Tuesday, May 08, 2012

Buku Hamparan Shamrock

Buku ini telah berjaya menarik perhatianku untuk membelinya bermula dengan cover nya yang begitu menarik berlatarkan warna puteh bersih. Tajuknya yang mengundang misteri dan tandatanya juga menjadi daya penarik yang unggul. Ditambah lagi dengan karya seorang penulis hebat yang sudah punyai track record bestseller pada setiap karya beliau. Penulis itu ialah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang juga pemilik blog saifulislam.com yang sudah tertegak di laman sesawang sejak sekian lama.

Dalam kesibukan rutin harian dan keletihan kerana kehabisan stamina yang kerap mengundang mata jadi kuyu hingga terlelap setiap kali cuba meneruskan bacaan konten buku ini, masih gagal menghalang saya untuk berjaya mengkhatamkan buku Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama Mu ini pada kadar jangkamasa kurang lebih seminggu semenjak saya membelinya di PBAKL pada hari pertama pembukaannya pada 28/4/12 yang lalu di PWTC. Oh ya bersamaan dengan hari Bersih 3.0 dan pengalaman menarikku bersama anak2 dan isteriku bersama tidak kurang daripada 300,000 rakyat marhain peduli dari seluruh pelusuk negara, sebuah isu nasional rupanya yang mendapat coverage global dan menjadi isu debat dan bincang hingga ke saat ini.

Berbalik kepada buku ini, Ust Hasrizal bagiku sudah berjaya merungkai secara agak terperinci satu period kehidupan beliau di bumi UK khasnya di Belfast Ireland. Di selang seli dengan pelbagai flashback detik2 menarik dan significan di sana sini termasuklah semasa beliau menuntut di Jordan atau kembara ke London. Terserlah rontaan jiwa dan rintihan hati pada rentetan ujian yang besar dan kecil yang kesemuanya berjaya di coretkan secara tulus dan santai untuk menarik saya membacanya atau mengorek kesudahannya.

Apabila seorang kawan bertanya, "Hang tau tak apa itu Shamrock?" Saya dengan konfiden menjawab, "Nama tempat." Beliau berkata sambil menuding jari ke arah cover buku yang ada di atas meja saya menunjukkan helaian daun atau bunga hijau, "Sejenis tumbuhan yang menjadi simbol kepada negara Ireland." Begitu rupanya, barulah saya dapat relate yang di maksudkan dengan Di Hamparan Shamrock...pada tajuk buku ini.

Sebuah travelog amal dan tarbiyah ruhani yang saya sangat rekomen di miliki oleh pembaca budiman yang rindukan bacaan yang tidak begitu berat hingga mengundang penat yang akhirnya gagal di khatam. Dengan buku ini cukuplah koleksi karya Ust Hasrizal yang ada di rak mini library di residensi saya kecuali satu iaitu buku Transformasi Ramadan. Baiklah akhir kalam untuk Ust Hasrizal terus daya juangmu menegak Agama Allah di muka dunia walau apa jua onak nya dan teruskan berkarya kerana Ustaz antara manusia terpilih yang Allah kurniakan bakat ekperisi yang baik di kertas puteh.


@@@

3 comments:

zul permatang badak said...

menarik sinopsisnya,....
apa yg terkandung dalam traelog, tentu menarik........ingin juga tahu kesudahan jalan cerita......

kinakona said...

InsyaAllah nk juga dptkan buku ini.

School Of Tots said...

TQ zul & Ank_ayah. Buku ini tidak rugi untuk dimiliki. Penulisan ditinta dgn bahasa santai yg boleh dihadam, diserikan dgn rencah yg pelbagai seorang musafir yg tidak jemu mencari makna dan tafsir pada setiap ujian dan rutin harian. Menjana emosi untuk meneroka pembacaan hingga mukasurat akhir di helaian no 342.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...