Sunday, April 29, 2012

BERSIH 3.0 Lagi Gambar

Suara rakyat suara keramat. Laungan dan bantahan tidak kurang daripada 300,000 rakyat marhain untuk pilihanraya yang bersih disaksi seluruh anak muda dan rakyat jelata. Rakyat datang ke ibukota dari seluruh pelusuk negara. Kerana apa? Kerana ingin melihat perubahan. Tanpa pengorbanan dan kesusahan maka tiada perubahan. 


Rakyat benci penipuan dan manipulasi sistem pilihanraya hingga menjadi kunci untuk kekal bergayut pada kuasa untuk memerintah negara. Yang sadis polis di cucuk hidungnya untuk menjadi barua pihak pemerintah untuk membantai rakyat, menyembur air kimia dan gas pemedih mata tanpa rasa belas lagi. Mengapa begitu kejam? Bukankah suara rakyat harus didengar dan di bela? Bukan sebaliknya. Apa bahayanya membenarkan rakyat duduk bantah selama dua jam di Dataran Merdeka?


Melihat video yang di tayangkan pada skrin besar di majlis ceramah selepas BERSIH 3.0 'Menentang Kezaliman' di Taman Melewar pukul 11 mlm tadi yang memaparkan puluhan polis membelasah seorang anak muda seperti binatang, sangat melukakan jiwa ribuan yang hadir. Di mana perginya rasa kasih sayang dan pembelaan kepada rakyat marhain?


Namun jangan pelik kalau di muka depan akhbar2 perdana hari2 berikut ini akan terpapar gambar2 dengan tajuk sensasi peserta BERSIH 3.0 yang menyerang pihak berkuasa beserta cerita2 one-sided yang lain. Bukankah coverage seimbang di media perdana merupakan salah satu tuntutan BERSIH yang masih gagal di layan?


Ratusan ribu rakyat berbilang kaum yang membanjiri KL hari ini adalah mewakili rakyat banyak yang inginkan satu sistem pilihanraya yang telus dan adil. Supaya kemenagan dalam pilihanraya manjadi kemenangan yang hak, bukan kemenangan yang palsu akibat penipuan demi penipuan. Ini perkara asas. Ini isu nasional. Sebab itulah pihak penganjur mahu adakannya di Dataran Merdeka yang mengikut Datuk Bandar KL memang dikhaskan untuk program2 bartaraf Nasional (walaupun acap kali juga program senamrobik di adakan di situ secara sengaja).  


Bukan permintaan yang di ada-adakan. Seluruh rakyat inginkan ini. Mengapa tidak? Berilah suatu penyelesaian yang ikhlas, win win situation. Mengapa berdalih itu dan ini. PSC yang ditubuhkan setelah diasak hebat selepas BERSIH 2.0 dulu juga gagal memberi penyelesaian yang ikhlas. Segala cadangan dan pandangan dari 14 siri mesyuarat yang diadakan gagal diterjemahkan dalam rang undang2 yang dibentangkan secara last minute di hari terakhir persidangan dewan rakyat. Lapuran minoriti yang dikemukan juga gagal di ambil kira atau diberi pertimbangan wajar. Rakyat ditipu lagi setelah sekian lama ditipu.


Seluruh dunia menyaksikan BERSIH 3.0 yang mencatat sejarahnya hari ini melalui You Tube, Laman2 Sosial Facebook, Laman Web, dan Lapuran Berita pelbagai TV Utama dunia. Momentum kini di pihak rakyat banyak. Parti pemerintah terpukul hebat, kemungkinan besar bakal membawa rebah. Maka pernyataan tentang PRU13 menjadi pilihanraya terkotor bukan sekadar omong2 kosong. Kuasa yang ada mesti dipertahan walau dengan apa cara sekali pun oleh parti pemerintah.


Harapan perubahan adalah pada pengorbanan dan perjuangan Rakyat semua. Bangkitlah Rakyat Malaysia sekelian daripada tidur yang panjang, mungkin sepanjang 54 tahun. Kebangkitan Rakyat yang tercetus oleh titik sejarah BERSIH 3.0 ini bakal menyemarak sebagai unggun bersih, membakar segala kemungkaran yang ada. InsyaAllah.














DUDUK  BANTAH


Saturday, April 28, 2012

BERSIH 3.0 Baru Habis

Saya sekeluarga tgh relax sat kat The Mall. Baru habis kena kejar tadi. Agak action pack di tgh2 crowd di Jln Raja Laut blkg Sogo. Teruja melihat crowd yg begitu ramai. Anak sulong saya yang berada di barisan depan dapat merasa nikmat tear gas, sesak nafas dan termuntah. Sedih melihat hak rakyat berhimpun secara aman dinodai lagi. Dapat melihat juga satu kereta polis dan dua moto polis yg memang nak cari nahas lalu kat tgh crowd yg baru diasak oleh tear gas, di baling tubi dgn botol berisi air mineral yang banyak juga tepat ke sasaran. Sebuah moto itu terbabas dan penunggangnya sempat lari ke dlm bgn medan mara. Sejurus kemudian ratusan polis dtg untuk memberi bantuan. Bertempiaran crowd. Tengok lah gambar2 yg sempat dirakam ini...




Kenapa Perlu BERSIH 3.0 ?

Kenapa Bersih 3.0 ini perlu diadakan? Bukankah Bersih 2.0 anjuran puluhan NGOs dulu sudah memberi mesej yang jelas? Bukankah KL telah dibanjiri 100,000 rakyat yang datang dari setiap pelusuk negara bersatu tidak mengira bangsa dan agama demi menuntut perubahan kepada suatu sistem pilihanraya yang dibuktikan punyai banyak kelemahan? 


