Sunday, September 22, 2013

Saksi Palsu

Jangan jadi saksi palsu. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Rasul Allah. Betulkan persaksian ini? Jangan jadi saksi palsu, pembohong di depan Allah.

Apa makna solat? Sembahyang. Itu terjemahan. Maknanya apa? Apa makna "La Ila Ha Illallah." Tiada tuhan melainkan Allah. Itu terjemahan. Maknanya apa?

Dosa paling besar ialah pabila kita menjahilkan diri sendiri dengan benda yang wajib kita tahu. Wajibnya kita mendirikan solat. Namun solat tidak sah selagi mana kita jahil. Apa yang musuh boleh buat kepada orang jahil ialah tidak lebih daripada orang jahil boleh buat kepada dirinya sendiri. 

Permata hidup ialah ilmu. Ilmu agama yang tinggi. Tuntutlah ilmu ini daripada ahlinya. Jangan gantung permata di tengkuk babi. Hatta berlian bernilai RM2juta pun jadi hodoh bila di gantung di tengkuk babi. Justru carilah ilmu dan mengaji kepada para ustaz atau ulama yang muktabar. Ambil ilmu pada ahlinya. Jangan ambil ilmu pada manusia yang mengaku ulama tapi meletakkan ayat Allah atau hadis Rasul pada konteks atau tempat yang salah.

Pertajam penglihatan iman mu nescaya Allah di sisi setiap sesuatu. Nampak Allah. Kalau tak nampak Allah di dunia maka di Akhirat pun tak nampak zat Allah. Sedangkan kenikmatan hakiki di akhirat nanti ialah pabila dapat melihat secara langsung zat Allah. 

Pada mendirikan solat, apa yang kita nampak? Nampak ilmu? Nasib baik aku belajar dapat ilmu solat. Nampak keburukan orang? Nasib baik aku mai masjid, orang lain ramai kat luar sana tak mai masjid. Itukah yang kita nampak? Maka sia-sialah. Kerana pada sesuatu itu mesti nampak Allah. Kena nampak ini taufiq Allah. Apa buat pun kena nampak ini taufiq Allah. Kurniaan Allah belaka. Bukan sebab makhluk.

Pada maqam syariaat, kita lihat manusia itu sebagai makhluk. Pada maqam hakikat, manusia itu ialah gambaran Allah. Di sana zahir kebesaran Allah. Di sana nampak Allah pada setiap kejadian. Semua milik Allah belaka. Bila lihat alam ini, tiada istilah alam semulajadi kerana semua dijadikan Pencipta. Allah yang Maha Berkuasa pemilik segala. Tiada milik semulajadi atau lahir tanpa Pencipta dan Pemilik.

Orang belajar ilmu keraa dunia tanpa meninggalkan amalan untuk kerehatan nafsu maka dunialah yang dia dapat namun akhirat dia sangat rugi. Allah tidak akan menyalahi janji-Nya. Namun kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Manusia sangat kenal benar dengan urusan dunianya. Mampu dia teka satu2 benda dengan tepatnya kerana ahlinya dia dalam urusan dunianya. Tapi bila ditanya rukun solat? Gagal dia. 

Hati itu tempat milik Allah. Pada kita menegakkan jari telunjuk tika kalimah "..Illah.." dalam bacaan tahiyat dalam solat itu rupanya sebagai direct connection pada hati untuk mengesakan Allah pada segalanya. Hanya jari telunjuk itu yang punya sambungan urat saraf ke hati, tidak pada jari jemari yang lain. Itu antara rahsia dan misteri solat sebagai penghulu segala ibadah. Galilah ilmu Allah yang maha luas ini.

Ibarat seorang yang tinggal di rumah kecil di daerah terpencil yang ruang pandanganya hanya sangat terhad. Berbanding dengan orang yang berada di bangunan yang besar atau pengembaraan yang pelbagai maka pandangannya juga lebih besar dan luas. Itulah umpamnya orang yang punyai ilmu dan pengalaman mengamalkan ilmunya akan melihat dunia pada pandangan hakikat dan bukan sekadar pandangan fisikal semata. Di sana nampak Allah pada setiap sesuatu itu.

Jangan jadi saksi palsu. Usah lagi jadi burung tiong yang bijak berkata-kata tapi tidak faham maknanya. Tuntutlah ilmu. Itu hak kita sebagai hamba Allah. Jangan jadi saksi palsu. Pembohong di hadapan Allah. Jadilah insan kamil dan alim yang faham agama. Jangan sampai nanti Allah tutup pintu taufiq-Nya. 

@@@

4 comments:

maw said...

hatiku menangis membacanya,ya allah ampuni daku yang hina dengan pelbagai dosa.ternyatanya aku nampak tanpa melihat,aku pekak dalam peka ku,aku jahil dalam ilmuku,aku cacat dalam kesempurnaan mu,ampuni daku ya!!allah!!!.

School Of Tots said...

TQ maw. Semoga kekal di jalan yang lurus menuju redha-Nya.

Zul fattah said...

smoga sy d jauhkn jd saksi palsu.. sgala amal yg dlakukan slama ini.. kena bertaubat r.. Doakan sy tuan.. bnyak silap ni..

School Of Tots said...

TQ Zul Fatah. Semoga kita jadi saksi yang benar di hadapan Allah. Bergantung harap pada Allah, bukan pada makhluk.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...