Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"”. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”. (Riwayat Ibnu Majah)
Keterangan hadis di atas ialah Zaman yang disebutkan tadi adalah zaman ketandusan. Tandus di segi material dan juga tandus di segi pemikiran. Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan. Orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat.
Kita berada di akhir zaman iaitu zaman hilang moral dan adab2 agama. Pabila Allah turunkan bala maka semua orang akan mendapatnya bukan sekadar orang jahat sahaja. Sudah lama hujan tidak turun, kita di landa kemarau dan jerebu dan kini kita dikejutkan dengan kehilangan penuh misteri pesawat MH370 pula. Perbuatan kita yang penuh maksiat dan dosa mengundang bala Allah.
Namun apakah kita sedar diri akan segala peringatan demi peringatan Allah ini? Tidak, kita terus berlaku zalim dan mengundang murka Allah. Gejala fitnah terus berlaku. Manusia yang tidak bersalah dihumban ke penjara. Perbuatan demi perbuatan yang terus mengundang bala Allah. Selagi kita jauh daripada Allah maka selagi itulah hidup kita terus celaru.
Allah suruh kita dekat dengan Nya. Taqwalah kamu kepada Allah walau dimana kamu berada. Dulu kita sibuk hutan di Sumatera terbakar dan membawa bahana jerebu ke Malaysia. Maka kini hutan kita pula terbakar. Hari ini pada perjalanan saya melalui lebuhraya PLUS ke tempat kerja, saya lihat hutan berdekatan plaza tol Sg Buaya masih terbakar dan mengeluarkan asap tebal. Hutan2 di sekeliling kita terus terbakar setiap hari. Allah turunkan bala ini kepada kita pula.
Saat ini Islam perlu bersatu, kembali kepada Allah. Pabila sudah banyak dosa maka baliklah kepada iman. Jalan nak buat dosa memang banyak namun jalan nak buat baik tak banyak. Tanya diri, kenapa aku dengan Allah terlalu jauh? Siang hari fitnah orang. Malam hari hilang kapalterbang. Ini peringatan Allah. Manusia bangga hebat dengan teknologi canggih namun tidak boleh lawan kuasa Allah. Kita ini paling banyak buat dosa dengan Allah. Lihat sekeliling maka kita akan tengok judi, arak, riba, zina, fitnah, bunuh, rompak, macam2 jenayah berleluasa.
Ini saat akhir zaman bila terlalu nipis iman kita kepada Allah. Sedarlah kita bahawa tugas makhluk ialah tunduk patuh menyembah Allah. Jangan jadi seperti Iblis yang tidak mahu mengikut perintah Allah. Pegang teguh kita dengan tali Allah iaitu al-Qur'an dan ajaran Islam yang di bawa oleh Rasulullah.
Hadis di atas mengingatkan kita pada era akhir zaman akan berlaku kemarau panjang, zaman tandus. Akan timbul kaki2 dusta yang di kata benar. Manakala orang2 benar pula dikata pendusta. Para pengkhianat di suruh pegang amanah. Manakala orang yang amanah pula di kata pengkhianat. Sesungguhnya kamu lalai dan kamu menyimpang. Yang berpeluang bercakap ialah golongan Ruwaibdhah iaitu golongan yang kerdil, hina dan tak faham masalah orang ramai.
Di akhir zaman akan timbul Dajjal iaitu makhluk perusak yang Allah jadikan untuk sesatkan manusia. Peranan orang beriman ialah kembali ke jalan yang benar. Antara ciri2 orang yang lalai ialah cenderung kepada nafsu, mengetahui yang zahir dalam kehidupan dunia namun yang batin dia tidak peduli. Dan akhir sekali orang yang lalai ini terus menerus ikut jalan yang sesat. Orang yang lalai, natijahnya rugi. Bila kita lalai Allah akan kunci pintu hati, takut2 mati nanti dalam kafir. Sekiranya kamu laku kejahatan maka segeralah lakukan kebaikan. Fitnah besar di tutup dengan cerita sensasi lain.