Mengapa harus di kumpulkan 100,000 manusia lagi kali ini untuk duduk membantah? Apakah segala isu yang dibangkitkan tidak diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak berkuasa? Atau kalau ada tindakan yang diambil, mungkin tidak begitu ikhlas? Atau apakah sememangnya isu2 ini tidak mahu di selesaikan atau di cari penyelesaiannya?  Penyataan bantahan yang bagaimana lagi yang dimahukan?


Bila di tengok pada senarai lapan tuntutan yang dibangkitkan ini, maka rasanya tidak satu pun yang berjaya diberi reaksi positif  setakat hari ini. Mungkin hanya satu mendapat tindakan iaitu gunakan dakwat kekal. Itu pun belum tentu dilaksanakan, kerana pada PRU12 dulu penggunaan dakwat kekal telah dibatalkan pada saat2 akhir.


Sebenarnya kalau ditengok secara rasional apa yang dibangkitkan adalah isu2 yang straight forward saja. Rakyat mahukan pilihanraya yang bersih dan adil. Itu saja. Saya rasa ini sangat logik dan patut disokong oleh semua.


Sebuah pilihanraya demokrasi yang dimenangi tanpa penipuan dan platform yang berat sebelah akan lebih berkat dan memuaskan. Yang menang akan teruja dan bahagia. Manakala yang kalah akan puas hati juga dan akan berusaha dengan lebih gigih. Sistem pemerintahan negara akan lebih mantap kerana ditunjangi oleh kelompok pemimpin yang berintegriti dan tidak rasuah.


Bila ditanya kepada pemimpin BN, maka dikatakan pilihanraya kita memang sudah bersih dan adil. Jika tidak mana mungkin lima negeri mampu jatuh ke tangan PR? Itu bukti kita bertarung di gelanggang pilihanraya yang betul.


Bila diminta pandangan pemimpin PR, maka dinyatakan ya benar lima negeri dapat kita tawan melalui sistem yang punyai kelemahan tadi malah majoriti votes yang PR perolehi menjangkau 48% berbanding 52% kepada BN. Jika segala kelemahan yang ada itu diperbaiki PR yakin keputusan yang lebih baik akan dicapai, malah Putrajaya tidak lagi mustahil di tawan. 


Apakah ini yang ditakuti oleh kerajaan BN? Sehinggakan tuntutan yang sangat baik oleh gabungan NGOs atas nama Bersih ini dibakul sampahkan begitu saja? Mengapa mahu dikekalkan sistem yang korup itu walaupun bukti demi bukti dikemukakan saban hari? Mengapa? Mungkinkah BN takut kehilangan kuasa memerintah jika gelanggang bertarung sama rata?


Pihak kerajaan BN tempoh hari memberi kenyataan bahawa Bersih 3.0 tidak membahayakan keselamatan awam dan memberi lampu hijau untuk diadakan. Namun pihak DBKL pula tunjuk belang untuk tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan. Kenapa? Bukankah pihak kerajaan sudah beri kebenaran? Lagipun pihak menganjur menegaskan ia cuma dalam format 'duduk bantah' selama dua jam sahaja. What is the fuss?


Sekarang nampak gayanya back to square one. Pihak polis pula diminta campur tangan untuk mengawal keadaan. Masalahnya ia boleh bertukar menjadi medan provokasi hingga berlaku kekecohan, kecederaan, dan seumpamanya. Apa yang berlaku pada Bersih 2.0 akan berulang. Kalau benarkan saja Bersih 3.0  berlangsung dalam keadaan aman selama dua jam itu, bukankah elok. Tiada rakyat yang susah. Pihak berkuasa juga dapat tidur lena. Hak berhimpun secara aman, bukankah termaktub dalam perlembagaan Negara?


@@@

Tuesday, April 24, 2012

Nasi Lemak Sotong

Al-kisah pagi tadi saya ke Hospital KKB untuk ujian rutin kesihatan. Usai urusan saya pun singgah untuk sarapan di kedai yang famous dengan mee karinya. Saya order nasi lemak sotong dan teh tarik. Boleh tahan sedap nasi lemaknya. Time membayar saya bagi not RM10. Baki yang dipulangkan RM2.70, maknanya kos sarapan tadi ialah RM7.30...hmmm. Agak terkejut beruk dalam hati. Saya pun congak-congakkan dalam kepala. Agaknya RM1.30 untuk teh tarik. Ini bermakna harga nasi lemak sotong itu RM6.00...Wow !!

Rasa tak puas hati betul. Sebabnya ini sarapan pagi bukannya makan tengahari dan ianya betul2 kejadian bukan cobaan. Saya memang suka berkira dan tak sanggup spend banyak untuk sarapan pagi. Selalunya kalau saya makan kat Keramat tu nasi lemak biasa dan teh tarik baru RM2.50. Kalau terliur sekali sekala pekena nasi lemak sotong dan teh tarik depa charge RM4.50. Jadi bila ditimpa keadaan di KKB ni...ish agak terkilan la pulak. Kalau kat restoran elok mungkin boleh justify la kot sebab kos sewa yang mahal. Tapi ni cuma gerai biasa majlis daerah kat tepi jalan besar.

