Monday, January 20, 2025

MANUSIA NALURI HEWAN



MANUSIA NALURI HEWAN

Allah jadikan manusia sebagai sebaik2 kejadian. Manusia sebagai makhluk Allah yg terbaik. Manusia bukan malaikat. Namun manusia bisa juga menjadi makhluk yg lebih bagus drp malaikat. Manusia dikurnia nikmat yg sangat banyak, tak terhitung banyaknya. 

Sebalik itu manusia juga bisa menjadi makhluk yg teruk, jahat, dan ganas malah lebih teruk drp hewan. Dgn kata lain tersirat sifat, naluri, dan perangai hewan dlm diri.

Kita sekali lagi di hebahi dgn satu  insiden yg menyayat hati iaitu kisah seorg OKU yg dibelasah tanpa belas kasihan oleh beberapa individu di chukai terengganu. Insiden yg tidak sepatutnya seteruk ini, jika masing2 berlapang dada dan berfikir secara rasional dan berperi kemanusiaan.


***

"Sedih marah,kecewa semua ada bila melihat video yang tular suami saya dipukul tanpa ada belas kasihan dan bagi saya ia sangat keterlaluan. Perbuatan mereka sangat kejam, sukar saya maafkan."

~faridah abdul karim, isteri kepada lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai Terengganu,17 jan lalu. Perbuatan individu berkenaan yang mengheret, menyepak, memukul dan mencurahkan mi goreng di atas kepala suaminya, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, sangat melampau dan tidak berperikemanusiaan.

"Abah cakap ada orang sepak motosikal. Dia bangun dan cuba cari orang yang sepak tetapi dia sebaliknya dipukul. Rehatlah abah, dunia terlalu kejam untukmu" 

~Anak dakwa motosikal disepak sebelum langgar gerai. Sedih bapa dipukul, mahu pelaku dihukum.

"Pukul OKU ni satu kelakuan yang sangat tak berperikemanusiaan!
Baru-baru ni tular video beberapa orang di pasar tani memukul seorang warga OKU sehingga dia dimasukkan ke hospital. & Perbuatan ni sangat memalukan dan pelaku-pelaku harus dijatuhkan hukuman yang selayaknya. Semoga mangsa diberikan kesembuhan dan mendapatkan keadilan buat dirinya!"
~Aznil Hj Nawawi


***

KES seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dipukul beramai-ramai pada Jumaat lalu merupakan satu insiden memalukan dan menunjukkan kekurangan nilai kemanusiaan dalam masyarakat. 

Hati isteri mana yang tak sedih bila suami dipukul akibat kesilapan yang tidak disengajakan. Sedih hati Puan Faridah bila dia tengok video suaminya dipukul, dan dicurahkan mi goreng di kepalanya. Yang buat Puan Faridah terkilan lagi kenapa orang sekeliling di situ hanya melihat dan tidak menghentikan perbuatan kejam itu.

***

Saya masih ingat kira2 12 tahun yg lalu. Tika itu saya masih bertugas di syarikat pernec corporation di ulu klang. Setiap hari rabu kalau tak silap ada pasar malam bersebelahan rumah pangsa di AU3, ulu klang. Jadi kerap juga otw balik rumah, saya singgah sebentar di pasar malam itu untuk membeli beberapa juadah dan buah2an utk dibawa pulang. 

Pada satu hari itu, saya telah terserempak dgn satu adegan yg menyayat hati. Tika para peniaga pasar malam bersiap2 utk menyediakan gerai dan mengangkut apa yg patut drp van atau kreta masing2. 

Datang sebuah moto kapcai dgn dua org penunggangnya, lelaki pertengahan umur, mungkin umur 30an. Tergesa2 berhenti di tepi salah sebuah van milik peniaga. Terus meluru mengangkat sebuah generator penjana letrik drp van yg bonetnya terbuka luas, asbab peniaga berkenaan dlm proses mengangkut perkakasan dan bahan jualan. 

Tampak objektif mereka berdua nak kebas generator itu, dgn modus operandi touch n go, for easy money. Dapat jual dgn harga rm400-500 pun dah ok. Sebab harga brand new generator sebegini dlm rm1,000++. 

Begitulah grand plan mereka berdua, yg saya syak penagih dadah. Kalau bukan, mana brani cuba execute rompakan siang hari tgh org ramai begitu. Apa yg dirancang tidak menjadi. Generator tu agak berat rupanya. Jadi tak mudah utk diangkat. 

Pemilik van telah nampak dan menyedari keadaan yg berlaku. Ramai2 telah serang kedua org penjenayah itu. Namun seorg dgn cekap dan cepat, sempat naik motor dan memecut pergi. Tinggallah rakannya seorg diri.

Apa yg saya nak ceritakan ialah naluri hewan yg ganas dan tidak berperi kemanusiaan mula terserlah. Lelaki itu dipukul, ditendang, ditampar, diketuk, disepak semahunya, hingga terjatuh ke dlm parit konkrit besar berlumuran darah dan tidak sedarkan diri. Itupun ada lagi yg datang menendang tanpa belas. 

Apakah aura pasar pagi, pasar malam atau pasar tani begini sifatnya? Byk bisikan setan yg menyucuk dan menghasut? Hingga secubit iman yg ada lulus dari hati, terbang entah kemana. Apakah nafsu amarah mudah meratah nilai sabar dan kasihan belas. 

Ya benar lelaki itu telah melakukan aksi cobaan mencuri. Jika dia berjaya, mungkin pemilik akan rugi nilai generator yg dia beli rm1,500 beberapa tahun dulu, yg sekarang nilainya mungkin sekadar maksima pun rm700. Berbaloikah hukuman ikut kpala sendiri, yg dikenakan? Tanpa menunggu pertimbangan peraturan dan undang2 sivil yg a tersedia? Apatah lagi undang2 islam berkenaan hukum jenayah. 

Mengambil tindakan berdasar nafsu amarah, hingga seolah2 ingin membunuh dan menamatkan riwayat  penjenayah itu? Pada saksian saya, mangsa akan mengalami bukan sekadar luka di jasad luarannya tapi juga organ dalaman dan cacat emosinya untuk masa yg panjang. 

Smoga baki usianya penuh baroqah dan keampunan, dan diberikan pengakiran hayat yg husnul khotimah.

Pada hari ini, saya ingin mengajak para pengunjung blog SOT ini, utk merenung sebentar, berfikir sejenak, aku ini layakkah menjadi makhluk terbaik ciptaan Allah?

Atau mungkinkah aku ini seekor hewan ganas yg bertopeng manusia, dan bekiblatkan setan laknatullah? 

Sama2 kita muhasabah diri dan mengubati naluri yg mungkin berpenyakit kronik yg membarah itu. Agar dunia lebih tenang, aman dan damai. Hidup dlm kasih sayang dan toleransi. Usah jadi seorang zionis yg kejam pada hidup yg Allah bagi pinjam ini.

@@@

No comments:

MANUSIA NALURI HEWAN

MANUSIA NALURI HEWAN Allah jadikan manusia sebagai sebaik2 kejadian. Manusia sebagai makhluk Allah yg terbaik. Manusia bukan malaikat. Namun...