"Guano lamo tok napok?" tegur Ustaz Sobri. "Ado supo biaso Ustaz", jawab saya. "Dok eh...lamo tak napok di masjid? Dok main kok jauh ko?" sambung Ustaz Sabri. Rupanya dalam senyap Ustaz ada memerhatikan para jamaah yang hadir saban malam, tika kuliah maghrib terutamanya. Maka kala terserempak dengan saya di pasar pada hari minggu lalu terus Ustaz menyapa saya dengan soalan2 cepumas tadi. "Ada Ustaz, cuma ceghele cegheluk", tambah saya lagi. "OOO...ingat dok nadah kitab dgn tok guru manno...he he."
Itulah saya ini melalui gelombang iman yang turun dan naik. Sekejap di atas, sekejap berada di bawah pula. Yang penting ialah jangan kekal di bawah. Bawalah bertenang. Dan kembali merangkak ke puncak. Hidup tanpa menghadiri majlis2 ilmu ibarat menjalani detik-detik kegelapan tanpa cahaya yang bisa menyuluh jalan di hadapan. Justru amat penting untuk hadir mendengar peringatan dan nasihat agama supaya saya kembali faham agama dan bergerak ke depan dengan acuan agama, bukan pedoman nafsu dan akal semata.
Di ofis saya era kegelapan juga telah melanda. Ceramah perdana bulanan terakhir di adakan pada bulan Jun yang lalu. Kuliah zohor mingguan juga sudah lima bulan senyap. Ada saja onak dan duri yang menghalang. Pabila saya menulis satu email kepada pihak HR untuk duduk berbincang mencari jalan bagi merancang supaya program2 keruhanian ini dapat diteruskan semula, tiada respon yang saya dapat. Saya kecewa. Selepas seminggu menunggu maka saya menghantar email susulan. Cuma kali ini saya cc kepada Group MD, boss besar. Syarikat kami kini dalam krisis prestasi kewangan yang agak merundum.
Alhamdulillah GMD telah memberi respon kepada boss besar HR, menyatakan sokongan supaya program Ceramah Perdana bulanan dan Kuliah Zohor mingguan yang saya sarankan itu boleh diteruskan. GMD juga memberi cadangan supaya diadakan Tazkirah Pagi harian selama 15 minit melalui PA System syarikat. Pabila GMD sendiri sudah bersuara maka boss HR pun terus mengarahkan anak buahnya untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk bermesyuarat dengan pihak AJK Surau syarikat bagi plan seterusnya.
Alhamdulillah pada hari Jumaat lepas mesyuarat berkenaan telah berjaya diadakan. Keputusannya ialah pihak AJK surau akan menyediakan memo perihal program yang akan diadakan pada setiap bulan dan menyerahkan kepada puhak HR untuk mendapat budget. Pengerusi AJK Surau mengucapkan terima kasih dan Bulan Disember ini akan dijadikan testing ground akan kelancaran proses birokrasi yang ada termasuklah urusan tuntutan 'cash advance' program mendatang, tuntutan claim program2 yg telah berlalu, urusan tauliah Ustaz, dan urusan jemputan Ustaz untuk memenuhi program yang di rancang. Program solat hajat bulanan yang akan disertai oleh pihak pengurusan juga di rancang demi memohon kesejahteraan dan kejayaan syarikat dan seluruh warga kerja sekelian.
Era kegelapan yang saya lalui ini harapnya akan menemukan cahaya dipenghujung terowong. Alasan sampai lambat dari ofis dan selalu miss the boat untuk ke masjid perlu diluputkan segera. Bak kata orang puteh hati nak seribu daya tak nak seribu dalih. Saya juga merupakan salah seorang daripada empat orang yang ditugaskan untuk membaca tazkirah pagi, yang akan dimulakan secara mingguan iaitu setiap hari jumaat sebagai permulaan. Jika tiada aral melintang GMD akan dijemput untuk memberi tazkirah pada slot pertama pada pagi Jumaat ini, sebagai merasmikan dan memberi impak kepada program2 keruhanian seterusnya.
@@@
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
No comments:
Post a Comment