Sesampai di ofis saya dok tanya dua tiga orang kawan se ofis. You kalau beli nasi lemak sotong biasanya berapa harga? Depa kata dalam lingkungan RM2.80 hingga RM3.80 macam tu. Ni kira harga area KL, bukan area ceruk tok kun. Maka heran bin ajaib jugaklah di hati ini. Baru saya teringat, sebenarnya ini bukan kali pertama kejadian. Beberapa bulan lepas saya pi sarapan macam tu jugak kat kedai yang sama bersama isteri. Isteri order mee kari dan nescafe, saya pulak nasi lemak sotong dan teh tarik. Rasanya kena charge banyak jugak, tak silap saya RM12.50 ke gitu. Tapi masa tu tak lah perasan sangat. Mungkin trademark kedai berkenaan agaknya. Kalau tak suka tak yah pi, betul tak? Alhamdulillah rezki dia, dapat hidup mewah.

Anyway saya nak cerita pulak satu kedai makan di food court Setiawangsa. Masakan makcik ni boleh tahan sedapnya, kata orang ada rasa, bukan jenis hentam kromo aje. Air minuman pun sedap. Yang famous ialah air limau asam bol & teh bunga. Yang saya nak ceritanya harga yang dikenakan memang harga patut. Dah le pinggan besar ala-ala kat hotel gitu. Kebersihan terjaga. Sebagai contohnya saya ambil nasi dengan lauk sambal sotong, paru goreng, sayur pucuk ubi dan minuman air teh bunga. Saya tanya makcik tu, berapa? RM4.50 jawabnya. Alhamdulillah, bagi saya cukup murah kerana kualiti makanan dan minumannya sangat baik. Saya tengok ramai student dari kolej berdekatan makan di situ. Semoga murah rezki makcik ini.

Saya teringat suatu kisah sekira-kiranya begini, pada suatu hari sebelum keluar rumah untuk sesuatu urusan Rasulullah SAW menyuruh Aisyah RA mengagih-agihkan daging seekor kambing yang dihadiahkan oleh seorang sahabat kepada mereka. Sepulangnya ke rumah, Rasulullah bertanya kepada Aisyah, apa yang tinggal untuk kita? Aisyah menjawab, semua telah saya bahagikan kepada jiran2 dan sahabat sekelian. Yang tinggal hanya satu kaki kambing itu sahaja. Maka Rasulullah pun menjelaskan, sebenarnya di Akhirat nanti kita akan miliki seekor kambing yang tiada sebelah kakinya.

Apa barang yang kita sedekahkan? Apa makanan dan minuman yang kita sedekahkan atau jamu orang makan dan minum? Apa hidangan dan juadah yang kita sediakan untuk jamuan saudara2 kita, itulah yang akan menjadi milik kita nanti. Bukannya yang dimasukkan ke dalam mulut untuk dikunyah lumat, kerana hakikatnya itu akan menjadi taik belaka atau pun ditukar menjadi sedikit tenaga yang akan diguna habis semuanya.

Maka sukalah saya menyarankan supaya kita suka belanja kawan2 makan dan minum. Wujudkan agenda untuk menjemput tetamu makan2 di rumah kita. Atau menghantar makanan dan minuman ke surau2 dan masjid bagi di infaqkan kepada para jamaah. Itulah sebenarnya makanan dan minuman yang kekal menjadi milik abadi kita.

Kepada para peniaga makanan dan minuman pula, cuba bayangkan jika di infaqkan 50sen pada setiap harga sepinggan nasi campur yang dibeli oleh pelanggan dengan niat sedekah, alangkan beruntungnya. Itulah pelaburan masa depan. Contohnya harga sepinggan nasi campur dan minuman itu RM5.50 tapi kita cakap harga RM5.00 je, atas niat dalam hati bahawa 50sen lagi tu aku sedekah kepada pelanggan tadi kerana Allah. Ish, ish hebat tu. Kayo kayo. Bukan setakat kayo di dunia. Cuba try tengok. Selamat beramal.

Oh ya teringat pula kisah satu brother penjual air tebu di Pasir Pekan Kelantan. Dia ni mesin tebu dan menjual air tebu di tepi jalan pada bulan Ramadan. Air tebu ni di jual dengan harga RM3 satu pek. Yang uniknya dia juga akan pek kan pek-pek kecil sekira-kira harga 50 sen atau RM1. Setiap pelanggan yang membeli air tebunya akan di hadiahkan satu pek kecil tadi dengan niat sedekah. Alhamdulillah berkat perniagaan Brother ni. Laris perniagaan dia. Untung dunia untung akhirat. Sementelah lagi bersedekah di bulan Ramadan. Peniaga yang sungguh bijak.

@@@

Sunday, April 22, 2012

Siapa Majikan ku?


Tiap hari kita ke ofis untuk bekerja. Tak kira hujan atau panas. Tak kira lapang atau sibuk. Sihat atau kurang sihat. Kerana apa? Kerana rasa bertanggung-jawab. Kerana asbab bekerja ini, di berikan gaji setiap bulan. Terasa ada habuannya, ada upah pada segala tugasan atau kerja yang dibuat itu. Ada yang dapat RM2,000 ada yang dapat RM10,000, macam2 kategori. 


Pabila bos kat ofis memberi sesuatu assignment maka kita pun memberi tumpuan sewajarnya untuk melaksanakan dengan jayanya. Jika ada sesuatu mesyuarat yang dijadualkan maka kita akan peka dan bersedia. Seolah-olah sudah terpahatlah bahawa aku ini punyai tanggung-jawab kepada majikan aku. Tak boleh main2. Segala arahan dan larangan kena patuhi.


Begitu juga yang bekerja sendiri, jadi kontraktor ke, jadi peniaga ke, semuanya bekerja kuat dan bersungguh-sungguh. Yang nampak di kepala ialah keuntungan wang ringgit dan harta-benda. Itulah kebiasaannya. Siang malam pagi petang kita disibukkan mengejar kesenangan dunia.


