Monday, January 30, 2012

Fenomena UAI di Shah Alam

Antara 30,000 Jamaah Di Masjid Negeri Shah Alam
Pada Kuliah Ustaz Azhar Idrus


Alhamdulillah kami lima beranak adalah antara 30,000 hadirin yg diumumkan oleh pengerusi majlis yang mengikuti majlis secara live oleh penceramah tersohor negara iaitu Ustaz Azhar Idrus yang berlangsung di Masjid Negeri Shah Alam. Pengerusi majlis juga mengumumkan bahawa seramai 34,000 orang lagi mengikuti siaran langsung majlis ini di internet. 


Fenomena Ustaz Azhar Idrus nampaknya sudah gagal dibendung lagi. Ia sudah menjadi kegilaan baru anak2 muda di Malaysia, Singapura dan Brunei. Ia sudah menjadi anti-virus maksiat popular dalam  negara. Jarang ada tokoh yang boleh menarik puluhan ribu umat ke masjid, tapi UAI adalah tokoh pendakwah unik itu. Video2 ceramah beliau di YouTube antara capaian paling popular anak muda di dalam dan luar negara.


Ustaz mengingatkan supaya kita menjaga setiap masa apa yang Allah tengok. Allah menengok zahir dan batin kita. Maka jadilah orang yang mencapai kemenangan. Siapa yang akan menang? Iaitu orang yang taat pada Allah dan Rasulullah. Siapa yang taat Allah dan Rasulullah maka dia telah menang besar. Orang yang menang besar, insyaAllah akan mendapat balasan syurga Allah. Seterusnya Ustaz menjelaskan untuk mendapat syurga Allah, manusia mestilah beriman, berilmu, beramal dan ikhlas.


Selain dari orang yang beragama Islam, tidak akan dapat masuk syurga. Orang bukan Islam walau sekaya mana pun, walau sehebat mana pun, walau sebaik mana pun, akan kekal dalam neraka Allah. Kerana apa? Kerana tidak beriman dengan Allah.  Pra-syarat utama kunci menuju syurga Allah ialah mestilah beriman kepada Allah dan Rasulullah. Yakin pada agama lain selain daripada Islam, adalah keyakinan yang sia-sia.


Kepentingan menuntut ilmu, menghadiri majlis2 ilmu adalah wajib. Tanpa ilmu rosak segala amalan. Nak dunia kena ada ilmu. Nak akhirat kena ada ilmu. Ilmu agama yang kita dapat mestilah pula di amal. Ilmu yang tidak di amal, ialah ibarat puluhan kitab2 berkulit tebal yang di susun di atas rak-rak buku, hanya suci dalam debu. 


Amalan pula jika tidak ikhlas kepada Allah maka juga menjadi sia-sia. Tiada nilai di sisi Allah. Maka kesimpulannya untuk mendapat syurga Allah, segala ibadah yang kita buat mestilah nawaitu kerana Allah. Semoga ia menjadi asbab untuk kita mendapat Rahmat Allah yang melayakkan kita untuk dimasukkan ke syurga-Nya.


Syaitan tugasnya ialah menggoda manusia untuk membuat dosa dan maksiat. Jangan marah kepada syaitan kerana dia hanya menjalankan tugasnya. Kita mampu meminta perlindungan kepada Allah daripada gangguan syaitan ini. Godaan syaitan sangat kreatif dalam pelbagai arah dan gaya. Godaan kepada orang waraq ialah dengan gaya orang waraq, contohnya memuji-muji kehebatan amal ibadahnya hingga boleh menimbulkan riak dalam hati. Yang penting ingat Allah, niat segala ibadah dan perlakuan itu kerana Allah.


