Abu Nawas masuk ke masjid meninggalkan keldainya di luar
masjid. Selepas selesai urusannya di masjid beliau pun keluar dari masjid untuk
pulang. “Aik mana keldai aku?” tanya Abu
Nawas kepada orang sekeliling. “Sudah di bawa lari agaknya, sebab Pak Abu tak
tambat keldai itu,” sampuk seorang pemuda. “Alhamdulillah,” jawab Abu Nawas. “Kenapa
Pak Abu ucap begitu?” pemuda tadi ingin tahu. “Ya lah aku bersyukur kepada
Allah. Nasib baik aku tak ada atas keldai itu. Kalau tidak aku akan turut
menjadi mangsa hilang entah ke mana.”
Pada satu hari, raja memanggil seluruh bijak pandai dalam Negara.
“Siapa yang dapat mengira berapa jumlah bintang di langit akan Beta bagi hadiah
yang lumayan.” Semua bijak pandai yang hadir mengeleng-ngelengkan kepala kecuali
Abu Nawas. Raja pun memanggil Abu Nawas mengadap. “Hai Abu Nawas, adakah kamu dapat mengira bintang-bintang di langit?” Abu Nawas dengan relax terus
menjawab, “InsyaAllah.” Maka Raja pun memberi ruang masa untuk Abu Nawas
mengiranya. “Saya minta seekor biri-biri jantan di bawa kemari,” pinta Abu
Nawas. Maka seekor biri-biri jantan di bawa oleh khadam istana ke hadapan Abu
Nawas. “Mengikut perkiraan patek, jumlah bintang yang ada di langit sama banyaknya
dengan jumlah helaian bulu yang ada pada kambing jantan ini.”
Pak Pandir membeli tiket kelas ekonomi Air Asia semasa musim
cuti sekolah kerana berhajat untuk pulang bercuti ke Kota Bharu. Selepas
check-in dia pun naik kapalterbang dan duduk di kerusi paling depan. Pramugari
meminta Pak Pandir untuk pindah ke kerusi belakang kerana kerusi depan ini
adalah untuk kelas bisnes, namun Pak Pandir tidak mahu berganjak. “Saya selesa
di sini, terima kasih,” katanya dengan sopan.
Beberapa lagi pramugari yang
bertugas meminta Pak Pandir untuk pergi ke ruang penumpang kelas ekonomi tetapi
semuanya gagal. Akhirnya pramugari berjumpa dengan pilot untuk menyelesaikan
masalah ini. Pilot itu pun datang berbisik sesuatu ke telinga Pak Pandir. Beberapa
minit kemudian Pak Pandir terus pindah ke kerusi di kelas ekonomi. Pramugari
tadi terus bertemu dengan pilot bertanyakan rahsia dan helah pilot bila
berdepan dengan Pak Pandir tadi. “Saya tanya dia hendak ke mana? Katanya hendak
ke Kota Bharu. Jadi saya kata Kota Bharu kena naik kerusi belakang. Sebab
kerusi depan ni untuk ke Penang.”
Pada satu malam yang kelam usai pulang dari masjid, semasa
berjalan di tepi jalan Pak Pandir kehilangan beberapa keping duit syiling dari
poketnya. Malam yang gelap menyukarkan dia untuk mengesan duit yang jatuh ke
tanah itu. Lalu dia pun terus melangkah beberapa meter ke depan ke kawasan yang
agak cerah oleh limpahan lampu jalan. “Cari apa tu Pak Pandir?” tanya seorang
pemuda. “Cari duit aku yang terjatuh, tak jumpa-jumpa lagi.” Pemuda tadi pun menyertai
Pak Pandir dalam proses pencarian itu. “Duit Pak Pandir jatuh kat mana?” tanya
pemuda tadi untuk kepastian. “Kat sana tu?” jawab Pak Pandir sambil menuding jari hantunya ke arah tepi
yang jalan yang gelap. “Habis tu kenapa Pak Pandir cari kat sini?” tanya pemuda
itu dengan bengang. “Kat sini kan cerah sikit,” jawab Pak Pandir penuh ikhlas.
