"The questions remain and will take a long time for full and complete closure to one of aviations's greatest mysteries."
- TheStar(25/3/14)
Pelbagai persoalan masih belum berjawab berkenaan misteri yang terbesar dalam sejarah aviation dunia ini. Ia memerlukan penyiasatan terperinci yang complex daripada para pakar dan penguasa yang berkenaan, walau selama mana pun mengambil masa bagi mendapatkan jawaban yang sebenar kenapa tragedi ini berlaku?
Ucapan takziah kepada para waris mangsa yang bisa kita iringi bersama sedekah pahala bacaan surah al-Fatihah buat semua mangsa yang terlibat. Sebagai mana yang kita maklum seramai 239 penumpang dan crew yang terlibat, di mana 49 orang adalah warga Malaysia, 154 orang warga China, dan 36 orang dari 12 negara lain.
Pihak polis mengikut penyataan rasmi ketua polis negara terus fokus kepada empat aspek utama iaitu hijacking, sabotage, personal problems dan psychological problems dalam meneruskan penyiasatan terperinci. Semoga 'black box' yang menyimpan pelbagai data komunikasi itu bisa di temui dalam masa 13 hari yang berbaki ini memandangkan jangka hayat baterinya hanya dapat bertahan selama 30 hari sahaja.
Saya memetik beberapa posting twitter yang di siarkan di akhbar TheStar pagi ini:
- Aaron Aziz - "Ya Allah, this is beyond sadness. Ya Allah pls give utmost strength to the families of #MH370 Innalillah al-Fatihah."
- Rafizi Ramli - "From Him we come and to Him shall we return. Give the grieving family space. Thanks to everyone who has been involved in the SAR #MH370."
- DS Liow Tiong Lai - "My prayer & words of confort to families of passengers & crew of flight MH370. May they remain calm & strong in these difficult times."
Episod hitam negara ini telah mendapat perhatian dan publisiti meluas seluruh dunia, malah pelbagai negara telah menghulurkan bantuan mereka samada melalui penggunaan aset strategik atau input profesional kepakaran yang ada.
Kes ini juga di anggap sangat unik dan tersendiri yang belum pernah berlaku sebelum ini. Kawasan coverage yang begitu luas untuk operasi SAR banyak kali berubah bermula di Laut China Selatan sehinggalah akhirnya terjurus ke kawasan koridor selatan iaitu di selatan Lautan Hindi.
Banyak yang kita belajar daripada tragedi MH370 ini. Sesungguhnya kita ini lemah. Segala teknologi sains ciptaan manusia yang berada di tahap tertinggi itu rupanya masih sangat kekurangan dan tidak sempurna sifatnya.
Sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Dialah pemilik sains dan segala ilmu itu. Dialah pencipta dan pemilik alam ini. Apa yang berlaku ini sudah pasti mengundang pelbagai hikmah dan pengajaran termasuklah mencipta benchmark baru yang bakal merubah standard dan lanskap sistem aviasi dunia.
Satu soalan yang bermain di minda saya pada saat ini perihal segala motif dan misteri yang ada ialah kenapa MH370 terbang via koridor selatan ini? Mencari salah juruterbang adalah alasan yang paling mudah, namun jangan nanti masyarakat dunia melihatnya sebagai cover-up semata pada hakikat yang sebenar. Sedangkan pelbagai cerita dan analisa dari pelbagai sudut sudah tersebar luas di internet untuk nilaian umum.
Sehingga suatu masa nanti...the greatest aviation mysteries remain. Wallahu'alam.
@@@
No comments:
Post a Comment