Showing posts with label The Flesh. Show all posts
Showing posts with label The Flesh. Show all posts

Friday, April 25, 2014

DM Moment


DM Moment
Bila Nama Ana Di Sebut
Untuk Di Ijazah 

Pesan Guru
Sebagaimana Ana Menerima Ijazah 
Daripada Guru Ana Dulu
Ana Mengijazahkan Anta
Gunakan Selendang Ini Untuk Solat

Maka Di Minta Ke Depan
Untuk Takruf
Bergetar Suara Di Depan Jemaah DM
Di Depan Guru 

Bismillahirrahminrrahiim
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokaatuh
Alhamdulillah

Kerana Allah Telah Pilih Kita Semua
Untuk Berada Di Majlis Ta'alim DM Ini
Masih Ramai Di Luar Sana Yang Tidak Di Pilih Allah

Ana Hadir Ke Majlis Ini Bersama Isteri
 Mohon Teman2 Sekelian Doakan
Agar Kami Istiqamah Hadir

Ramai Antara Kita Datang Dari Jauh
Mujahadah Demi Melazimi Majlis Ta'alim DM
Tugas Kita Menuntut Ilmu

Bukan Sekadar Itu
Ilmu Mestilah Pula Di Amalkan
Islam Ialah Cara Hidup
Yang Lengkap
Yang Menyeluruh
Yang Sempurna
Yang Di Redhai Allah

Juga Bukan Sekadar Itu
Tugasan Seorang Hamba
Ibadah Kepada Allah
Dan Menyambung Tugasan Rasulullah
Untuk Menyampaikan Risalah Dakwah

Gunakan Kemampuan Yang Ada
Kemudahan Teknologi Misalnya
Yang Pandai Bicara Di Depan Silakan
Yang Bisa Menulis Buku Teruskan

Sebarkan Ilmu
Melalui Facebook
Twitter, Whatsapp, Telegram, SMS, eMail
Coretan di Blog
Paparan Di Youtube

Ilmu Amal Dan Dakwah
Ibarat Tiga Serangkai
Yang Merungkai Sisa Kehidupan

Ana Bersyukur
Bila Allah Campakkan Ke Daerah Ini
Majlis2 Ilmu Yang Subur

Masjid As-Salam Umpamanya
Di Penuhi Majlis Ilmu Setiap Malam
30 Hari Mengundang 30 Ustaz
Tambah Lagi 8 Kuliah Subuh

Dikelilingi 27 Surau Di Khariah As-Salam
Surau Di Taman Ana Surau Al-Faaizeen
Punyai 16 Kuliah Sebulan

Jika Purata 10 Kuliah 
Setiap Surau Setiap Bulan
Maka Sudah Ada 270 Kuliah Ilmu

Tiada Alasan Lagi
Di Hadapan Allah
Untuk Tidak Menuntut Ilmu Allah
Tepuk Dada Tanya Iman

Pesan Guru Masih Terngiang
Walau Majlis Ta'alim Siapa Pun Kita Berada
Walau Majlis Ilmu Mana Pun Kita Hadir
Betulkan Niat Kerana Allah
Kerana Bukan Kita Ini
Mencari Masyhur Di Kalangan Makhluk
Kita Mencari Masyhur Di Sisi Allah

Tadahan Kitab Yang Semarak
Kitab Wasiat Agama Dan Nasihat Imam
Kitab 55 Wasiat Nabi
Kitab Pesanan Luqmanul Hakim
Doa Dan Zikir
Selawat Dan Qasidah

Sebutir Sebutir
Lontaran Ilmu Dan Hikmah
Keluar Daripada Bibir Seorang Guru

Tiga Era Sebenarnya
Era Lampau Yang Penuh Dosa Dan Maksiat 
Era Kini Ialah Era Taubat
Untuk Muhasabah Suloh Diri
Pintu Taubat Masih Terbuka
Era Hadapan Ialah
Mencari Ilmu
Menggiat Amal
Meneroka Dakwah

Sisa Usia Makin Hari Makin Sedikit
Tumpu Tiga Usaha Yang Utama

Tarbiyah Mendidik Anak Soleh
Agar Dia Bisa Mendoakan

Ilmu Di Dada Itu Sebarkan
Agar Menjadi Ilmu Bermanfaat 

Harta Berjuta
Laburkan Untuk Infaq Di Jalan Allah
Belanjakan Sebagai Jariah

Usah Cinta Dunia Dan Takut Mati
Kerana Mati Itu Sangat Menghampiri
Belajar Mengerti Sebuah Realiti
Agar Tidak Di Tipu Daya Dunia Lagi

Bersihkan Gelas 
Sebelum Di Isikan Air
Bersihkan Hati Dengan Zikrullah
Agar Barokah Ilmu Yang Di Timba

Agama Itu Nasihat
Seiring Visi Darul Muhajirin
Setiap Malam Jumaat
Majlis Ta'alim DM 

Ana Berkongsi DM Moment
Bersama Dada Yang Gemuruh Ini
Pada Renungan Seorang Guru


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Tuesday, July 23, 2013

Pemanah as-Salam

Masjid as-Salam mendapat pujian daripada para jemaah dan juga Ustaz. Karnival Ramadan terserlah. Majlis ilmu nya hidup dan semarak. Majlis berbuka dan moreh juga meriah. Gerai2 jualan juga menambah seri. Qiyamullail di setiap hujung minggu. Yang special lagi ialah kemudahan riadah memanah. Memanah ialah salah satu sunnah Nabi. Justru secara tidak langsung usha ini menghidupkan sunnah Nabi di bulan yang mulia ini. Tahniah !!

