Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Saturday, July 11, 2015

Nikmat Yang Hilang

"Saya punya sugar level sudah naik. Saya punya darah pun manyak tinggi. Saya banyak takut oooo. Sekarang saya tak ada makan daging, ayam, nasi. Saya makan sayur saja. Kos hospital tinggi oooo. Mana mau cari wang?" keluh Sui Lan isteri Tony kontraktor yg kaya kpd isteri saya bila isteri saya mempelawa dia makan karipap inti kentang dan daging yg dihidangkan. 

Jadi apa makna sibuk2 dia cari duit siang malam? Fikir saya. Nikmat makan dia sudah mula hilang.

Teringat pula cerita seorang hartawan yg terlantar sakit di wad kecemasan hospital KB asbab komplikasi jantung. Makan pun tak selera, ini tak boleh itu tak boleh. Hanya boleh makan bubur nasi dan air suam. Wangnya berjuta ada di pelbagai akaun bank. Nikmat makan yg hilang. Nikmat kesihatan juga menghilang dari pandangan, just like that.

Berbeda pula dengan pak gad yg jaga pintu masuk hospital berkenaan yang duit dalam akaun banknya sekadar beberapa ratus RM itu. Selera betul makannya, pantang hulur di bedalnya. Badan pulak masya'Allah fit giler siap muscle berketul-ketul lagi.

Saya kongsikan pula di sini coretan yg di share oleh x classmate saya di whatsapp grup alumni sekolah class 77-81 yg mungkin ada manfaat sebagai rujukan kita bersama.

**********

Guys, mula2 tu hok paling basic check blood pressure. Kalu masuk range bp tinggi, say 150/100, kemungkinan ada blockage in arteries. Tambah2 lagi kalu parents ada history of heart disease. Pi lah buat thorough medical checkup. 

First, mungkin doc suruh buat stress test( 70% accuracy), ct scan, cardiac MRI, stress ECHO test and even angiogram to determine if you have any heart related problem.

As for my case, x dop symptom. Tu yang worry part nya which can cause sudden death...

Panjang kalu nak cerita tentang my problem ni. To cut it short, selepas buat MRI, Alhamdulillah, it is confirmed I don't have any hear attack and blood flow smoothly with heart receive full oxygen during rest. 

After stress ECHO, it is confirmed I have myocardial ischemic...oxygen x cukup bila heart exert extra work...in my case, x dop sensor to say I've reached my limit seperti sakit dada.

Itu yang very dangerous which can cause sudden death...sebab taj tahu kita dah terlebih limit...

Tulah secara kasar dan simple explanation yg boleh dikongsikan...

Based on angiogram, cardio can determine if you have blockage to your arteries. If you do, 3 options will be considered : bypass (open heart surgery), angioplasty or normal medication. 

If the conservative type cardio, he would not recommend the first 2 unless it is critical like mine.

Alhamdulillah, based on the result, my heart is still in good condition and after undergone bypass and angioplasty, my bp is around 115/70 (without taking any bp pill)...

Of course I hv to take ubat cair darah for life...

Nak share cost pulok: bypass operation (in 2011) around RM 55,000, stress test around RM 200, ct scan around RM 2,000, cardiac MRI around RM 4,000 and stress ECHO around RM 600.

Angioplasty pulok depend on material type, mine is alloy. Cost for 4 stents termasuk macam2 is around RM 52,000.

Roughly 1 stent yg mace kawe tu cost RM 10,000 without any other cost sampingan...

Itu semua tu harga hospital swasta...

Btw, kalu yg bp normal ie below 140/90, kalu ada chest pain or lengoh tangan (especially left side)or rasa dada kena tekan or rasa tercekik or semput walau panjat stair yg rendah, mitok tolong gi thorough check neh...those are symptoms yang cardiologist mention and based on my relatives / friends' experiences... "

**********

Mr Dave kenalan saya seorang warga New Zealand pula bercerita isterinya Mary baru saja menjalani pembedahan kerana blockage di bahagian perut dan kini perlu berehat panjang tanpa kerja berat. 

Manakala Mr Dave sedang mendapatkan appointment bertemu doktor pakar untuk pembedahan di leher kerana masalah tumor. "We cannot plan ahead unless we settled this. Health come first," katanya menutup bicara.

What is the moral of the story?

Kita ini insan lemah. Tiada daya dan upaya. Kita tiada apa. Kita hanya dapat usha semampunya. Semua milik Allah belaka. Wujud kita ini atas belas ehsan Allah. Nikmat yg Allah bagi itu skadar pinjaman yg tidak kekal sifatnya.

Ramadan sekadar berbaki 7 hari lagi. Apakah kita sekadar mahu tengok Ramadan berlalu pergi persis berlalunya desiran angin membelai daun kelapa?

Tingkatkan amal Insya'Allah. Tanya diri dan jawab sendiri. Brapa banyak solatku hari ini? sedekahku, zikirku, selawatku, istighfarku. Brapa helaian al-Qur'an tadabbur malam ini?

Sendiri tanya sendiri jawab. Smoga Ramadan tahun ini adalah yang terbaik. Jangan sia2kan nikmat Ramadan ini. Ia nikmat yang mahal. Bodoh benar kalau di lepaskan begitu saja. Usah sibuk bicara soal raya. Tumpukan pada nikmat Ramadan yg semakin menghilang. Think about it !!

@@@

Sunday, June 28, 2015

Anugerah Yang Hilang

"Maaf bang saya tak puasa hari ni, tak tahan bang," kata Mat Ron sambil menyeluk poketnya mencari rokok.

"Bila nak puasa?" tanya saya. "Esok esok," katanya. "Puasa la, boleh Insya'Allah," balas saya. Mat Ron berlalu pergi dgn muka seposen. Smoga dia mendapat hidayah.

Ramai lagi manusia yg macam Mat Ron dan bininya Rozi ini rupanya. Selamba saja tidak berpuasa. Alasannya ialah krana berada di luar negara. Atau apa jua alasan kecil atau besar.

"Semuanya bermula dgn solat," jelas saya pada isteri tercinta di satu petang Ramadan. "Jika seseorang itu tidak solat maka tentunya ibadah puasa di rasa tiada makna baginya."

Apatah lagi bila ibadah puasa itu dianggap sebagai adat sahaja atau ikut orang. Tidak nampak Allah yang melihat. Sebab itu kalau di negeri sendiri pun liat, inikan pula berada di luar negeri.

Lebih teruk lagi bila soal tuntutan agama dipandang remeh. "Petang ni kita buat jamuan iftar. Ajak semua makan ramai2. Ya la sempena mula puasa," ajak Siti pada isteri saya pada hari pertama Ramadan.

"Hari ni dia org kena puasa la. Esok kalau dia orang tak puasa tu dia orang punya pasal la," tambahnya lagi. Betapa nipisnya iman ibarat kulit bawang.

Seorang kenalan dari negara arab bertanya isteri saya, "Sister why you not praying?" Tika itu kami sedang solat berjemaah di satu kawasan. Isteri pun jelaskan dia uzur syarii.

Pemuda arab ini sudah lama bermastautin di luar negara. Dia ada tattoo di badan. Cakapnya melebihi slang mat salleh. Hidup cara barat dan tidak solat apatah lagi puasa. Pegang dan usap dog itu biasa. Mengaku muslim bila ditanya. Sekadar pada nama.

"What d f*** Jack. F***ing hell," jerit Suzan wanita vietnam yg sudah jadi citizen negara orang puteh kepada Zaki yg bekerja di bawahnya. Cakap2 kotor sering keluar dari tuturnya dalam gelak ketawa melebihi orang puteh.

Hidup skadar makan minum dan sibuk urusan dunia. Tiada beza dgn lembu di padang. Gah jasad tapi ruh yg kosong. Kesian dia.

"Manusia yg tanpa agama akan bertindak berpandu akal," cerita saya kepada beberapa orang yg sedang mendengar. "Dan akal itu slalunya dipandu oleh nafsu," tambah saya.

Sebab itu sangat utama untuk hidup berpandu Agama. Beruntunglah sesiapa yang beragama Islam yang bukan sekadar pada nama. Panduan dan manual cara hidup telah tersedia untuk di patuhi.

Islam ialah cara hidup 24 jam sehari semalam sepanjang hayat yg lengkap, sempurna, menyeluruh yg di redhai Allah.

Usah pening kepala mengguna akal yg dengkel mencari jalan yg lain. Cintai majlis2 ilmu.

Dampingi alim ulama. Terpalit bau wangi minyak attarnya pun jadilah. Makin rapat dgn Agama bukan makin jauh walau di mana kita berada.

