Namun sifat manusia ini mudah lupa, mudah di goda hawa nafsu dalam jiwa. Semasa begitu mengharap hujan turun tempoh hari kerana sudah tidak tertahan dengan ujian kemarau panjang ini, kita dirikan solat hajat, solat istisqa minta hujan dan panjatkan doa memohon hujan.
Bila Allah mendengar rintih rayu kita itu dan sudi melimpahkan rahmat hujan ini, banyak pula kita ini tidak pun merasa berterima kasih sangat2 kepada Allah atas kurniaan Allah yang tidak ternilai ini. Malah ada ramai yang terus menerus dengan agenda dosa dan maksiat mereka. Inilah golongan yang celaka kerana mereka inilah yang menjadi asbab sebenarnya turunnya bala Allah.
Sepatutnya kita semua berebut-rebut memenuhi ruang masjid setiap kali azan dilaungkan untuk solat fardhu berjemaah. Sewajarnya majlis2 ilmu yang diadakan free of charge saban malam di masjid2 dan surau2 menjadi tempat peberet majoriti manusia bertandan. Itu baru nampak ada tanda2 manusia bersyukur.
Tapi tidak rupanya. Dikala negara berduka dengan pelbagai musibah yang menimpa, kita dikejutkan pula dengan program maksiat skala besar yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Di paparkan anak2 muda sampah bangsa terkinja-kinja dirusak minda mereka dengan muzik, bergaul bebas lalaki perempuan, bebas minum arak, dan bebas guna najis dadah. Di sebuah tempat bertaraf nasional? Apa yang tidak kena dengan ini gambar? Inikah generasi muda yang mahu ditonjolkan menjadi barisan pelapis harapan negara nanti?
Kapalterbang MH370 masih hilang penuh misteri. Sudah masuk hari ke-10 pencarian namun hasilnya belum ada. Di saat kita meminta rakyat semua untuk solat hajat, berdoa dan berdoa demi keselamatan MH370 ini, kita dikejutkan dengan enam anak muda yang mati dalam program maksiat konsert Future Music Festival Asia (FMFA) termasuk 4 anak melayu disyakki kerana overdose penyalahgunaan dadah. Program yang khabarnya mendapat endorsement daripada Kementerian Pelancongan Malaysia. Terlalu banyak dosa dan maksiat yang manusia lakukan di muka dunia ini untuk mengundang bala Allah.
Berbalik kepda kes MH370, bila mengikuti liputan media dan penulisan di internet setakat ini, saya berpendapat ada beberapa pilihan dan harapan yang mungkin masih relevan:
- Harapan saya MH370 ini telah di hijack. Kemudian ia telah selamat mendarat di sebuah lokasi rahsia tanpa dapat di kesan oleh radar dan setelit. Namun entah apa silapnya tiada tuntutan dibuat dan tiada pihak yang mengaku bertanggung jawab. Tapi yang penting semua 239 penumpang dan crew selamat.
- Kerana setakat ini tiada kesan kapalterbang terhempas anywhere. Ini bagi saya menguatkan teori no.1 di atas. MH370 still kicking & alive.
- Pilihan ketiga ialah, ya tragedi MH370 terhempas telah berlaku. Tapi mana lokasinya? Di lautan luas atau di daratan? Selagi tiada bangkai kepalterbang dan kotak hitamnya dijumpai maka misteri berterusan.
- Akhir sekali, MH370 hilang ke alam ghaib. Atau seperti kejadian 'Brimuda Triangle', simply gone into another world.
Namun saya yakin misteri kehilangan MH370 ini akan terungkai jua dengan konklusif dalam sekejap waktu lagi. Khabarnya penglibatan 14 negara dalam search & rescue operation ini sudah meningkat kepada 25 negara dalam multi-national efforts. Semoga Allah makbulkan doa di kalangan orang2 soleh antara kita agar di temukan MH370 dengan kesudahan yang baik. Jika sains gagal mengesan maka kita bergantung haraplah kepada pencipta sains.
Kita sering mendengar kata2 motivasi, "Adalah baik menjadi orang penting, tetapi adalah lebih penting menjadi orang yang baik," dan "Buat sehabis baik." Para ulama mengatakan, "Kebaikan dalam Islam ialah apa yang dipandang baik dari kaca mata syariat Islam. Manakala keburukan pula apa yang dipandang buruk oleh syariaat."
Nak jadi orang baik, ada beberapa sifat yang dipandukan oleh syariaat. Antaranya ialah:
- Berbakti kepada kedua orang tua
- Belajar Al-Qur'an dan mengajarkannya
- Orang yang paling diharapkan kebaikannya dan paling jauh keburukannya
- Orang yang ketiadaannya dicari, kehilangannya dirindui dan kematiannya ditangisi
- Bukan ketiadaannya disyukuri, kehadirannya dibenci, kehilangannya dikenduri dan kematiannya cepat2 dilupai
- Menjadi seorang suami yang paling baik terhadap keluarganya
- Tidak culas untuk melunaskan hutang piutang sehingga lari dari pemiutang atau tidak rasa bersalah berhadapan dengan pemiutang
- Orang yang suka memberikan makanan
- Tidak mensia-siakan waktu
- Orang yang panjang umur dan baik amalannya
- Bukan orang yang uban dah berterabur, mata dah kabur, gigi dah gugur, kekuatan pun dah luntur, badan dah tak subur, jalan pun boleh diukur, dengar kuliah pun asyik tertidur, tapi masih tak bersyukur, minta dipanjangkan umur, bahkan kufur, masih ingin lagi berhibur dengan gadis genit yang menggiur, masih rajin beratur di kedai nombor ekor. Lupa...rumah kata pergi, mari sini kata kubur !
- Orang yang paling bermanfaat bagi manusia.
Sebagai kesimpulannya menjadi baik ini sangat mudah tapi manusia menjadikannya payah lalu memilih untuk menjadi jahat hingga ditimpa pula pelbagai bala dan musibah. Semoga Allah lorongkan kita kepada keredhaannya dengan sentiasa melakukan kebaikan.
Misteri MH370 berterusan...namun harapan masih ada dengan izin Allah.
@@@
No comments:
Post a Comment