Ustaz tempoh hari ada bercerita kisah dia dengan mata rabunnya.
Ustaz masbuk solat maghrib berjemaah di sebuah masjid. Dia meletakkan kaca
matanya di atas sejadah tempat solat. Bila Imam memberi salam Ustaz terus
bangkit untuk sambung rakaatnya. Ada pula budak ni terpijak kaca mata Ustaz
maka pecahlah kacanya. Ustaz pun redha cuma risau juga sebab Ustaz rabun. Tapi
Ustaz teruskan juga kuliah maghribnya mengajar sirah dalam keadaan rabun itu. “Ustaz
nampak ke nak drive untuk balik ni?” tanya Tok Siak yang prihatin usai kuliah
maghrib itu. “InsyaAllah ok,” jawab Ustaz walaupun di hatinya agak kerisauan.
Kita sering alpa dan tidak bersyukur atas nikmat yang Allah kurnia kepada kita
hinggalah nikmat itu di tarik balik oleh Allah. Betul tak? “Malam itu saya
teraba-raba nak pandu kereta kerana mata yang rabun. Akhirnya saya singgah di
sebuah surau dan bermalam di situ menunggu subuh. Bila hari siang baru saya
pandu kereta balik ke rumah.”
Ada kelompok manusia yang jadi sombong dan lupa bahawa
segala yang ada padanya hari ini adalah kurniaan Allah belaka dan milik Allah
belaka. Manusia lupa oksigen yang disedut itu milik Allah. Karbon dioksid yang
dihembus keluar itu milik Allah. Daun-daun pokok menyedut karbon dioksid itu
dan mengeluarkan oksigen kembali ke ruang udara untuk disedut oleh manusia dan
haiwan. Betapa cantek dan sempurnanya sistem ciptaan Allah.
Ada seorang tua pengidap kusta di Sungai Buloh. Jari
jemarinya tidak dapat di bengkokkan. Susahnya dia untuk menjalankan urusan
hidup secara normal. Untuk makan dia kena guna sudu. Nak basuh berak pun payah.
Maka syukurilah nikmat jari jemari yang dapat di gerak-gerakan pada setiap
sendi itu.
Gigi juga nikmat. Namun sayang ramai yang lupa hinggalah satu hari
sakit gigi atau gigi sudah rosak atau goyang atau terpaksa dicabut. “Alangkah
bestnya kalau saya ada gigi untuk kunyah kacang kuda ini.” Ramai yang baru
fikir soal nikmat ini pabila nikmat itu sudah hilang. Sesal tiada guna lagi.
Sifat orang mukmin ialah memberi penghargaan dan terima kasih
kepada pemberi nikmat itu. Penghargaan itu bukan sekadar ungkapan Alhamdulillah
semata tetapi ialah dengan menzahirkan kelakuan dan amalan dengan menggunakan
segala nikmat kurniaan Allah ini untuk taat kepada Islam taat kepada Allah.
Janganlah terlibat dengan perbuatan yang boleh meragukan orang kepada Islam.
Yang paling parah ialah orang yang munafik dan kufur dengan
Allah dalam keadaan Allah bagi pelbagai nikmat kepadanya. Dia lupa dan lalai.
Dia dapat sepasang mata yang begitu canggih daripada Allah tetapi depan mata
itu pun dia terus kufur dan gagal mentaati segala perintah Allah malah terus menerus bangga dengan adegan
maksiat dan dosa.
“Ish ish anak sapa tu dok berdua-duaan dalam semak tu Pak
Imam?” tanya Tok Siak kepada Pak Imam usai solat asar di beranda Masjid. “Eh,
nampak susuk tubuh tu macam anak hang Tok Siak.” Terkedu Tok Siak menggaru
kepalanya yang penuh uban. Haru kita bila anak muda yang kita sedang kutuk itu
rupanya darah daging kita sendiri. Maka benarlah iman tidak boleh diwarisi dari
seorang ayah yang bertakwa. Iman juga tidak boleh dijual beli.