Beruntunglah pemuda yang tidak segan melaungkan azan setiap masuk waktu solat fardhu. Walau pun berada di negara orang kapir. Mengajak kawan2 untuk berjemaah.

Pemuda yg istiqamah bersolat dhuha walau bekerja di laut atau darat. Membaca kitab hadis dan berselawat ramai2 setiap lepas solat fardhu berjemaah. Sejuk hati ibu melihat anak2 yg berakhlak mulia yg cinta Agama ini.

Ramadan sudah melangkau 10 hari yg pertama. Satu pertiga Ramadan sudah lepas dan tidak kembali lagi. Begitu cepat bayu waktu berhembus lalu.

Kini kita mula melangkah ke fasa 10 hari yg kedua. Elok benar untuk muhasabah dan azam peningkatan amal.

Ramadan anugerah istimewa drp Allah untuk kita. Jadilah hamba yang bijak menyambut hadiah drp Tuannya dgn penuh kesyukuran dan kasih sayang dan terima kasih.

Smoga ibadah kita yg tidak seberapa ini di terima Allah.

@@@

Thursday, July 24, 2014

Pelbagai Pesanan Buat Taulan




Buka radio berkumandang lagu raya. Berkunjung ke shopping center berkumandang lagu raya, program TV di banjiri oleh aura raya. Manusia dilekakan dengan persiapan sambutan Raya. Ramadan di pinggirkan sejak awal Ramadan lagi oleh TV, radio, akhbar, majalah, tempat2 awam dan media segala yang mahu menarik manusia kepada lara bukan kepada hidayah Allah.

Seorang wali Allah iaitu Rabiatul Adawiyah menangis tiap kali mahu berbuka puasa Ramadan. Bila di tanya kenapa? Dua sebab katanya. Pertama aku takut ibadah puasa ku hari ini tidak di terima Allah. Kedua kerana satu lagi hari Ramadan berlalu pergi yang tidak dapat di ganti lagi. Kita bagiamana? Gembira atau berduka tika Ramadan sudah sampai ke penghujung?

Betapa ruginya bila hari-hari Ramadan ini dibiarkan pergi begitu sahaja tanpa mendapat hidayah dan keampunan Allah serta ganjaran pahala yang dijanjikan Allah. Usia umat Nabi pendek sahaja iaitu sekitar 60-70 tahun kalau nak dibandingkan dengan umat2 terdahulu yang umur mereka boleh mencapai ratusan tahun. Justru Allah telah menganugerahkan bulan Ramadan kepada kita dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

Lailatul Qadar pula sebagai anugerah teristimewa kerana nilaiannya menyamai 1,000 bulan. Maknanya jika mendirikan dua rakaat solat sunat contohnya adalah seumpama kita solat sunat dua rakaat selama 1,000 bulan. Kalau kita baca Qur'an pada malam al-Qadar itu seumpama kita baca Qur'an selam 1,000 bulan. Maha Pemurah Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Kenapa Allah kurniakan ini semua? Ibarat seorang anak kecil sedang menangis, maka bapanya pun memujuk, "Nak berhenti menangis, nanti ayah bagikan sebidang tanah lot banglo." Sudah tentu anak yang tidak tahu nilai offer ayahnya itu akan tidak tertarik langsung malah akan terus menangis. Tetapi bila offer yang sama diberikan kepada seorang Pakcik yang kesedihan, maka sudah tentu gembira dia tidak terkata kerana dia tahu nilai tawaran berkenaan.

Ramadan ini ada nilai yang tinggi. Bagi mereka yang faham nilainya. Apa yang patut kita ambil dari Ramadan? Hidayah Allah. Sesuatu yang Allah bagi bukan kepada sembarangan orang. Hatta orang yang sangat rapat dengan Rasulullah iaitu Abu Talib juga gagal mendapat hidayah Allah. Allah hanya bagi hidayah kepada orang yang Dia pilih. Hanya orang yang mendapat hidayah Allah akan memandang Ramadan penuh keterujaan dengan semangat hangat membara.

Tujuan Al-Qur'an diturunkan ialah sebagai hidayah petunjuk kepada manusia. Takbir, kerana kamu terpilih mendapat hidayah. Tidak ada orang mengatakan solat tahajjud itu tidak penting, tetapi berapa orang yang mampu mendirikan solat tahajjud? Tidak ramai orang yang boleh bangun malam untuk solat tahajjud. 

Umur yang Allah bagi pinjam ini bukan perkara main-main. Kita selalu minta dalam solat, "Tolonglah ya Allah bimbing aku ke jalan yang lurus." Justru bila masuk Ramadan, pastikan kamu mendapat hidayah Allah. Hidup dengan Al-Qur'an. Orang yang menjalani ibadah puasa, hasilnya ialah takwa. Keluar daripada Ramadan menjadi manusia bertakwa. 

Orang yang tidak dapat al-Qur'an akan rugi dunia dan akhirat. Allah tidak menilai harta seseorang kerana jika harta yang jadi ukuran sudah tentu Qarun akan menjadi juaranya. Tapi apa kesudahan Qarun? Dia di laknat Allah hinggakan pada setiap kali matahari terbenam dia akan di benamkan 70 hasta ke dasar bumi. Begitu hinanya Qarun. Tapi yang terbaliknya kita pula dok sibuk sanjung Qarun dan hartanya itu.

Apakah jawatan yang jadi nilaian di sisi Allah? Lagi besar pangkat dan jawatan maka lagi besar amanah dan tanggung-jawabnya. Maka lagi panjanglah soal jawab di hadapan Allah besok. Usah bangga dengan pangkat dan jawatan.  

Apa yang memuliakan kita? Rupa paras? Jika rupa paras yang jadi ukuran sudah tentu Bilal Bin Rabbah tidak akan mendapat kemuliaan itu sehinggakan bunyi tapak kaki Bilal di dengar Rasulullah di Syurga Allah. Apatah lagi Saad Bin Muaz yang lagi hitam legam berbanding Bilal, namun tika dia gugur syahid di medan perang bergegar arash Allah dan menangis sekelian malaikat di langit.

Ramadan ialah untuk kita mendapat hidayah Allah. Bersihkan hati. Pertamanya dengan membersihkan akidah. Akidah ini umpama bahagian piling dalam membina sesebuah bangunan. Kukuh dan tertegak bangunan yang hebat itu bertunjangkan piling atau tapak yang kukuh, kuat dan jitu.

Kenapa mengumpat? Kerana akidah tak kuat. Kenapa tak tutup aurat? Kerana akidahnya lemah. Keyakinan yang lemah. Akidah yang kuat, pabila terdengar azan berkumandang maka jasad terus terbentuk untuk mendirikan solat. Manusia sering di goyang dengan ujian. Manusia di uji dengan perasaan takut misalnya. 

Bila berseorangan di rumah, takut hantu. Bila bujang takut tak dapat kawin. Bila kawin takut tak dapat anak. Bila dapat anak takut soal pelajaran soal kesihatan dan macam2 ketakutan. Bila pegang jawatan takut tak naik pangkat. Bila bekerja takut tak naik gaji tak dapat bonus. Asyik takut memanjang. Itulah ujian Allah.

Lapar juga satu ujian. Manusia sanggup lakukan apa saja hingga sanggup rasuah atau menipu. Allah uji manusia dengan di kurangkan harta, matikan orang yg tersayang, di timpa penyakit atau kemalangan dan sebagainya. Ramadan ini Allah suruh kita baiki akidah. 

Puasa bermula di kala subuh dan berakhir pada waktu maghrib untuk melatih kita supaya faham walaupun orang tak nampak tapi Allah nampak. Kerana ibadah puasa itu sebenarnya antara kita dan Allah. Boleh sangat seseorang itu hendak makan atau minum tanpa di ketahui oleh orang lain, tapi dia tetap tidak makan dan minum kerana apa? Kerana Allah nampak.

Yang kedua, Allah nak kita bersihkan hati melaui ibadah. Kenapa puasa itu antara subuh dan maghrib? Allah tahu manusia payah benar nak solat subuh dan maghrib, maka Allah nak latih manusia untuk memberi tumpuan untuk solat subuh dan maghrib tadi. Apatah lagi lelaki yang memang di wajibkan untuk solat sunat di surau atau masjid. 

Ramadan dapat melatih seorang lelaki untuk ke masjid dan surau bagi mendirikan solat subuh berjemaah. Allah umpankan kita bangun subuh dengan makan iaitu bersahur. Allah menarik perhatian kita pada solat maghrib dengan makan juga iaitu berbuka. Ibadah solat teraweh pula dapat melatih umat Islam untuk rajin ke masjid dan surau bersolat secara berjemaah. Allah nak suruh dan didik kita di bulan Ramadan yang mulia ini.

