BN menang PRU13, Najib mahu semua parti bertanding hormati keputusan rakyat. PR masih kuasai Selangor, P,Pinang dan Kelantan.
"Frust nya ya Allah," keluhan seorang Ustazah yang juga petugas PAS di Hulu Bernam. "Hari ni tak ada mood nak masak," tambahnya lagi semasa berborak dengan isteri saya.
Saya stay tengok lapuran keputusan di TV Hijrah sampai 2:30 pagi. Isteri saya pula give-up dan masuk tidur awal malam tadi kerana kecewa melihat lapuran keputusan BN yang sudah menang 112 kerusi menjelang 12 tgh malam. Memang kecewa tahap fed-up tak nak mengundi lagi dah. Sebab bertungkus lumus giler pun masih gagal menumbangkan BN dan segala muslihat pilihanrayanya. Kami marathon duk ikuti ceramah politik pada lima malam terakhir menjelang PRU13 secara berturut-turut di sekitar Lembah Klang dengan semangat membakar dan harapan memuncak. Namun berkecai jua. Apa kan daya.
Ada seorang kawan memberi komen, tiga perkara yang boleh meruntuhkan negara - Rasuah, Maksiat, dan Blackout. Oh ya agak banyak juga kejadian blackout malam tadi semasa proses pengiraan undi. Kenapa ya? Khabarnya ada 15 blackout dan banyak juga kejadian hilang peti undi dan jumpa peti undi. Dengar cerita pihak BERSIH dok tengah kumpul bukti segala kecacatan dan keraguan yang berlaku.
Antara tokoh popular yang gugur di medan juang PRU13 semalam termasuklah:
- Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka - Parlimen Bukit Katil
- Datuk Abdul Ghani Othman (Menteri Besar Johor - BN - Parlimen Gelang Patah)
- Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Menteri - BN - Parlimen Lembah Pantai)
- Datuk Seri Kong Cho Ha (Menteri - BN - Parlimen Lumut)
- Datuk Seri Chor Chee Heung (Menteri - BN - Parlimen Alor Setar)
- Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri - BN - Parlimen Temerloh)
- Dr Mohd Puad Zarkashi (Timbalan Menteri - BN - Parlimen Batu Pahat)
- Datuk Seri Mohd Zin Mohamed (Setiausaha BN Selangor - Parlimen Sepang)
- Mohamad Sabu (Timbalan Presiden Pas - Parlimen Pendang)
- Datuk Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Am Pas - Parlimen Arau)
- Datuk Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung PKR - Parlimen Kulim-Bandar Baharu)
- Salahuddin Ayub (Naib Presiden Pas - Parlimen Pulai)
- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan Pas - Dun Jengka)
- Datuk Husam Musa (Naib Presiden Pas - Parlimen Putrajaya)
- Dr Badrulamin Bahron (Pemimpin pusat PKR - Parlimen Silam)
- Mustaffa Kamil (Pemimpin pusat PKR - Parlimen Pasir Salak)\
- Datuk Ibrahim Ali (Presiden Perkasa - Bebas - Parlimen Pasir Mas)
- Zulkifli Nordin (Timbalan Presiden Perkasa - Bebas/BN - Parlimen Shah Alam)
Saya terbaca satu ungkapan semangat daripada seorang pemimpin PAS, "Mungkin ada di antara kita yang bersedih dengan kekalahan ini, bahkan mungkin ada yang kecewa dengan politik dan sudah tidak mahu lagi terlibat dengan politik. Ini mungkin kali pertama kita all out untuk memenangkan PAS dan kali pertama kecewa dengan penipuan mereka sedangkan mereka TG Nik Aziz, TG Hj Hadi, dan TG Haron Din dan ramai lagi yang berbelas-belas kali all out dan berbelas-belas kali juga berdepan dengan penipuan mereka. Jika mereka boleh terus istiqamah dan terus tetap dalam perjuangan ini, janganlah pula antara kita yang kecewa dan meninggalkan perjuangan ini. Ketahuilah antara penyakit orang yang gugur dalam perjuangan adalah isti'jal (tergopoh-gapah)."
@@@
5 comments:
Diriwayatkan dari Al-Hasan: ‘ Ubaidillah bin Ziyad pernah menjenguk Ma’qil bin Yasar Al-Muzanni pada waktu sakit menjelang wafatnya. Lalu Ma’qil berkata, “Aku akan menceritakan sebuah hadis yang aku dengar dari Rasulullah saw. Kalau aku tahu bahawa aku masih akan hidup, tentu aku tidak mau menceritakannya kepada mu. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Seseorang yang diberi amanat oleh Allah untuk memimpin rakyat, lalu mati ketika sedang MENIPU rakyatnya, maka Allah mengharamkan baginya syurga.”
(6:9 Shahih Muslim)
Sefrust manapun kita tidak tertanding frustnya Ali Rustam. Jd bersyukurlah.
Ingat, 3 perkara yang meruntuhkan negara, rasuah, maksiat, blackout. haha benar...
Assalam
Allah bersama orang-orang yang benar, insyaAllah.
TQ Cikli, memang benar kena syukur pada segala nikmat Allah ini, kena sabar pada setiap ujian Allah, dan last skali kenalah redha sgala ketentuan Allah. Segala yg berlaku tentunya ada hikmah yg mungkin tak tercapai oleh akal. Semoga kita semua mendapat hidayah Allah.
TQ Pak Temuk. Sangat benar apa yg Tuan nyatakan itu. Saya sangat mendambakan negara ini menuju sistem dua parti yg memberi kebebasan kpd rakyat membuat pilihan pada pentas yg sama rata bukan senget sebelah. Agar kerajaan yg memerintah lebih amanah dan faham dosa pahala.
Post a Comment