Monday, December 31, 2012

Kekuatan Umat


Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah. Penat tanam dan siram baja tapi tak keluar buah. Mengaji 3-4 tahun tapi tak ada hasilnya, satu pun tak melekat. Bagi orang beriman, apa yang dia dengar perkara yang baik maka dia akan usaha nak buat kebaikan itu. Namun hati yang penuh kotoran bila dengar benda baik macam tak ada apa2.

Hadirkan keagungan bait2 hadis supaya ada kesan dan wujud dalam amal kita. Usaha biar betul2 wujud dalam hati dan zahirkan supaya terserlah dalam kehidupan. Sabda Rasulullah sesiapa yang hidupkan sunnahku, dia cinta padaku dan akan bersamaku dalam syurga.

Marilah sama2 takut iaitu takut kita ini mengaku umat Nabi tapi takut2 Nabi tak mengaku kita ni umat Baginda. Nanya kita. Nabi mengenal umatnya pabila ada sunnahnya yang diamalkan. Bekas wuduk dan bekas sujud merupakan antara tanda2 yang Nabi dapat kenal. Semoga kita tergolong pada kelompok yang dapat mampir untuk meneguk air telaga kauthar di Mahsyar nanti.

Tanamkan ideologi ini dalam minda iaitu, “Amal Sunnah Dapat Pahala, Tinggal Sunnah Dapat Rugi.” Sunnah Rasulullah mengundang kecintaan Allah. Dalam sunnah ada keredhaan Allah. Ramai manusia yang ingkar sunnah atau anti hadis. Kalau Allah sesatkan seseorang maka tiada siapa yang dapat membagi hidayah kepadanya. Nau’zubillah. Bila Allah bagi hidayah tiada siapa boleh menyesatkannya. Alhamdulillah.

Tanpa taufiq dan hidayah Allah kita nak ucap Subhanallah pun tak mampu. Mafhum hadis, perbanyakkan olehmu zikrullah sehingga kamu dikata orang gila. Iaitu asyik zikir hingga tenggelam dalam zikir mengingati Allah. Namun zikirullah pun kena ada sanadnya dan kena berguru supaya sumbernya jelas dan autentik. Sesiapa yang tidak berguru maka gurunya ialah syaitan yang bisa menyesatkan manusia.

Ikut sunnah iaitu berzikir dalam keadaan tenang dan damai. Sebaik2 zikir itu kena jelas sebutan supaya tidak lari maknanya. Zikrullah membuka jalan kepada hubungan yang akrab dengan Allah. Hubungan yang dekat dengan Allah akan mengundang pertolongan Allah.

Untuk mentafsir ayat2 al-Qur’an itu sendiri memerlukan sekurang-kurangnya 15 cabang ilmu termasuklah ilmu mantiq, balaghoh, nahu, soraf, dan asbabul nuzul. Sesiapa yang bertaubat pada dosa dan kesilapan maka seolah-olah dia tidak berbuat dosa itu bila mendapat pengampunan Allah. Pengampunan Allah sangat besar sifatnya.

Dalam urusan agama manusia tidak terlepas dari gangguan syaitan dan iblis. Maka setiap amalan mesti kena check takut ada sanad yang terputus. Ada orang zikir tapi tak solat maka itu tanda gurunya ialah syaitan. Walau zikir yang betul tapi guru tak betul maka kesannya tidak baik bahkan boleh membawa mudarat yang besar pula. Justru teruskan pencarian ilmu. Di situlah kekuatan umat ini.

@@@

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...