Yang ketiga, penyucian hati ialah dengan memperbaiki akhlak diri. Di bulan Ramadan kita banyakkan amal kebaikan seperti sedekah dan infaq ke jalan Allah. Paling kurang pun ialah dengan mengeluarkan zakat. Begitulah Allah nak latih kita membersihkan harta yang boleh mengundang barokah dan hidayah. Bukan menyayangi dunia tetapi mencintai akhirat. Pabila keluar daripada Ramadan nanti, keluar sebagi manusia bertakwa yang ada nilaian yang tinggi di sisi Allah.

Malam ini ialah malam ke-27. Burulah Lalilatul Qadar. Bagaimana? Sibukkan dengan qiam setiap malam. Cuma tinggal 3 malam sahaja lagi. Malam al-Qadr sengaja dirahsiakan Allah sebagai satu ujian kepada umat Islam di dalam mencari rahmat dan kasih-Nya.

Jangan leka untuk tingkatkan amalan solat fardu berjemaah, solat teraweh, iktikaf, solat tahajjud, solat taubat, solat tasbih, solat hajat, solat witir, zikir, ngaji Qur'an dan banyakkan taubat dan doa. Cari Lailatul Qadar di malam2 terakhir berbaki ini. Kita tidak tahu samada boleh ketemu Ramadan lagi selepas ini atau tidak.

Apakah perniagaan yang paling untung?  Itulah perniagaan amal soleh dengan Allah di malam al-Qadr. Selamat beramal.

@@@

Thursday, July 17, 2014

Cari Lailatul Qadar

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku


Kini sudah mula memasuki fasa kritikal iaitu 10 terakhir Ramadan. Ibarat lumba lari pecut 100m, kiranya inilah saat-saat akhir menuju garisan penamat. Pecutan yang hebat di fasa ini bakal memberi kemenangan bermakna. Sama2 kita giatkan amal tingkatkan ibadah di 10 terakhir ini. Masih belum terlambat. 

Kita cari (bukan tunggu) Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Itu anugerah berprestij yang menjadi rebutan orang beriman. Kita dambakan gelaran taqwa menjadi milik setibanya di garis penamat Ramadan ini. Agar iman dan amal kita terus segar sepanjang 11 bulan mendatang.

Semakin rapat dengan garisan penamat maka semakin banyak ujian dan halangan yang muncul. Penat, malas, letih, mengantuk adalah antara cobaan2 yang lumrah. Pesan ustaz kena lawan. Lawan dan nafikan segala simpton itu dan rasa nak berhenti dari beramal itu dengan kuatkan stamina dan semangat untuk teruskan perjuangan. Usah lembik dan kalah dengan ujian2 ini. Ingat Allah bermurah hati memberi pelbagai hadiah dan ganjaran. 

Kalau kita bekerja, orang bagi upah katalah RM300 untuk kerja kita itu. Orang tak ambil kira kita berjemur di tengah panas, beratur panjang, kena bayar minyak kereta, bayar tol. Kita sekadar di bayar atas kerja yang kita buat sahaja. Tapi pemurah-Nya Allah semua bahagian dalam aktiviti di bulan Ramadan di ambil kira dan di beri ganjaran pahala. 

Langkah kita ke masjid, tidur kita, sakit lutut kita tika bersujud, gosok baju kita untuk ke surau, iktikaf kita, makan minum kita, mandi, basuh pinggan mangkuk, sibuk memasak, bangun bersahur, tutur kata kita, demi untuk ibadah kepada Allah, semuanya Allah ambil kira. Setiap aktiviti di beri ganjaran pahala yang berganda-ganda. Pemurah-Nya Allah kepada hamba-Nya.

Lagu raya sudah mula berkumandang di radio dan pusat2 membeli belah dengan penuh syahdu dan mengamit kenangan. Jangan tergoda dengan lagu raya seperti tahun2 lepas. Fokus kepada 10 terakhir ini untuk meningkatkan amal ibadah, nothing less. Beramal hingga ke tahap optima dan maksima. Allah hu Akbar.

Sheikh Tawfique Chowdari ada memberi beberapa tips untuk melalui hari2 berharga fasa terakhir Ramadan yang menjanjikan pembebasan daripada api neraka ini.
  1. Usah biarkan prestasi ibadah kita pada 20 terawal Ramadan mengganggu kita. Ini permulaan baru dengan penuh ikhlas kerana Allah. Saat rahmat dan keampuanan Allah itu boleh tiba pada bila2 masa. Fokus dan jangan kalah dengan segala faktor luaran atau rutin ibadah kita sebelum ini.
  2. Hari ini baca tafsir surah Al-Qadr untuk faham apa makna dan rahsia Lailatul Qadar. Kita akan peroleh lebih kekuatan dan terus bersemangat.
  3. Jangan tunggu malam ke-27 untuk baru mula nak pulun habis beribadah. Target kita ialah setiap malam di 10 terakhir ini. Bangun di dua pertiga malam untuk beribadah setiap malam. Kita tidak mahu memberi ruang terlepas Lailatul Qadar. Rugi besar.
  4. Sesiapa yang berjaga di malam hari untuk solat atas dasar iman dan penuh pengharapan ganjaran daripada Allah, maka segala dosanya yang terdahulu akan di ampunkan Allah. Yang penting hubungan ibadah kita itu langsung dengan Allah. Namun jika perlukan kekuatan maka bolehlah menyertai pelbagai progran yang diaturkan oleh pihak masjid atau surau berdekatan.
  5. Hafal dan baca doa yang di ajar oleh Rasulullah SAW - “Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).
  6. Sediakan senarai doa untuk di pohon. Kalau dapat hafal lagi afdal. Masukkan hajat kita perihal dunia, agama, keluarga dan akhirat. Jangan lupa untuk memasukkan doa bagi kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia.
  7. Cuba tidur sekejap di siang hari jika ada kesempatan. Ringankan perut dan tidur awal di malam hari. Jangan tangguh untuk bangun daripada tidur tadi untuk segera membersihkan diri dan bersedia untuk beribadah.
  8. Jangan biarkan ahli keluarga kita. Kejutkan mereka untuk beribadah dan menghidupkan malam.
  9. Mengenakan pakaian yang bersih dan terbaik serta berwangi-wangian kerana ia dapat memberi kesan saikologi supaya dapat merasakan tenaga yang bersemangat untuk fokus melakukan amal soleh.
  10. Pilih satu ruang atau sudut samada di rumah atau di masjid yang dapat memberi ketenangan dan penumpuan kepada yang Esa. Sediakan sejadah, air minum, al-Qur'an berdekatan supaya tidak terganggu untuk bangun daripada tempat itu.
  11. Masa begini tidak sesuai untuk jari jemari mengemaskini FB, Twitter, Whatsapp, dan seumpamanya bagi menceritakan atau menggambarkan suuasana kita tengah beribadah itu.  Biarlah ia menjadi rahsia antar hamba dengan Penciptanya. Jadi switch-off handset, wifi, laptops dan komputer kita. Disconnect dengan dunia. Berhubung langsung dengan Allah.
  12. Kalau mengantuk atau kepenatan, variasikan amal ibadah kita. Bergilir antara baca al-Qur'an, solat, zikir, doa dan rintihan kita kepada Allah. Tika rasa mengantuk itu boleh juga sekejap mendengar ceramah agama atau bacaan al-Qur'an.
  13. Sabar itu kunci kejayaan di 10 malam terakhir ini. Kita mungkin kepenatan kerana esoknya masih perlu bekerja atau ke sekolah. Tapi inilah masanya untuk kesabaran yang jitu untuk menghadapi segala kepayahan dan ujian ini. Bertahan untuk 10 hari ini sahaja. Fikir betapa Allah mahu menghadiahkan anugerah yang mahal dan sangat berharga yang peluang ini mungkin sekali seumur hidup dan tidak akan datang lagi dalam kehidupan kita. Jika kita sedar ini mungkin Ramadan terakhir, jika kita sedar bahawa Allah sedang menawarkan kita untuk masuk Syurga-Nya. Apakah kita masih sanggup melepaskan peluang keemasan ini?
  14. Yang paling penting bergantung harap kepada Allah dengan penuh pengharapan.Bila kita minta sesuatu, sedarlah bahawa kita sedang memhon kepada Raja yang paling pemurah.Jika kita harap yang terbaik maka Allah akan bagi yang terbaik. Jangan segan untuk minta segala sesuatu. Luahkan isi hati kita di hadapan Allah. Jangan ada sebarang keraguan, sempadan, atau halangan yang bisa memisahkan antara kita dengan Allah.

