Friday, November 23, 2012

Gangnam Style Ciptaan Manusia



Menghadiri majlis ilmu adalah satu rahmat Allah, iaitu lepak2 di taman syurga. Alangkah canteknya persediaan untuk memasuki Syurga Allah dengan mengunjungi taman2 syurganya terlebih dulu. Di sana ada ingat-mengingat perihal takwa, hal ibadah dan amal soleh pada setiap hari. Isteri kena ingatkan suami, ayah kena ingatkan anak, ingatkan kawan dan jiran. Usha ingat mengingati perihal kebaikan ini kena berlangsung sentiasa. Hal2 lain tidak seberapa.

Namun kini terbalik pula, hal dunia yang banyak kita ingat, hal iman jarang nak nasihat. Jarang jumpa orang yg jumpa seseorang ingatkan soal iman, tanya dah solat dhuha? Macamana tahajjud malam tadi? Atau perihal malam ini ada pengajian? Akhirat dilupa, soal dunia yang diingat. Sesuatu yang kita bawa kita lupakan, sepatutnya itu yang kena diingat.

Majlis ilmu adalah medan untuk ingat-mengingat tegur-menegur. Kita atas sifat hamba sentiasa lupa. Seminggu sekali khatib mengingatkan kita untuk takwa. Hari Jumaat memang satu masa yang sesuai sebab ramai jamaah berkumpul. Maka elok benar jika diadakan tazkirah Jumaat. Khutbah Jumaat pula mestilah menyampaikan yang hak, iaitu nyatakan yang haram itu haram dan yang halal itu halal. Moga2 ilmu yang beroleh peringatan supaya kita hijrah jadi baik dan mendekatkan diri untuk ketaatan kepada Allah.

Hukum belajar adalah wajib. Niat belajar mestilah kerana Allah. Kena membenarkan dalam hati bahawa belajar itu wajib. Orang yang mengajar pun sama mestilah niat kerana Allah. Pernah Imam Ghazali mengajar di sebuah masjid yang dihadiri oleh hanya seorang pelajar.  Tapi Imam Ghazali tetap mengajar kerana niat mengajar bukan nak kejar glamor atau populariti. Natijah ikhlas hati kerana Allah itu ialah nak mencari redha Allah. Ada tiga rukun niat ini iaitu niat belajar kerana Allah, niat belajar semata-mata cari ilmu supaya tidak jahil supaya tidak bodoh lagi, dapat buang jahil untuk dapat jadi alim. Dan yang ketiga ialah supaya dengan ilmu yang diperoleh itu boleh kita beramal dengannya, beribadah, berdakwah dan berjihad.

Ibadah dan ilmu adalah kekuatan dan menjadi senjata untuk berdakwah. Walaupun orang tidak suka agama, tapi sampaikan juga. Maka sesiapa niat hijrah untuk Allah dan Rasul-Nya maka segala-gala boleh jadi miliknya, tapi sebaliknya bila niat hijrah selain daripada kerana Allah dan Rasul-Nya maka dia sekadar mendapat apa yang dia niatkan itu.

Rukun hamba ialah kena sentiasa berterima-kasih iaitu bersyukur atas setiap kurniaan. Nikmat mata disyukuri dengan pelihara mata dari melihat benda atau perkara yang tidak dijadi untuknya.  Pernah Ali RA tidak jadi melibas kepala seorang musuh dengan pedangnya kerana musuh itu meludahnya. Pabila ditanya perihal itu, maka Ali RA menjelaskan bahawa aku tidak mahu membunuhnya kerana marah atas perbuatannya, bukan kerana Allah. Dan aku layak diludah kerana aku adalah seorang hamba yang hina. Itulah sifat yang tinggi maqamnya yang faham dan mensyukuri segala nikmat Allah, sekaligus mengakui diri yg bersifat hamba yg hina yg tidak miliki apa2 melainkan milik Allah belaka.

Masalahnya ramai yang tidak rasa dirinya hina, dirinya bodoh. Maka mereka pantang di tegur atau dinasihat. Orang yang sombong akan hina di dunia dan hina di akhirat. Manakala orang yang tawadduk akan mulia di dunia dan mulia di akhirat. Maka rajin2lah memberi salam, bukan sekadar menunggu untuk menjawab salam.

Bukan senang untuk mendidik hati. Cara mendidik hati ialah dengan mengamalkan zikir. Zikir harian Imam Ghazali adalah sangat disyorkan. Dalam bersih masih ada kotor. Makin bersih makin banyak halangan. Makin berdamping makin diuji. Itulah hakikat. Kadang2 bila dah baik, timbul pula rasa hebat dalam diri. Namun jangan putus asa menghadapi ujian Allah kerana setiap ujian itu adalah petanda perhatian dan kasih Allah.

Ramai kena uji dengan penyakit. Alhamdulillah bila Allah uji kerana Allah kasih dan sayang. Orang yg tak pernah kena penyakit ialah Firaun, hinggakan dia mengaku dialah Tuhan, bukankah itu bala besar? Ada pula orang alim orang berilmu, maka Allah uji pula dengan perasaan ujub, riak dan sombong. Ujian Allah ini jika berjaya dilepasi dengan jayanya adalah natijahnya meninggikan lagi darjat dan maqam orang itu di sisi Allah bagi mencapai redha-Nya. Itulah yang utama.