Mengejar habuan dunia ini acap kali tidak lagi mengenal dosa pahala. Menjadi tanggapan umum, ada kelompok orang2 politik menggunakan kuasa dan pengaruh untuk juga mencari habuan dunia. Hinggakan mengambil hak orang lain atau hak rakyat jelata. Walaupun gaji sebagai wakil rakyat tidaklah seberapa kalau nak dibandingkan dengan ahli2 perniagaan tetapi mereka ini tetap memiliki harta jutaan ringgit. Semoga mereka menyedari kesilapan dan bertaubat kepada Allah.


Maka benarlah manusia ini mudah menilai sesuatu kebendaan di depan mata. Status manusia di ukur oleh soal fisikal dan material seperti banyaknya harta, mewahnya kereta, besarnya rumah, dan tingginya pangkat dan kedudukan. Sedangkan nilaian Allah tidak memandang kepada soal fisikal seseorang tetapi lebih kepada soal ruhani dan hati. Tiada bezanya antara manusia ini melainkan takwa kepada Allah. Takwa itu ialah sejauh mana takutkan Allah iaitu sejauh mana mematuhi segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Contohnya mendirikan solat itu suruhan-Nya, dan makan rasuah itu larangan-Nya. 


Berbalik kepada kepatuhan kita pada majikan atau pekerjaan kita kerana dinisbahkan dengan ganjaran gaji dan kewangan, sebaliknya kita acap kali gagal menisbahkan segala nikmat yang Allah berikan ini dengan kepatuhan dan ketakwaan kita kepada Allah. Atau kita gagal menzahirkan kepatuhan atau ketakwaan kita itu. 


Kita masih ambil lewa dan tidak sampai tahap mesti lakukan 'by hook or by crook'. Contoh kita ini rajin ke  majlis2 ilmu di surau dan masjid, tapi bila ada dugaan hujan lebat maka kita dengan senang hati cancel niat untuk ke majlis ilmu tadi, tanpa ada rasa aku mesti pergi kerana aku bertanggung-jawab kepada Allah, pemberi nikmat aku, pemberi rezki aku. 


Seolah-olah ada double standard, pada satu segi kita sanggup redah hujan dan panas untuk memenuhi tanggung-jawab pada majikan yang akan memberi ganjaran gaji setiap bulan itu yang bukan banyak mana pun, tapi kita gagal dan tidak sanggup meredah hujan dan panas untuk ke masjid bagi memenuhi tanggung-jawab seorang hamba kepada Pencipta-Nya yang bukan sekadar memberi udara percuma, malah pacaindera, ilmu pengetahuan, akal fikiran, keluarga, kesihatan dan seluruh kenikmatan hidup.


Kuliah2 maghrib saban hari di Masjid as-Salam biasanya akan dihadiri purata seratus orang, namun setiap kali hujan purata yang hadir akan jadi separuh. Begitu juga kita lihat di surau dan masjid, jumlah jamaah yang hadir untuk solat berjamaah zohor dan asar sangatlah sedikit kalau nak dibandingkan dengan solat berjamaah maghrib, isyak dan subuh. 


Apakah hanya tiga solat fardu saja yang perlu solat berjamaah? Menjadi sebahagian dari adat gamaknya, hinggakan surau2 hatta masjid sekali pun begitu payah untuk melaksanakan fardu solat zohur dan asar berjamaah ini. Banyak surau2 yang tertutup terus tanpa azan zohor dan asar. Atau pak bilal yang melaungkan azan itu pula terpaksa mendirikan solat berseorangan kerana tiada jamaah yang datang ke surau walaupun laungan azan yang dapat di dengar sejauh telinga mendengar.


Pencipta manusia, pemilik manusia mengajak manusia ke rumah-Nya dengan panggilan sebanyak lima kali sehari semalam. Berapa kali manusia menyahut panggilan itu? Sedangkan manusia begitu patuh pergi kerja setiap hari memenuhi panggilan dari majikan. Siapa majikan sebenar? Majikan yang bukan sekadar memberi gaji dan harta benda tapi majikan yang memberi segala yang manusia miliki ini. 


Justru itu masih belum terlambat untuk kita sama2 memahami hakikat ini sebelum terus ditenggelami dengan kegagalan melalui segala ujian yang Allah berikan, ujian kekayaan dan kemiskinan, ujian kesihatan dan kesakitan, ujian harta dan pangkat. Bukankah hidup di dunia sekadar medan ujian Allah pada setiap hamba-Nya.  Kembalilah ke jalan yang lurus iaitu jalan orang2 yang beriman dan beramal soleh.


@@@

Thursday, April 19, 2012

Orang Yang Beruntung


Hari tu saya ikuti satu tazkirah Jumaat di Masjid Ar-Reduan Ulu Klang yang di sampaikan oleh Ust Muhammad Jim al-Hafiz. Ustaz bertanya, "Siapakah yang beruntung?" Ibarat kita orang berniaga. Mesti nak cari untung, mesti nak kaya, nak senang. Jadi siapakah orang yang beruntung?


Bagi penduduk di area Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung, rasanya agak beruntung juga, kerana bukan saja beruntung tetapi juga sentosa. Berkat nama yang elok, insyaAllah. Namun anggapan orang banyak, mereka ini tidaklah beruntung kerana sudah di cop di minda stereotype menyatakan tempat itu jauh, takdak orang, takdak kemudahan asas, banyak rumah kosong, rumah tak laku, harga tak naik dan macam2 tohmahan. Di tambah lagi dengan tagline "Along Bukit Beruntung". Namun hanya Jauhari yang mengenal maknikam. 


