Sunday, December 02, 2012

Orang Buta


Kita ini orang buta. Siapa yang boleh bimbing kita? Rasulullah SAW, yang celik dan melihat. Rasulullah SAW adalah pembimbing kita dengan berpegang kepada al-Qur'an dan hadis. Apa yang Rasulullah SAW amalkan selama 23 tahun, itulah Agama, itulah cara hidup yang selamat dunia dan akhirat. Sahabat2 pabila tidak bertemu Rasulullah walaupun sehari akan merasa kerinduan yang amat sangat. Sebab itu disunatkan kita melihat ulamak kerana ulamak itu pewaris Nabi yang mendapat tempias dan percikannya.

Allah boleh meletak sesiapa di mana2 tempat. Maka bila Allah memilih kita untuk berada di rumah-Nya di dalam majlis ilmu, maka sangatlah kita bersyukur. Hidayah adalah satu pilihan yang Allah berikan kepada hamba-Nya. Tidak semua orang mendapat hidayah. Ianya adalah tanda kasih sayang Allah. Semakin Allah sayang semakin orang itu sibuk untuk dekatkan diri kepada Allah. Kalau kita penuhi segala perintah Allah maka Allah akan penuhi segala keperluan kita. Jika leka dan lara di dunia maka balasan setimpal akan menanti di akhirat nanti.

Iman Shafie setiap kali mendengar hadis Rasulullah yang sudah berulang kali dia mendengarnya tetap merasa seperti baru pertama kali mendengarnya. Itulah kesungguhan untuk mendengar sabda Nabi. Imam Malik kalau nak baca hadis akan berpakaian istimewa dan mengenakan wangi-wangian, dengan merasa takzim dan keagungan membaca hadis. Pernah satu ketika Imam Malik disengat kala jengking semasa majlis taklimnya tapi dia tetap meneruskan majlis bacaan hadisnya tanpa membubarkannya demi merasa keutamaan dan keagungan majlis ilmu hadisnya, sehinggalah berakhir majlis barulah beliau mendapatkan rawatan.

Anas bin Malik mula khidmat kepada Nabi tika berumur 9 tahun lagi. Dia sediakan air dalam bekas untuk Nabi berwudhuk untuk Qiamullail. Dia sediakan capal setiap kali Nabi melangkah keluar masjid. Nabi telah doakan Anas bin Malik banyak menghafal hadis. Barokah khidmat Anas kepada Nabi, Allah kurniakan keturunan yang baik dan kaya untuknya. Khidmat kepada orang alim akan mengundang barokah.

Manusia kalau baik boleh jadi baik melebihi malaikat. Sebaliknya manusia kalau sesat lebih dahsyat daripada syaitan. Firaun boleh mengaku dirinya tuhan. Sedangkan sejahat-jahat Iblis tidak pernah mengaku dia tuhan. Kita perlu ada benteng yang kukuh dengan berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah untuk tidak terpengaruh dengan ancaman musuh yang sentiasa mahu menyesatkan. 

Kekuatan orang Islam itu bergantung kepada amalan Islam itu sendiri. Pertolongan Allah akan turun kepada orang yang menjaga amalan. Darjat seseorang di sisi Allah bergantung kepada ketaatannya kepada Allah. Bukan sekadar solat tetapi mengagungkan solat dan mendapat kesan daripadanya. Bukan sekadar membaca Qur'an tetapi mengagungkan Qur'an dengan memahami dan mengamalkannya. Kita ini orang buta yang perlu pembimbing untuk menuju redha Allah.

@@@ 

2 comments:

Ashraf Hadi said...

Ibaratnya, orang buta ingin melintas jalan, dipimpin tangan oleh orang celik, pasti si orang buta akan menuruti tanpa sedikit bantah. Takut nanti dilanggar kereta hingga membawa padah.

Tetapi hairan apabila ada orang buta yang dipimpin tangan boleh pula membantah. Nauzubillah, mohon agar kita menjadi sibuta yang tak membantah.. InsyaAllah- Amin..

School Of Tots said...

TQ Ashraf Hadi. Ada orang buta mata. Dan ramai orang yang buta hati. Maka hati yang buta itu lagi ditakuti. Lebih parah lagi bila hati mati. Semoga dapat hijrah untuk celik mata, celik hati dan hidup hati untuk taat pada Allah SWT.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...