Kita makan nak sedap, tapi semuanya bertukar menjadi taik. Sedap di lidah iaitu hakikat sedap yang sementara di dunia ini.  Hidup di dunia tidak perlu banyak bekal sebenarnya kerana ia bersifat sebentar sahaja. Yang kekal lama ialah hidup di Akhirat yang sepatutnya disediakan bekal yang banyak. Maka segala yg Allah pinjamkan untuk kemudahan dan kegunaan kita ini mestilah kita guna dengan penuh amanah. Pelihara mata daripada perkara atau objek yg tidak dijadi untuknya. Jangan biarkan mata liar memandang benda terlarang. Kaki itu amanah maka arahkan kaki kepada melangkah ke masjid bukannya ke tempat2 maksiat.

Kalau saya ini hidup sudah mencapai angka 50 tahun, maka tanya berapa banyak mata saya buat baik sepanjang 50 tahun itu? Saya kena suluh mata saya, tuan2 suluh mata tuan2. Muhasabah hari2 kerana lalai kita ini hari2, dosa sentiasa maka kena muhasabah selalu. Ni mata langsung tak nampak al-Qur’an apahal? Kadang2 masjid di depan mata tapi buat2 tak nampak. Kalau Allah tarik nikmat mata dan bagi dia tidak nampak betul2 baru padan muka gamaknya. Muazzin mengalunkan azan dicorong2 speaker, buat2 tak dengar dia. Nak beribadah tidak ada masa, maka itu kesilapan besar. Barangsiapa tiada masa untuk Allah maka Allah jauhkan rahmat-Nya. Maka marilah kita hijrah berubah mengambil langkah yg lebih baik.

Sempena Maal Hijrah pelbagai tajuk ceramah disampaikan oleh para pendakwah di masjid2 sekelian mengajak kita berubah. Tapi satu tajuk saja yang tetap menjadi pilihan popular iaitu “Tidak Berubah”. Barang pinjam wajib dipulang. Sikit2 Allah tarik barang yg dipinjamkan-Nya, dulu kuat kini mula lemah, mata dah rabun, kulit kendur, semuanya menuju hilang jangka hayatnya. Datang kosong balik pun kosong. "Kena Berubah" untuk tidak pulang tangan kosong.

Maka kena kejar benda yg ada manfaat untuk Akhirat, amal ibadah, amal jariah, ilmu bermanfaat dan anak2 yg soleh. Apa jua kepada agama kena bersegera. Mungkin jika nampak sahabat Nabi hidup di zaman ini, maka kita menganggapnya orang gila. Kerana sahabat bersegera menunaikan segala ajaran Rasulullah. Bila dikatakan setiap langkah ke masjid itu mendapat satu pahala, maka sahabat yg rumahnya berdekatan masjid akan mengelilingi masjid beberapa pusingan sebelum naik ke masjid, bukankah gila? Itu pendapat orang gila. Tapi orang yg faham agama kata itulah tanda dia alim yang kaya dengan ilmu dan amalnya.

Babi akan di kata babi, takkan babi nak dikata ayam. Yang hak tetap hak, yang batil tetap batil. Sifat syukur ini adalah sepanjang masa, kena berterima kasih sepanjang masa, justru maqamnya sangat tinggi dan lebih tinggi berbanding sifat sabar, zuhud dan khauf yang berkala sifatnya.

Syurga itu hebat. Hebatnya tak tercapai oleh imaginasi. Apatah lagi hebatnya Pencipta Syurga? Manusia tidak tercapai akal. Selagi tercapai maka bukan itu Pencipta. Cuba tengok daun kelapa, daun pokok getah yg dicipta oleh Pencipta. Ada rasa jemu? Cuba tengok buatan makhluk, sekejap sahaja sudah bosan. 

Mari kita lihat lagu hit “Gangnam Style” nyanyian PSY yang meletup di You Tube as most watched video of all time, mencapai 803 juta viewers dan menjadi popular diseluruh dunia. Tapi sekarang orang sudah mula boring. Stesen2 radio pun sudah mula tidak memutarkan lagu ini lagi. Segala yang dicipta manusia hebatnya bersifat sementara. Cuba dengar bacaan al-Qur’an, kekal hebat hinggalah ke hari kiamat, tiada apa yang dapat menandinginya. Tidak akan kita jemu mendengarnya. Itulah sifat kehebatan ciptaan yang Maha Pencipta.

Maka janganlah takut sesama makhluk tetapi takutkan Allah. Action item moving forward kita ialah mendekatkan diri untuk taat kepada Allah. Iaitu dengan mematuhi segala perintah Allah yang cuma ada dua. Suruhan dan Larangan-Nya. InsyaAllah kita akan selamat hidup bukan sahaja di dunia yang sementara tetapi di Akhirat yang kekal abadi.

@@@

2 comments:

Cikli said...

Style yang sementara

School Of Tots said...

TQ Cikli. Dulu belah tepi kini takde belah sebab rambut sudah jarang2.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...