Allah bukan sekadar cipta kamu tapi ayah kamu dan datok
nenek kamu malah seluruh infarstruktur alam maya ini. Dalam pada bumi ini
bergerak berputar di atas paksinya, kita tak terasa pula pergerakan bumi itu malah
terus rasa tegak berdiri di dataran yang terhampar. Bulan, bintang, seluruh
planet dan matahari setia pada landasan masing2 bergerak penuh harmoni dalam
sebuah sistem hebat reka cipta daripada Yang Maha Pencipta iaitu Allah SWT.
Nikmat air yang turun dari langit, di kumpulkan di awan dan
turun secara berdikit-dikit sebagai taburan hujan adalah tanda kehebatan
ciptaan Allah SWT.
Cuba bayangkan jika Allah memilih untuk menurunkan air dari
langit secara direct. Sudah tentu hancur berkecai segala yang ada di bumi.
Masih ingatkah kita beberapa tahun dulu satu kejadian di mana tangki air yang pecah di
atas bumbung rumah pangsa menyebabkan air jatuh ke bumi secara
direct ibarat hempakan batu besar yang telah menyebakan beberapa kematian kerana kesan hempap di kawasan parking rumah pangsa 20 tingkat itu. Sesungguhnya
nikmat air hujan yang Allah turunkan itu adalah terlalu hebat dan agung
sifatnya untuk orang2 yang mahu renung dan fikirkan.
Orang yahudi dan nasrani sebenarnya mengaku akan kewujudan
Allah tapi mereka tidak mahu mengaku akan kenabian Rasulullah SAW pabila lahir
Rasulullah bukan dalam kalangan kaum mereka. Begitu juga dengan orang arab
Quraish yang menolak kenabian Rasulullah kerana merasakan diri mereka yang
hebat dan tinggi darjatnya berbanding dengan Nabi yang yatim paitu, miskin dan
buta huruf itu.
Islam tidak mengajar manusia untuk mengagungkan kaum,
bangsa, keturunan dan warna kulit. Tidak salah untuk sayang kepada bangsa
sendiri namun jangan pula sampai merendah-rendahkan atau sampai mengutuk dan
mencaci kaum atau bangsa lain. Itu sombong namanya. Kamu bukan mulia kerana
keturunan, pangkat dan warna kulit kamu
tetapi mulianya kamu kerana takwa.
Allah cipta manusia ini berpuak-puak, berkabilah-kabilah dan
berbangsa-bangsa. Untuk apa? Supaya kamu saling berkenal-kenalan. Bayangkan
kalau rupa kita ini sama dan sepesen sahaja, bukankah payah untuk membezakan antara
satu sama lain dan susah kenal-mengenali. Fitrah manusia hendak berbeza.
Hakikat manusia, kita berbeza. Yang utama kena tolong menolong dalam usha
kebaikan bukan kepada keburukan dan perkara-perkara maksiat.
Manusia bila rasa dah lebih sangat dah besar sangat maka dia
tindas orang lain. Dan sifat manusia pula ialah takut kepada pihak berkuasa
melebihi daripada takut kepada Yang Maha Berkuasa. Seolah-olahnya segala kezaliman
dan maksiat yang dilakukan itu terlepas daripada pengetahuan Allah Yang Maha
Berkuasa. Maka dia kekal membuat maksiat dan dosa.
Akhirnya kita kena kembali ke pangkal jalan pada hakikat
yang sebenar. Tolong hargai segala nikmat pemberian dan pinjaman Allah ini.
Bagaimana? Iaitu dengan mengabdikan diri kepada Allah. Iaitu dengan bersyukur
atas segala nikmat pemberian Allah yang tidak terhingga banyaknya ini. Takut
kepada Allah dan takut kepada bakaran api neraka Allah.
Ya Allah ajarkan kami apa yang kami jahil. Ya Allah ingatkan
kami apa yang kami lupa.
@@@
No comments:
Post a Comment