Sasaran Bull Eyes

Imam Firdaus Membidik Sasarannya

Saf Perisai Bukit Sentosa

Friday, October 19, 2012

Ikan Di Laut Yang Masin


“Kenapa belum mengerjakan ibadah haji?” tanya Dollah kepada Mamat. Mamat dengan ikhlas menjawab, “Belum cukup duit lagi.” Dollah tersenyum kambing. “Hang hisap rokok tu habis berapa duit sehari?” Mamat kata, “Dalam RM5 sahaja.” Dollah senyum lagi. “Dah berapa lama hang hisap rokok ni?” Mamat termenung sejenak kemudian menjawab, “Dah 40 tahun kot.”

“Hmmmm…maknanya hang membelanjakan RM150 sebulan, RM1,800 setahun, iaitu sejumlah RM72,000 telah engkau belanjakan untuk rokok ni kurang lebih selama 40 tahun.” Maknanya kalau nak pi buat ibadah haji guna dana RM72,000 rasanya sudah boleh mengerjakan ibadah haji sebanyak tujuh kali. Maka tiada alasan lagi di hadapan Allah.

Duit yang kita simpan belum tentu milik kita. Apa yang kita beli bukan untuk kita tapi untuk keluarga. Namun apa yang kita sedekah itu, untuk kita, jadi milik kita. Maka rajin-rajinlah kita bersedekah.

Ramai orang takut mati, tapi ramai tak takut bila persiapan mati tidak cukup. Tidur itu mati yang sementara. Mati itu tidur yang selama-lamanya. Maka persiapan untuk mati itu sepatutnya mesti mantop. Bangun solat malam, solat fardhu berjamaah, solat dhuha, zikrullah, ngaji al-Qur’an, solat2 sunat, baca surah al-Mulk dan as-Sajadah sebelum tidur, dan banyakkan taubat dan doa. Beriman, beramal dan istiqamah dalam beramal.

Istiqamah itu ibarat ikan di laut masin, tapi tidak masin-masin, tetap istiqamah. Apa-apa jadi pun tidak berganjak. Ikan kata, “Langkah mayat aku dulu, baru jadi masin.” Selagi hidup di laut yang masin, tetap tidak masin. Bagai mutiara di dasar laut, makin berombak makin tetap kekal dia di dasar laut.

Kebaikan kita kepada orang, lupakan. Kebaikan orang kepada kita, ingatkan. Pabila Allah sayang kepada hamba-Nya, dicubanya, di beri ujian. Orang yang paling teruk terima ujian Allah ialah para Nabi dan yang sewaktu dengannya. Di Padang Mahsyar, orang yang di timpa ujian penyakit memiliki lebih banyak pahala berbanding dengan orang yang bersolat.

Sayang Allah kepada orang yang bertaubat itu ibarat kata ustaz, "Melebihi kegembiraan seorang Pak Arab yang mendapat balik untanya yang hilang di padang pasir." Nak cerita kata kegembiraan yang banyak. Apa2 jadi kat kita semuanya daripada Allah. 

Solat sunat itu tanda solat fardhu diterima Allah. Solat sunat itu dapat pahala. Tidak solat sunat betapa ruginya. Masa kita sihat, muda, lapang, kaya, senang ini maka banyakkanlah beramal. Masa susah kita selalu ingat Allah, tapi masa senang kita ingat Allah tidak?

Ahli Syurga, bila buat baik akan rasa ceria dia tapi bila buat jahat akan risau dia. Sabar untuk meninggalkan maksiat lebih sukar daripada sabar dalam taat kepada Allah. Manusia mutmainnah iaitu manusia yang tidak buat maksiat lagi, maka untuk beriman dan beramal dengan istiqamah itu merupakan gerak kerja yang sangat mencabar sebenarnya.

Tuhanku adalah Allah, maka ikut seluruh hukum Allah dan jangan bangkang. Letakkan diri kita sebagai hamba Allah yang taat. Pikul tanggung-jawab sebagai Khalifah Allah dimuka bumi ini untuk kebahagiaan di Akhirat nanti. Jadilah sebagai pemegang amanah Allah untuk menjaga segala sesuatu milik Allah ini dan jangan sekali-kali pecah amanah itu.

@@@

Friday, October 12, 2012

Terus Buat Baik


“Ustaz, mintak pendekkan sikit kuliah subuh pagi ni,” bisik Tuan Nazir masjid al-Faaizeen kepada Ustaz. “OK boleh saja no problem. Kenapa Tuan?” tanya Ustaz. “Ada majlis akad nikah pada pukul 9:00 nanti,” jelas Tuan Nazir. Ustaz menghabiskan kuliahnya selepas 45 minit. Kemudian para jemaah menjamu selera bersarapan pagi yang disediakan oleh pihak masjid.