Sebagai konklusi jangan putus harap. Kita raih yang terbaik di Ramadan ini dengan fokus betul2 menjalani ibadah di 10 hari terakhir Ramadan ini. Kita akan manfaatkan Ramadan ini dengan fokus kita supaya tidak ada lagi dosa. Kalau ada dosa terdahulu maka diampunkan Allah. Caranya kita jangan tambah dosa. Dosa yang ada, kita selesaikan, tutup kes. Minta ampun yang berbaki daripadanya. 

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Kita mengharap rahmat-Nya, pengampunan-Nya dan terakhir sekali mendapat pembebasan daripada api Neraka-Nya. Dengan itu kita mohon Allah redhakan kita untuk mendapat nikmat Syurga-Nya. Ameen.

@@@

Monday, July 07, 2014

Ramadan Pantas Berlalu

Hari ini sudah hari ke-9 Ramadan. Terasa begitu cepat hari2 Ramadan berlalu pergi di depan mata. Awas semua. Ramadan kini sudah bergerak menuju fasa 10 kedua pula. Apakah 10 pertama yang di limpahi rahmat Allah itu telah berjaya di manfaatkan semaksimanya?

Tema Ramadan ialah melipat gandakan amal. Satu pertiga Ramadan sudah hampir berlalu pergi tanpa dapat di ganti walau dengan apa pun. Begitulah kurniaan Allah kepada hamba Nya atas sifat kasih sayang Nya. Acap kali hamba Nya terus alpa dan tidak merasakan kehadiran limpah rahmat Allah di awal Ramadan ini. 

Sayang seribu kali sayang untuk rugi lagi. Namun sebahagian orang telah tidak melepaskan peluang yang terhidang dan terus-terusan berusha gigih meningkatkan amal ibadah di bulan yang mulia ini.

Apa sebenarnya Allah inginkan daripada amal kita? Allah mahu menguji iaitu supaya manusia dapat diuji atas segala amalan baiknya. Ada amalan yang banyak dan baik di sisi Allah. Namun ada pula amalan yang banyak tapi tidak baik di sisi Allah. Bagaimana hendak menambah baikkan amal? Itulah soalan cepumas. Mari kita sama-sama cari jawabannya.

Pertama sekali amalan yang berteraskan ilmu. Tidak boleh sekadar ikut-ikutan atau turut-turutan. Banyak orang yang sesat baramal tanpa ilmu. Orang nasrani umpamanya memang disahkan sebagai jalan orang yang sesat kerana beramal tanpa ilmu. 

Sebab itulah menuntut ilmu dalam Islam hukumnya wajib. Ayat pertama yang diturunkan Iqra' menyuruh manusia bacalah demi mendapatkan segala ilmu itu. Orang yang berilmu itu tinggi darjatnya yang membuah ibadah yang tepat dengan kehendak Allah. Tiap2 darjat itu jaraknya 500 tahun perjalanan. 

Jadilah orang alim yang mengajar. Atau jadilah orang yang belajar. Atau jadilah orang yang mendengar ilmu yang diajarkan. Dan paling tidak pun jadilah orang yang mencintai majlis2 ilmu, para alim ulamak, dan segala usha ke arah mempromosikan ilmu. 

Namun amat malang jika menjadi golongan kelima iaitu yang tidak alim, malas belajar, tidak cinta majlis ilmu, malah menghalang pula orang menjayakan program2 ilmu. Maka manusia kekal jahil. Setan sangat suka manusia yang beramal dengan ajaran yang tidak betul atau sesat. Yang menjadi imam itu ialah ilmu. Dan yang menjadi makmum itu ialah amal.

Kedua dalam misi menambah baikkan amal, mestilah beramal dengan istiqamah. Kerana ramai orang beramal ikut musim. Yang payah ialah bermala secara konsisten dan istiqamah. Orang melayu pada amnya suka buat ibadah pada dua musim utama iaitu di bulan Ramadan dan tika melakukan ibadah Haji atau Umrah. 

Bulan Ramadan baca Qur'an dia pulun habis. Tapi bila di luar Ramadan setahun pun payah nak khatam sekali. Bila berada di Tanah Suci mengerjakan ibadah umrah, tu dia solat berjemaah 40 waktu memang tidak miss. Tapi bila balik Malaysia, jarang nampak dia kat masjid. 

Amal yang sedikit tapi istiqamah itu lebih utama daripada amal yang banyak tapi tidak istiqamah. Ibarat air yang menitik secara istiqamah ke atas batu boleh melekukkan batu itu berbanding dengan air banyak yang dicurah sekali gus gagal mengubah bentuk batu yang keras itu.

Yang ketiga dalam usaha kita meningkatkan amal, mestilah mendahului amal yang lebih utama atau yang lebih aulia. Amal ibadah ini tidak sama levelnya. Amalan fardu contohnya terbahagi kepada fardu ain dan fardu kifayah. Amalan sunat pula ada sunat muakad iaitu sunat yang sangat dituntut dan ada pula sunat yang tidak dituntut.

Contohnya bila berbuka puasa iaitu masa masuk waktu solat maghrib, kita tanya mana ramai orang yang solat maghrib berjemaah atau orang yang solat teraweh secara berjemaah? Sedangkan solat maghrib secara berjemaah itu fardu manakala solat teraweh itu sunat muakad dan dilakukan secara berjemaah ialah sunat sahaja.

Berapa ramai umat Islam yang solat teraweh secara berjemaah tapi solat Isyak tidak didirikan secara berjemaah? Solat sunat qabliyah isyak tidak dituntut, yang dituntut ialah solat ba'diyah isyak. Tetapi berapa ramai orang yang angkat kaki terus selepas solat berjemaah isyak tanpa mendirikan solat sunat selepas isyak yang bestatus sunat muakad itu?

Terdapat 12 rakaat solat rawatib yang sunat muakad iaitu solat dua rakaat sebelum solat subuh, empat rakaat sebelum solat zohor, dua rakaat selepas zohor, dua rakaat selepas maghrib, dan dua rakaat selepas iasyak. Inilah 12 rakaat solat sunat rawatib yang aula. Kalau perlu menunggu 15 minit sebelum iqamah, sepatutnya sebelum solat zohor kerana di sunatkan solat empat rakaat bukan tika sebelum solat subuh (yang selalu di beri 5 minit masa tambahan).

Amalan sedekah misalnya sangat aula atau utama untuk diberikan kepada orang2 yang dekat dengan kamu contohnya isteri, anak2, ibubapa, adik-beradik, saudara-mara, jiran tetangga, dan sahabat handai. Justru itu sangat penting untuk kita beramal berteraskan ilmu bukan sekadar ikut-ikutan tanpa ilmu. Beramal dalam alim bukan dalam jahil.

Langkah keempat dalam usha untuk meningkatkan amal ibadah ini ialah kena ikhlaskan amal itu kerana Allah. Kerana hati manusia banyak dijangkiti tiga penyakit berbahaya iaitu ujub, riak dan sumaah. 

Riak ini ialah berbuat sesuatu amal dengan niat menunjuk-nunjuk supaya orang tengok. Ujub pula ialah merasa diri kita ini hebat bila berbuat amal. Manakala sumaah ialah mengharap orang kata kita ini hebat, mengharap pujian dan sanjungan orang. Jadi perbetulkan niat dalam ibadah kita iklas tidak pada makhluk tetapi ikhlas hanya kepada Allah SWT.

Akhirnya yang kelima, amal pabila kita buat dalam keadaan kita taat pada seluruh perintah Allah. Banyak orang puasa rajin tapi aurat tidak tutup. Solat tapi mengumpat tak tinggal. Hari2 ke masjid tapi hukum hudud dia tolak. Orang nak buka kedai jual arak, takpelah asal aku tak minum arak. Orang nak buka kedai judi tak perlu bantah asal aku tidak berjudi. Sekadar amal makruf. Dia lupa nak nahi munkar. Maka orang ini sesat.

Nabi SAW bertanya siapa orang yang rugi dalam amalan2 dia? Orang yang beramal tapi rugi. Iaitu orang yang sia2 amalannya di dunia ini sedangkan dia menyangka telah banyak amal dia. 

Sayang seribu kali sayang. Menyesal di akhirat sudah tidak berguna sesen pun. Kerana dia telah kufur kepada hukum2, undang2 dan syariaat Allah. Kufur pada perintah Allah. Kufur pula untuk berjumpa Allah. Dia boleh langgar hukum Allah secara terbuka, sanggup buat dosa gaya bebas. Mereka ini lah golongan yang rugi. 

