Kemana Hala Tuju Aku Ini ? |
Saya melayari blog seorang teman. Saya baca posting dia perihal kekonfiusan dalam kerjaya yang dia lakukan. Sebenarnya ramai yang konfius apakah ini kerjaya yang sesuai untuk aku? Apakah ini yang aku seronok untuk lakukan? Aku ada degree dalam bidang ini tapi aku sebenar rasa tak berupaya atau tak berminat sebenarnya dalam bidang ini.
Saya juga sering bosan dengan kerja rutin yang saya lakukan. Malah dinyatakan ramai kelompok pekerja pertengahan umur hinggalah ke peringkat dah nak sampai umur pencen pun sering mengeluh atau tidak merasa kepuasan dalam kerjaya yang mereka lakukan atau terpaksa jalani sebagai sumbar rezki. Jika tidak dikawal emosi sebegini boleh menjana musibah terutamanya penyakit stress atau kemurungan. Yang penting walau apapun tugasan kita mestilah mebuatnya menjadi seronok.
Bayangkan jika kita menghabiskan 8 jam di ofis setiap hari maka sangat afdal kita alehkan kemurungan atau kedukacitaan menjadi keceriaan dan kepuasan, iaitu bekerja kerana Allah. Usah mengeluh lagi. Lakukan kerja dengan amanah dan tambah nilai supaya tinggi hasil mutu kerja kita. Disamping itu selitkan dengan aktiviti yang kita suka dan memberi manfaat. Jadikan masa kerja itu penuh produktiviti dan niat kerana Allah agar ianya menjadi ibadah yang ada nilaian di sisi Allah.
Kemudian jika habiskan 3 jam setiap kali memandu pergi dan pulang dari tempat kerja, jangan sia-siakan masa itu. Penuhi dengan mendengar ceramah agama atau siri motivasi di radio atau selang-selikan dengan irama lagu yang melunak jiwa. Jangan lupa untuk menjadikan rutin zikrullah, selawat dan istighfar di kala perjalanan tika memandu keseorangan itu.
Dan satu lagi yang saya selalu amalkan ialah bermuhasabah diri, mengadu domba kepada Allah akan segala sesuatu yang terlintas kerana sesungguhnya Allah amat dekat dan Maha Mendengar segala keluhan, rintihan dan luahan rasa itu. Itu rasa saya sangat lebih elok kalau nak dibandingkan dengan hanya mengeluh akibat stres trafik yang jem atau sumpah seranah pada pemandu2 yang lain yang kita anggap menyakitkan hati atau sekadar merenung jalan tanpa apa-apa pengertian.
Ada orang bijak cakap dalam kerja kita ni hanya 20% skil teknikal yang kita perlu tapi 80% lagi ialah sikap atau emotional competencies yang sangat diperlukan. Don't worry ramai yang konpius. Namun semarakkan sikap positif dalam diri agar dapat padamkan segala api kegusaran itu.
Acap kita rasa problem aku ini sangat berat hingga mungkin saja aku putus asa namun percayalah ia problem kecil sahaja kalau nak dibandingkan dengan problem yang lebih besar di luar sana. Bergantung harap bukan pada makhluk tapi bergantung haraplah pada Pencipta makhluk iaitu Allah SWT pada setiap masa. Setiap sesuatu yang berlaku ini pasti ada hikmahnya yang kekadang memang tidak tercapai oleh akal.
Berpeganglah pada SSP iaitu banyakkan Syukur pada segala nikmat yang Allah kurniakan ini. Banyakkan Sabar pada setiap ujian dan dugaan. Dan banyakkan Redha pada setiap ketentuan Allah.
Saya mendengar Ustaz bercerita malam tadi di Surau, "Saya bercuti selama 12 hari balik kampung atas urusan tiga kematian dalam keluarga yang berlaku dalam tempoh itu. Pertama anak saudara saya seorang wanita berusia 31 tahun, mahasiswa PHD di UiTM. Mengikut ibunya, arwah seorang wanita baik pekerti yang sangat menjaga aurat dan istiqamah menjaga solat tahajjud dan solat dhuha. Di suatu pagi usai solat subuh dan sempat beristighfar sebanyak 3x, mengadu kepada kawan2 serumah dia rasa sejuk walaupun berpeluh, lalu diselimutkan.
Dalam siatuasi ini dia berpesan bahawa duit kiriman bapanya beberapa hari lalu untuk tujuan bayaran muka kereta telah dia gunakan untuk melangsaikan baki bayaran PTPTN dan tiada lagi hutang lain melainkan dia berpesan agar kawannya dapat memberitahu ibunya bahawa dia tidak sempat lagi qada puasa sebanyak dua hari. Kemudian dia telah menghembuskan nafas terakhir. Ustazah yang menguruskan jenazahnya untuk pengkebumian menyatakan bahawa jenazahnya masih panas seolah orang yang tidur dan masih hidup."
Kedua ialah bapa mertua Ustaz yang mati kemalangan di langgar lari oleh pemandu sebuah kereta Waja yang hingga kini gagal dikesan. Dia meninggal di HUSM asbab limpa yang rusak teruk walaupun tulang rusuknya tidak patah. Ustaz bercerita bapa mertuanya ini sering berulang-alik dengan motornya ke hospital Tanah Merah untuk menjaga bapa mertuanya yang sakit asma yang kronik.
Takdir Allah menentukan bahawa dia meninggal dulu semasa pulang dari menghadiri jamuan kenduri kerabatnya di Kota Bharu. Beberapa hari selepas itu kematian ketiga ialah bapa mertuanya yang terlantar sakit di Hospital Tanah Merah berkenaan. Maka lengkaplah tiga kematian dalam masa 12 hari, kata Ustaz.
Kawan saya di ofis tadi sambil membaca berita seorang staf PPJ berusia 25 tahun yang maut akibat simpton akut gunung (AMS) pada ekspedisi mendaki Gunung Kala Pathar dan Everest Base Camp di akhbar, telah memberi pendapatnya bahawa ini mengkin berlaku kerana tidak cukup latihan intensif yang sewajarnya bagi misi yang lasak dan mencabar itu.
Saya memberi respon bahawa sebenarnya Malikul Maut sangat amanah dan efisyen dalam menjalankan tugasnya. Maka walaupun sehebat mana latihan yang diberikan atau persiapan yang dibuat pada misi pendakian mencabar itu, jika sudah tiba detik kematian yang termaktub di Luhz Mahfudz itu maka tiada apa sebenarnya dapat mengelakkannya. Itulah hakikat sebenar sebuah kematian.
Sebagai konklusi saya mengajak kita memandang kehidupan dalam prospektif yang luas hingga menjangkau kehidupan Akhirat. Anggaplah kehidupan kita di dunia ini sebagai persinggahan seorang musafir yang destinasi akhirnya ialah kampung halaman tinggalan Datok dan Nenek iaitu Arwah Nabi Adam dan isterinya Hawa iaitu di sebuah lokasi bernama Syurga Allah. Untuk itu sangat utama untuk mencari bekalan sebanyak mungkin demi perjalanan yang jauh dan kehidupan yang kekal abadi di sana nanti.
@@@
No comments:
Post a Comment