Tuesday, October 16, 2012

Jadilah Lelaki Sejati


Kita punya pilihan bila bangun tidur pagi ini, samada untuk senyum atau masam? Untuk melihat kepada sesuatu pada sudut positif atau negatif. Pilihan ada di tangan kita. Sabar dalam taat dan sabar meninggalkan maksiat, nawaitu kerana Allah.  Bukan mudah, namun itulah pilihan yg tepat.

“Seorang lelaki masih belum terbukti kelakiannya jika tidak datang solat berjamaah di Masjid,” tegas Abu Jandal pada perbualan kami di anjung Masjid malam tadi. Sebuah kenyataan yang keras tapi berasas. Bukankah mengikut syariaat seorang lelaki itu wajib bersolat di tempat azan dilaungkan?

Mujahadahnya para sahabat dan ulama' dulu dalam menyampaikan mesej dakwah ke serata alam menjadi asbab syiar Islam tersebar luas hingga kini meliputi 1/3 dunia, Alhamdulillah. Mujahadahnya para pendakwah dari benua India datang ke Melaka 500 tahun dulu menjadi asbab tersebarnya agama Islam di Malaysia hinggakan kini kurang lebih 15 juta orang iaitu kira2 55% daripada penduduk Malaysia telah beragama Islam.

Sebut tentang mujahadah iaitu kepayahan dalam perjuangan ini, maka kita dapat perhatikan bangsa Melayu khasnya agak lembik dalam soal ini. "Contohnya kita tengok time raya, tu dia kalau tak dapat balik kampung memang masalah besar, bukan apa terkenang lomang dan rendang yang mak buat," tambah Abu Jandal.

Abu Jandal bercerita malam tadi dia pernah kerja beberapa tahun dengan syarikat Hyundai dari Korea. Katanya majikannya agak skeptik sikit untuk mengambil pekerja dari Malaysia kerana terlalu banyak cuti katanya. Sedangkan cuti ni duit, terpaksa stop produksi atau terpaksa bayar kadar gaji berganda. Apa taknya cuti umum persekutuan pun dah 13 hari setahun, tak termasuk cuti umum negeri. Kalau di Selangor tambah 3 hari cuti umum negeri, maknanya jumlah cutinya 16 hari setahun. Ini tidak termasuk cuti tahunan yang boleh mencapai 24 hari setahun. Belum tambah lagi dengan cuti sakit, cuti bersalin, atau cuti kecemasan.

Kalau kita kira2 mamak, cuti umum campur cuti tahunan dah jadi 40 hari setahun. Cuti hujung minggu 12 bulan x 8 hari dah ada 96 hari setahun.  Maka hari bekerja maksima cuma 365 - 40 - 96 = 229 hari dalam setahun. Jika waktu kerja rasmi 8 jam sehari, makanya jumlah kita bekerja dalam setahun cuma kurang lebih 76 hari (2.5 bulan) sahaja dalam setahun. Itu pun kita masih komplen kerja banyak dan sebagainya. Kalau dapat gaji RM5000 sebulan maka setahun dapat RM60,000. Jika dibahagi dengan 2.5 bulan hari sebenar bekerja, maka pada hakikatnya gaji bulanan yang diterima sebenarnya ialah RM24,000 sebulan. Fuyoo !! Lagi mau komplen ka?

Berbalik kepada soal mujahadah tadi. Saudara kita dari Indon memang mujahadah, sanggup tinggalkan keluarga tercinta berhijrah mencari rezki di Malaysia. Setengah tu dah 3 tahun atau lebih tak balik ke Indon. Tapi rasanya saudara kita dari Myanmar, Nepal, Vietnam dan Filipina juga tidak kurang mujahadahnya. Sanggup bertungkus lumus bekerja di Malaysia demi mencari sedikit kesenangan hidup bila pulang ke Negara asal nanti. Tapi rasa saya yang paling lasak dan istiqamah mujahadah mereka ialah saudara kita dari Bangladesh. Hatta dalam membawa mesej dakwah ke serata dunia juga, kita tabik spring kat Bangla ni, mujahadah tanpa jemu.

Kita ini tanpa agama, tiada beza dengan haiwan. Hidup untuk makan, minum, tidur, seks, dan kerja. Maka syiar agama lah yang menjadi panduan dan mengawal kehidupan. Kita di kawal yang mana baik dan yang mana buruk, yang mana halal dan yang mana haram. Tanpa agama, akal sahaja menentukan. Maka yang halal boleh di haramkan dan yang haram boleh dihalalkan. Bersyukurlah kerana kita ada Agama. Bukan sekadar Agama tetapi Agama yang benar iaiatu Agama Islam, untuk memberi panduan.

Namun ramai manusia yang mengejar kebendaan dek kesempitan hidup termasuklah ramai saudara muslim kita yang berhijrah kemari untuk bekerja melupakan atau mengabaikan terus syiar Agama ini. Hidup untuk bekerja kerana di hujungnya  ada upah. Bekerja tanpa peduli lagi untuk solat 5 waktu atau berpuasa di bulan Ramadan. Hidup untuk cari duit, makan, minum, tidur dan suatu hari pulang ke negara asal membawa wang hasil kerja. Tanpa Agama lagi walau pada nama masih beragama.

Berapa ramai pula di kalangan anak muda kita yang hidupnya pun begitu hanya mengejar kebendaan dan hiburan dan meninggalkan agama yang diwarisi walaupun pada dasarnya masih beragama Islam. Golongan dewasa pun begitulah juga, dilalaikan oleh urusan dunia hingga lupa Allah. Maka jika ada 15 juta orang Muslim di Malaysia ini, maka berapa ramai yang patuh kepada ajaran Agama Islam sebenarnya? Jika ada 1.5 Bilion penduduk dunia yang beragama Islam kala ini, berapa ramai sebenarnya yang bertaqwa? Tepuk dada tanya iman.

Moving forward, marilah kita cintai majlis2 ilmu. Kita cari ilmu di dada. Pencarian ilmu tiada noktahnya. Pabila sudah ada ilmu maka fahamilah ilmu ini. Jika tidak faham, bertanyalah pada para ilmuan. Pabila memahami ilmu agama ini maka praktikkanlah dalam hidup dan sebar2kan supaya berkembang luas di serata alam.

Kita semua ibarat Nescafe 3 in 1. Kitalah Hamba Allah yang wajib patuh pada Allah untuk menyembah dan beribadah kepada-Nya.  Kita juga Khalifah Allah di muka bumi ini yang punya peranan untuk memimpin manusia mematuhi perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dan kita juga pemegang amanah Allah, kerana semua yang ada pada kita bukan milik kita. Semua milik Allah yang diamanah sebentar untuk kita guna pakai.

Sedarlah bahawa lahir kita dulu bertelanjang bulat tiada bawak apa2 dan mati kita nanti pun begitu juga tidak membawa apa2. Apa yang boleh membantu ialah segala amal baik kita, insyaAllah. Pabila mati menjemput, apa yang boleh menjadi penghubung ialah doa anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu bermanfaat yang kita tinggalkan. That's the brutal fact and hard truth. Sama2lah kita fikir dan renung sebelum lelap tidur di katil empuk malam nanti.

@@@

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...