Maka perbetulkan amal kita supaya tidak di tipu oleh tipudaya dunia. Amal untuk dapat apa? Balasan Allah SWT di Akhirat yang kekal abadi.

Kita kini mula memasuki fasa 10 kedua Ramadan, fasa pengampunan Allah. Justru tingkatkan amal ibadah semaksima mungkin. Rebut peluang dan segala tawaran menarik kemurahan rahmat Allah sepanjang Ramadan yang berbaki ini. Agar kita tidak rugi lagi seperti tahun2 lepas. 

Jaga prilaku dan prestasi kita seumpama ini adalah Ramadan Terakhir. Selamat Berjaya we all !!

@@@

Monday, June 30, 2014

Tazkirah Ramadan

Jadual Tazkirah Ramadan 1435H
Masjid As-Salam Bukit Beruntung

"Semoga majlis tazkirah di adakan di surau kita. duduk dalam majlis ilmu itu lebih baik daripada mendirikan solat sunat 1,000 rakaat. Ambil peluang kehadiran ahli jemaah yang ramai untuk menyampaikan ilmu dan peringatan sekadar 15-30 minit. Tanpa mengganggu solat teraweh." Begitulah picitan jari jemari saya pada Whatsapp grup AJK surau khariah saya sebelum Ramadan tempoh hari.

Begitu juga saya pernah syorkan supaya di adakan tazkirah jumaat iaitu pada waktu menunggu masuknya waktu solat jumaat. Pabila surau kami diberi kebenaran olah pihak JAIS sebagai surau solat jumaat. Atas maksud yang sama iaitu mengambil peluang jumlah kehadiran jemaah yang ramai, saya rasakan sangat sesuai untuk menyampaikan sedikit ilmu dan peringatan supaya ahli masyarakat kita terdidik dengan ilmu agama dan tidak kekal jahil selamanya. Sesuai juga dengan tema transformasi iaitu mengubah manusia daripada jahil (bodoh) kepada alim (bijak).

Pihak pengurusan surau dan masjid mestilah kretif dan berinovasi demi mengajak kelompok besar masyarakat ke surau dan masjid atau berusha gigih menyampaikan mesej dakwah kepada ahli masyarakat. Usah berpuas hati dengan situasi kini dengan mengadakan kuliah 2-3 kali seminggu di surau dengan kehadiran ahli surau regular sekitar 20-30 orang. Bukankah lebih baik untuk menyampaikan peringatan dan mesej dakwah kepada odion yang berjumlah 300 orang pada setiap sesi solat jumaat di surau itu?

Ia bukan soal meneruskan adat atau mengambil syarat sahaja. Atau lebih teruk lagi sekadar melepas batuk di tangga dalam setiap program dan aktiviti dakwah yang hendak kita anjurkan. "Kita tidak mahu jemaah terganggu untuk membuat ibadah pada hari Jumaat." Antara sebab yang diberikan untuk tidak bersetuju sesi tazkirah di adakan. Apakah berada dalam sebuah majlis ilmu itu bukan ibadah namanya?

Alhamdulillah di masjid khariah saya majlis ilmu di adakan saban malam. Begitu juga sepanjang bulan Ramadan ini slot tazkirah di adakan tika rehat antara solat teraweh. Saya begitu teruja untuk bercerita. Kalau pada sebelas bulan selain Ramadan jumlah jemaah untuk solat berjemaah Maghrib/Isyak ialah sekitar lima sof iaitu kurang lebih 200 orang. Dan jumlah jemaah yang duduk sejenak di majlis ilmu saban malam saya selalu dok kira ialah sekitar 70-120 orang. Itu pun muka regular. Minoriti sangat terdiri daripada muka2 baru. Apa maksudnya? Mesej dakwah di masjid ini di ulang tayang kepada grup 70-120 orang ini lagi dan lagi dan lagi. 

Apa hal ahli masyarakat yang ribu-ribu kat luar sana? Apa hal ahli jemaah yang datang untuk solat fardhu berjemaah tapi tak mahu duduk dia dalam majlis ilmu walau sejenak? Masjid kami ni kira sebuah masjid yang aktif dan mendapat pengiktirafan masjid terbaik daripada JAIS. Kalau surau dan masjid yang penuh lesu malas nak cerita la kan. 

Apatah lagi masjid dan surau di negeri2 pemerintahan sekular yang ban majlis2 ilmu daripada berlangsung. Manusia kekal jahil. Manusia terus di sogok dengan alternatif lagho iaitu hiburan demi hiburan tidak kiralah dalam bentuk program2 TV, radio, suratkhabar, pasar malam, pasar uptown, shopping complex, kilauan emas, bintang cilik, sukan, bola,  majalah, wayang, media segala.

Itulah realiti yang kita lihat di masjid2 dan surau2 seluruh negara. Maka slot tazkirah ramadan yang dilaksanakan saban malam sepanjang Ramadan di masjid khariah kami ini sangatlah terbaik bagi saya. Apa tidaknya pada malam pertama Ramadan diikuti malam kedua Ramadan semalam, masya Allah jumlah kehadiran jemaah sungguh luar biasa. Macam datang solat jumaat la pulak. 

Saya congakkan tidak kurang daripada 1,000 orang yang hadir. Tu dia ustaz yang memberi tazkirah sekitar 20-30 minit itu telah berjaya menyampaikan mesej dakwah kepada 1,000 manusia, berbanding dengan 100 manusia sebelum ini. Itu hebatnya Tazkirah Ramadan dan Tazkirah Jumaat. Cuba berhenti sejenak dan fikir. Betul tak apa yang saya kata? Bukankah manfaat yang banyak di sana.

Manusia yang tidak hadir atau jarang hadir ke masjid pada hari2 biasa, kini datang ke Masjid. Manusia yang dilarakan dengan hiburan dan segala tipu daya dunia selama sebelas bulan setiap tahun, tiba-tiba terkedu pabila disuapkan dengan peringatan2 agama secara paksa? 

Ya benar hidayah milik Allah. Tapi hendaklah kamu berusaha sedaya mampu. Dan salah satu cara yang efektif ialah mengambil kesempatan daripada keterujaan umat Islam menyambut Ramadan dengan ibadah harian sunat solat teraweh ini ialah dengan memberikan dos-dos istimewa setiap malam demi menjadi sedikit penawar yang mungkin bisa menyembuhkan penyakit yang di jangkiti sepanjang sebelas bulan yang lain itu. Dos-dos istimewa yang disuntik setiap malam selama 30 malam sepanjang Ramadan ini ialah penawar kepada racun cinta dunia takut mati (sindrom CDTM), inshaa Allah.

Cadangan di grup Whatsapp AJK surau khariah saya telah di tolak. Pengerusi surau pernah beritahu saya ia sesuai dengan arahan JAIS yang tidak menggalakkan tazkirah dan mahu pihak pengurusan surau menumpukan kepada ibadah solat teraweh. Namun saya tetap bersangka baik kerana saya lihat program Ramadan di surau saya tahun ini ada juga di selitkan tazkirah Ramadan oleh ustaz2 jemputan beberapa kali dalam seminggu. Alhamdulillah.

@@@

Wednesday, June 25, 2014

Juadah Ramadan

Saya berkesempatan mengikuti kuliah Ustaz Ramli Abu Bakar di Masjid as-Salam BB malam tadi. Ramai orang leka dengan cinta dunia, terpesona dengan perhiasan dan keindahannya. Walhal dunia ini adalah tipudaya dan sandiwara malah boleh menjadi racun dan perangkap. Dunia boleh membunuh iman, amal, akhlak dan kesabaran.

Dunia nampak lawa, rupanya racun yang berbisa. Dunia boleh membawa manusia lara dan makin jauh daripada Allah. Ramai manusia yang sakit jiwanya. Penawarnya ialah zikrullah iaitu sentiasa mengingati Allah.

Sebelas bulan dalam setahun manusia bertembung dengan maksiat dan gelojak nafsu. Hingga ramai yang cedera parah dalaman hingga lumpuh segala. Ramadan datang sebagai penyembuh segala kecederaan itu.

Ramai manusia sudah jadi lali dengan dosa. Makin hari makin jauh hingga terperangkap dalam gelap gulita tipu daya dunia. Kalau zaman dulu kat kampung2 orang berak kat tepi2 sungai atau dalam semak samun, maka orang2 tua pesan kalau nampak orang dok tengah berak, jangan tengok. Begitulah pesan ustaz tengok dunia ini, jangan tengok. 

