Sunday, January 05, 2025

REJAB YANG MUSTAJAB

Alhamdulillah hari ini sudah 5 rejab 1446H bersamaan dgn 5 jan 2025. Bulan rejab adalah pintu gerbang untuk kita melangkah ke bulan syaaban dan seterusnya kemuncak yg dinanti bulan penuh baroqah, iaitu ramadan al-mubaraq.

Bulan rejab sangat mujarab untuk latihan bagi meningkatkatkan amal. Kalau dlm berolahraga, ini adalah masanya untuk melakukan streching, regangan otot, dan rutin warmup. Latihan intensif untuk rajin mendirikan solat2 sunat, bersedeqah setiap hari, dan berbuat kebaikan pada setiap kesempatan. 

Supaya bila tiba bulan ramadan kita sudah tidak merasa aneh, janggal, letih, atau kurang stamina untuk melakukan sgala amal soleh. Pastikan warmup dan latihtubi yg padu di bulan rejab dan jitu di bulan syaaban. Agar bulan ramadan nanti kita bisa perform dgn qualiti yg mantap bagi meraih sgala hadiah pahala berganda yg Allah sediakan.


Sehubungan itu, saya ingin mengajak para sahabat sekelian untuk apalah kiranya singgah di blog saya ini dan mentelaah 715 posting yg dipaparkan agar ilmu bermanfaat yg saya kongsikan dapat disebar luas ke serata alam. Saya dambakan penulisan saya itu terkelompok dlm ilmu bermanfaat di sisi Allah, yg menjadi penawar dan hikmah kpd ummat byk untuk bisa menjana saham akhirat untuk saya.


***
School Of Tots (SOT)

Saya mula menulis di blog saya School Of Tots (schooloftots.blogspot.com) pada 5 sept 2005. Pada era 2005-2013, blogs merupakan satu wadah yg popular di internet. Kemudian ia beransur ke belakang pabila facebook dan yg sewaktunya mula menunjukkan belang. Namun saya rasakan penulisan di blog lebih bersifat long lasting dan tak lapuk dek zaman di platform yg global.

Saya menulis sinopsis blog SOT sebagai, "Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers."

Paling byk posting yg saya hasilkan ialah di tahun 2012 iaitu sebanyak 112, diikuti tahun 2013 sebanyak 97 posting, 2011 sebanyak 97 posting, dan tahun lps 2024 paling kurang posting, cuma 1 sahaja.

Posting pertama saya berlaku pada 1 sept 2005 bertajuk Katrina dan Rita iaitu perihal taufan yg melanda USA. Dan posting terakhir saya iaitu bertarikh 1 feb 2024 bertajuk Isu Pendidikan perihal perjalanan ujikaji pendidikan peringkat sekolah rendah dan menengah yg sekali pandang agak carca marba. The rest is history. Posting paling popular saya bertajuk Doa Selepas Solat yg telah mengundang seramai 43,961 pengunjung.

Pabila saya melihat balik posting2 ini, saya pun agak teruja dan terkedu. Bagaimana saya bisa menulis posting2 sebegini. Merentas masa, saya pun tidak menyangka. Namun begitulah pentingnya, we put down in writting how we feel agar ia menjadi saksi dan ilmu s
ekiranya bermanfaat utk org yg membacanya. Allah jualah yg telah memberi taufik dan hidayahnya untuk memberi cetusan idea sehingga menggerakkan jari jemari saya untuk mengetuk keyboard bagi berkongsi posting demi posting untuk semua yg sudi membacanya. Alhamdulillah,

Setakat hari ini saya sudah coretkan 715 posting di SOT. Jumlah pembacanya tidaklah ramai, sekadar 454,049 org. Banyak catatan di majlis2 ilmu yg saya hadiri, menjadi bahan coretan saya. Saya ingin memainkan sedikit peranan untuk mengembangkan mesej dakwah kpd org lain. Kerana kerja dakwah adalah kerja kita semua, bukan terhad kpd ulamak, ustaz atau org2 tertentu sahaja.

Berbeza dgn blog isteri saya iaitu Matahati (matahati-mama.blogspot.com) dgn 643 posting yg setakat hari ini berjaya mencapai 6,330,248 pembaca @visitors. Byk tajuk2nya yg top hit di google search.

Dan satu lagi blog milik isteri saya iaitu Pandangan Kasih (pkasih.blogspot.com) dgn 220 posting, meraih visitors sebanyak 2,953,110 org stakat ini.

Begitulah kisah blogging kami suami isteri. Tujuan utama ialah untuk sama2 berkongsi ilmu kpd masyarakat. Smoga sedikit sebanyak termasuk dlm kategori ilmu bermanfaat yg bisa menjana saham akhirat.

Sudi2lah menjenguk ke blog2 berkenaan.

#BlogSchoolOfTots
#BlogMatahati
#BlogPandanganKasih


No comments:

REJAB YANG MUSTAJAB

Alhamdulillah hari ini sudah 5 rejab 1446H bersamaan dgn 5 jan 2025. Bulan rejab adalah pintu gerbang untuk kita melangkah ke bulan syaaban ...