Sejurus kemudian kelihatan Tuan Nazir di datangi oleh seorang tetamu. Beliau menyatakan, “Tuan Nazir, majlis akad nikah pagi ini terpaksa dibatalkan.” “Apasal?” tanya Tuan Nazir. “Pengantin lelaki meninggal dunia secara mengejut sekejap tadi.” Innalillah. 

Arwah baru berumur 26 tahun dan tiada masalah kesihatan sebelum ini. Maka benarlah bahawa ajal maut itu sudah termaktub dan tidak akan diawal atau dilewatkan walaupun sedetik. Malaikat maut memang tegas dalam memikul tanggung jawab yang di amanahkan Allah kepadanya.

Tempoh hari, Zaki kawan saya secara santai berkata, “Aku ni bila nak jadi baik? Sekejap solat sekejap tak solat.” Saya pun secara spontan menjawab, “Sekarang Zaki. Nak tunggu apa lagi? Mati tu kita tak tau bila. Ada orang, muda pun mati.” Saya tambah lagi, “Janganlah kita hidup di dunia untuk menderita di Akhirat.”

Dunia ini tiada nilainya di sisi Allah, tapi ia menjadi sangat penting untuk menentukan kehidupan seseorang di Akhirat nanti. Imam Nawawi pernah berkata, “Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu. Jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.”

Pagi tadi saya dipanggil untuk menghadiri sebuah mesyuarat. Pengerusi mesyuarat seorang wanita berumur 50an. Terdapat 20 orang yang menghadiri mesyuarat ini yang mana 18 org daripadanya ialah kalangan wanita. Daripada 18 orang ini, 3 orang masih belum menerima hidayah untuk menutup aurat, termasuklah pengerusi mesyuarat. 

Mengapa perintah menutup aurat yang Allah kenakan kepada wanita ini tidak mahu dipatuhi oleh beliau? Sedangkan dia nampak, dia sedar dan mengetahuinya.

Tambahan lagi terdapat 500 wanita yang bekerja di syarikat ini yang mana 90% setia menutup aurat . Mengapa dia memilih untuk menjadi ahli kelompok 10% yang tidak menutup aurat? Allah terus menghijab dia daripada nampak kebenaran. Sedangkan malaikat maut setia menunggu di depan mata.

Semasa memandu ke ofis tadi saya mendengar program Motivasi Pagi yang bersiaran pukul 7:30pagi di radio IKIM. Kata Ustaz, suami isteri kena pandai compliment each other. Maksudnya kena ringan-ringankanlah mulut untuk memuji pasangan masing2. 

Memang saikologi manusia suka kepada pujian. Jangan mengutuk, tapi memuji. Contohnya, jika isteri pandai masak kicap. Hari ni dia masak goreng ayam kicap, besok masak daging kicap, lusa masak telor kicap, seterusnya nasi goreng kicap, esoknya masak ikan kicap dan last sekali masak sardin kicap. Pendek kata masak kicap je hari-hari. Meluat kita dibuatnya. Tapi cuba puji isteri tadi, “Sayang ni memang terer masak kicap. Abang ingat satu hari nanti kita boleh komersilkan masakan kicap ni.” Sebab isteri suka di puji.

Begitu juga dengan suami sekali sekala mendapat pujian isteri, teruja giler. Contohnya, si suami ni pemalas orangnya. Pantang hari minggu dok belekar (macam ular sawa) dpn tv la kerjanya. Sedangkan isteri penat buat kerja umah ke hulu ke hilir. Maka isteri jangan kutuk suami tapi bagi pujian, “Saya tengok suami orang sebelah tu rajin tolong isteri dia jemur kain, vacuum rumah, dan cuci longkang. Tapi saya kalau mati hidup balik pun abang jugalah pilihan saya sebagai suami.”

Sebenarnya pujian demi pujian ini akan memberi effect positif, insyaAllah. Semoga suatu hari nanti isteri dan suami tadi akan menyedari kelemahan diri dan mengambil tindakan ke hadapan untuk memperbaiki keadaan. 

Sebagaimana yang diceritakan oleh seorang kawan, pabila dia sentiasa memuji anaknya, “Cikgu selalu puji Along ni rajin kat sekolah.” Maka anak tadi telah berubah daripada seorang yang malas belajar dan keras hati menjadi seorang yang tidak akan tidur selagi kerja rumahnya tidak disiapkan. Itulah kesan pujian. Ia memberi kebaikan yang memadamkan keburukan.

Sebab itu saya amat tidak gemar menonton telemovie atau drama di TV kerana ia sentiasa menonjolkan espek negatif dalam masyarakat. Begitu juga akhbar2 tabloid atau arus perdana yang suka membesarkan kepincangan dalam masyarakat. Hinggakan minda spara sedar kita menjadi lali dengan segala terma keburukan seperti rogol, bunuh dan rompak.

Akhir kata, marilah kita bergerak mencari kebaikan dalam hidup. Tinggalkan segala keburukan. Pabila ingin melakukan sesuatu kita tanya, “Apakah ini mendatang murka Allah atau kasih Allah? Apakah ini memberi dosa atau pahala?” Sama2lah kita renung dan amalkan.

