Wednesday, November 14, 2012

Kejar Ilmu Sampai Bila2

Kita kejar Ilmu. Lonjak diri dengan ilmu dan amal seterusnya menjadi hamba Allah yang benar2 bertakwa. Ilmu atau Knowledge bermula daripada ayat pertama al-Qur'an iaitu Iqra'. Darjat seseorang dinilai pada tingginya ilmu yang dia ada dan sejauh mana dia mengamalkannya. 

Ilmu itu kuasa. Kuasa itu ilmu. Dulu kita nampak ibubapa kita kejar ilmu, iaitu dok mengaji Qur'an. Dulu cara belajarnya sebegitu. Kini kita lihat banyak caranya seperti kuliah ilmu di masjid, di surau dan sekolah. 

Tapi kini ada pula sindrom malas belajar. Kita tak mau kejar ilmu sedangkan dunia semakin hampir dengan kiamat. Orang solat tak ada ilmu dengan orang solat ada ilmu lain caranya. Pernah terjadi imam baca kuat pada solat berjamaah asar di sebuah surau di satu R&R. Solat asar kan bacaannya perlahan bukan baca kuat begitu walaupun hukumnya makruh. Jadi kena beramal dengan ada ilmu baru mantop.

"Ustaz, kalau kita kentut batal tak puasa?" Tu dia soalan dari seorang lelaki separuh umur. Kalau dok anggap esok bila dah tua aku belajarlah ngaji Qur'an, maka itu salah. Melentur buluh biar dari rebung. Tuntut ilmu itu fardu, suatu kewajiban bagi setiap kita.

Kejar ilmu sejak umur muda. Perlu berusaha. Yang bulat tak datang bergolek yang pipih tak datang melayang. Belajar tak henti-henti. Hidup kita sentiasa mewarisi ilmu daripada Rasulullah SAW, supaya kehidupan manusia ada arah tuju bukan menuju kebinasaan. Kena mengejar ilmu sejak dari usia muda. Kalau tua baru nak kejar ilmu gear dah slow gigi pun dah tak ada. Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. 

Sambil2 berada dalam kereta kita mendengar ceramah2 agama. Kalau di rumah kita tengok program2 agama di TV. 

"Saya risau menuntut ilmu banyak2 saya takut tak amal nanti Allah laknat. Jadi saya rasa cukup di sini sajalah saya ke majlis ilmu." Itu satu pandangan yang sesat. Ilmu ini tuntutlah banyak mana pun. Dengan berada di majlis2 ilmu pun sudah mendapat pahala dan membawa kepada rahmat. 

Sahabat2 sanggup datang dari jauh untuk mendapat ilmu daripada Rasulullah SAW. Mudah-mudahan kita berterusan mengejar ilmu dan mengamalkan ilmu yang kita pelajari, insyaAllah.

@@@

4 comments:

zul permatang badak said...

cari ilmu...belajar dan terus belajar...
tidak sukar cuma kadang2 kita terleka......
tapi bila diketuk barulah kita bergerak......

gagahkan diri....tanamkan semangat ingin belajar......
tanamkan tekad sempena tahun baru.....
salam bahagia......

School Of Tots said...

TQ Zul, semoga kita rajin blajar dan menjadi ikutan anak cucu.

ooooooooo said...

assalamualaikum tuan...
alhamdulillah anda telah mendapat buku ini dengan izin Allah.. insya-Allah akan hubungi anda ikut email dalam masa terdekat.kalau masih tak dapat email saya - hubungi saya di pospenamaya@gmail.com

School Of Tots said...

TQ Umar. Saya doakan Umar terus istiqamah pada setiap amalan yg baik.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...