Hakikat amal ibadah ini ialah pada feqah, tauhid dan tasauf.
Kena lepas tiga peringkat ini baru cantek dan bernilai di sisi Allah. Feqah itu
zahir atau fisikal. Macam basuh kereta nampak lawa dan bersih kereta itu. Tapi
dalamannya kita tidak pasti lagi, enjinnya ok ke tidak?
Mengaji tasauf mengikut ulamak tasauf hukumnya fardu ain
bagi setiap orang Islam. Ilmu tasauf ialah ilmu soal hati kerana hati ini
tempat tilik Allah. Hakikat iman duduk di hati. Hati mesti zuhud kepada Allah
sahaja.
Nasib baik Allah menutup aib manusia. Allah memberi ruang
untuk kita mohon keampunan daripada-Nya pada setiap masa. Allah tidak keluarkan
atau zahirkan bau busuk sesuatu maksiat yang manusia lakukan. Jikalah Allah
zahirkan bau maksiat ini maka sudah tentu tiada Ustaz yang layak duduk di depan
mengajar ilmu kerana sudah tentu dia
juga tercalit bau maksiat itu.
Pada kebiasaanya tiada manusia yang pakai baju yang sama
setiap hari kerana kekotoran dan bau yang busuk atau tengik. Untuk ke ofis setiap
pagi kita selalu mamakai baju lain atau baju yang sudah dibasuh. Maka begitu
juga ibarat kita ini, sepatutnya tidak ada manusia yang sanggup kekal dengan bau
busuk maksiat. Maka hati mestilah sentiasa di cuci supaya bersih dari kekotoran
jiwa. Bahan pencuci yang paling afdal ialah taubat dan zikrullah.
Ilmu tasauf membersih batin daripada kekotoran dan penyakit
dengan manhaj atau methodologi amal yang sempurna. Hati yang baik akan
mengambil berat soal agama sebagaimana mengambil berat soal anak sendiri.
Menjadi manusia yang benar2 mengenali Allah secara makrifat dan begitu
mengambil peduli soal agama.
Ustaz saya ada berpesan janganlah jadi seperti lebah jantan
yang sangat ligat di waktu siang tapi lesu habis pada malamnya. Ligatnya kita
beribadah di waktu siang harapnya ligat juga di waktu malam. Supaya kita ini
takut tidak pada makhluk tetapi takut hanya kepada Allah, mengharap rahmat
Allah dan supaya mendapat kasih sayang Allah.
@@@
No comments:
Post a Comment