Sunday, April 05, 2026

KONGSI KEK



Dalam konteks hari ini, saya ingin elaborate dan bawak berbincang isu2 yg dekat dgn rakyat dan suasana di negara kita sekarang ini. 

Antara lagu nostalgia dan evergreen kegemaran saya ialah Kenangan Lalu dendangan flybaits. Iramanya syahdu dan mengusik jiwa.

By the way, saya menyambut hari lahir pada hari ini, di usia senja. Namun lagu Kenangan Lalu tetap menyentuh hati saya setiap kali mendengarnya. Terkenang tika saya di usia 30an dan 40an dulu.

Saya seorang graduan luar negara. TM tika menjadi PM-4 telah menyediakan peluang utk pelajar lepasan SPM yg mendapat keputusan yg baik utk melanjutkan pelajaran diperingkat degree dgn biasiswa yg disediakan kerajaan. Peruntukan utk ribuan pelajar, bukan utk puluhan atau ratusan org seperti sekarang ini. Demi utk menyediakan kelompok profesyenal bagi mengisi visi 2020 nya. 

Ramai anak2 kampong seperti saya telah mendapat benefit ini dan berjaya mengorak langkah yg strategik dlm hidup. TQ terutamanya kpd pihak kerajaan pada zaman itu. Kek ekonomi dan kesejahteraan negara telah diagih2kan dgn agak baik.

Pada awal kerjaya saya dengan gaji tak sampai seribu pun, saya masih mampu utk memberi sumbangan bulanan utk ibubapa, membeli kereta (2nd hand), berkahwin, dan bekeluarga. Mungkin sebab kos hidup tak tinggi. Kenangan lalu.

Saya berhijrah ke KL pada tahun 1992. Pabila mendapat anak ke-3, isteri saya pun menjadi surirumah sepenuh masa. Masa itu setiap kali buat grocery, penuh troli. Namun kosnya still acceptable. Kami berjaya membeli rumah teres pertama pada tahun 1997 dgn harga rm82k. Tapi kini kalau kita tengok harga rumah teres, sudah tidak ada rumah berharga kurang drp rm250k di selangor atau klang valley. Kenangan lalu.

Saya pernah sewa rumah teres rm200/mth di tmn koperasi polis fasa1. Sekarang anak saya sewa bilik pun dah rm500/mth. Anyway takpe lah. Usah bersandar pada kenangan.

Jadi agak2 boleh tak kerajaan kembalikan feel good factor kpd rakyat? Negara kita masih aman damai Alhamdulillah. Walau pun ada kes2 terpencil yg muncul now and then, harapnya terkawal.

Bila harga diesel naik begitu tinggi dlm masa yg singkat, di khuatiri akn timbul domino effect kpd barangan asas yg lain. Dan biasalah harga barang ni kalau dah naik, payah la nak turun balik. Memang seruan supaya rakyat berjimat cermat itu wajar, tapi most of the time rakyat tersepit hidup segan mati tak mahu pada suasana kos hidup yg tinggi. Apakah kek makin kecil? Atau ada golongan2 rakus yg terus menikmati kek di belakang tabir?

Pabila orang bertanya, usahlah tuduh org itu kurang cerdik, tak membaca, bodoh, atau bangang. Tak elok guna bahasa2 kasar begitu sebagai orang islam melayu yg ada adab. Jelaskan dgn sabar agar orang faham.

Tulisan drp Tn Hamka ini ingin saya kongsikan dgn pembaca blog SOT ini agar mendapat perspektif dan pencerahan yg lebih jelas. Insya-Allah.



*****

Dahulu, kita pernah melalui satu zaman—zaman di mana kek negara dibesarkan dan diagihkan. 

Waktu itu kita dapat menyaksikan bagaiamana Malaysia mencatat pertumbuhan ekonomi yang konsisten sekitar 5–6% setahun, dipacu oleh Program Transformasi Nasional (NTP) melalui ETP dan GTP bagi membawa negara ke arah berpendapatan tinggi. 