Berbalik kepada misteri kehilangan MH370 iaitu pesawat Boeing 777-200 bersama 239 penumpang itu terus menjadi tanda tanya. Maka timbullah pelbagai pendapat, andaian, analisa, lapuran, dan spekulasi. Itu memang normal selagi misteri kehilangannya tidak terungkai. Jika terhempas mana bangkainya? Jika di hijack mana tuntutannya? Jika sudah landing mana lokasinya? Ia mengundang pelbagai tafsiran akal untuk menjelaskan atau mencari jawaban kepada segala tanda tanya itu. Allah kurniakan akal untuk kita sama2 renung dan fikir.
Saya mendapat satu kiriman whatsapp yang bagi saya agak menarik. Mungkin kita kongsikan untuk penialaian bersama. Analisa daripada seorang Juruterbang berpengalaman:
- Agak mustahil untuk sebuah kapal terbang terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.
- Agak mustahil untuk kita katakan pesawat mengalami total 'electrical shutdown' dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.
- Di udara, setiap pesawat akan dapat baca pesawat lain, yang berdekatan.
- Setiap laluan yang dilalui oleh mana-mana pesawat, adalah juga laluan yang dilalui oleh pesawat lain. Laluan utama. Jadi mustahil laluan di situ boleh memutuskan bacaan dan komunikasi dengan menara kawalan.
- MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi 'maintainance' kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.
- Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurut Kapten, juruterbang MAS sering "diculik" oleh syarikat penerbangan lain.
- Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan, untuk selamatkan pesawatnya, walaupun gunung ada di depan. Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.
- Setiap pesawat boleh terkena petir, itu biasa, namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.
- Akhir sekali, sebagai penutup, beliau menyatakan bahawa, Kapten Zaharie adalah antara juruterbang terbaik yang beliau pernah kenal selama kurang lebih 30 tahun.
Pesan Ustaz malam tadi ialah orang ramai dengan kepakaran masing2 punya hak untuk berbincang dan memberi pandangan mereka tersendiri supaya mungkin ada pendapat2 bernas ini bisa membantu kepada permasalahan yang timbul.
Saya juga ada melihat temuramah TV3 dengan juruterbang Kapten Noruddin yang menyatakan kita sebagai orang beriman kenalah yakin bahawa semua kejadian adalah di bawah pengetahuan Allah, maka katanya in shaa Allah MH370 bisa ditemui iaitu dengan meminta bantuan kepakaran orang2 soleh yang hampir dengan Allah dan juga doa penuh ikhlas waris terdekat para penumpang. Mungkin teknologi terkini sains masih gagal mengesan MH370, maka kembalilah bergantung harap kepada pemilik sains itu iaitu Allah SWT. Kita sekadar hamba yang lemah. Allah yang Maha Berkuasa.
Harapan kita tragedi kehilangan MH370 yang kini sudah menjadi fenomena akan terungkai dalam sedikit masa lagi. Semoga segala persoalan akan terjawab jua. Semoga segala spekulasi akan terpadam. Yang timbul ialah fakta bukan auta. Simpati dan doa kita kepada seluruh penumpang dan crew yang terlibat serta seluruh ahli keluarga mereka. Pray for MH370.
@@@
4 comments:
SOT seems very interested in this mysterious affair. I have stopped following the interviews and press conference. Things may come out clear and simple, or else similar to the famous 'Bermuda Triangle' mystery.
TQ Al-Manar. Life must go on. Hope to get happy ending..
Ramailah lawyer aviation mengambil kesempatan mengenai kes ini nak tunjuk kepakaran masing-masing. Media pun kekadang melampau sampai perasaan relative yang hilang tak dijaga seronok ambil scoop sahaja.
InsyaAllah masih menunggu khabar yang baik.
TQ TukangKebun. Hanya Allah penentu segalanya...harap ada happy ending.
Post a Comment