Dunia ibarat bangkai yang busuk, maka jangan tengok. Mereka yang mencari dunia ibarat haiwan yang rutin mereka ialah bangun, makan, tidur. Hindarkan pandangan dari dunia yang menipu itu kerana ia sungguh meloyakan dan boleh membinasakan. 

Kecantikan dunia juga bersifat sementara. Tika pokok bunga sakura kembar mekar dengan warna pink dan biru di Skudai tempoh hari, ramai orang terpesona akan kecantekannya dan sanggup berhenti sejenak untuk snap gambar dan shoot video untuk merakamkan kecantekan itu. Beberapa hari berlalu dan bunga sakura gugur layu, tiada kecantekan lagi. Manusia tiada lagi berhenti di tepi jalan untuk melihat keindahannya. 

Ramadan dikurniakan dengan Lailatul Qadar. Carilah Lailatul Qadar yang nilainya lebih baik dari 1,000 bulan itu. Cari dia dengan ibadah yang tulus ikhlas kerana Allah. Tanda dapat Lailatul Qadar yang di cari itu ialah bila mana selepas Ramadan makin kuat dia beribadah. 

Yang penting kita kena berusha dengan rasa patuh kepada Allah dalam menghayati bulan Ramadan ini. Kita bertembung head-to-head dengan hawa nafsu. Bersedia melalui Ramadan dengan melengkapkan ilmu di dada. Rugilah orang yang tak mengaji tak belajar. Mati jiwanya, mati perasaannya, makin jauh dia dengan Allah.

Menu makanan ruhani untuk 30 hari di bulan Ramadan sudah keluar dan tersebar. Saya tidak terkecuali menerimanya dalam grup Whatsapp dan merasakan sesuai untuk kita kongsi-kongsikan sebagai penggerak semangat dan pencetus strategi dan lankah awal  untuk memaksima usaha amal yang soleh di bulan mulia ini.

Antara 30 juadah sepanjang bulan Ramadhan yg mulia ini yang disyorkan oleh para bijak pandai ialah seperti berikut:
  1. Tilawah al-Qur'an sejuzuk sehari paling kurang.
  2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap malam.
  3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
  4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.
  5. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
  6. Solat Tahajjud setiap malam minima 2 rakaat.
  7. Solat Dhuha setiap pagi.
  8. Sedekah setiap hari minima seringgit.
  9. Pastikan bangun dan makan sahur setiap hari.
  10. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
  11. Tadarus al-Qur'an sambil memahami maksudnya.
  12. Ziarah orang yang kurang bernasib baik.
  13. Kurangkan ziarah ke bazar2 ramadan.
  14. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
  15. Elakkan membeli makanan daripada tangan2 orang yang fasik.
  16. Jauhkan aktiviti yang lagha.
  17. Banyakkan zikir harian dan berdoa.
  18. Lazimi bibir beristighfar sekurang2nya 70x dalam sehari.
  19. Ajari diri dgn sifat rendah hati kerana Allah. 
  20. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
  21. Menjaga dan menghubung silaturrahim.
  22. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna.
  23. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati drp perkara2 yang dilarang.
  24. Tidak berlebih2an maupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
  25. Perbanyakkan amalan2 sunat dan solat sunat rawatib.
  26. Lazimi sunnah Rasulullah yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga (bagi suami & anak2 lelaki).
  27. Lazimi untuk kawal dan tahan marah dan didik diri utk lebih bersabar.
  28. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah dikala senang maupun susah.
  29. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
  30. Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan.
Ikhlaskan hati kerana Allah dalam setiap perlakuan dan amal ibadah kita dengan hadirkan Allah didalam hati. Berusaha menjalani Ramadan kali ini dgn sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadan terakhir buat kita.

@@@

Monday, June 23, 2014

Ramadan Bakal Tiba. Are You Ready?

Begitulah masa berlalu. Kini kita di ambang Ramadan. Walau terasa baru benar lagi Ramadan bertandan. Hakikatnya kita disibukkan dengan urusan dunia yang tiada henti hinggakan masa yang berlalu tidak terasa ibarat angin sepoi-sepoi bahasa sahaja tanpa ada impak besar. 

Masa yang berlalu setiap detik itu tidak bisa kembali lagi hatta jika mahu di beli dengan US Dollar sekali pun. Manusia sekadar gemar berebut benda yang tidak kekal. Benda yang akan wajib di tinggalkan. Sedangkan ambil lewa kepada benda2 yang bakal di bawa pada kehidupan yang kekal abadi. Mari kita sama2 kenal pasti racun dan penawar dalam kehidupan sementara ini.

Dunia ini racun bagi kamu. Ramai yang tertipu dengan kecantekan dunia. Penawarnya ialah zuhud iaitu hilangkan sangkutan hati dengan dunia. Orang yang zuhud bukanlah maknanya tidak peduli dunia tapi dunia tiada melekat di hatinya. Namun dunia dalam genggaman nya.

Contohnya Nabi Sulaiman bukan sekadar ada kerajaan manuisa, bahkan menguasai alam jin, haiwan dan angin. Dunia dalam genggamannya. Tapi hatinya zuhud iaitu tiada sangkutan dengan dunia. Dia nampak kehidupan yang kekal di Akhirat besok. Pendek cerita dunia bukan objektif bagi manusia yang zuhud sifatnya. Orang yang zuhud tiada mengalami sindrom CDTM iaitu cinta dunia dan takut mati.

Harta itu racun bagi kamu. Bagaimana nak jadikan ia penawar bagi kamu? Keluarkan zakat. Macamana nak tahu harta kamu itu berkat? Bila mana harta tadi dapat menolong kamu menuju ke jalan Akhirat. Contohnya kita ada kereta yang dapat memudahkan kita untuk pergi ke masjid, pergi ke tempat baik2. Bab dunia ramai yang bijaksana tapi kalau bab akhirat ramai yang blur dan samar. 

Kalau naik motor pergi kerja, di siapkan pelbagai kelengkapan seperti baju hujan, baju spare dan sebagainya. Walau hujan lebat atau kilat sabung menyambung, dia tetap dapat sampai ke tempat kerja dengan segala persiapan dan kelengkapan tadi. 

Namun lain kesnya kalau nak ke masjid. Hujan menjadi alasan penting untuk tidak ke masjid. Maka tidak hairan setiap kali musim hujan jumlah jemaah di masjid merundum teruk. Kita ini biar ada harta yang dapat bantu kita taat pada Allah. Biar ada isteri yang dapat bantu ke jalan Akhirat. Ada anak2, yang dapat bantu kita ke jalan Akhirat.

Setiap perkataan kamu yang sia-sia itu adalah racun. Penawarnya ialah zikrullah. Ada 313 sendi dan tulang dalam badan kita. Sebab itu cepat lenguh, cepat penat. Tapi satu anggota yang tiada tulang atau sendi ialah lidah. Sebab itu lidah boleh bergerak 24 jam tanpa henti. Maka hati-hatilah akan perlakuan lidah yang tidak bertulang. Jangan kerana lidah badan di bakar api neraka?

Seluruh umur yang Allah bagi kat manusia itu racun. Taat dan ibadah itulah penawarnya. Kalau umur di guna ke jalan maksiat maka ia akan jadi racun. Umur lahir manusia tahu. Tapi umur mati Allah rahsiakan daripada pengetahuan manusia. Kenapa Allah rahsiakan? Sebagai ujian. Allah nak tengok siapa yang berhati-hati dalam setiap perlakuan mereka di dunia ini yang impaknya bakal di rasai di Akhirat nanti. Apa yang yang naik tak pernah turun? Umur kita.

Umur kita ini setiap kali bertambah, hakikatnya berkurang. Umur umat Nabi Muhammad sekitar 60 tahun. Jika lebih maka itu sekadar subsidi yang Allah berikan. Usah rasa gah dan bangga diri, lupa mati. Mati itu pasti. 

Tika umur meningkat ke angka 40 tahun, allignment mula lari. Mula sakit sana sakit sini, lenguh sana lenguh sini. Umur adalah sebagai ujian Allah untuk menguji manusia berbuat baik atau sebaliknya. Buat ibadah tika usia masih muda sangat menyeronokkan. Tika umur sudah meningkat tua, ibadah semakin perlahan kerana faktor usia dan kesihatan.

Setiap tahun yang kamu lalui itu adalah racun. Ramadan itu adalah penawarnya. Penawar yang meneutralisasikan racun pada 11 bulan yang lain dalam setahun itu. Ramadan bakal tiba dalam beberapa hari sahaja lagi. 