Dalam tempoh itu, pelaburan asing dan projek infrastruktur mega seperti MRT, LRT dan TRX terlihat berkembang pesat, sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan dan daya saing. 

Pelaksanaan "Ji EsTi" pula memperluaskan asas percukaian negara, mengukuhkan hasil kerajaan dan mengurangkan kebergantungan kepada minyak, manakala pengukuhan kedudukan kewangan termasuk melalui hasil PETRONAS membantu menyediakan asas fiskal yang lebih stabil, yang kemudian terbukti penting ketika negara menghadapi cabaran besar seperti krisis COVID-19. 

Pada masa sama, pelbagai inisiatif seperti BR1M, PR1MA, PTPTN free jika cemerlang, My Brain untuk sambung PHD, Voucer buku yang meriah,RTC dan UTC yang rancak,  Klinik 1Malaysia dan banyak lagi "potongan kek" diperkenalkan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan mengurangkan kadar kemiskinan ke tahap sangat rendah

waktu itu, Kek terlihat besar, dan sedang di agih agihkan.

Orang kata, itu semua “tabur gula”.

Tetapi kalau kita renung dengan tenang…
bukankah gula itu yang menjadikan kek itu naik dan mengembang?

Kerana dalam ekonomi, logiknya mudah:
kalau kek itu besar, potongannya pun besar.
Kalau kek itu kecil, walau dibahagi sama rata… tetap kecil.

Hari ini, kita sedang melalui satu fasa yang lain.

Fasa rasionalisasi.
Fasa penjimatan.
Fasa dunia perang.
Fasa menyusun semula subsidi.

Ia bukan benda baru. Dari dulu lagi sudah dibincangkan.
Tetapi bezanya—dahulu, rasionalisasi datang bersama persediaan.
Hari ini, rasionalisasi datang bersama kejutan.

Dan rakyat… terasa.

Cuba bayangkan…

Dulu, bila harga naik—ada penampan.
Ada bantuan, ada projek, ada peluang tambahan.

Sekarang, bila harga naik—rakyat diminta faham.

Faham itu penting.
Tetapi perut juga perlu difahamkan.

Maka persoalan sebenar bukanlah siapa betul siapa salah.
Bukan juga siapa lebih pandai berhujah. Tak guna troll kerajaan sekarang dengan hujah yang sama waktu mereka jadi pembakang.

Persoalan yang lebih dalam ialah:

Ke mana pergi penjimatan berbilion itu?
Adakah ia kembali kepada rakyat dalam bentuk peluang?
Dalam bentuk projek jangka panjang?
Dalam bentuk kek yang lebih besar?

Atau sekadar hilang dalam angka dan laporan?

Dan di sinilah hikmahnya…

Rakyat tidak menolak perubahan.
Rakyat tidak menolak rasionalisasi.

Tetapi rakyat mahu diyakinkan bahawa:

“Jika hari ini aku terpaksa mengikat perut…
esok aku akan makan lebih baik.”

Jika hari ini subsidi dikurangkan…
esok pendapatan ditingkatkan.

Jika hari ini kek dipotong…
esok kek itu akan dibesarkan semula.

Jangan sampai rakyat terasa…
dulu mereka diberi potongan kek yang besar kerana keknya memang besar.

Kini mereka diberi potongan kecil,
bukan kerana tidak adil…
tetapi kerana kek itu sendiri tidak lagi dibesarkan.

Akhirnya, wahai sahabat…

Memang sedap bahan kerajaan sekarang dengan hujah yang sama waktu mereka jadi pembakang. Lynas dah tak merbahaya? PTPTN dapat separuh jer? Hari ni menang minyak turun? mana pergi geng kuning berguling di jalan raya?

Namun dalam membantu negara, kita sama sama fikir bagaimana
nak membuat kek itu terus mengembang.