@@@

Wednesday, June 06, 2012

Pantun Karat Petang Rabu

Pahit Ubat Buah Pria
Pohon Saga Batu Bersurat
Berhikmah Kita Hidup Di Dunia
Agar Bahagia Hidup Di Akhirat

Petang Hari Panjat Kelapa
Anak Jiran Suka Bertanya
Kita Ini Tiada Apa Apa
Semuanya Allah Yang Punya

Emak Masak Tauhu Sumbat
Hati Gembira Lagi Ceria
Sambung Kerja Nabi Dan Para Sahabat
Usha Dakwah Ke Serata Dunia

Kolek Di Paya Sudah Terbalik
Pipit Terbang Basah Sayapnya
Sentiasa Kita Bersangka Baik
Setiap Yang Berlaku Ada Hikmahnya

@@@

Tuesday, June 05, 2012

Nota Diri Penyeri Hati

Nota diri di kala sepi dan menyendiri. Kadang pilu kadang hepi. Entah apa yang dicari. Kesana kemari mengejar bayang mentari. Subuh berlalu tanpa disedari. Perut yang kosong kena isi. Ruh yang lapar pun kena di isi. Baru sihat dan kuat jatidiri. Fakih dalam zuhud di medan ilmu. Perkasa iman untuk tawadduk dan khusyuk di jalan amal. Menadah pada yang ada. Memohon pada yang kuasa. Kita hamba di bumi yang fana. Semoga sedikit nota diri ini ada nota kakinya.

***
Sabar itu separuh drp iman. Rejab bulan perubahan untuk tingkat iman & amal menuju Syaaban dan kemuliaan Ramadan. Muhasabah diri dan ikhlaskan hati. Sudah 15 Rejab hari ini. Apa lagi di tunggu. Jom tingkatkan iman dan amalan diri. Teruskan perjuangan !!

***
Solat tiang agama. Tidak terlepas tanggungannya walaupun sakit dan uzur. Jika tidak boleh berdiri, maka duduk, mengiring, baring, jika masih tak boleh maka isyaratkan guna mata, dan akhir sekali isyarat hati. Begitulah telitinya tuntutan solat untuk ummat. Qada solat pula tidak terikat dgn waktu. Teruskan qada solat semampunya menggantikan solat2 yg pernah tertinggal. Semoga solat kita di terima Allah. Semoga jijik melihat dosa.

***
Alhamdulillah kerana sedekahkan buku kecil Wirid Al-Ma’thurat ini. Buku kecil dan ringan yang boleh menjadi asbab pahala yang besar dan berat.

***
Plan Bertindak:
1. Jangan Mengumpat kalau tak mau rugi
2. Banyakkan sedekah kalau mau untung.

***
Teruskan doa menaruh harap pada Allah dgn penuh ikhlas. Semoga ia menjadi doa mustajab dan diperkenankan Allah segala pengharapan itu.

***
Surah al-Ikhlas adalah asas aqidah dan tauhid. Begitu signifikan dan banyak fadilatnya. Amalkan membacanya dan faham maknanya. Seterusnya pegang sekukuhnya dalam hati sampai mati. Dan beramal dalam kehidupan.


***
Ushakan untuk memahami ayat2 yg kita baca dlm solat. Semuanya doa yg indah. Bersihkan hati dari sifat2 mazmumah. Pengharapan hamba pada Rabb nya. Jangan putus asa. InsyaAllah suatu ketika nanti khusyuk akan tercapai jua.

***
Alhamdulillah semoga terus usha untuk meningkatkan quality solat. Solat yg baik bisa menghalang maksiat dan menjadi asbab untuk hidup yg lebih barokah.

***
Sama2 cari ilmu dan suluh diri sendiri. Semakin meningkat tahap ilmu dan amalan semakin power godaan nafsu dan ancaman syaitan. Orang kaya ilmu akan di gula2kan akan perihal kehebatan amal ibadahnya, hingga kekadang itu memandang rendah pula akan orang lain, terasa diri banyak membuat kebaikan dan kebajikan. Itulah hakikat kehidupan maka hati2lah soal hati ini agar tidak kecundang di hujung segala kebaikan diri.

***
Alhamdulillah kerana nikmat mata ini. Ada satu riwayat, di hadapan Allah pabila seorang alim berharap masuk syurga atas dasar amal soleh selama hidup, namun pabila di timbang dgn sekadar nikmat sebelah mata saja pun, tidak dpt mengatasi berat timbangan nikmat sebelah mata tadi. Maka haraplah kita redha Allah untuk ke Syurga-Nya. Terlalu banyak nikmat Allah untuk kita syukuri. Rabun mata juga sebagai peringatan bahwa nikmat Allah ini boleh ditarik bila2 masa kerana semuanya Allah punya, tiada yg kita punya. Itulah hakikat. Bergantung haraplah pada Allah.

