukan dengan jodoh yang lebih tepat dan sekufu, insyaAllah. Yakinlah pada percaturan Allah perihal soal jodoh. Justru mengadu hal kepada Allah.
Usah bersedih yang melampau pada setiap kekecewaan. Sesungguhnya Allah menyayangi mu. Tersurat hikmah pada setiap peristiwa dan kejadian. Berlapang dada pada ketentuan Allah dan terus merapatkan hubunganmu dengan Allah pada setiap detik. Itulah yang utama untuk kebahagiaan hidup bukan sekadar di dunia tetapi berpanjangan kepada destinasi akhir iaitu kebahagiaan di akhirat pada kehidupan yang kekal abadi di sana nanti.
Pabila mendapat jodoh yang ditetapkan Allah maka di sana akan wujud keadaan bahawa pasangan saya itu adalah yang terbaik untuk saya. Mungkin tidak terbaik untuk orang lain tapi dia ialah yang terbaik untuk saya. Belajarlah menerima hakikat ini. Suami saya adalah suami yang terbaik untuk saya. Banyakkan syukur kepada Allah atas segala nikmat yang Dia kurniakan. Dan saya adalah isteri yang terbaik untuk suami saya.
Pabila sudah bersyukur maka sesuatu akan menjadi cukup atau padan atau sesuai. Selagi mana tidak memahami hakikat syukur atau berterima kasih kepada Allah pemilik segala yang dipinjam dan diamanahkan kepada kita, maka selagi itu manusia akan terus mengejar dan tidak merasa cukup2 sampai bila2.
Di kuliah maghrib di Masjid as-Salam malam tadi, Ustaz Zahidi mengingatkan para jamaah supaya sentiasa bersyukur yakni berterima kasih kepada Allah. Kita bersyukur bila terpilih untuk menunaikan solat maghrib secara berjamaah. Kerana ramai lagi di luar sana hingga saat ini masih lagi belum mendirikan solat maghrib mereka apatah lagi untuk datang ke masjid atau surau bagi tujuan solat berjamaah?
Ramai yang gagal faham hakikat syukur ini. Ramai yang banyak ilmu di dada tapi tidak menghayati persoalan syukur. Ramai yang sikit saja syukur pada Allah tapi yang banyak ialah lupa pada Allah. Syukur itu sebenarnya ialah pengikat nikmat. Pada syukur akan memberi rasa puas dan cukup atas setiap nikmat Allah. Bila gagal untuk bersyukur pada kurniaan Allah maka akan hadir rasa tidak cukup2 dulu kini dan selamanya. Maka sibuklah manusia mengejar apa yang ingin dikejar hingga terus jauh daripada Allah, bukan makin dekat dan makin taat kepada Allah. Inilah bencana besar. Bencana yang boleh membawa kepada bakaran api neraka Allah.
Di sana si bodoh tidak mendirikan solat kerana kebodohannya. Sedangkan di sini saya yang punya ilmu tidak mendirikan solat, maka siapakan lebih hina antara saya dan si bodoh itu? Dia membuat dosa kerana jahilnya. Saya ini tahu itu dosa tetapi melakukannya, maka siapa yang terlebih hina dia atau saya? Namun kelebihan orang yang tahu ialah pada setiap perlakuan dosa, dia akan tahu jalan kembali ke pangkal jalan. Berbanding dengan si jahil yang berkekalan membuat dosa.
Pabila saya selesai beribadah, selesai tugasan dengan Allah maka akan membuahkan rasa lega dan lapang. Kita cari tapi tidak cukup2 kenapa? Syukur akanmu maka akan bertambah nikmat. Jangan meminta panjang umur tapi mintalah dipanjangkan umur dalam keberkatan. Azamlah untuk menunaikan sunnah Rasulullah walaupun sekecil-kecilnya. Syukur akan menegah siksa Allah. Sepatutnya makin banyak harta maka makin dekat dengan Allah. Tapi bila makin kaya makin liat nak keluarkan zakat, makin dekat pula dengan siksa Allah. Nau'zubillah.
Jika diuji Allah dengan kepayahan ramai orang boleh terima. Yang risaunya ialah pabila di uji Allah dengan kesenangan, ramai yang lupa Allah. Tuan punya kambing yang bersyukur akan berpegang kepada kambing itu tetap kambing sedangkan dia ini hamba Allah, maka dia akan tinggal kambingnya sekejap untuk pergi mendirikan solat. Sebaliknya kambing pun agak pening juga melihat tuannya, "Aku tak solat dia pun tak solat. Aku tak puasa dia pun tak puasa. Dia kambing atau aku yang kambing?"
Dia bagi nikmat senang tapi takut kita lupa. Takut kita lupa Allah. Takut kasih kepada nikmat tapi lupa kepada empunya nikmat. Mintalah doa supaya kita kekal takut kepada Allah. Mulianya orang yang beriman kepada Allah. Jadilah gembala kambing yang bertakwa, yang mulia di dunia dan mulia di akhirat. Ini tidak, bila sudah ada 40 ekor kambing sudah mula lupa Allah. Segala sesuatu ini datang daripada Allah belaka, maka terima kasih kepada Allah. Kita ini tiada apa2. Semua dalam pengetahuan Allah. Allah is the Mastermind.