Hanya orang2 Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa menikmati dan merasai serta menghayati keindahan nikmat Allah dan betapa beruntung dan sentosanya mereka. Betapa hidupnya Masjid as-Salam Bukit Beruntung dengan majlis2 ilmu setiap malam, malah mendapat anugerah Masjid kedua terbaik di Selangor pada tahun 2011. Mempunyai tiga sekolah menengah, tiga sekolah agama, dan empat sekolah kebangsaan, dan dua sekolah jenis kebangsaan. Pelbagai kemudahan asas termasuklah Tesco dan supermarket, ada puluhan  kilang, mini market, restoran dan ratusan kedai2 perniagaan. Bersebelahan dengan highway PLUS yang mengambil masa hanya 35 min ke KL. Di tambah dengan suasana kehijauan dan ketenangan alam. Wallahu'alam.


Berbalik kepada Ust Muhammad Jim tadi. By the way kali pertama mengikuti tazkirah Ust ini, agak teruja juga kerana ketrampilan Ust yang agak berlainan sedikit. Maksud saya wajah dan bentuk badan macam 'Pak Hitam'. Ungkapannya agak sleng macam orang Myanmar sikit, bercampur sleng Perak, dan sekali-sekala keluar pelat Kelantan. Rupanya Ust adalah berasal dari benua Afrika dan mempunyai isteri orang Kelantan. Namun penyampaian sangat lancar dan jelas. 


Ustaz menjelaskan orang yang paling untung, yang paling senang, yang paling kaya ialah orang yang dapat masuk Syurga Allah. Kalau tak berjaya masuk Syurga Allah maka jadilah dia orang yang paling rugi, paling siksa, paling susah, dan paling hina. Itulah hakikat sebenar sebuah perniagaan dan sebuah kehidupan. 


Janganlah kita hidup di dunia ini untuk menderita di Akhirat nanti. Dunia tiada nilai dan akan ditinggalkan namun ianya sangat penting untuk penentuan hidup di Akhirat nanti. Justru itu kenalah berhati-hati dan peka akan dosa dan pahala pada setiap perlakuan kita. Sebab itulah hidup ini kena berpandukan Agama. Tanpanya manusia akan menggunakan panduan akal dan nafsu yang bakal mengundang kecelaruan dan membawa kepada kesesatan yang nyata. Apatah lagi dengan pujuk rayu syaitan yang tidak pernah jemu menggoda manusia untuk berbuat dosa dan kemaksiatan.


Siapakah orang yang beruntung? Orang yang tidak memandang dosa sebagai benda enteng , remeh, dan ringan. Lantas dia begitu elergic dengan dosa. Akan di tinggal jauh, akan tidak dihampirinya akan perbuatan yang menjurus pada dosa. Itu orang beruntung. 


Pada masa yang sama dia menjadikan pahala sebagai rebutan, tidak akan dibiar berlalu begitu sahaja segala peluang untuk mendapat ganjaran pahala daripada Allah. Pernah seorang Ustaz menegur ahli jamaah masjid yang membiarkan sahaja jam masjid rusak tidak berfungsi kerana kehabiasan kuasa bateri. Katanya, "Pahala di depan mata. Mengapa tidak berebut mendapatkannya?"


Maka kesimpulannya orang yang beruntung ialah orang yang menjaga segala tingkah laku nya 24 jam sehari semalam untuk mencari redha Allah. Tidurnya kerana Allah. Bekerjanya kerana Allah. Belajarnya kerana Allah. Bersiratulrahimnya kerana Allah. Berbicaranya kerana Allah. 


Segala yang wajib di jaga dan dilakukanya dengan penuh tawadduk. Segala yang sunnat di ambil berat. Segala yang harus diusahakan dengan niat yang ikhlas ibarat amalan sunnat yang ada nilaiannya di sisi Allah. Segala yang makruh di tinggalkan. Segala yang haram dijauhi. Maka harapnya dan pergantungannya hanya pada Allah tidak pada makhluk. 


Harapnya segala perlakuan dan rutin hidup selama 24 jam itu ada nilaian dan mendapat redha Allah. Doanya mohon di ampunkan segala dosa, menyesali sungguh2 segala perbuatan dosanya selama ini, berazam tidak mahu mengulangi segala perbuatan dosa itu, bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha. 


Harap dia dapat pengampunan Allah, mendapat redha Allah, dibebaskan Allah daripada azab Neraka Allah, dan di masukkan ke dalam kelompok manusia yang layak mendapat nikmat Syurga Allah. Inilah orang yang beruntung. Selain daripada itu kelompok orang yang rugi belaka. Berniaga yang rugi, yang muflis di akhirat, kerana akhirannya bukan Syurga Allah. Semoga kita faham Agama. Amiin.


@@@

Friday, April 13, 2012

Rezki Yang Barokah

Semalam saya dapat satu eMail daripada seorang rakan seofis yang bertajuk "Sedikit coretan daripada Ustaz Don." Agak terkejut juga kerana rakan ini bukan beragama Islam. Ini merupakan eMail 'Islamic' kedua yang di forwardkan oleh beliau kepada rakan2 sekerja yang lain. Harapnya suatu hari nanti dengan membaca artikel2 atau coretan2 yang 'Islamic' ini, beliau akan dikurniakan hidayah oleh Allah SWT.

eMail berkenaan sebenarnya ialah sebuah petikan daripada seorang tokoh motivasi dan pendakwah iatu Prof Dr Muhaya:

"Jika gaji kita RM5,000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM20,000, Allah SWT akan berikan beza RM15,000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.



Jika gaji kita RM5,000 tapi kita kerja malas macam gaji RM2,000, maka beza RM3,000 itu Allah akan tarik balik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya."