***
Tiada yg bisa menghubungkan dunia dgn alam barzakh melainkan doa anak yg soleh, ilmu bermanfaat, & amal jariah. Maka anak yg soleh amat penting untuk kesenambungan hidup bukan saja di dunia malah berpanjangan hingga ke alam barzakh & akhirat. Jutru kita lipat ganda usha untuk jadi anak soleh dan untuk jadikan anak kita juga anak yg soleh.

***
Sudah acap kita dengar kebaikan dan kehebatan Tahajjud ini, namun masih liat untuk bangun dirikan tahajjud & bermunajat kpd Allah SWT. Itulah antara kelemahan seorang hamba. Sesuatu yg mahal harganya perlu mujahadah dan susah payah. Allah SWT Maha Adil.


***
Beg baru di isi kain sembahyang. Di bawa ke masjid dirikan sembahyang...semoga Allah sayang.

***

Nota kakinya ialah hidup ini sementara. Nikmatnya pun sementara. Nikmat makan hilang bila kenyang. Nikmat minum lenyap bila hilang dahaganya. Begitu juga sengsara sakitnya atau batuknya jua hilang bila sudah sembuh. Itulah hakikat hidup sementara di dunia fana. Walaupun sementara kita duduk mengejar hingga lupa. Lupa bahawa segalanya bakal ditinggal. Oleh itu apa kata sibukkan dengan bekal yang bakal di bawa. Untuk nikmat yang kekal di Syurga atau sengsara yang kekal di Neraka? Dirikan solat2 sunat, tingkatkan zikrullah, mengaji Qur'an, dan sedekah. Kotor hati kita cucikan. Penyakit hati kita ubatkan. Amal2 fardu kita mantapkan. Yang masih keliru kita fahamkan. Cintai majlis ilmu, agar lara dan bodoh kita tidak lagi seperti dulu. Bangun bertahajjud malam ini supaya kita tidak rugi lagi pada segala hiburan dan ujian !!

@@@

Tuesday, May 29, 2012

Tayar Pancit

“Pa, cashier tu bagi kurang RM1,” jelas isteri kepada saya sambil memerhatikan resit bayaran yang berjumlah RM18.12 itu. “Takpa la, kita niat sedekah,” sampuk saya. “Ok niat sedekah je lah.”

Kemudian kami keluar dari pasaraya berkenaan dan singgah untuk ambil selipar yang di baiki oleh Pakcik tukang kasut di kaki lima depan pasar. “Berapa Pakcik?” tanya isteri saya. Pakcik tadi kata, “Sepatutnya RM8, tapi bagi RM7 sudah la.”

Teori sebalik sesuatu ada sesuatu menjadi nampaknya.

Semasa memandu pulang dari ofis semalam, sesampainya di Rawang ada mamat sebelah saya hon. Bila saya menoleh kepadanya, dia memberi isyarat bahawa tayar belakang sebelah kanan kereta saya pancit. Saya mengangguk, dan meneruskan memandu hingga ke stesen Petronas di depan sana. Tapi bila saya pam angin, tak berjaya masuk dan tayar itu kekal kempis (Rupanya ada butang khas untuk tayar pancit). Nak tak nak saya terpaksa memandu juga untuk sampai ke kedai tayar berhampiran. Perjalanan itu terasa jauh pula dan tayar bermasalah itu sudah mengeluarkan bunyi pancitnya bila terseret di jalan tar.

Sesampainya di kedai, saya lihat tayar itu sudah hancur berkecai…ish ish. Sudah sampai ajalnya. Nasib baik rim tidak rosak. Tayar ini sebenarnya memang sudah bocor tapi anginnya keluar secara slow motion. Setiap dua atau tiga hari saya terpaksa pam angin kat stesen petrol. Bacaannya 164 out of 220. Jadi kebetulan kejadian hari ini yang menyebabkannya terburai, maka saya pun terpaksalah ganti dengan tayar baru. “Dik, ada tayar second hand?” tanya saya. “Ada.” Maka saya pun ditunjukkan dengan beberapa biji tayar yang ada dalam stok untuk saya membuat pilihan. “Berapa satu?” “RM50”, jawabnya.

Pabila di renung dan di fikir, maka dapat dibuat kesimpulan bahawa Allah itu sangat prihatin kerana merencanakan kejadian ini semasa saya melalui jalan lama Rawang, kerana bagi saya ianya adalah satu keadaan yang terkawal. Sebaliknya jika kejadian ini berlaku semasa saya memecut 140km/j di lebuhraya PLUS sebagaimana yang saya lalui sepanjang minggu lepas sebagai laluan pilihan untuk cepat sampai ke rumah, maka adegan yang trajis mungkin berlaku. Tapi entah macam mana semalam iaitu hari pertama bekerja pada minggu ini, tergerak hati untuk balik melalui jalan lama, bukan melalui lebuhraya seperti biasa.

Ada perancangan Allah di si sebalik sesuatu kejadian.

Teringat saya tahun lepas, saya sekeluarga dalam perjalanan ke Cameron Highland pabila tayar depan pancit semasa di lebuhraya berdekatan Tapah. Nasib baik kereta lain tak banyak dan saya sempat memberhentikan kereta di lorong kecemasan dengan selamat. Saya yang dibantu oleh anak lelaki saya dengan cool dapat jack kereta dan menanggalkan rim bersama tayar yang meletup itu dan berjaya menggantikan dengan tayar spare.

