Thursday, November 01, 2012

Kita Tergolong Di Mana?

Kita tergolong di mana? Golongan yang celaka di dunia namun berbahagia di akhirat, Bahagia di dunia namun celaka di akhirat, Bahagia di dunia dan bahagia di akhirat, dan golongan keempat ialah celaka di dunia dan celaka juga di akhirat.

Golongan yang pertama ialah yang celaka di dunia tetapi berbahagia di akhirat. Celaka di dunia kerana dia ini miskin tegar, orang pandang rendah kerana harta tidak ada, orang pandang hina kerana dia miskin giler. Rezkinya untuk hari ini habis diguna untuk menampu hidup hari ini. Kehidupannya  kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Orang ini memang susah. Rumah yg ada pun sekadar untuk berteduh sahaja, TV ada la jugak tapi tidak boleh ON sebab bil letrik dah lama tidak bayar, peti ais memang tidak ada. Rumahnya tidak sempurna. 

Orang pandang dia ini seperti celaka kehidupannya. Adanya dia tidak memberi kesan kepada orang lain, tidak ada dia pun orang tidak cari kemana perginya. Dia bekerja bagai nak rak kerana terpaksa untuk menampung kehidupan. Kena kerja overtime. Lepas itu sambung lagi kerja-kerja part time demi mencari rezki yang halal, namun masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan diri dan tanggungannya.

Maknanya sepanjang hari dia kena bekerja berhempas pulas untuk mencari sesuap nasi. Tapi dia tidak pernah lupa dengan Tuhannya. Barangkali kerjanya orang pandang hina, busuk dan menjijikkan tapi dia berbahagia di akhirat. Orang ini tidak pernah lupa kepada Tuhannya. Solat fardunya di jaga, solat sunatnya silih berganti, puasa sunat Isnin dan Khamis jadi rutinnya, anak2 dididik dgn agama, keluarganya yg susah tak pernah lupa pada agama, bersedekah setiap hari Jumaat dia tidak lupa.

Kepayahan hidup tidak menyebabkan dia jauh dari agama, kesusahan tidak menjadi penghalang untuk dia lebih hampir kepada Tuhannya. Seluruh penduduk langit mengalu-alaukan kedatangannya. Malam harinya terisi dengan solat malam dan munajat, walaupun di siang hari begitu penat tapi dia masih ada masa untuk mencari pahala dan kebaikan, serta redha kepda takdir tuhan kepadanya.

Golongan yang kedua ialah yang berbahagia di dunia namun celaka di akhirat.  Dunia hidupnya mewah. Orang semua kenal kerana kayanya dia. Apa yang dia terasa nak makan dia dapat makan. Kemana  dia mengidam nak pergi maka dia akan sampai. Pendek kata apa yg dihajati semuanya dia dapat belaka. Makna bahagia sungguh rasa kehidupan. Rumahnya  besar, isteri pun besar, kereta besar menjalar pulak tu. Bahagia rasa di dunia. Orang memandang dia pun rasa bahagia. Alangkah beruntungnya dia  kerana dilimpahi dgn pelbagai kesenangan dunia.

Alangkah beruntungnya dia. Tapi malangnya segala kesenangan ini menjauhkan dia dari agama, lupa akan tuhannya yang memberikan segala nikmat itu. Solat pun dia tidak tahu atau tidak ada masa untuk solat, untuk bermunajat kepada Allah SWT. Kekayaan dan kesenangannya menyebabkan dia terjebak dalam kelalaian. Jangankan untuk solat lima waktu, solat satu waktu pun dia tidak buat. 

Jangankan nak bangun tengah malam, nak bangun tengahari untuk solat zohor pun dia tidak mampu. Dia tiada masa untuk bermunajat kpd Allah SWT. Walaupun dia nampak bahagia di dunia tapi dia akan celaka di akhirat. Seluruh penduduk langit sangat tidak mangalu-alukan dia, bahkan pintu neraka terbuka luas untuknya.

Golongan ketiga ialah orang yang celaka di dunia malah celaka juga di akhirat. Golongan ini lebih teruk daripada  golongan kedua di atas. Kehidupannya kais pagi makan pagi. Kadang2 kais pagi pun tak keluar2, kais petang tak nampak pulak. Terpaksa miss makan. Hidup merempat meminta pada orang.  Orang meperkotak-katikkan kerana hinanya dia. 