Sebab itulah semua mereka yang berjaya mempunyai tabiat 'give more'. Firman Allah SWT dalam Al-Qur'an pun ada mengatakan yang Allah sukakan umatnya bersungguh-sungguh bila melakukan sesuatu pekerjaan yang baik.

Apabila berbicara soal rezki ramai yang faham ianya berupa wang dan harta-benda semata. Sebenarnya rezki Allah ini maha luas merangkumi pelbagai aspek dan nikmat kehidupan. Ini termasuklah pacaindera dan tubuh badan kita, anak2 dan keluarga, akal fikiran, ilmu pengetahuan, kesihatan, alam dan suasana sekeliling, dan akhir sekali barulah harta-benda dan wang ringgit.

Allah SWT atas sifat-Nya yang Maha Kaya dan Maha Adil pasti menagatur cara hamba-Nya mengikut acuan yang terbaik, yang acap kali tidak terfikir atau tidak terlintas pada gambaran biasa kita. Namun apabila kita muhasabah diri dan menggunakan mata hati dalam menilai segala kurniaan dan nikmat yang Allah pinjamkan dan amanahkan kepada kita ini, barulah kita mula merasainya, insyaAllah.

Ada orang di beri gaji RM10,000 dan nampak mewah berbelanja, namun Allah SWT tidak memberinya anak, masih duduk rumah sewa, dan sentiasa ditimpa pelbagai panyakit. Mungkin seperti petikan di atas, dia hanya berbuat tugasan yang bernilai RM5,000 sahaja, maka RM5,000 lagi ditarik balik dalam pelbagai bentuk yang tidak langsung itu. Allah itu Maha Adil.

Seorang lagi kawan ini begaji RM6,000 sebulan. Dan Allah tambah lagi pendapatannya melalui bisnes purata RM7,000 sebulan. Maknanya dia dapat RM13,000 sebulan. Tapi dia masih mengeluh tidak cukup. Duitnya habis membayar hutang, bayar yuran anak di IPTS, maintanance kereta, dan dihujani dengan pelbagai masalah peribadi. Bila dikaji memang dia ini liat solat, isteri pun tidak menutup aurat, dan terus menjalani hidup yg lara dan kebendaan. Allah itu Maha Adil. Rezki harta-benda yang banyak itu tidak semestinya barokah.

Ada orang itu dihijabkan dengan keseronokan dan keindahan, contohnya dalam membeli rumah kediaman. Sanggup membeli rumah di lokasi tertentu yang harganya memang gila-gila tinggi, sedangkan rumah itu tidaklah sebesar mana. Maka sebahagian besar duit gajinya terpaksa diperuntukkan untuk membayar ansuran harga rumah itu. Pelbagai masalah lain pula timbul seperti masalah keselamatan, kawasan depan rumah yang tiada ruang untuk parking, kos tinggi penjagaan anak2, masalah jem dan soal2 hiruk pikuk kota yang lain. Begitulah Allah SWT menarik nikmat hidup tanpa disedari.

Berbeza pula dengan seorang kawan ini yang membeli rumah kediaman yang agak 'outskirt', menghirup udara segar, kehijauan, ketenangan, dan pemandangan semulajadi yang hebat. Rumahnya pula bersaiz agak besar siap dengan laman dan kawasan untuk seni taman. Di kurniakan Allah pula dengan Masjid berdekatan yang hidup dan imarah dengan majlis2 ilmu, Alhamdulillah. Allah memberi gaji yang mungkin tidak begitu mencukupi pada pandangan mata kasar tetapi Allah dengan sifat pemurah-Nya mengurniakan pula segala 'value added' yang sepadan termasuklah anak2 yang baik. Maka barokah rezkinya ada di situ, insyaAllah.

Ada seorang kawan memberitahu, "Kita ini gaji besar pun tak cukup, gaji kecik pun lagi tak cukup." Itulah agaknya profil rezki yang tidak barokah. Berbanding dengan orang yang bergaji kecik tapi cukup, atau bergaji besar yang juga cukup.


Hakikat rezki ini ialah semuanya daripada Allah SWT. Dialah pemberi rezki. Manusia kena bekerja tapi rezki Allah yang bagi. Ya Allah, cukupkanlah rezkiku. Aku bergantung harap kepada-Mu. Janganlah Engkau mufliskan aku di Akhirat nanti, dan janganlah Engkau mufliskan aku di dunia-Mu yang fana ini. Amiin.

@@@

Thursday, April 12, 2012

Pemilihan AJK Masjid


Alhamdulillah di Masjid As Salam semalam di adakan mesyuarat khas pemilihan AJK dan Pegawai Masjid bagi sessi 2012/2015. Sebelum itu ramai yang agak gusar juga apabila dikhabarkan ada pihak2 tertentu yang akan menyerang hendap untuk mengambil alih pentadbiran masjid. Yang digusarkan ialah pengimarahan masjid yang mungkin terbantut sekiranya kelompok yang mengambil alih nanti bukan dari kalangan orang2 bertaqwa yang cintakan masjid.


Saya dan isteri hadir sebagai pemerhati. Terkejut juga melihat begitu ramai ahli khariah yang hadir. Tempat parking kereta penuh semuanya. Dalam ruang solat masjid tempat berlangsungnya mesyuarat juga penuh. Saya hadir bertepatan dengan pencalonan untuk pemilihan jawatan utama iaitu Nazir Masjid. Alhamdulillah pencalonan yang diketengahkan adalah calon2 yang berwibawa belaka, dan terdiri dari kalangan muka2 regular di Masjid ini.