Dua rakaat solat yang diterima Allah bakal menjadi perisai melindungi dari bakaran api neraka Allah. Sebelum bertakbir mendirikan solat, niatkan aku dirikan solat ini kerana Allah. Solat itu umpama tarbiyah atau kursus diri supaya di luar solat nanti kita dapat menghayati segala ayat2 dan lafazan2 solat itu dan mengamalkannya dengan sepenuh jiwa dan raga. Solat akan menjadi kursus yang berjaya apabila kita menghidupkan bacaan kita tadi di luar solat. Allah Hu Akbar, Allah Maha Besar maknanya yang lain itu (di dunia ini) kecil belaka.


Mohon pertolongan dengan Allah. Boleh mohon dengan makhluk tapi yang memberinya ialah Allah. Minta kesembuhan dengan Allah. Minta ubat dengan doktor, tapi bukan kesembuhan. Kesembuhan itu milik Allah. Makhluk tidak boleh menjayakan kehendak kita melainkan Allah. InsyaAllah jika Allah berkehendakkan berlaku maka berlakulah ia. 


Penyakit hati kena diubati dengan banyak bertaubat kepada Allah. Bertaubatlah agar hati bersih. Rasulullah dibelah dada dua kali oleh malaikat dan dibersihkan hatinya. Rasulullah adalah maksum bersih dari penyakit hati, bersih dari dosa. Kita pula kena belah sendiri dada dan bersihkan hati. Bagaimana? Dengan menyental dan membasuhnya dengan Qur'an dan Hadis. 


Jangan putus asa memohon keampunan Allah walaupun sebesar mana atau sebanyak manapun dosa kita. Kerana manusia ini bukan maksum dan layak membuat dosa tidak seperti para malaikat. Ingatlah pintu keampunan Allah itu maha luas umpama langit dan bumi. Jika berbuat dosa bertaubat lagi. Dan bertaubat lagi. Keampunan Allah maha luas.


Snapshot Dari Kamera UAI
 (courtesy blog Kerabu Bersuara)
Fenomena Ustaz Azhar Idrus 
Di Masjid Negeri Shah Alam
29 Jan 2012

Sunday, January 29, 2012

Fenomena Ustaz Azhar Idrus

Antara Ribuan Muslimin Yang Memenuhi Masjid al-Ridhuan Hulu Klang - 28/1/12
Peka Mendengar Setiap Bait Ceramah UAI

Fenomena Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang melanda negara ini terutamanya di Selangor sudah tidak mampu dibendung lagi. Puluhan ribu umat menghadiri kuliah maghrib UAI saban malam. Senario amat jelas saya lihat malam tadi di masjid al-Ridhuan Hulu Klang. UAI dengan gaya santai tapi ilmu sampai berjaya memukau seluruh hadirin yang sebahagian besarnya adalah kelompok anak muda harapan bangsa. Sukar untuk menarik minat kelompok ini sebenarnya, namun fenomena UIA telah memecah kebuntuan itu dan mencipta sejarah baru negara. 

Antara isi2 yg dapat saya petik dalam ceramah UAI malam tadi ialah:
  • Niat sangat penting dalam beribadah. Jika ibadah kerana gaji atau habuan duit, maka dapat gaji/duit. Jika ibadah kerana Allah, maka dapat pahala walau pun dapat gaji/duit. Yang utama ialah niat ikhlas kerana Allah.
  • Solat adalah ibadah yang utama. Modalnya 24434 (solat fardu). Solat kerana Allah SWT. Aku berdiri ini kerana Mu ya Allah untuk mendirikan solat, bukan kerana Tok Bilal iqamat. Jangan beribadah melainkan kerana Allah.
  • Awas gangguan syaitan. Orang solat, orang pergi haji, orang bersedekah, semuanya akan diganggu syaitan. Syaitan sangat bijak dari kita dalam bab menggoda. Elakkan sifat riak atau menunjuk-nunjuk dalam beribadah. Nawaitu hanya kerana Allah, insyaAllah selamat.


Anak muda kembali mencintai majlis ilmu. Anak muda mula faham agama dan anak muda sudah mula bosan retorik dan kepura-puraan hiburan dunia. Sudah sampai masanya anak muda mengorak langkah mempersiapkan jatidiri untuk mengisi segala kekosongan dan suatu masa nanti akan menjadi tonggak penggerak umat dan pembela agama. Fenomena UIA telah mencetus semangat ambil peduli dan cinta ilmu ini. Alhamdulillah.