Kerana bila kek itu besar,
rakyat tidak perlu berebut.

Dan bila rakyat tidak berebut…
di situlah bermulanya ketenangan sebuah negara. Amin..

Okey, saya nak pergi cari video Khairul Aming jap, nak berwasap guys! nak belajar besarkan Kek Puding karamel.

Woha!

Kredit: FB Hamka (kereta mayat)


*****

Feel good factor telah menghilang. Kalau dulu ada la jugak makan free di Open House PM, Open house istana nagara, dan pelbagai open house lagi. Sekarang takde lagi. 

Kos harga barang asas sudah meningkat pekat. Rakyat yg menanggung kepayahan itu. Jadi betul jugak apa yg Tn Hamka bangkitkan dlm posting di atas. Apakah kek semakin mengecil? 

Agihan kpd rakyat tak nampak sangat. Apa yg di hujahkan ialah agar rakyat faham keadaan dan menerima seadanya, tak perlu berguling di jalanraya sebagaimana saya, isteri, dan anak2 saya lakukan beberapa tahun dulu. 

Tak perlu bertanya soalan2 logik, cukup untuk terima saja apa yg berlaku. Bagi peluang kerajaan memerintah 5 tahun. Kalau tak puas hati tukar kerajaan baru selepas PRU nanti. Cukupkah begitu? Atau minda sedar sukar utk tidak peka pada cebisan kek yg dimakan?


@@@

Saturday, February 14, 2026

ZAMAN TELAH BERUBAH



Setelah renung dan fikir untuk sekelian lama, melihat dan mendengar, maka saya cuba coretkan di sini apa yang saya analisa dan hadamkan. Mungkin tidak lengkap, namun wajar saya luahkan agar ia tidak hilang begitu saja atau lupa ditelan masa yang berlalu. Mungkin ada manfaatnya.

Zaman sudah berubah. Zaman saya bersekolah rendah dulu atau zaman saya bersekolah menengah atau zaman saya di universiti mungkin tidak sama dengan zaman saya bekerjaya, berumah tangga, bekeluarga, zaman membesarkan anak-anak, atau zaman bersara kini.

Mungkin anda setuju dengan penyataan saya itu atau tidak. Namun tetap saya ingin menyusuluri dan sama-sama bergerak terutamanya daripada jejak laluan yang saya sendiri alami iaitu langkah demi langkah saya dari dulu hingga kini.

Saya dari zaman generasi baby boomers.
Isteri saya dari generasi X. Anak-anak saya dari kelompok millenials. Manakala cucu-cucu saya dari generasi alpha. Begitulah generation gap dalam keluarga saya.

Semasa saya berkerja di Pernec Corporation, saya pernah berborak dengan seorang staf yang dalam fasa tahun akhir sebelum masuk tahun bersaranya. Katanya dia ada enam orang anak yang kesemuanya sudah habis belajar dan dalam fasa bekerjaya. Bila sudah bersara nanti katanya, saya sudah tiada pendapatan tetap untuk menyara kehidupan saya dan isteri saya. 

Justru saya sudah mengira dan menghitung segala perbelanjaan @expenses yang telah saya keluarkan untuk fasa membesarkan setiap orang daripada anak-anak saya sedetail yang mungkin. Maka terpaparlah angka perbelanjaan bagi setiap anak tadi. Tidak ada keraguan. Saya pun duduk berbincang face to face dengan setiap orang anak saya itu. Saya tunjukkan jumlah besar yang saya sudah biyai dia daripada tika dia lahir sehingga dia di fasa bekerjaya. Anak saya faham. 