Dalam kita hendak menyambut kedatangan Ramadan yang penuh kemuliaan ini, marilah kita berdoa banyak2 agar Allah sampaikan kita semua ke bulan Ramadan tahun ini. Minta supaya Allah kuatkan tubuh badan agar tegar untuk berbuat ibadah. Biasakan berbuat ibadah bermula Rejab dan Syaaban. 

Kena rasa teruja dan seronok untuk menerima kunjungan Ramadan. Seronok kerana rahmat Allah. Seronok kerana akan mendapat keampunan Allah. Seronok kerana akan di bebaskan daripada api neraka Allah. Seronok kerana semua setan akan di belenggu. Teruja kerana pintu-pintu Syurga akan di buka. 

Gembira kerana pintu-pintu neraka akan di tutup. Teruja mencari Lailatul Qadar. Teruja bersolat teraweh dan mendirikan solat2 sunat yang lain. Seronok untuk bersedekah dan melakukan semua amal-amal soleh. Kena rasa seronok dan teruja menyambut tibanya Ramadan bulan penuh rahmat.

Bila mendengar pengumuman penyimpan mohor besar raja-raja tiba Ramadan, maka mari sama-sama takbir "Allah hu Akbar" sebanyak tiga kali. Tanda kita seronok. Kita syukur. Yang tak seronok tibanya Ramadan ialah setan dan iblis dan yang sewaktu dengannya. 

Akhir sekali siapkan diri dengan ilmu. Jangan kita menjalani ibadah puasa Ramadan dengan tiada mendapat apa-apa manfaat dan kebaikan melainkan sekadar mendapat letih, lapar dan dahaga semata. Baca buku khusus pasal puasa Ramadan. Beramal tanpa ilmu itu sia-sia dan di tolak daripada ada nilaian di sisi Allah. Beramal walaupun dengan ilmu yang sedikit akan digandakan pahala oleh Allah. 

Puasa dari segi lughahnya ialah tahan. Dari segi istilah puasa bermaksud menahan daripada perkara2 yang membatalkan puasa daripada terbit matahari sehingga tenggelam matahari dengan syarat2 yang tertentu. Ramadan bakal tiba, mungkin satu Ramadan ialah pada hari ahad ini. Are we ready? Tepuk dada tanya iman.

Anggaplah Ramadan kali ini sebagai Ramadan Terakhir. Buat amal soleh yang sehabis baik. Bergantung harap kepada Allah supaya menerima segala amal soleh kita di sepanjang Ramadan kali ini. Ameen.

@@@

Thursday, August 01, 2013

Memburu Lailatul Qadr

Apakah Lailatul Qadr itu? Ianya ialah malam kemuliaan, malam keberkatan dan malam yang terbaik pada tahun ini. Kebaikannya melebihi 1,000 bulan (83 tahun 4 bulan). 

Menurut beberapa riwayat hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan. Antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir.

Sebagai ibarat, sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun.

Sejarah ringkas Malam al-Qadr pabila sahabat-sahabat Rasulullah SAW mengkagumi ibadah seorang umat Bani Israil yang beribadah selama 1,000 bulan iaitu dengan beribadah pada malam hari dan berjihad pada siangnya, lalu Allah SWT menurunkan surah al-Qadr yang menyatakan malam al-Qadr lebih baik daripada 1,000 bulan. Ia adalah rahmat dan kurniaan Allah Ta’ala kepada Umat Nabi Muhammad SAW yang purata umurnya pendek2 belaka untuk mendapat ganjaran pahala dan kebaikan sebagaimana umat2 terdahulu yang umur mereka panjang2.

Peluang dan offer di depan mata. Kita sudah berada pada 23 Ramadan. Malam ini sudah malam ke-24 Ramadan. Apakah kita akan biarkan ia berlalu begitu sahaja? Sedangkan kita akur Lailatul Qadr ini berlaku di malam2 terakhir Ramadan ini, terutamanya malam2 ganjil. Apakah kita hanya memburu di akhir Ramadan ini pada malam2 ganjilnya sahaja? atau pada malam ke-27 sahaja? atau pada malam ke-29 sahaja?

Ibarat seorang yang impikan untuk memiliki sesuatu yang mahal dan prestij contohnya sebuah banglo berharga RM100 juta di puncak sebuah bukit. Apakah dengan memasang impian dan sekadar berusaha yang tak bersungguh, orang ini bisa mencapai impiannya itu? Rasanya tidak. Orang ini kenalah usaha bersungguh-sungguh untuk satu jangkamasa yang bukan sebentar contohnya dengan mengusahakan perniagaan yang memberi pulangan keuntungan berlipat ganda. 

Lailatul Qadr ialah sebuah platform perniagaan yang menjanjikan pulangan keuntungan yang berlipat kali ganda itu. Usaha untuk mendapatkan Lailatul Qadr bukan usaha yang sekelip mata. Malah sepatutnya bermula semenjak Rejab dan Syaaban lagi, hingga ke sepanjang Ramadan ini. Bukan sekadar bertindak di akhir Ramadan semata.

Ada orang masih berlenggang kankung lagi di 10 terakhir Ramadan ini. Rugi besar. Seorang pemancing pergi memancing di laut luas. Dia akan memasang strategi untuk mendapat hasil yang lumayan iaitu dengan menumpukan ushanya di lubuk ikan, tempat tumpuan ikan. Itulah formula nak dapat ikan banyak. 

Begitulah kita ini yang Allah telah kurniakan Ramadan sebagai bulan yang gandaan pahalanya melimpah-limpah dan berganda-ganda kalau dibandingkan dengan 11 bulan yang lain. Ramadan ini penuh rahmat dan maghfirah yang di akhirnya orang beriman yang berjaya akan mendapat hadiah utama iaitu pembebasan daripada Neraka Allah. Ini lubuk ikan bagi pemancing. Inilah impian bagi orang beriman.

Apatah lagi Allah SWT dengan limpahan rahmatnya memberi anugerah kemuncak Ramadan dengan Lalailatul Qadr. Sepatutnya seluruh umat Islam menjadi kuruman semut pada sebutir gula-gula, berebut-rebut untuk mendapatkan limpahan ganjaran yang dijanjikan Allah SWT itu. Orang2 beriman diharapkan akan nampak peluang keemasan ini.

Tapi kenapa masih ramai yang tidak menghiraukannya. Qiyamulliail yang diadakan saban pagi sekitar pukul 4-5 pagi di Masjid as-Salam sekadar berjaya menarik 40-60 orang jemaah sahaja daripada lebih 700 orang yang menghadiri solat teraweh sebelumnya atau daripada 30,000 penduduk Islam di sini. Kenapa bang? Sebabnya ialah segala janji ini ialah perkara ghaib. Ia tidak nampak sebagaimana mata melihat ganjaran wang ringgit dan kemewahan di depan mata. Hanya orang beriman dan bertakwa akan nampak perkara ghaib dan kebenaran segala janji Allah itu.


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ 97:1]] Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan.
وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ [97.2] Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ [97.3] Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
تَنَزَّلُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ [97.4] Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
سَلامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ [97.5] Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

Pada surah Al Qadr ini diterangkan bahawa permulaan Al Quran diturunkan ialah pada malam lailatul Qadr dan diterangkan juga ketinggian malam lailatul Qadr itu. Al Quran diturunkan secara hakiki 30 juzuk daripada Lauh Mahfudz ke Baitul Izzah (langit ke-7) pada malam Lailatul Qadr sebelum diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun kepada Rasulullah SAW oleh malaikat Jibril. Nilai Lailalatul Qadr ini melebihi daripada seribu bulan. Para malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam Lailatul Qadr untuk mengatur segala urusan. 

Berbahagialah bagi orang beriman yang menghidupkan malam untuk dikunjungi oleh para malaikat yang akan mendoakan limpahan rahmat dan kemuliaan. "Ya Allah, kurniakan aku Lailatul Qadr. Amiin."


@@@

Monday, July 29, 2013

Kenal Empunya Ramadan?

Jin dan manusia dijadikan Allah untuk beribadah. Apa maksud ibadah? Mengenali Allah. Supaya manusia boleh beza baik dan buruk. Maka tujuan hidup ialah mengenal Allah. Seluruh ketaatan kepada Allah akan membawa manusia kepada mengenal Allah.