Anak-anak saya yang berusia 20, 19, dan 17 tahun tidak sabar2 lagi untuk ke Masjid Negeri Shah Alam malam ini bagi ceramah ke-2 UAI di Selangor pada bulan Jan ini (Ahad 29/1/12). Jom ramai2 kita berkampung di Shah Alam. Datang awal ya...untuk menyemarak Fenomena Ustaz Azhar Idrus, nawaitu kerana Allah.

@@@

Friday, January 27, 2012

Bergantung Harap Pada Rahmat Allah

Risau dan Usaha Sampai Mati 
Untuk Akhirat
Tiada seorang pun yang dapat memasuki syurga dengan amalannya. Kita disuruh tidak bergantung dengan asbab duniawi, begitulah kita di ajar untuk tidak bergantung dgn amalan, kebaikan, infaq, jihad, keluar di jalan Allah yg telah kita lakukan. Sebagaimana asbab2 duniawi, perbuatan2 duniawi adalah makhluk, begitu juga amalan2 kita juga adalah makhluk. Kita kena bergantung hanya kepada Allah.




Dgn amalannya, dia rasa dia layak mendapat pahala dan perhatian Allah. Akan datang satu keadaan menganggap dia telah berbudi kepada Allah SWT, bahawasanya amalan dia menyebabkan dia boleh memasuki Syurga. Sedangkan dia lupa hatta Rasulullah SAW hanya dapat masuk syurga dengan rahmat  Allah SWT. Kita kena sedar kita boleh solat dgn rahmat Allah, kita keluar di jalan Allah juga dengan rahmat Allah. Kita kena memandang kecil amalan disisi kita, supaya rasa perhambaan ada dalam diri.


Akan datang satu perasaan merendahkan pelaku2 dosa, yang Allah muliakan dia. Allah menghargai orang yg begitu jauh dari Allah SWT. Kesalahan itu ditakdirkan kepada si pendosa itu, maka tidak mustahil ia juga boleh berlaku kpd diri kita juga.  Kesalahan kita merendahkan orang lain akan menimpa kita suatu masa nanti. Dosa itu akan membawa dosa yang lain kpd dia.  Kita adalah manusia yang layak melakukan dosa. Hanya malaikat yg tidak melakukan dosa.


Bergantung kpd amalan sedangkan Rasulullah memasuki syurga dengan rahmat Allah, bukan dgn amalannya. Antara tanda manusia itu bergantung kpd amalan ialah apabila ia tergelincir melakukan dosa maka pengharapan dia kepada Allah berkurang. Kena imbangkan takutkan Allah dan mengharapkan rahmat Allah. Apabila dia melakukan kebaikan dia perlu lihat ehsannya Allah kpd dia bagi taufik untuk dia melakukan kebaikan. Begitu juga orang yang putus harap kepada rahmat Allah. 


Merasa Allah melihat kita pada setiap masa? Ada orang terperangkap dgn dosa walaupun telah buat usaha agama. Ada org tak sedar dia terperangkap dgn dosa. Ulamak kata dia terperangkap dengan dosa kerana dosa yg pernah dia buat dulu.  Syaitan akan datangkan dosa dlm bentuk perhiasan, beri haruman yg wangi. Sedangkan jika dosa itu dijelmakan dlm bentuk lembaga, kita pun tak mau sebab hodoh dan busuk. 


Bila ada  fikir, usaha pun ada. Rasa dapat pahala. Itu bisikan syaitan. Kita terperangkap dgn kelemahan amalan, tak mampu nak bergerak, tak mampu mengikut arahan akal dan hati. Akibat dosa burukkan orang dulu. Satu hari nanti dia akan kena ujian itu. 