Bila di fikir balik, Allah bisa saja memberi kejadian yang buruk tetapi Allah dengan sifat pengasih dan penyayang-Nya telah memberi peluang kepada saya dan keluarga untuk menghadapi musibah dan ujian itu dengan risiko yang paling minima, Alhamdulillah.

Ada hikmah atau sesuatu di sebalik sesuatu itu. Belajar bersyukur walaupun ditimpa kejadian yang buruk, kerana kejadian yang menimpa itu bisa saja lebih buruk atau trajis. Bersangka baik pada Allah. Bersyukur atas segala kejadian atau ujian yang berlaku.

@@@

Tuesday, March 20, 2012

Beberapa Poin Buat Renungan

69 Points To Ponder...


Pasal Kaya
1.        Kawan saya seorang hartawan baru mati hari isnin lalu. Mata saya lihat jenazahnya dimasukkan ke liang lahad di tanah perkuburan. Saya tak nampak sebarang hartanya di tanam bersama. Hanya beberapa helai kain putih pembalut tubuh menemaninya. Harta dunia tetap mahu tinggal di dunia. Harta akhirat yg dibawa bersama ialah dalam bentuk amal soleh & sedekah jariah, InsyaAllah.
2.        Untunglah orang2 yg kaya harta tapi dekat kepada Allah. Tidak kedekut menginfaqkan hartanya pada jalan Allah. 
3.        Belajar memada pada yang ada. Itu gamaknya hidup bersederhana. 
4.        Islam nak kita kaya. Ibadah zakat itu sendiri menghendaki seseorang itu kaya harta. Namun janganlah kaya yang menjauhkan diri drp Allah. Kita nak semakin kaya semakin rapat dengan Allah. Bukan semakin kaya semakin syirik pada Allah.
5.        Yang penting mesejnya yg begitu jelas bahawa kita ini tidak punya apa2 sebenarnya. Semuanya Allah punya. Subhanallah.
6.        Saya dok cerita kat anak2, lahir dulu tak bawa apa2, mati nanti pun tak bawa apa2 kecuali amal ibadah. Semua yg ada, Allah punya...ish ish. Kita hamba-Nya yg lemah. Toksoh dok gedebe sangat la. 
7.        Orang kaya sebenar ialah yg punyai cukup bekalan untuk Akhirat. Maka elok benarlah kalau kita berebut mengumpul kekayaan untuk Akhirat.
8.        Orang yang paling untung dalam perniagaan ialah orang yang dapat masuk syurga Allah.

Majlis Ilmu
9.        Alhamdulillah kerana rezki kelapangan mengikuti majlis ilmu. Semoga kita sama2 meneruskan pencarian ilmu walau dgn apa cara sekalipun.
10.     Kuliah maghrib adalah medan terbaik untuk berjinak-jinak dengan ilmu agama.
11.     Alhamdulillah kerana diberi hidayah oleh Allah untuk kita mengikuti majlis2 ilmu. Dan menjadi tugas kita pulalah untuk mengembangkan ilmu yg kita dapat itu dgn apa cara sekali pun, insyaAllah.
12.     Sewajarnya saya pelajar jurusan Agama kerana tanpa agama manusia hilang arah tujuan hidup untuk mencari redha Allah. Semua kita selayaknya menjadi pelajar jurusan Agama, cinta ilmu dan beramal dengannya, insyaAllah.
13.     Yang penting hadiri majlis ilmu. Ubati penyakit 'rasa tahu belako doh'. Sebenarnya lagi banyak belajar lagi banyak tak tahu. Ilmu Allah luas sungguh.
14.     Hijrah dari jahil menjadi alim, insyaAllah.
15.     Ada jalan tapi menyesatkan tak guna juga. Kalau tak ada jalan memang tak sampai. Maka cari ilmu & amal supaya jumpa jalan ke Syurga. InsyaAllah.
16.     Memang benar kita semua adalah penuntut ilmu. Ilmu itu hak kita dari Allah SWT. Sama2lah kita tuntut hak kita ini hingga ke hujung hayat. 
17.     Guru adalah profesion yg mulia. Mulia guru kerana profesionnya. Mulia profession kerana gurunya. Sekiranya dipayungi rahmat Allah.
18.     Guru ibarat lampu kalimantan...Kilowat rendah tapi menerangi ruang yg luas. 
19.     Teruskan usaha murni saudara menggali lubuk ilmu, memerhati isi alam untuk di fikir dan berdakwah ke jalan Allah.
20.     Let see from bird eyes & think with human brain wraps around good heart.

