Tahun baru masihi 2013 bakal tiba beberapa hari lagi. Ramai
yang memasang azam tahun baru. Tidak salah untuk cuba merancang segala
kebaikan. Bukankah segalan amalan itu bermula dengan niat? Ramai yang merenung
balik pencapaian sepanjang tahun 2012 yang bakal ditinggalkan ini, sejauh mana
yang berjaya dilaksanakan. Bolehlah sama2 cermin diri dan bagi markah. Dapat A,
B, C, D, E atau F? Tak apalah yang lepas biarlah berlalu. Moving forward kita
azam yang baru dan usha untuk mencapainya.
Saya ada seorang kawan. Gaji bulanannya boleh tahan. Dia
juga ada bisnes sendiri. Dia pernah beritahu saya bahwa bisnesnya itu adalah
kerja nombor satu dia. Pada pendapat saya bisnesnya sangat berjaya, tahun ini
saja income daripada bisnesnya mencecah RM120,000. Namun yang peliknya dia
sentiasa mengeluh tidak kecukupan. Duit habis untuk membayar hutang setiap
bulan. Air mukanya juga sentiasa tidak ceria. Dia juga gemar mengeluh dan tidak
berpuas hati dan acap bercerita scenario yang negetif. Harta dan kebendaan
telah menjadi matlamat hidupnya, sama sebagaimana majoriti manusia diluar sana.
Pada posting yang lalu saya ada menyatakan bahawa sistem
kapitalis dan komunis, kedua-duanya menjadikan harta kebendaan sebagai
objektif. Walhal dalam Islam harta yang banyak bukanlah objektif tetapi ilmu
dan amal yang banyak adalah lebih utama. Semakin berilmu untuk semakin hampir
kepada Allah, semakin mengenali Allah yang mencipta pemilik isi langit dan
bumi.
Orang berilmu itu bisa membezakan yang mana dosa dan yang
mana pahala, yang mana boleh membawa ke syurga dan yang mana akan membawa ke
neraka. Bukankah kesudahan hidup manusia itu di sana?
Pabila harta, pangkat dan kekuasaan menjadi objektif kehidupan, maka acap kali manusia menjadi tidak pernah cukup. Mengambil contoh kawan saya tadi, dia sentiasa mengeluh tidak cukup2. Walhal income nya begitu banyak sebenarnya. Banyak tidak semesti cukup. Manakala sedikit pula tidak semesti tidak mencukupi. Semua itu kuasa Allah belaka. Rezki milik Allah. Berkat atas rezki itu juga milik Allah.
Allah Maha Adil. Dalam soal rezki kita tengok kadang tu
Allah berikan jumlah harta yang banyak pada seseorang tetapi Allah tarik balik
sedikit demi sedikit, pabila dia mendapat ujian demi ujian seperti masalah
keluarga, kesihatan dan kemalangan. Seorang kawan saya misalnya terpaksa
membayar jumlah yang agak besar untuk membiayai pendaftaran anaknya memasuki
IPTS berbanding dengan seorang lagi kawan yang tidak perlu membayar apa2 tika
anaknya mendaftar di IPTA. Pengaturan Allah perihal hambanya amat munasabah
sekali. Setiap ujian ada hikmahnya malah ia menghalang musibah yang lebih besar
dari berlaku atau memberi kebaikan yang tidak terfikir pada masa itu.
Ujian yang kecil saja yang kita hadapi mungkin kerana iman
kita yang sangat nipis berbanding dengan ujian yang dihadapi oleh saudara kita
di Syria atau Pelestin. Namun selalunya kita tidak sabar menghadapi ujian yang
kecil itu, dan selalu meracau-racau tidak tentu hala.
Orang yang berilmu diangkat darjatnya. Ilmu itu pula untuk
menjadikan kita lebih dekat dengan Allah. Orang yang berilmu juga sepatutnya
dapat memberi manfaat kepada orang lain. Hendaknya ilmu dan iman dapat memberi
pembebasan diri daripada unsur2 jahiliyyah.
Tafaqquh Fiddin ialah memahami agama. Agama yang boleh bantu
kita mencapai redha Allah. Keimanan kita peroleh daripada ilmu. Ulama itu
pewaris Nabi, mewarisi ilmu dan sunnah Nabi maka jadikanlah ulama sebagai teman
kehidupan dan pusat rujukan. Maqam ulama di sisi Rasulullah dan Allah amat
tinggi sekali. Berbeza orang yang belajar agama dengan orang yang tidak belajar
agama.
Seorang Ustaz bercerita bahawa dia pernah berbual dengan pengasas UIA iaitu 6 bulan sebelum Syeikh itu meninggal dunia. Syeikh sangat marah bila bercerita pasal UIA kerana baginya ia bukan sebuah istitusi yang dia impikan, iaitu mendaulatkan ilmu agama. Dia dambakan graduan UIA sebagai seorang professional yang faham agama punyai ilmu agama yang mantap, yang bila ditolak ke depan boleh bagi ceramah agama, boleh baca khutbah, menghayati doa dan memimpin solat, dan menjadi agen penegak syariaat agama.
Tapi katanya UIA yang ada kini telah menjadi rojak dan dicarca marbakan hinggakan ilmu agama dijadikan soal sampingan. Harapnya seluruh mahasiswa UIA mengambil komen ini sebagai cabaran dan iktibar untuk berusaha menuntut ilmu agama di UIA bukan sekadar mengejar kejayaan akademik semata atau mengejar kejayaan kebendaan sebagaimana majoriti mahasiswa masakini yang mengikut sahaja benchmark dari barat dan timur.
Semua perkara berkenaan dengan agama adalah rahmat Allah.
Tanda Allah sayang pada hamba ialah pabila Allah sibukkan dia untuk taat
kepada-Nya, buat perkara yang Allah redha. Pabila kita bersyukur Allah akan
tambah nikmat, insyaAllah.
@@@
No comments:
Post a Comment