Orang buat baik datang drp Allah, orang buat jahat pun datang drp Allah. Kita kena ada dua pandangan iaitu pandangan syariat dan pandangan hakikat. Dosa & kebaikan juga takdir drp Allah. Ini adalah kehendak drp Allah, tak ada siapa boleh menghalangnya. Kalau benda itu berlaku, ia tak akan mungkin berlaku sebaliknya. Itu takdir Allah. Tapi kena lihat dgn dua pandangan. Itu hakikat, tapi apa perintah Allah bila tengok orang buat jahat? Kena larang kemungkaran dgn tidak memandang hina orang yg buat kemungkaran tadi. Jangan kamu berputus asa dgn rahmat Allah. Org putus asa dgn rahmat Allah ialah org kafir. 


Syaitan datang dgn pelbagai cara. Datang dgn cara agama, perasaan takutkan Allah. Jika takutkan Allah tanpa ilmu, ia akan disesatkan oleh syaitan. Dia takutkan dia takutkan sehingga satu tahap berputus asa.


Segalanya milik Allah. Seluruh makhluk tak dapat bagi apa2, melainkan dgn izin Allah. Tapi manusia sibuk dengan urusan dunia kerana apa? Kerana makhluk. Sepatutnya setiap urusan dan perlakuan ialah kerana Allah. Jika kita buat keputusan untuk pelihara agama Allah, setiap perintah Allah diamalkan, pastikan usaha, supaya menjadi nyata. Kamu peliharalah agama Allah. Pasti Allah akan berada di hadapan kamu. Yakinlah.


Yang menentukan manfaat untuk kita siapa? Allah. Mereka tidak sedikit pun memberi kemudaratan kepada kamu melainkan Allah. Apa saja rupa makhluk datang di depan kita, kita pegang "La ilaha illaallah". Hanya makhluk Allah, semua dalam pegangan Allah. Allah akan pelihara hati kita drp terkesan harap dan takut kepada makhluk tadi. Dunia ini bukan maksud dan tujuan, semuanya akan ditinggalkan, tak dapat apa2.


Risau kita untuk akhirat. Hanya Allah dapat selamatkan kita di akhirat dengan rahmat dan kasih sayangnya. Fikir risau saya ialah adakah aku, isteri aku, anak2 aku, saudara2 aku senang di akhirat nanti? Kesankan hati kita pada Allah SWT. Supaya hati kita hanya terkesan dengan janji Allah dan Rasul-Nya. Jangan terkesan dengan tuntutan nafsu kita, hingga tunduk dengan akal kita. Aku bukan hamba kamu, aku hamba Allah. Di sebalik susah payah di jalan Allah tersembunyi syurga Allah. Di sebalik keseronokan kelazatan yg bertentangan dengan perintah Allah, tersembunyi neraka Allah.


Akal kita faham, ambil riba harta bertambah, bagi sedekah harta berkurangan. Walaupun seluruh dunia berkata begitu, dan akal juga berkata begitu, tapi yakin lah dengan janji-Nya walaupun khilaf dan bertentangan dengan nafsu dan akal. Jarang perintah Allah yg bertentangan dengan akal, cuma akal tak mampu sampai. Tapi banyak perintah Allah yg bertentangan dgn nafsu. Ambil riba harta berkurang, bagi sedekah harta bertambah.


Walaupun kita tak faham tapi kita kena bermati-matian fikir,  risau dan usaha perihal agama.  Azam untuk mati di jalan Allah. Allah akan bina mahligai di syurga dari permata solid sebesar jarak dari kampung asal kita ke tempat kita mati tadi untuk kita. Azam mati jauh dari rumah kita keluar di jalan Allah. 


Asas kehidupan ialah kasih kepada Allah dan Rasulullah. Tanda kasih ialah mengamakan segala perintah Allah dan sunnah Rasulullah dan meninggalkan segala larangan Allah dan Rasulullah.