Maka saya jelaskan, ayah sekarang sudah bersara dan tiada lagi gaji macam dulu. Jadi ayah nak anakanda bayar balik secara ansuran jumlah yang telah ayah gunakan untuk membesarkan kamu. Sebab ayah boleh gunakan duit yang kamu bayar secara ansuran ini bagi menampung kos hidup ayah dan ibumu dibaki usia kami ini. Ada soalan? Jika kamu faham dan setuju, ni ayah dah sediakan kontrak hitam puteh untuk kamu tandatangan, dan ayah akan dapatkan pengesahan daripada pesuruhjaya sumpah sebagai kontrak perjanjian kita yang sah.

Saya terkedu sebentar mendengar cerita staf saya ini. Dalam hati saya berkata sanggup dia buat macam tu ya kepada anak-anaknya? Berkira sungguh. Dunia akhir zaman. Begitulah yang berlaku. Masa pun terus berlalu. Saya pun memang terputus hubungan dengannya selepas dia bersara. Kini saya pula hidup di fasa persaraan.

Pagi tadi semasa bersarapan, isteri saya bercerita dia ada baca kisah di thread. Isteri saya tanya saya ada guna thread tak? Saya kata tak guna. Saya ni kalau medsos, saya biasa guna FB, Tiktok, WA, Youtube, dan blog sahaja.

Anyway isteri saya pun cerita, ada seorang anakmuda ni telah meluahkan pendapatnya. Dia kata, anak-anak sepatutnya jangan menormalisasikan beri duit secara bulanan kepada ibubapa. Sebab nanti macamanalah anak muda sepertinya nak mengumpul duit untuk kawin, beli kereta, rumah, dan membiayai kos hidup yang tinggi sekarang  terutamanya bila hidup di bandar-bandar besar seperti KL ini?


Dari satu sudut memang kos hidup kini sangat tinggi berbanding zaman sebelum ini. Contoh harga rumah teres 20 tahun dulu bawah RM100k ada lagi. Sekarang no way hozay, RM400k ke atas tu biasa. Gaji tak ada la tinggi sangat berbanding dulu, lebihkurang sama sahaja. Sedangkan kos hidup sudah naik 4x ganda. Di tahun 90an masa saya baru pindah ke KL saya sewa rumah teres 2 tingkat di gombak rm450/mth. Sekarang rumah yang sama sewanya dah jadi rm1,500/mth. Kawan saya sewa kondo 3 bilek di sentul pun rm1,500/mth.

Budaya cafe pun satu hal. Dulu minum kopi O harga rm1 je, tapi kini cafe tumbuh mcm cendawan. Americano (kopi O) pun rm9. Macam2 drink ada, latte, macha, dsb paling murah pun rm16. Benda luarbiasa satu masa dulu, kini dah jadi perkara biasa. Tambah kek sekeping rm25, donut sebijik rm7. Duit habis kat situ pun dah brapa. Anak2 muda memang trending la masuk dan minum-minum atau takeaway di cafe-cafe ni.


Jom kita kira brapa kos membesarkan anak? Kira-kira mamak, katalah kos purata rm10 sehari. Kira drp bayi hingga dah besar ambik SPM, lebih kurang 18 tahun. 

18 tahun x 12 bulan x 30 hari x RM10
= RM64,800

Ni kira sebagai Basic Personal Loan ibubapa bagi kat anak dia. Kalau nak kira secara detail lagi banyak jumlahnya contohnya fee nurseri pun dah RM300/mth. Belanja kat kolej, transport, dsb.

Jadi anak dia pun ambil tanggung jawab, nak bayar balik dalam bentuk sumbangan bulanan.

RM200/mth x 324 bulan (27 tahun)
RM300/mth x 216 bulan (18 tahun)
RM400/mth x 162 bulan (13.5 tahun)
RM500/mth x 129 bulan (10.8 tahun)

Macamana ada berani? Begitulah realiti kehidupan yang sementara ini. Janganlah berkira sangat berbelanja untuk ibubapa mu. Berapa lama lagikah baki usianya? 