Amal ibadah itu adalah wasilah atau jalan untuk mengenal Allah. Sepanjang Ramadan ini kita sebenarnya dalam wasilah untuk mengenal Allah. Majlis rasmi mengenal Allah ialah pada solat fardu 5 kali sehari. Justru solat sebenarnya mampu mencegah segala perkara mungkar. Tetapi kenapa masih gagal? Kerana seruan as-Solat dengan makna mutlak iaitu makna yang paling kamil dan sempurna ialah Solat yang paling sempurna. Sempurna pada ketiga-tiga rukun iaitu rukun qauli, fiqli dan qalbi. Bila terkumpul dan terlaksana ketiga-tiga rukun ini baru tercapai solat yang sempurna tadi. Solat yang boleh mencegah maksiat. Selagi belum maka maksiat akan terus melazatkan.

Sebagai ibarat kita hendak mengadap YDP Agung sebagai acara rasmi. Tengok kepada pintu pagar istana pun sudah kagum, hebat dan bangga. Masuk ke kawasan istana tengok hamparan rumput, pokok2 perhisan yang terjaga rapi, maka kita merasa hebat dan teruja. Tengok bangunan istana yang tersergam indah. Itu sebagai acara tak rasmi. Maka begitulah kita ini sekiranya di majlis rasmi kita tidak merasa hebat maka apatah lagi di majlis2 yang tak rasmi.

Pabila kita lihat di kaca TV koleksi motor besar dan deretan kereta mewah Sultan, datang hati berbisik betapa kehebatan seorang Raja. Tidak cukup dengan majlis2 rasmi, diletakkkan gambar2 Raja di dinding ofis dan pejabat serta banner dan papantanda di tepi jalan2 utama untuk di lihat oleh rakyat sepanjang tahun.

Apa dia majlis2 di luar daripada solat yang kita kategori sebagai majlis2 tidak rasmi itu? Majlis di luar solat ialah zikir iaitu hubungan dengan Allah untuk mengikat hati kita dengan Allah. Di luar majlis rasmi kita tak rasa apa2 maka di majlis rasmi tak rasa apa juga. Para sahabat Rasulullah menggigil ketakutan bila hendak ambil wudhuk. Kerana apa? Kerana hati terikat dengan Allah. Gerun dan risau untuk mengadap yang Maha Esa.

Seruan ibadah puasa juga adalah lafaz mutlak. Puasa yang sempurna akan membawa diri kepada takwa. Puasa membawa makna menahan diri daripada segala yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga tenggelam matahari. Maka rugilah selagi tidak berjaya menahan diri.Seruan as-Siam itu ialah siam iaitu puasa pada zahir dan batin.Bagaimana nak capai jika kita hadapi Ramadan mengharap pelbagai anugerah? Berbeza dengan mengadap Ramadan sebagai makrifatullah iaitu hubungan dengan Allah. Puasa sebagai panggilan kekasih kepda kekasih-Nya.

Zat Allah itu azali. Maka segala sifat pada zat itu adalah azali. Sifat al-Qalam Allah iaitu berkata-kata. Berkata-kata Allah itu tiada mula. Cuba kita lihat bagaimana datang tutur kata kita yang keluar dari celah bibir itu? Itu pun tidak mampu kita bongkar. Dari peti suara? Peti suara tampak kosong sahaja. Daripada mana manusia dapat suara dan tutur kata itu? Apatah lagi untuk manusia bongkar panggilan Allah, kata2 Allah.

Allah meluahkan rasa kasih-Nya kepada orang yang beriman. Kata2 yang sudah terpendam lama hingga terluah. Wahai orang2 beriman. Ada yang sanggup menerima luahan itu hingga merasa seronok sungguh. Allah kasih kepada orang yang beriman. Jalan untuk mengenal Allah ini jauh, sangat jauh.

Kita yang tinggal di Khatulistiwa ini jarak waktu  siang dan malamnya agak sama. Puasa kita mungkin sekadar 13 atau 14 jam sahaja. Berbeza dengan manusia di luar negara yang subuhnya pukul 3 pagi dan maghribnya pukul 10 malam. Puasa selama 19 jam.

Allah menggunakan ayat2 pujuk rayu. Ibadah puasa ini juga sudah disuruh kepada umat2 terdahulu semenjak zaman Nabi Adam lagi. Maka kita ini umat Nabi Muhammad SAW bukan kelompok percubaan, bukan makhluk experiment ujian puasa. 

Seorang ibu walau payah mana pun atau kronik benar 'morning sickness' dia mengandungkan seorang anak tidak akan sanggup membunuh anak dalam kandungannya dalam rahimnya. Allah telah pinjamkan salah satu namanya iaitu Rahim kepada perempuan demi kasih sayang-Nya. Anak lahir daripada rahim ibu. Segala zat si anak sedut daripada rahim ibu. Anak berpayah dengan ibu dalam rahim itu. Bila anak keluar daripada rahim ibu kita tidak ajar anak untuk kasih kepada rahim ibu tetapi kita ajar anak kita supaya kasih kepada ibunya. 

Ramadan ibarat sebagai rahim ibu. Ia memberi segala kebaikan iaitu rahmat-Nya, Pengampunan-Nya dan pembebasan daripada api neraka-Nya. Kita suka kepada Ramadan. Tetapi kenapa tidak suka kepada empunya Ramadan?

Allah muliakan Kaabah, Masjidil Haram, dan Masjid Nabawiah. Setiap orang yang pergi ke sana pasti merindukannya. Tapi tidak rindu kepada empunya-Nya? Allah ambil satu tempat namanya Mekah, satu bulan namanya Ramadan untuk dimuliakan. Sedangkan Allah ada di mana-mana, tidak bertempat. 

Kenapa kita kasih kepada makhluk? Kerana kita tidak kenal tidak makrifat pemilik makhluk itu. Rahim ibu, Mekah, Ramadan adalah wasilah kepada orang beriman untuk kenal Allah. 

Walau sekasih mana pada ibu kita, kita kena terima kasih kepada Allah. Walau serindu mana kepada Mekah dan Madinah, terimakasih kepada empunya Mekah dan Madinah. Terima kasih kepada Tuan Punya Ramadan. Dengan mencapai makrifat lalu hati dan jiwa taat kepada Allah. Nampak Allah walau sudut mana pun pandangan kita ini.

Ibadah kerana Ramadan maka takut jadi ibadah kerana makhluk. Di luar Ramadan terus jadi jahat dan engkar semula. Pernah Syadina Ali di beri pilihan minuman samada air sejuk atau air suam. Dia memilih air sejuk. Kenapa? Jawab Ali air sejuk ini menyebabkan pujian yang lebih dalam kepada Allah. Yang dicari Ali ialah kesyukuran yang paling tinggi kepada Allah, hatta untuk memilih sekadar air kosong.

Kita terhijab pada Ramadan hingga tidak nampak Allah. Kenapa tiap2 hari kita asyik fikir nak makan apa berbuka hari ini? Kerana masih banyak maksiat dengan Allah.

Seorang ulama teringin nak makan roti telor, maka dia pun keluar rumah untuk membeli roti telor. Tiba2 dia di tangkap kerana disangkakan seorang penyamun dan dipukul hingga lembik hinggalah seorang pemuda menyelamatkan dia kerana mengenali dia sebagai seorang ulama besar. Pemuda itu membawa ulama tadi ke rumahnya untuk di rawat. Kebetulan dia menghidangkan roti telor kepada ulama itu. Maka ulama tadi berkata, "Hai nafsu setelah engkau dipukul sebanyak 70 kali tadi, makanlah apa yang engkau cari ini."

Seorang ulama lain tika hendak menjamah hidangan lauk ikan, tiba2 jarinya tertusuk tulang ikan. Maka ulama itu berkata, "Inilah makan kerana syahwat." Maknanya dalam setiap perilaku orang yang beriman mestilah meletakkan Allah di hadapan. Bukan kerana makhluk tetapi kerana Allah. Ibadah yang dilakukan ialah proses mengenal Allah, Rabb pemilik segala.

Sebagai konklusi jalan untuk mengenal Allah itu jauh namun tingkatkan ilmu dan usaha, mantapkan amal dan jangan putus asa. Ramadan yang berbaki ini adalah medan dan wasilah yang tepat untuk kita sama2 muhasabah diri di hadapan Allah. Isikan ruang yang ada dengan manfaat. Untuk kenal empunya Ramadan yang Maha Pemurah dan Penyayang. Sambutlah seruan puasa itu untuk di akhirnya berjaya dianugerah pangkat tertinggi dunia dan akhirat iaitu Takwa.

@@@

KONGSI KEK

Dalam konteks hari ini, saya ingin elaborate dan bawak berbincang isu2 yg dekat dgn rakyat dan suasana di negara kita sekarang ini.  Antara ...