Thursday, July 21, 2022

DILEMA ANAK MUDA


IJAZAH

Saya terbaca satu posting di FB pagi ini, tentang pendirian sebahagian ibubapa yg sudah tidak melihat penyambungan pengajian ke IPT/IPTA utk anak2 mereka sebagai satu kemestian lagi.

***
Ia berpunca daripada tiga masalah utama:

1. Isu bebanan hutang selepas belajar.

2. Isu tiada jaminan kerjaya sebab persaingan sengit.

3. Kebanyakan maklumat dah boleh explore dan kaji sendiri.

Dulu kalau gagal masuk universiti rasa inferior complex, tiada masa depan, namun kini graduan universiti yg rasa segan dgn makcik meniaga nasi lemak tepi jalan...yg hasil jualannya rm300/sehari iaitu menjana income rm9,000/sebulan (saya simplify). Manakala graduan dapat gaji asas rm1,500-rm1,800/sebulan. Dlm susana cost of living very high skrg ini.

***
Mungkin ada kebenaran & rasionalnya di situ. Generasi sudah berubah. Generation gap yg timbul sudah menjadikan prioriti seseorg itu juga berubah mengikut durasi masa sesuatu generasi itu. 

Dgn kemajuan teknologi, medsos, internet, mobile apps, smart phone,  dsb telah menjadikan sesuatu method pembelajaran, operasi bisnes, dan penjanaan income turut berubah.

Kajian ini memaparkan 72% budak lepasan SPM tak nak sambung belajar lagi. Masya-Allah. Maknanya depa nak terus masuk alam pekerjaan la kot. Why? Sebab boring atau dah stress sangat di alam sekolah?

Kini seseorg youtuber boleh menjana puluhan ribu ringgit malah hingga ratusan ribu ringgit sebulan misalnya. Seseorg boleh menampung kehidupan dgn menjadi full time gamer sebagai kerjaya utama mereka. Jadi foodpanda rider pun dah boleh capai income rm3k/mth. So how?

Perniagaan secara online begitu juga, sudah menjadi mainstream yg tidak lagi memerlukan setup bisnez mcm dulu lagi.

Apatah lagi dikatakan graduan tidak dilengkapi dgn skil kerjaya. Malah graduan2 ini terpaksa pula menghadiri kursus itu dan ini untuk melayakkan diri mereka. Jadi apa yg mereka belajar selama 3-5 tahun itu? Atau apakah silibus di univ & kolej ini sudah outdated dan tidak relevan dgn realiti kerjaya diluar sana? Malah ramai yg terpaksa bekerja di luar bidang yg mereka belajar demi utk menampung kos hidup.

Jadi knapa perlu berpayah2 struggle 3-5 tahun utk dapatkan segulung diploma atau ijazah lagi? Kosnya bukan murah, terpaksa berhutang dgn ptptn 25k-45k. Atau ibubapa yg terpaksa menyediakan dana  itu. 

Lalu kata mereka, baik aku bagi sebagai modal utk anak aku berniaga. Dlm masa 3-5 tahun, perniagaannya dah jadi besar. Lebih baik ikuti kursus2 yg dianjur oleh sifu2 bisnez yg dah berjaya, and put it into practice straight away. What say you?

Mungkin teknik ini yg jadi amalan kaum cina selama ini hingga berjaya menguasai dunia perniagaan di Malaysia. Dikala org lain sibuk belajar teori, depa beri pendedahan praktikal bisnez utk anak2 mereka. 

Apakah ini satu pendirian yg bahaya? Atau apakah ini menunjukkan satu lagi kegagalan dlm sistem pendidikan negara? Atau bagaimana?

#ThingsToPonder
#GenerationGap

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...