Tuesday, December 04, 2012
Era Kegelapan
"Guano lamo tok napok?" tegur Ustaz Sobri. "Ado supo biaso Ustaz", jawab saya. "Dok eh...lamo tak napok di masjid? Dok main kok jauh ko?" sambung Ustaz Sabri. Rupanya dalam senyap Ustaz ada memerhatikan para jamaah yang hadir saban malam, tika kuliah maghrib terutamanya. Maka kala terserempak dengan saya di pasar pada hari minggu lalu terus Ustaz menyapa saya dengan soalan2 cepumas tadi. "Ada Ustaz, cuma ceghele cegheluk", tambah saya lagi. "OOO...ingat dok nadah kitab dgn tok guru manno...he he."
Itulah saya ini melalui gelombang iman yang turun dan naik. Sekejap di atas, sekejap berada di bawah pula. Yang penting ialah jangan kekal di bawah. Bawalah bertenang. Dan kembali merangkak ke puncak. Hidup tanpa menghadiri majlis2 ilmu ibarat menjalani detik-detik kegelapan tanpa cahaya yang bisa menyuluh jalan di hadapan. Justru amat penting untuk hadir mendengar peringatan dan nasihat agama supaya saya kembali faham agama dan bergerak ke depan dengan acuan agama, bukan pedoman nafsu dan akal semata.
Di ofis saya era kegelapan juga telah melanda. Ceramah perdana bulanan terakhir di adakan pada bulan Jun yang lalu. Kuliah zohor mingguan juga sudah lima bulan senyap. Ada saja onak dan duri yang menghalang. Pabila saya menulis satu email kepada pihak HR untuk duduk berbincang mencari jalan bagi merancang supaya program2 keruhanian ini dapat diteruskan semula, tiada respon yang saya dapat. Saya kecewa. Selepas seminggu menunggu maka saya menghantar email susulan. Cuma kali ini saya cc kepada Group MD, boss besar. Syarikat kami kini dalam krisis prestasi kewangan yang agak merundum.
Alhamdulillah GMD telah memberi respon kepada boss besar HR, menyatakan sokongan supaya program Ceramah Perdana bulanan dan Kuliah Zohor mingguan yang saya sarankan itu boleh diteruskan. GMD juga memberi cadangan supaya diadakan Tazkirah Pagi harian selama 15 minit melalui PA System syarikat. Pabila GMD sendiri sudah bersuara maka boss HR pun terus mengarahkan anak buahnya untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk bermesyuarat dengan pihak AJK Surau syarikat bagi plan seterusnya.
Alhamdulillah pada hari Jumaat lepas mesyuarat berkenaan telah berjaya diadakan. Keputusannya ialah pihak AJK surau akan menyediakan memo perihal program yang akan diadakan pada setiap bulan dan menyerahkan kepada puhak HR untuk mendapat budget. Pengerusi AJK Surau mengucapkan terima kasih dan Bulan Disember ini akan dijadikan testing ground akan kelancaran proses birokrasi yang ada termasuklah urusan tuntutan 'cash advance' program mendatang, tuntutan claim program2 yg telah berlalu, urusan tauliah Ustaz, dan urusan jemputan Ustaz untuk memenuhi program yang di rancang. Program solat hajat bulanan yang akan disertai oleh pihak pengurusan juga di rancang demi memohon kesejahteraan dan kejayaan syarikat dan seluruh warga kerja sekelian.
Era kegelapan yang saya lalui ini harapnya akan menemukan cahaya dipenghujung terowong. Alasan sampai lambat dari ofis dan selalu miss the boat untuk ke masjid perlu diluputkan segera. Bak kata orang puteh hati nak seribu daya tak nak seribu dalih. Saya juga merupakan salah seorang daripada empat orang yang ditugaskan untuk membaca tazkirah pagi, yang akan dimulakan secara mingguan iaitu setiap hari jumaat sebagai permulaan. Jika tiada aral melintang GMD akan dijemput untuk memberi tazkirah pada slot pertama pada pagi Jumaat ini, sebagai merasmikan dan memberi impak kepada program2 keruhanian seterusnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)
KONGSI KEK
Dalam konteks hari ini, saya ingin elaborate dan bawak berbincang isu2 yg dekat dgn rakyat dan suasana di negara kita sekarang ini. Antara ...
-
Alhamdulillah, isteri saya telah mendapat hadiah 'suprise' ini pada 20 Sept 2012 courtesy of Pena Maya from Russia yang meng...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
Wajar di promosi budaya berfikir di luar kotak atau pemikiran kretif dalam sistem pendidikan negara. Sudah berlalu era one way communicatio...