@@@ 

Monday, January 23, 2012

Muliakan Apa Yang Mulia Di Sisi Allah

Tafaqquh Fiddin Syeikh Nuruddin
di Masjid as-Salam 22/1/12
Alhamdulillah kerana diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk mengikuti majlis ilmu di masjid as-Salam malam tadi pada program Tafaqquh Fiddin Syeikh Nuruddin bersama lebih 200 jamaah yang lain. 


Sekecil apapun kebaikan jangan dipandang remeh atau kecil. Biasakan bibir menyebut kalimah Allah, Rasulullah, Basmallah dan kalimah zikrullah yang lain. Usah dipandang remeh. Betapa ramai manusia yang begitu susah untuk menyebut nama Allah. Kiamat tidak akan berlaku selagi ada kumpulan manusia yang menyebut nama Allah. Pernah suatu masa ketika Rasulullah berehat di bawah sebatang pokok selepas perang datang seorang musyrik mengangkat pedang untuk menikam Baginda seraya berkata, "Siapa yang sanggup menghalang pedang ini.." dan Rasulullah terus menjawab, "Allah". Dan berguguranlah si musyrik itu.


Muliakan apa yang mulia di sisi Allah. Apabila terlihat cebisan kertas bertulis kalimah Allah maka kutiplah ia dan muliakan ia dengan meletakkan di tempat yg seeloknya atau dihapuskan dengan sebaiknya. Pernah seorang sahabat terjumpa sekeping kertas yang bertulis kalimah Allah telah dicemari dengan najis dan kotoran, maka beliau pun membasuhnya, meletakkan wangian dan meletakkannya di celahan tembok. Susunan buku di rak juga perlu ada caranya iaitu rak pertama di isi dengan susunan Al-Qur'an dan kitab tafsir, rak kedua di susun dengan kitab2 hadis, dan rak seterusnya kitab2 agama, dan buku2 yang lain. Elakkan dari menyusun kitab2 ini secara bertindihan. 


Betapa kita sering lupa ibadah2 yang sederhana sahaja seperti mendirikan solat dhuha, solat tahajjud, puasa isnin khamis, bertakbir, bertahmid, bertasbih dan bertasbih itu sangat besar ganjaranya di sisi Allah. Ia bisa mengangkat dosa kita dan kedua ibubapa kita. Memasuki rumah Allah dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri itu adalah satu ibadah kecil yang besar nilaiannya. Menggambarkan hormat dan tunduknya hamba kepada Pencipta-Nya. 


Mulakan setiap perbuatan positif dengan Basmallah. Ibarat satu produk canggih iaitu kacamata XX-ray yang pandangannya bisa menembusi segala halangan dan setiap manusia yang dipandangnya akan berkeadaan bertelanjang bulat. Sesungguhnya pandangan jin itu boleh menembusi ke setiap salur darah manusia, namun dengan memulakan sesuatu itu dengan kalimah Basmallah tadi bisa menghalang pandangan jin tadi dari terus menembusi. Jangan lekang bibir dengan ungkapan Basmallah pada setiap perlakuan.


Sekecil-kecil perkara sunnah, jangan dipandang enteng kerana ganjaran besar di sisi Allah. Setiap kebaikan itu punyai rangkaian manfaatnya. Apabila ingin bersama dengan isteri didahulukan dengan doa maka zuriat yang akan lahir nanti akan dilindungan dari ganggauan jin dan syaitan. Kemudahan untuk pengorbanan ke jalan Allah semakin mudah. Semakin bersedekah semakin lega. Begitu juga kejahatan itu juga punyai rangkaiannya, maka hindarilah dari perbuatan jahat. Dosa jangan dipandang ringan. Pahala jadi rebutan.