Setelah pengundian di jalankan maka tiga nama yang mendapat undi tertinggi akan diajukan kepada pihak JAIS/MAIS untuk terpilih memenuhi jawatan Nazir. Calon yang mendapat undi terbanyak ialah Ust Wan yang memang dikenali sebagai tokoh lama di kawasan ini yang mesra, sederhana, dan banyak baktinya kepada masyarakat. Semoga Ust Wan akan di sahkan sebagai Nazir yang dilantik, insyaAllah.

Jawatan Timbalan Nazir di menangi oleh calon tunggal iaitu Ust Hazri, Alhamdulillah. Saya lupa siapa dimanahkan untuk jawatan Setiausaha. Jawatan Bendahari pula disandang oleh Wan Bazli seorang akauntan bertauliah dan ahli masjid dari Perodua, Alhamdulillah. Jawatan Iman-1 disandang oleh Ust Hj Muhammad Firdaus dan Iman-2 pula oleh Ust Hakim. Manakala Bilal-1 oleh bilal tersohor Noor Kamli Hajat dan Bilal-2 oleh orang lama Hj Kamarudin.


Jawatan siak di amanahkan kepada dua siak asal iaitu Mohamed Redzuan dan Mohd Jasri. “Jawatan penggali kubur kekal kepada Abu Jandal secara sebulat suara walaupun tidak dipertandingkan,” kata pengerusi majlis. Pengerusi majlis ialah moderator yang tidak asing lagi iaitu bekas Nazir Ust Abu Bakar yang tidak bertanding kali ini kerana khabarnya tidak lagi bertugas di IKIM tetapi akan berpindah ke MAIS. Beliau telah berjaya mengendalikan perjalanan mesyuarat kali ini dengan lancar dan santai.


Jawatan AJK masjid pula di pilih dari kalangan orang2 muda yang berstamina dan para Ustaz yang berilmu, Alhamdulillah. Wakil Muslimat kekal buat Hjh Siti Dzauyah dan Wakil Pemuda saya tak ingat. Semoga barisan kepimpinan baru ini bisa menggerak perubahan yang lebih mencabar dan membina ke arah pemantapan aktiviti dan peranan masjid di kalangan masyarakat setempat khasnya dan seluruh daerah Hulu Selangor dan negeri Selangor ini amnya. 


Walaupun prestasi barisan AJK dulu sangat tinggi sehingga dinobatkan sebagai Masjid Ke-2 terbaik di Selangor selepas Masjid Negeri Shah Alam, namun masih banyak lagi ruang untuk penambahbaikan, insyaAllah.


Kita merancang dan Allah juga merancang. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih Hebat. Saya amat berpuas hati dengan calon2 yang diketengahkan dan terpilih. Harapan saya dan mungkin ramai lagi ahli khariah ialah supaya mereka yang terpilih untuk memegang amanah mentadbir ini dapat memasang niat ikhlas kerana Allah dalam setiap perlakuan.



Sesungguhnya ujian jawatan dan pangkat ini adalah antara ujian yang berat sebenarnya. Ramai yang kecundang di tengah jalan. Bukankah kita selalu melihat ada dikalangan yang digugurkan dari jawatan atau tidak lagi terpilih sebagai AJK dan sebagainya akan menyepi dan manjauhkan diri dari Masjid sedangkan sebelum itu mukanya dapat dilihat setiap masa di Masjid. 


Maka perbetulkan balik niat. Apakah aku ke Masjid ini kerana jawatan itu? Atau apakah aku ke Masjid ini kerana Allah?

@@@

Friday, April 06, 2012

Jalur Cinta Yang Benar

Masih lagi diberi Allah lanjutan usia untuk melalui perjalanan hidup menuju Allah. Semoga perjalanan itu akan terus lurus dan mulus. Jika ada pun halangan dan rintangan sudah tentu sanggup ditempuhi. Makin besar halangan makin besar ganjarannya. Bagi orang yg yakin maka tiada persoalan baginya dalam perjalanan menuju Allah. Halangan walaupun kecil atau besar tetap akan ditempuhi jua. Jadi usah hairan kalau melihat orang beriman dan yakin tidak resah atau berduka kerana mereka sudah mendapat formula ini. Sebaliknya orang yg tidak beriman dan yakin kepada Allah akan selalu resah dan gundah gulana.

Kesayangan kepada Islam jika sekadar di bibir dan tidak sampai ke hati maka ia akan mendatangkan hasil yang binasa. Jika kita tidak kenal Allah, pencipta kita maka mana mungkin kita hendak mengikut dan mengamalkan perintah Allah. Kena faham dan kenal siapa yang layak disembah. Ada orang menyembah hawa nafsu. Ada orang sembah syaitan. Tak solat seseorang itu mesti ada bisik2 syaitan. Ada orang dok basuh kereta bila dengar azan buat tak tahu saja, maka nampaknya lebih membesarkan kereta dari mengadap Allah.

Kalau kita mengaku menyintai Allah maka sudah tentu kita akan utamakan Allah pada segala hal. Orang yang bercinta sanggup membuat apa saja kepada orang yang dicintainya. Bercinta dengan manusia mungkin akan dikecewakan atau dianiaya atau ditipukan. Sebab itu kita selalu rugi kerana dirugikan, selalu marah sebab selalu di hampakan. Orang yang mabuk cinta akan hilang sifat2 semulajadinya. Cinta manusia akan dikecewakan dan dirugikan. Maka jadilah orang yang menyesal. Itulah jalur cinta yang salah.

Kalau kamu cinta Aku maka Aku akan cinta pada mu. Tiada kerugian apabila mencintai Allah dan Rasulullah. Cinta Rasulullah adalah tangga untuk menyintai Allah. Itulah jalur cinta yang benar. Yang penting agama itu benar. Maka kita ikut agama yang benar. Itu keyakinan kita.

