Saya bukanlah pengguna Facebook yang aktif cuma sekali sekala masuk. Tambahan pula di ofis saya ini laman Facebook di sekat.
Pada satu masa saya telah hantar mesej kepada bekas boss lama saya di Syarikat iaitu Tn Hj Danial. Mesej pendek saya itu dalam bentuk bertanya khabar, "Projek apa sekarang Tuan?" Beliau telah bersara semenjak beberapa tahun dahulu dan kini menjalani kehidupan yang tenang di sebuah perkampungan di Janda Baik. Jawabnya kepada saya di ruangan Facebook itu, "Sedang sibuk membuat persiapan untuk ke Akhirat." Saya terkedu. Saya teruja dengan respon Tn Hj Danial. Saya sungguh merasakan itu satu respon yang hebat.
Pagi tadi saya berpeluang bersarapan bersama seorang teman lama iaitu Sdra Ismadi Ahmad yang juga pernah bekerja di bawah Tn Hj Danial. Sdra Ismadi ini punyai presentation skill yang sangat baik dengan profesyen sebagai ahli pemasaran. Perbualan kami banyak menjurus kepada soal pekerjaan dan tugasan kerja. Kemudian beraleh kepada cerita anak2.
Daripada cerita soal anak2 ini dapat saya simpulkan bahawa walaupun punyai ibu dan bapa yang sama tapi anak kita yang lahir itu punyai karektor mereka masing2. Mereka punya minat dan bakat yang tersendiri. Mereka punyai kekuatan dan kelemahan masing2. Maka tugasan kita sebenarnya untuk memahami kelainan itu. Seterusnya memberi sokongan yang terbaik untuk sedaya mampu memandu mereka ke jalan yang benar atau kepada objektif yang betul.
Anak pertama mungkin agak nakal, sederhana dalam pencapaian akademik tapi punyai sikap yang bagus, pandai bersosial dan memiliki skil jalanan (street smart) yang baik. Kata saya itu sudah bagus kerana dengan sikap yang baik insyaAllah dia akan pergi jauh. Tambahan lagi karekternya yang mudah menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana. Cumanya mestilah di beri nasihat dan gambaran realiti sebenar di luar sana. Selebihnya pengalaman akan mengajar dia erti kehidupan. Yang penting jangan malas belajar dan menimba ilmu.
Anak kedua mungkin agak pendiam, tidak gemar bersosial, lebih reserve tapi cemerlang dalam bidang akademik. Bagus skil penyampaiannya, gemar menulis dan jaguh berkomunikasi di alam cyber. Maka sebagai ibubapa harus mengiktiraf kelebihan anak ini. Beri bantuan dan galakan kepadanya. Mungkin elok juga kalau dapat menghantarnya ke kursus jangka pendek penulisan. Galakkan dia untuk mengembangkan bakat penulisan kreatifnya. Kumpulkan bahan penulisan untuk dijadikan buku yang boleh diketengahkan kepada pihak syarikat penerbitan buku. Saya lihat MPH contohnya memberi peluang kepada penulis2 muda berbakat dengan menerbitkan buku2 terutamanya buku2 bahasa inggeris.
Saya juga meluahkan rasa hati kepada kawan saya ini dengan bertanya jika ada peluang untuk melibatkan diri pada slot motivasi mungkin sebagai penyampai bebas untuk berkongsi pengalaman demi memotivasi para pendengar terutamanya para pelajar supaya faham gambaran luas, halatuju kehidupan ini. Bagi saya ilmu atau pengalaman yang ada seharusnya dikongsikan supaya ia menjadi sesuatu yang bermanfaat dan bukan hilang sekadar hilang dengan sebuah kematian. Kerana ilmu bermanfaat adalah satu di antara tiga sumber yang bisa membantu seseorang yang sudah meninggalkan alam dunia dan berpindah ke alam barzakh. Sampaikan ilmu bermanfaat kepada umat ini walaupun sekadar sebuah resepi membuat agar2 merah.
Setiap detik yang kita lalui adalah mendekatkan kita kepada detik perpisahan. Perpisahan antara kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat. Antara ciri utama orang beriman ialah mempercayai perkara ghaib. Antara perkara ghaib ialah dosa pahala dan syurga neraka. Kembalilah kepada hakikat bahawa sesibuk mana pun kita dengan urusan dunia maka jangan kita sampai lara hingga lupa untuk membuat persiapan untuk akhirat.
Yang seeloknya ialah setiap kegiatan kita ini biar ada akhirat di belakangnya. Buat baik kita itu biar niatnya kerana Allah bukan kerana makhluk supaya ada nilaiannya di akhirat. Kerana apa yang di dunia semua akan kita tinggalkan walau sayang sehebat mana pun. Tapi apa yang di dunia yang terpahat kepentingan akhirat maka di situ ia menjadi teman setia kita yang bisa membantu kita mencapai kebahagiaan kekal abadi. Benarlah dunia ini jambatan ke akhirat.
Tn Haji Danial sedang sibuk membuat persiapan untuk akhirat, Kita bagaimana? Tn Haji Danial kini menjadi pengembala kambing di Janda Baik di bawah kehijauan kaki bukit dan kejernihan anak sungai. Dalam hirupan udara segar kurniaan Allah, dia mungkin sibuk renung dan fikir akan kebesaran Allah dan menzahirkan rasa syukurnya. Bahawa hidup ini sementara sahaja. Dan penghidupan di Akhirat itulah yang kekal abadi.
Teruskan usha kita semua untuk persiapan untuk akhirat, Selamat berjaya. Selamat menyambut hari kemerdekaan dari azab siksa neraka Allah. Itulah sambutan Hari Kemerdekaan sebenar yang harus diimpikan dan dinanti2kan oleh orang yang beriman.
@@@
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
No comments:
Post a Comment