Soal Iman
21.     Hakikatnya kita ini insan yg lemah. Maka patuhlah kepada Allah yang Maha Kuat itu.
22.     Siapalah kita untuk mempersoal iman dan ketaqwaan manusia lain. Serahkan pada Allah, kerana Dia Pencipta manusia itu. Bersangka baiklah sesama manusia. Yang lebih utama ialah memperbaiki diri, keluarga, masyarakat, dan umat mengikut keutamaannya.
23.     Jangan kasih dunia tapi kasih Empunya Dunia. Mukmim hidup memada apa yang ada. Semoga terasa manis dgn Agama.
24.     Ibarat kata bijakpandai 'Theory if not put in practice, worth nothing.' Ada pulak kata, 'Knowledge if not apply = Library." Bila tiba kepada perintah Allah, no question ask - Just Do It !! Semoga iman kita makin mantap, Taqwa kita makin kukuh.
25.     Allah is watching. Setiap perlakuan diri ada CCTV yg merakam, yg akan didedahkan di hari perhitungan (judgement day). Diri sendiri yg rugi pada setiap maksiat yg dilakukan. Pilihan untuk tidak rugi di akhirat merupakan setepat-tepat pilihan. Teruskan perjuangan anak muda !! 

Mesej Dakwah
26.     Mesej dakwah kena disampaikan kepada umat walau dgn apa cara sekali pun. Setiap kita ada peranan berdakwah. We compliment each other bukan syok sendiri. Kalau kuliah di masjid rata2 di hadiri oleh beberapa puluh org jamaah, yg kebanyakannya kelompok regular/biasa, maka UAI berjaya menarik kelompok luarbiasa, bukan ratusan orang tapi menjangkau puluhan ribu tanpa sempadan. Di sambung lagi dgn rakaman video dan audio, siaran demi siaran di internet dan edaran VCD ke seluruh pelusuk. Maka mesej dakwah mengajak kepada agama Allah insyaAllah sedikit sebanyak akan tersebar luas. Usaha dan ikhtiar yg penting dan selebihnya hidayah daripada Allah jua. Bagi saya UAI telah berjaya memecah tradisi dan merobos kebuntuan, mungkin mencetus kontraversi, tapi berjaya menyentuh umat ini merentasi generasi gap termasuklah generasi-Y yg suka merempit, melepak, bersantai, berfacebook, beryoutube dan agak anti-masjid.
27.     Yes I will keep writing. That’s one way to communicate and to send the good message across the globe. Hopefully it will fall under the category of ‘ilmu bermanfaat’.
28.     Pengalaman membuat praktikal dgn pengalaman dari teori memang banyak bezanya. InsyaAllah tebaran dakwah akan berterusan. 
29.     Semua kita punyai amanah & peranan menegak agama Allah. Teruskan perjuangan & pengorbanan semampunya.
30.     I just wanna share and do my little part. I need to do it so that one day when I'm gone, at least I got this blog as my day in history for the world to see. One ready answer that I can give at Mahsyar, "I spread the words via my blog".
31.     Hijratul Rasul keeping us alive with Islam today. Lets istiqamah selawat to Rasulullah at least 100x a day. May Allah bless us all.

Soal Hati
32.     Hanya Allah dapat menilai ikhlas. Nilaian Allah Maha Adil. 
33.     Time seem to move faster nowadays and we became older every day. Hope the older the better Iman & the better Taqwa. InsyaAllah.
34.     Ada Allah Dalam Dada InsyaAllah Selamat Akhirat Selamat Dunia.
35.     Bisikan syaitan memang ada untuk menidakkan segala keikhlasan. Amalan zikrullah antara antibodi berkesan untuk pertahanan diri dari bisikan2 syaitan ini. Semoga kita tidak terperangkap dgn muslihat syaitan (termasuklah yg bertopengkan manusia).
36.     Akhlak yg baik adalah dakwah yg terbaik. Rasulullah spend 13 tahun yg pertama kerasulannya untuk memperbaiki akhlak manusia.
37.     Pengajian dan pencarian ilmu mereka hadir dari pemburuan iman dan pengukuhan akidah. Hidayah Allah hadir pada jiwa2 yg ikhlas mendambakan redha-Nya.
38.     Agama yg diwarisi kekadang itu melekakan hinggakan beramal sekadar ikut-ikutan tanpa bersandar ilmu yg mantap. Semoga persepsi ini dapat diubah. 
39.     Memang benar kekadang binatang lebih mulia dari manusia. Kekadang manusia lebih hina dari haiwan. Jaga hati kerana di sana ada kemuliaan dan ada kehinaan.
40.     Mulia kita pada hati. Hati kena taat, ikhlas & tawadduk. 
41.     But kata iklan Nike 'just do it'. Bila ada lintasan hati untuk buat kebaikan - just do it. Usah ada alasan untuk berbuat baik. RM1 untuk si A mungkin kecil nilainya tapi untuk si B ibarat RM10. Just do it. Usah tunggu ada RM10 dlm poket?
42.     Salam Hijrah, nawaitu segala sesuatu kerana Allah.

