Saturday, February 14, 2026

ZAMAN TELAH BERUBAH



Setelah renung dan fikir untuk sekelian lama, melihat dan mendengar, maka saya cuba coretkan di sini apa yang saya analisa dan hadamkan. Mungkin tidak lengkap, namun wajar saya luahkan agar ia tidak hilang begitu saja atau lupa ditelan masa yang berlalu. Mungkin ada manfaatnya.

Zaman sudah berubah. Zaman saya bersekolah rendah dulu atau zaman saya bersekolah menengah atau zaman saya di universiti mungkin tidak sama dengan zaman saya bekerjaya, berumah tangga, bekeluarga, zaman membesarkan anak-anak, atau zaman bersara kini.

Mungkin anda setuju dengan penyataan saya itu atau tidak. Namun tetap saya ingin menyusuluri dan sama-sama bergerak terutamanya daripada jejak laluan yang saya sendiri alami iaitu langkah demi langkah saya dari dulu hingga kini.

Semasa saya berkerja di Pernec Corporation, saya pernah berborak dengan seorang staf yang dalam fasa tahun akhir sebelum masuk tahun bersaranya. Katanya dia ada enam orang anak yang kesemuanya sudah habis belajar dan dalam fasa bekerjaya. Bila sudah bersara nanti katanya, saya sudah tiada pendapatan tetap untuk menyara kehidupan saya dan isteri saya. 

Justru saya sudah mengira dan menghitung segala perbelanjaan @expenses yang telah saya keluarkan untuk fasa membesarkan setiap orang daripada anak-anak saya sedetail yang mungkin. Maka terpaparlah angka perbelanjaan bagi setiap anak tadi. Tidak ada keraguan. Saya pun duduk berbincang face to face dengan setiap orang anak saya itu. Saya tunjukkan jumlah besar yang saya sudah biyai dia daripada tika dia lahir sehingga dia di fasa bekerjaya. Anak saya faham. 

Maka saya jelaskan, ayah sekarang sudah bersara dan tiada lagi gaji macam dulu. Jadi ayah nak anakanda bayar balik secara ansuran jumlah yang telah ayah gunakan untuk membesarkan kamu. Sebab ayah boleh gunakan duit yang kamu bayar secara ansuran ini bagi menampung kos hidup ayah dan ibumu dibaki usia kami ini. Ada soalan? Jika kamu faham dan setuju, ni ayah dah sediakan kontrak hitam puteh untuk kamu tandatangan, dan ayah akan dapatkan pengesahan daripada pesuruhjaya sumpah sebagai kontrak perjanjian kita yang sah.

Saya terkedu sebentar mendengar cerita staf saya ini. Dalam hati saya berkata sanggup dia buat macam tu ya kepada anak-anaknya? Berkira sungguh. Dunia akhir zaman. Begitulah yang berlaku. Masa pun terus berlalu. Saya pun memang terputus hubungan dengannya selepas dia bersara. Kini saya pula hidup di fasa persaraan.

Pagi tadi semasa bersarapan, isteri saya bercerita dia ada baca kisah di thread. Isteri saya tanya saya ada guna thread tak? Saya kata tak guna. Saya ni kalau medsos, saya biasa guna FB, Tiktok, WA, Youtube, dan blog sahaja.

Anyway isteri saya pun cerita, ada seorang anakmuda ni telah meluahkan pendapatnya. Dia kata, anak-anak sepatutnya jangan menormalisasikan beri duit secara bulanan kepada ibubapa. Sebab nanti macamanalah anak muda sepertinya nak mengumpul duit untuk kawin, beli kereta, rumah, dan membiayai kos hidup yang tinggi sekarang  terutamanya bila hidup di bandar-bandar besar seperti KL ini?


Dari satu sudut memang kos hidup kini sangat tinggi berbanding zaman sebelum ini. Contoh harga rumah teres 20 tahun dulu bawah RM100k ada lagi. Sekarang no way hozay, RM400k ke atas tu biasa. Gaji tak ada la tinggi sangat berbanding dulu, lebihkurang sama sahaja. Sedangkan kos hidup sudah naik 4x ganda. Di tahun 90an masa saya baru pindah ke KL saya sewa rumah teres 2 tingkat di gombak rm450/mth. Sekarang rumah yang sama sewanya dah jadi rm1,500/mth. Kawan saya sewa kondo 3 bilek di sentul pun rm1,500/mth.

Budaya cafe pun satu hal. Dulu minum kopi O harga rm1 je, tapi kini cafe tumbuh mcm cendawan. Americano (kopi O) pun rm9. Macam2 drink ada, latte, macha, dsb paling murah pun rm16. Benda luarbiasa satu masa dulu, kini dah jadi perkara biasa. Tambah kek sekeping rm25, donut sebijik rm7. Duit habis kat situ pun dah brapa. Anak2 muda memang trending la masuk dan minum-minum atau takeaway di cafe-cafe ni.


Jom kita kira brapa kos membesarkan anak? Kira-kira mamak, katalah kos purata rm10 sehari. Kira drp bayi hingga dah besar ambik SPM, lebih kurang 18 tahun. 

18 tahun x 12 bulan x 30 hari x RM10
= RM64,800

Ni kira sebagai Basic Personal Loan ibubapa bagi kat anak dia. Kalau nak kira secara detail lagi banyak jumlahnya contohnya fee nurseri pun dah RM300/mth. Belanja kat kolej, transport, dsb.

Jadi anak dia pun ambil tanggung jawab, nak bayar balik dalam bentuk sumbangan bulanan.

RM200/mth x 324 bulan (27 tahun)
RM300/mth x 216 bulan (18 tahun)

Macamana ada berani? Begitulah realiti kehidupan yang sementara ini. Janganlah berkira sangat berbelanja untuk ibubapa mu. Berapa lama lagikah baki usianya? 

Khidmatlah kepada mereka sebaiknya. Mereka tidak meminta apa sangat. Cukuplah sekadar anak-anak bertanya khabar sekali seminggu, kalau bukan hari-hari pun. Cukuplah dapat melepas rindu bermain dengan cucu sekali sekala. Cukuplah dapat hadiah harijadi sehelai baju sekali setahun. Dan tentunya doa anak yang soleh kepada ibubapanya, sebagai saham akhirat yang berpanjangan.

Niat saya artikel ini dapat sedikit menjentik hati sesiapa yang membacanya. Hidup ini umpama roda. Dulu kita muda kemudian dengan putaran masa kita pun menjadi tua. 

Begitu juga dulu kita hanya seorang anak, mungkin kini sudah bergelar ayah. Semoga segala belas ihsan yang kita curahkan kepada ibubapa kita, akan dibalas Allah dengan anak-anak kita pula memberi khidmat kebaikan penuh kasih sayang kepada kita sebagai ayah dan ibunya yang sudah berusia itu. 

Masih belum terlambat untuk kita berbakti kepada orang tua kita selagi mereka masih bernyawa. Insya-Allah.

@@@











No comments:

ZAMAN TELAH BERUBAH

Setelah renung dan fikir untuk sekelian lama, melihat dan mendengar, maka saya cuba coretkan di sini apa yang saya analisa dan hadamkan. Mun...