Manusia akan mengadap Tuhan mereka satu persatu, akan ditanya selengkap-lengkapnya. CCTV dan pengkalan data Allah sangat terperinci dan menyeluruh. Segalanya akan di paparkan dan dipertanggung jawab di hadapan Allah. Kalau tiada perhitungan Allah yang teliti dan seadil-adilnya itu maka segala perlakuan di dunia ini akan menjadi tidak penting. Maka itulah orang yang beriman dan yakin sangat berhati-hati dan tekun menjalani segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mereka yakin perkiraan dan balasan Allah itu benar.

Pernah seorang mengumpat ahli sufi Hasan Basri dan perkara itu telah dikhabarkan kepadanya oleh seseorang. Maka si pengumpat itu telah dikirimkan sedulang rutop (buah kurma yang paling elok) dan duit 500 dinar oleh Hasan Basri. Apabila ditanya, Hasan Basri memberi penjelasan bahawa orang yang mengumpat itu telah memberi pahala percuma maka salahkah saya membalas dengan sedikit saguhati atas pahala yang diberikan kepada saya.

Biarlah ini menjadi iktibar untuk kita berada pada jalur cinta yang benar. Bukan cinta palsu yang mebawa diri ke bakaran api neraka Allah.

@@@

Wednesday, April 04, 2012

Hepi Bezday




Bulan April setiap tahun memang agak special bagiku. Pada 1hb April aku mula bekerja di Syarikat tempat aku bekerja sekarang. Pejam celik pejam celik rupanya tahun ini merupakan tahun ke 14 aku bekerja di sini. Rasanya jika tiada aral melintang dan jika nyawa masih ada, aku mungkin terus bekerja di sini sehingga ke usia persaraan 55 tahun.


5hb April pula adalah ulangtahun hari kelahiranku. Maka pada tarikh ini secara rasminya setahun lagi aku mendekati pada tarikh kematianku. Setiap kali bangkit dari tidur di pagi hari, maka hakikatnya sehari lagi masa berlalu pada sebuah kehidupan dunia yang sementara. Dan sehari lagi menghampirkan diri pada titik kematian yang berada entah di mana di hadapan sana.

Aku bersyukur atas pelbagai nikmat Allah yang tidak terkira banyaknya. Antara tanda2 hampirnya pada kematian ialah apabila satu demi satu nikmat itu Allah kurangkan dan akhirnya dimatikan. Contohnya nikmat mata, kini sudah rabun dekat. Nikmat rambut hitam dan lebat, kini banyak uban dan gugur. Nikmat makan yang berkurang, kini banyak makanan sudah kena ban. Akibat pelbagai penyakit yang sudah dihidapi, apabila nikmat sihat mula ditarik sedikit demi sedikit. Nikmat tenaga, yang kini sudah berkurang. Nikmat daya ingatan yang dulunya mantop, kini mula memendek daya ingatan atau hafazan dan mudah lupa.

Maka marilah muhasabah diri. Hidup di dunia ini sementara. Nikmat yang ada ini sementara. Yang kekal hakiki ialah hidup di Akhirat. Maka kena usaha cari bekal cari pelaburan yang membawa keuntungan bagi penghidupan Akhirat. Kena usha tingkatkan iman, tingkatkan amal.

Hari jadi anak sulongku pula jatuh pada 18hb April. Sudah berumur 21 tahun anak aku ini. Makin berusia anakku, maka bertambah tua lah bapanya. Aku doakan anakku ini dapat mengambil tanggung-jawab sebagai ketua keluarga pabila aku tiada nanti. Itulah antara tugas anak sulong dalam sebuah keluarga. Juga harapanku dia akan menjadi manusia alim, soleh, musleh, berakhlak mulia dan cintai majlis2 ilmu.

Aku juga menyambut ulangtahun perkahwinan pada 29hb April. Tahun ini merupakan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 22 tahun. Alhamdulillah. Semoga kualiti hidup berkeluarga akan terus meningkat. Kemanisan ilmu dan amal dapat terus dikecapi. Iman dapat ditingkatkan lagi dan lagi. Sunnah Rasulullah dapat di amalkan dalam kehidupan dan terus disuburkan, insyaAllah.

Pada usia begini tugasan untuk beribadah kepada Allah menjadi keutamaan. 24 jam yang Allah pinjamkan itu hendaklah dipenuhi dengan ibadah belaka. Perkara wajib jangan alpa. Perbanyakkan amalan sunat. Tukarkan perkara2 harus menjadi perkara2 sunat yang mendapat ganjaran pahala. Jauhkan perkara makruh dan syubahah. Tinggalkan segala yang haram. Dosa janganlah dipandang ringan. Pahala mestilah menjadi rebutan.

Bergantung harap 100% kepada Allah, usah lagi bergantung harap pada makhluk. Semuanya milik Allah. Kena bekerja tapi rezki Allah yang beri. Kena makan ubat tapi kesembuhan Allah yang bagi. Kena makan tapi kenyang dari lapar itu Allah yang bagi. Kena cari ilmu tapi kefahaman Allah yang bagi. Kena berdakwah mengajak manusia kepada kebaikan tapi hidayah milik Allah.

Ya Allah berkatilah sisa2 hidupku ini. Istiqamahkan aku dalam amal soleh dan usaha dakwah. Janganlah engkau mufliskan aku di Akhirat nanti dan janganlah engkau mufliskan aku di dunia Mu yang fana ini. Berilah keampunan kepada ku atas segala dosa dan kesilapan. Hidupkan aku dalam iman dan matikan aku dalam iman. Layakkanlah aku untuk menjadi umat Nabi Muhammad SAW, umat terbaik akhir zaman.

@@@

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...