Saturday, May 04, 2013

UBAH Kerajaan Persekutuan


Berani UBAH
Saya lebih mahu kepada sistem dua parti. Kita lihat negara yg sudah ke depan seperti USA sudah menggarap sistem sebegini. Beri peluang kpd PR untuk membentuk kerajaan persekutuan yg baru menggantikan BN. Lihat bagaimana mereka mentadbir urus negara. Apakah akan jadi lebih teruk atau apakah akan menjadi lebih efisyen sebagaimana yg berlaku di empat negeri setakat ini di bawah tadbiran mereka? 

Mitos hanya BN yang boleh memerintah sudah terlalu lama di pahatkan di minda rakyat oleh media berat sebelah negara. PRU13 adalah gelanggang untuk UBAH sebuah kerajaan BN yg rasuah kpd PR iaitu kerajaan yg terbukti lebih amanah dlm membela nasib rakyat dan mengurus kekayaan negara. Bagi peluang membentuk kerajaan persekutuan kpd PR. Winner should take all. Let BN be a good opposition for a change and if they fail they shall be oppositon for a long time. 

Barisan pimpinan PR adalah terdiri daripada barisan yang berkualiti. Kalau kita lihat tokoh2 muda dalam PR seperti Husam, Rafizi, Azmin, Nurul Izzah, dan Lim Guan Eng maka tidak dapat tidak kita akan lihat inilah antara anak muda yang boleh diharapkan menjadi pemimpin utama negara pada masa depan. Mereka lebih ikhlas menegakkan yang haq dan ternyata begitu amanah sebagai wakil rakyat yang tidak mudah songlap duit rakyat dan dana awam.

Bila rakyat didedahkan betapa hutang2 beberapa tokoh korporat dan pemimpin BN yang menjadi kroni BN terus terusan di right-off dan dilupuskan begitu sahaja setiap kali pernigaan atau projek yang gagal atau rugi walaupun mencapai ratusan juta RM, maka saya melihat BN ini sebagai penipu dan perompak negara yang utama. Ibarat pagar yang makan padi. Sentiasa melihat ruang dan peluang untuk merompak, mencuri dan menipu. Sebab itulah rupanya BN tidak menyokong hukum hudud. Takut ramai yang kena potong tangan. Rupanya tangan mereka yang akan dipotong.

Banyak contohnya seperti kerugian MAS, Perwaja, PKFZ, NFC, dan Bank Bumiputera. Semua harta ini di faraidkan sesuka hati mereka. Pengkhianat negara disanjung. Rakyat biasa ditekan dan jika berhutang akan di cari sampai ke lubang cacing hingga di istihar bankrup. Hutang PTPN anak2 muda akan terus dituntut walaupun hanya sekadar RM30 ribu, tetapi hutang kroni BN berjumlah RM500 juta akibat kerugian MAS di lupuskan sekelip mata. Dana RM250 juta yang hilang dalam skandal NFC disenyapkan sahaja. Kroni BN bergaji mencapai RM500k sebulan atas perniagaan komoditi air untuk rakyat sedangkan rakyat terus suffer in silence dalam kos sara hidup yang terus melambung tinggi setiap hari. Itulah hakikat yang ada. Mengapa masih mahu memberi ruang BN untuk memerintah negara? Mengapa masih sanggup mencium tangan pencuri dan perompak bila dia datang berkempen di kampung2 kita?

PRU13 adalah peluang terbaik untuk rakyat UBAH kerajaan yang kotor kepada kerajaan yang bersih. PR punyai iltizam untuk jadi kerajaan yang bersih dan tidak rasuah. TGNA di Kelantan dinafikan hak royalti minyak dengan tunggakan berjumlah RM12 Billion iaitu royalti 5% berjumlah RM900 juta setahun. BN merompak hak rakyat Kelantan yang 95% adalah melayu Islam. Tidak zalimkah itu? 

BN tidak pula malu untuk menuduh Kelantan mundur dan rakyat miskin di bawah PAS. Sedangkan jika penafian hak royalti itu tidak berlaku Kelantan boleh menjadi seperti negara Qatar yang kerajaannya memberikan elaun sara hidup kepada setiap rakyat mereka untuk hidup senang dengan segala kemudahan infra struktur dan kebajikan rakyat dapat dilaksanakan dengan mudah. Qatar itu saiz negaranya sebesar Kelantan dan minyak dan gas hanya ditemui di negara mereka sekitar 20 tahun yang lalu. Maka usah lagi percaya kepada BN yang penipu itu.

Bak kata Ustaz Azhar haram jatuhkan kerajaan Islam, "...Pertahankan Kerajaan Islam di Kelantan. Ubahlah Kerajaan Malaysia supaya menjadi Kerajaan Islam yang sebenar..."

UBAH kerajaan persekutuan pada kali ini. Beri peluang 5 tahun untuk PR memerintah negara. Jika ternyata mereka gagal maka tolak mereka di PRU14 nanti. Bila keadaan ini berlaku maka setiap kerajaan memerintah akan ada check and balance bukan monopoli memerintah. Kerajaan akan jadi lebih amanah dan efisyen. Penyalahgunaan kuasa akan dihapuskan. Rakyat jugalah yang mendapat kebaikannya. 

Sebagaimana berlaku di USA pada kali ini parti Republikan yang di amanahkan menjadi kerajaan dan jika prestasi mereka tidak memuaskan maka pada penggal akan datang parti Demokratik akan dipilih rakyat untuk memerintah. Itu adalah pertandingan yang sihat untuk rakyat yang bijak.

Ayuh rakyat Malaysia. Tunaikan tanggungjawab kita esok di peti undi. Keluarlah mengundi awal pagi. Kemudian sama2 kita pantau dan menjadi rukun tetangga PRU13 supaya tiada warga asing pengundi hantu yang berani datang tunjuk muka untuk menipu kita dengan sama2 membuang undi. Kita tidak mahu nasib negara ini ditentukan oleh warga Filipino, Nepal, Bangla, Thailand, Myanmar, Kemboja, Vietnam, Laos, India atau Indon. Jangan berani menipu lagi. Enough is enough.

@@@

1 comment:

School Of Tots said...

TQ nana. Semoga anda berbahgia selalu.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...