Saya selalu teruja malah rasa pelik bila membaca posting @penulisan sendiri di blog2 saya, ada 5 blog semuanya. Dan krana saya ada blog2 ini, sesekali saya membaca atau mentelaahnya kembali, maka cebisan sejarah, memori, travelog, saya mengembalikan nostalgia suasana semasa tika itu. Apa rasa dan imaginasi yg saya lalui. Saya manage utk pahatkan ia di blog, masya-Allah.
Penulisan saya di blog2 ini terbahagi kpd beberapa kategori. Pertama, my general perspective or thinking about life and all drama surrounding it including current topic of interest. Ini saya capture dlm blog yg netizen tgh baca ini. Saya namakan School Of Tots (SOT). Ia merupakan blog ulung saya. The first yg menjadikan saya seorg blogger.
Blog kedua saya ialah Politikus. Krana apa? Ia bicara naratif dan hiruk pikuk politik dlm dan luar negara. Saya pisahkan supaya pembaca SOT tidak di swing kpd cerita2 politik. Maka saja juruskan penulisan yg berbau politik ke sini. Alhamdulillah blog Politikus masih kekal relevan dan berjaya mencoret isi hati dan sisi politik saya secara langsung atau pun tidak. Saya jadi agak appreciate bangat setiap kali kembali membaca atau review posting2 saya di sini.
Blog ketiga saya ialah Keringat. Blog yg bicara hobi dan aktiviti berkebun dan rutin harian atau kisah2 famili. So ia lebih bersifat personal. Niatnya utk capture momen2 indah aktiviti keluarga, laman rumah, apa yg berlaku di dlm dan luar rumah kami. Contohnya laman kami beberapa tahun dahulu ada sebtg pokok klapa pandan dan sebtg pokok klapa gading yg sgt rajin berbuah, sangat berjasa. Namun saya decide tebang sebab dah agak tinggi. Jadi image laman kami pun bertukar. Sebagai ganti saya tanam balik dua pokok mangga dan satu klapa pandan di luar pagar. Di laman dlm sebelah tepi pagar pula saya ganti tanam sepohon anak dokong, anak durian D99, dan anak pokok klapa pandan. Jadi momen2 sebegini saya capture dlm blog Keringat. Simbol penat lelah, DIY kami, mengeluarkan keringat sendiri mengusahakan rumah dlm tanam yg sejuk mata memandang.
Blog ke-4 saya ialah Kembara OZ. Merupakan coretan travelog semasa kami beberapa bulan bermusafir di bumi OZ. Kisah2 atau posting2 tentunya mengembalikan memori dan detik2 sejarah kami di sana. Sekiranya saya tidak menulis kisah2 ini tentulah saya akan lupa dan ia bisa hilang drp memori saya begitu saja. Sebab itu sangat crucial utk saya capture the moments dan menyimpannya di blog yg mungkin satu hari dapat di baca oleh sahabat handai, sdra mara, dan kenalan di alam siber sekelian.
Blog ke-5 merupakan blog berkenaan aktiviti Surau Pernec, yg mana saya bekerja di pernec selama 16 tahun, sehingga saya mengambil vss pada tahun 2014. Di tahun2 terakhir saya di sana, saya merupakan salah seorg AJK surau. Antara aktiviti yg saya terlibat ialah menyampaikan tazkirah pagi di PA syarikat utk didengari oleh kakitangan syarikat di HQ kami di AU3 ulu klang. Saya juga terlibat dlm penganjuran ceramah bulanan dgn melibatkan penceramah yg berbeza setiap bulan. Maka saya capture poin2 penting ceramah2 ini dan tazkirah harian yg berlangsung disamping perlongsia ilmu2 bermanfaat yg lain.
Alhamdulillah. Smoga setiap blog saya ada dapat memberi sedikit sebanyak manafaat utk ummat dan menjadi saham akhirat saya.
Alhamdulillah juga kerana berkat penulisan dan catatan ilmu saya di pelbagai platform terutamanya catatan yg terpahat di blog2 saya ini telah membantu saya beejaya menghasilkan penulisan dlm bentuk buku. Terdapat lima buah buku yg telah saya terbitkan setakat ini.
@@@
No comments:
Post a Comment