Soal Mati
43.     Mati ibarat jerat. Kijang selalu lupakan jerat. Tapi jerat mana pernah lupkan kijang, dan setia menanti.
44.     Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan anak bini dan harta benda. Yang di bawa ialah amal baik dan amal buruk yg akan dihisab. Selagi ada hayat di badan, sendiri mau ingat.
45.     Bak kata isteri saya, "Imam Nawawi yg meninggal dunia pada usia 48 tahun itu meninggalkan legasi ilmu dalam bentuk Kitab2 Muktabar yang menjadi sumber pengajian ilmu umat hingga ke saat ini." Hebat sungguh pengorbanan & jasanya pada umat ini.
46.     Masa yg berlalu tak akan kembali. Masa yg mendatang terus menghampirkan diri kepada detik kematian. Amal makruf nahi munkar pada setiap ketika, insyaAllah. 
47.     Macam2 peringatan dan petanda Allah bagi supaya kita semua kembali ke jalan yg lurus menuju redha Allah. Yg sudah tu sudah le, insaflah.
48.     Seorang perokok itu pada zahir nampak tegap dan sihat tapi pada paru2 hitam legam....hmmm I think so. Cumanya makanan dan minuman yang kita makan juga memberikan kesan kesihatan terutamanya bila usia dah meningkat ni. Dan mungkin ramai manusia yang menemui ajalnya (kerana sampai ajal), dengan berpunca dari penyakit yang datangnya dari makanan dan minuman ini, sebagai penyebabnya. Cuma lumrahnya kita ni selalu rasa a "feel good feeling" kepada makanan & minuman tapi a "feel bad feeling" kepada rokok yang di hisap tanpa henti oleh perokok.
49.     Probably "smoking with less appetite for food" had its bad side effect coming from the smoking & "good appetite for food without smoking" has it share of bad side effect as well coming from the food. And depending on case by case basis, both can give bad health. Its a question of which one "badder" than the other. Hmmm...interesting school of tots. Note: instead of come up with "Merokok Membahayakan Kesihatan" banner with we all so familiar with, then we should also come out with "Gula Membahayakan Kesihatan" or "Kolestrol Membahayakan Kesihatan" or " Nasi Membahayakan Kesihatan" banner on the same token.

Muhasabah Diri
50.     Ramai pula yg tak nampak taik mata walaupun di depan mata. Semoga pertemuan ini ada barokah, dari mata turun ke hati.
51.     Hati karat bakal bersih berkilat disental oleh majlis2 ilmu taman syurga yg diiringi doa para jin Islam dan para malaikat sekelian, insyaAllah.
52.     Anugerah Illahi yg banyak. Saban malam tidur nyenyak. 
53.     Semoga menjadi penawar di kala merenung dan memikir.
54.     Semua Allah Punya. Kita hanya pemegang amanah. Jangan sesekali pecah amanah.
55.     Sehebat mana pun kita, makannya sepinggan nasi, pakainya sehelai baju, naiknya sebuah kereta, duduknya sebuah rumah.
56.     Dunia itu nampak. Manusia suka benda yg dia nampak dapat rasa dapat lihat dapat pegang. Akhirat tu benda ghaib. Banyak manusia percaya tapi tak yakin pada benda ghaib. Semoga dapat hijrah untuk menjadi insan yg faham agama. 
57.     Islam itu syumul untuk seluruh umat manusia. Islam itu sempurna. Yang tidak sempurna ialah penganutnya. 
58.     Lembu & Kera juga makhluk Allah. Renung & Fikir, di sana ada kebesaran Allah.
59.     Ada orang tidur tapi mata celik. Ada pula orang tak tidur tapi mata tak celik. Semoga kita diberi petunjuk oleh Allah. 
60.     Kecintaan Rasulullah pada umatnya tiada tara, melebihi ahli keluarga sendiri. Kalau tak malu mengaku kita ini umat Rasulullah, maka zahirkanlah kecintaan pada Rasulullah. Takut2 kita ini terkeluar dari kelompok umat Rasulullah. Ambil peduli sunnah Rasulullah walau sekecil2nya seperti minum sambil duduk. Bertindak sekarang, sekurang2nya selawat 100x setiap hari. Biar tidak malu di hadapan Allah untuk mengaku aku ini umat Rasulullah, aku dambakan syafaat Rasulullah, aku kasih dan cinta kpd Rasulullah.

Mohon Doa
61.     Semoga kita dilimpahi hidayah Allah.
62.     Semoga bukan hangat2 taik ayam.
63.     Lets doa for the blessing from Allah SWT. We have live far too long. Death is around the corner. Let's do nothing but good things.
64.     Kita doakan supaya Allah dengan limpah rahmat-Nya sudi memasukkan kita ke dalam kelompok manusia yang beriman yang saling berpesan dan ingat mengingati pada kebenaran. 
65.     Kita mohon Allah kekalkan melakukan kebajikan dan jauhkan diri dari maksiat. InsyaAllah.
66.     Usah jemu berdoa agar Allah limpahkan rahmat-Nya, memberi keampunan-Nya, dan membebaskan kita dari azab neraka-Nya.
67.     Semoga tahun baru ini kita semua rajin solat malam, insyaAllah.
68.     Pandang Ramadan dgn mata hati supaya ada kesan bukan dari mata fisikal semata, takut2 yg didapat hanya lapar & dahaga.
69.     Ramadan akan datang lagi. Semoga kita untung besar tahun ini di sisi Allah, Pencipta kita.

KONGSI KEK

Dalam konteks hari ini, saya ingin elaborate dan bawak berbincang isu2 yg dekat dgn rakyat dan suasana di negara kita sekarang ini.  Antara ...