Khidmatlah kepada mereka sebaiknya. Mereka tidak meminta apa sangat. Cukuplah sekadar anak-anak bertanya khabar sekali seminggu, kalau bukan hari-hari pun. Cukuplah dapat melepas rindu bermain dengan cucu sekali sekala. Cukuplah dapat hadiah harijadi sehelai baju sekali setahun. Dan tentunya doa anak yang soleh kepada ibubapanya, sebagai saham akhirat yang berpanjangan.

Niat saya artikel ini dapat sedikit menjentik hati sesiapa yang membacanya. Hidup ini umpama roda. Dulu kita muda kemudian dengan putaran masa kita pun menjadi tua. 

Begitu juga dulu kita hanya seorang anak, mungkin kini sudah bergelar ayah. Semoga segala belas ihsan yang kita curahkan kepada ibubapa kita, akan dibalas Allah dengan anak-anak kita pula memberi khidmat kebaikan penuh kasih sayang kepada kita sebagai ayah dan ibunya yang sudah berusia itu. 

Masih belum terlambat untuk kita berbakti kepada orang tua kita selagi mereka masih bernyawa. Insya-Allah.

@@@













Wednesday, January 14, 2026

LADANG MEGA BABI




TOLAK

Kita dikejutkan dgn berita projek berskala besar ladang babi di Bukit Tagar Selangor. Khabarnya sudah diberi green lite oleh kerajaan negeri.

Penduduk selangor amnya, dan khasnya penduduk Hulu Selangor yg beragama islam wajib bangkit menolak projek mega ladang babi di bukit tagar. Say NO to ladang babi mega. Ya Allah hindari kami drp bala ini.

#PermaslahanUmmah


*****

MAKAN DAGING BABI BANYAK MANA?

1. Daging babi dan daging ayam mempunyai kebergantungan import yang rendah iaitu sekitar 5.8% bagi babi dan 4.2% bagi ayam.

2. Sebaliknya, daging lembu dan kambing sangatlah bergantung kepada import iaitu sekitar 78%-90%!.

3. Bahasa mudah, daging babi dan ayam dah cukup banyak dipasaran kita dan tidaklah kritikal saat ini.

4. Dalam kata lain, daging kambing dan lembu yang ada permintaan tinggi dan banyak dalam negara makmur ini.

5. Apa usaha kementerian keterjaminan makanan ketika semua dunia sebok nak perang? Negara lain sebok simpan dan jaga stok makanan, sebaliknya kita hanya ada usaha besarkan kandang babi?

6. Kebabian apakah ini? 

7. Bila ada yang bersungguh sungguh pertahankan kebabian ini, cuba tanya ChatGPT antara kelebihan dan kekurangan usaha ini. Lebih banyak buruknya dari yang baiknya. AI pun bijak dari exco.

8. Apakah ada udang disebalik batu, ada ayam disebalik KFC dan ada babiboy dalam baju (rujuk foto)

9. Bila darurat tak cukup makanan, apakah kita semua akan makan babi toyok ini.

10. Cukup 10 point untuk dibaca dengan jiwa jiwa yang tenang.


*****

Projek sebegini sebenarnya sangat mengundang bala yg besar. Berfikirlah secara rasional. Setiap pemimpin yg terlibat meluluskan cadangan gila babi ini tidak akan terlepas di padang mahsyar nanti.

Setiap rakyat yg bersetuju dgn projek ini juga tidak akan terlepas di mahkamah Allah. Batalkan projek ini. Thats the only way moving forward. 

Zahirkan penolakan kita dgn apa cara dan di platform mana skali pun. At least kita punya jawapan di hadapan Allah. Jangan sekadar diam seribu bahasa kerana org puteh kata diam itu tanda setuju. Tepuk dada tanya iman.

@@@

KONGSI KEK

Dalam konteks hari ini, saya ingin elaborate dan bawak berbincang isu2 yg dekat dgn rakyat dan suasana di negara kita sekarang ini.  Antara ...