Kedatanganya seperti tidak dialu-alukan atau tidak dihiraukan, bahkan dipandang sebagai membawa musibah pula. Sudahlah miskin papa kedana, solat pula dia tidak mahu. Orang bagi duit dia pergi tikam nombor ekor. Dapat RM5 pergi tikam no ekor, apa pun tidak dapat. Susah kehidupan dia anak beranak tapi masih bergaya, barangkali pakaian pun masih tidak menutup aurat. Miskin tapi tidak sedar diri. Susah tapi tidak sedar diri macam orang susah.  Orang pandang hina dia di dunia dan lebih-lebih lagi Allah akan pandang hina dia di akhirat. Nau’zubillah.

Golongan keempat ialah orang yang berbahagia di dunia dan berbahagia di akhirat. Berbahagia di dunia dengan segla kemewahan dan nikmat yang Allah berikan. Kereta Allah bagi kereta besar, hari ni Mercedes, esok BMW. Hari ini laki beli gelang sekilo, esok dapat gelang 4 kilo sampai tak boleh bergerak orang tua tu. 

Rumah besarnya 4 tingkat tapi baru sempat naik satu tingkat, ada 3 tingkat tak sempat naik sebab lutut sakit. Luasnya rumah dia hinggalkan baru sempat jenguk sampai ke ruang tamu, 14 bilek lagi belum sempat tengok. Tapi dia ini paling banyak bersedekah, paling rajin ke masjid, dialah siak masjid, dialah bilal, dan kadang2 dialah imam. Alangkan beruntungnya.

Dia rajin bangun malam untuk Qiamullail, mengaji Qur’an dan zikrullah. Majlis ilmu dia di depan. Bila dengar kuliah di radio makin dikuatkan radionya. Isterinya yg kaya tadi walaupun gelang di kaki gelang di tangan gelang di tengkuk tapi tidak pernah sombong dan menunjuk, seluruh tubuhnya di tutup, menjaga aurat. Tidak macam orang yg pakai gelang emas tipu menunjuk-nunjuk bagai nak rak walhal kalau di jual timbang  gelang dia laku sebagai harga besi buruk sahaja. Bahagia di dunia, barangkali dialah akan juga berbahagia di akhirat.

Di manakah kedudukan kita? Kalau golongan celaka di dunia tapi bahagia di akhirat beruntunglah juga. Kalau bahagia di dunia tapi celaka di akhirat, rugilah dia tapi sekurang-kurangnya dapat  juga merasa bahagia hidup di dunia. Kalau golongan yg bahagia di dunia dan berbahagia di akhirat, inilah golongan yg terbaik. Dan yang paling malang ialah sudahlah celaka hidupnya di dunia malah berlanjutan celaka hidupnya hingga ke akhirat. 

Sama-samalah kita muhasabah diri dan meningkatkan takwa kerana esok masih ada untuk kita koreksi diri agar hidup dipandu iman bukan nafsu.

@@@

4 comments:

Temuk said...

Assalamu'alaikum

Semoga Allah sentiasa mengasihani dan mengasihi kita semua, dan memberi kita segala kebahagiaan hidup, di dunia dan juga di akhirat.

School Of Tots said...

TQ Tn Temuk. Hidup ini ibarat singgah sekejap di bawah pohon rendang dalam perjalanan di tengah panas terik menuju destinasi yg jauh. Org yg dpt faham hakikat akan tahu ampuh nya dunia fana ini.

Danial_arif said...

moga2 kta tergolong dlm golongan yg baik2 sje...tp kenape ye nabi dn sahabat memilih untuk jd golongan yg pertama ye. walau pun pada asalnya allah bg mereka untuk jd golongan yg keempat... mereka memilih untuk hidup dlm keadaan zuhud terhadap dunia...yg manakah golongan yg terbaik? ada juga hadis yg mengatakan org yg diberi kekayaan dn rezeki yg melilpah luah akan masuk syurga lewat dari org yg miskin...hehe aje tnye kalau tau la...

School Of Tots said...

TQ Danial-arif. Mungkin ujian kekayaan harta/pangkat lebih berat. Setiap sen yg diblanjakan akan dihisab, samada menjana dosa atau pahala. Ramai pula yg gagal pada ujian kemewahan dunia, kerana naluri manusia menjurus kpd kesenangan dunia dan selari pula dgn kehendak nafsu dan syaitan. Wallahu'alam.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...