Friday, October 12, 2012

Terus Buat Baik


“Ustaz, mintak pendekkan sikit kuliah subuh pagi ni,” bisik Tuan Nazir masjid al-Faaizeen kepada Ustaz. “OK boleh saja no problem. Kenapa Tuan?” tanya Ustaz. “Ada majlis akad nikah pada pukul 9:00 nanti,” jelas Tuan Nazir. Ustaz menghabiskan kuliahnya selepas 45 minit. Kemudian para jemaah menjamu selera bersarapan pagi yang disediakan oleh pihak masjid.

Sejurus kemudian kelihatan Tuan Nazir di datangi oleh seorang tetamu. Beliau menyatakan, “Tuan Nazir, majlis akad nikah pagi ini terpaksa dibatalkan.” “Apasal?” tanya Tuan Nazir. “Pengantin lelaki meninggal dunia secara mengejut sekejap tadi.” Innalillah. 

Arwah baru berumur 26 tahun dan tiada masalah kesihatan sebelum ini. Maka benarlah bahawa ajal maut itu sudah termaktub dan tidak akan diawal atau dilewatkan walaupun sedetik. Malaikat maut memang tegas dalam memikul tanggung jawab yang di amanahkan Allah kepadanya.

Tempoh hari, Zaki kawan saya secara santai berkata, “Aku ni bila nak jadi baik? Sekejap solat sekejap tak solat.” Saya pun secara spontan menjawab, “Sekarang Zaki. Nak tunggu apa lagi? Mati tu kita tak tau bila. Ada orang, muda pun mati.” Saya tambah lagi, “Janganlah kita hidup di dunia untuk menderita di Akhirat.”

Dunia ini tiada nilainya di sisi Allah, tapi ia menjadi sangat penting untuk menentukan kehidupan seseorang di Akhirat nanti. Imam Nawawi pernah berkata, “Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu. Jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.”

Pagi tadi saya dipanggil untuk menghadiri sebuah mesyuarat. Pengerusi mesyuarat seorang wanita berumur 50an. Terdapat 20 orang yang menghadiri mesyuarat ini yang mana 18 org daripadanya ialah kalangan wanita. Daripada 18 orang ini, 3 orang masih belum menerima hidayah untuk menutup aurat, termasuklah pengerusi mesyuarat. 

Mengapa perintah menutup aurat yang Allah kenakan kepada wanita ini tidak mahu dipatuhi oleh beliau? Sedangkan dia nampak, dia sedar dan mengetahuinya.

Tambahan lagi terdapat 500 wanita yang bekerja di syarikat ini yang mana 90% setia menutup aurat . Mengapa dia memilih untuk menjadi ahli kelompok 10% yang tidak menutup aurat? Allah terus menghijab dia daripada nampak kebenaran. Sedangkan malaikat maut setia menunggu di depan mata.

Semasa memandu ke ofis tadi saya mendengar program Motivasi Pagi yang bersiaran pukul 7:30pagi di radio IKIM. Kata Ustaz, suami isteri kena pandai compliment each other. Maksudnya kena ringan-ringankanlah mulut untuk memuji pasangan masing2. 

Memang saikologi manusia suka kepada pujian. Jangan mengutuk, tapi memuji. Contohnya, jika isteri pandai masak kicap. Hari ni dia masak goreng ayam kicap, besok masak daging kicap, lusa masak telor kicap, seterusnya nasi goreng kicap, esoknya masak ikan kicap dan last sekali masak sardin kicap. Pendek kata masak kicap je hari-hari. Meluat kita dibuatnya. Tapi cuba puji isteri tadi, “Sayang ni memang terer masak kicap. Abang ingat satu hari nanti kita boleh komersilkan masakan kicap ni.” Sebab isteri suka di puji.

Begitu juga dengan suami sekali sekala mendapat pujian isteri, teruja giler. Contohnya, si suami ni pemalas orangnya. Pantang hari minggu dok belekar (macam ular sawa) dpn tv la kerjanya. Sedangkan isteri penat buat kerja umah ke hulu ke hilir. Maka isteri jangan kutuk suami tapi bagi pujian, “Saya tengok suami orang sebelah tu rajin tolong isteri dia jemur kain, vacuum rumah, dan cuci longkang. Tapi saya kalau mati hidup balik pun abang jugalah pilihan saya sebagai suami.”

Sebenarnya pujian demi pujian ini akan memberi effect positif, insyaAllah. Semoga suatu hari nanti isteri dan suami tadi akan menyedari kelemahan diri dan mengambil tindakan ke hadapan untuk memperbaiki keadaan. 

Sebagaimana yang diceritakan oleh seorang kawan, pabila dia sentiasa memuji anaknya, “Cikgu selalu puji Along ni rajin kat sekolah.” Maka anak tadi telah berubah daripada seorang yang malas belajar dan keras hati menjadi seorang yang tidak akan tidur selagi kerja rumahnya tidak disiapkan. Itulah kesan pujian. Ia memberi kebaikan yang memadamkan keburukan.

Sebab itu saya amat tidak gemar menonton telemovie atau drama di TV kerana ia sentiasa menonjolkan espek negatif dalam masyarakat. Begitu juga akhbar2 tabloid atau arus perdana yang suka membesarkan kepincangan dalam masyarakat. Hinggakan minda spara sedar kita menjadi lali dengan segala terma keburukan seperti rogol, bunuh dan rompak.

Akhir kata, marilah kita bergerak mencari kebaikan dalam hidup. Tinggalkan segala keburukan. Pabila ingin melakukan sesuatu kita tanya, “Apakah ini mendatang murka Allah atau kasih Allah? Apakah ini memberi dosa atau pahala?” Sama2lah kita renung dan amalkan.

@@@

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...