Muliakan makanan. Mungkin asbabnya demi senyuman, demi sedekah, demi Basmallah, atau mengutip butiran nasi itu menghindar diri dari sesuatu musibah. Jangan dilihat murahnya sesuatu nikmat Allah itu. Lihat lamanya proses untuk keluar buah itu, buah temikai, buah durian, sayur2an. Tika makan dengan  lauk penuh meja, ingat nikmatnya makan tika tak ada lauk. Maka hargai sebutir nasi yang masih berbaki di atas pinggang itu. Siapa tahu akibat sebutir nasi di atas pinggang itu, menjadi asbab dijauhkan penyakit buah pinggang. Jangan sia-sikan nikmat Allah. Siapa yang bagi gula secukup rasa pada buah rambutan, buah durian, buah nangka? Semuanya manis sesuai dengan selera. 


Teruskan istiqamah dalam ibadah. Jangan putus harap pada Allah. Bertaubatlah atas segala perlakuan dosa yang telah lalu dan menyesali segala perbuatan dosa itu dan berazam sungguh2 untuk tidak mengulanginya lagi. Bertaubat setiap masa. Jika masih melakukan dosa, bertaubatlah lagi. Jangan putus asa. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Allah Maha Pengampun.


@@@

Friday, January 13, 2012

Ikhlas Kerana Allah, InsyaAllah Allah Akan Balas

Sesampai di ofis pagi ini, rakan sekerja memberitahu bahawa tender Clixter yg di hantar pada minggu lepas telah di senarai pendekkan. Tanya saya berapa vendor yg di shortlist? Katanya tiga. Cuma kini kena nego baik punyer supaya projek ini dapat dimiliki. Katanya lagi margin keuntungannya agak besar.

Alhamdulillah kata saya. You can do it Bro. Hopefully tahun 2012 ini bisnes dan keuntungan syarikat akan jauh lebih baik. With you around I think we can do better, kata saya. What about the other salesman? Tanya beliau. Don't worry if you perform better, then the rest also will pressured to do better. Therefore we can achieve better result as a whole. Hmmm...betul gak katanya. Thanks for the explanation. Saya pun menambah don't worry be happy, yang penting ikhlas kerana Allah, InsyaAllah Allah akan balas. Dia pun terkedu.

Hari jumaat tiba lagi, penghulu segala hari. Pada posting terdahulu saya ada kata Ikhlas ni kena dari hati yang bersih, niat melakukan sesuatu perkara itu hanya kerana Allah, tidak kerana sebab lain atau kepada sesama makhluk. Tahap ikhlas ini ialah melakukan kebaikan itu tanpa mengharap balasan walaupun ungkapan terima kasih. Tu dia. Ikhlas bro !!

Kalau tak ikhlas maka akan terserlah pengharapan kepada sesama makhluk. Suatu hari ia akan terzahir jua walau pun berjaya disembunyikan selama ini. Buat baik dah tapi bila tidak menerima pujian atau orang lain buat tak tau je atas kebaikan tadi, maka hati tersentak dan emosi menggelabah hingga jiwa tidak lagi tenang malah menjadi kacau dan sakit hati. Maka mulut pun mula mengungkit segala kebaikan yang pernah dia lakukan supaya orang tahu dan mengerti akan segala pengorbanannya. Sayang, segala keihklasannya selama ini terpinggir begitu saja menjadi debu yang berterbangan.

Jika dia bersabar pada ujian Allah dan berterusan ikhlas membuat kebaikan dan kebajikan, maka ganjaran Allah akan melimpah ruah. Kini segalanya musnah, kerjanya bukan lagi menjadi ibadah kerana keikhlasan kepada Allah sudah berubah menjadi keikhlasan kerana mengharap balasan sesama makhluk.

Saya kongsikan di sini satu artikel mengenai ikhlas hasil tulisan Ust Hasrizal. Ikhlas ialah melakukan amalan semata-mata mencari keredhaan Allah SWT, tanpa dicampuri dengan tujuan dunia. Amalannya tidak dicampuri dengan keinginan dunia, keuntungan, pangkat, harta, kemasyhuran, kedudukan tinggi di kalangan manusia, meminta pujian, lari dari kejian, mengikut hawa nafsu yang tersembunyi atau lain-lain lagi yang boleh dihimpunkan dalam : “Melakukan amalan bukan kerana Allah.”

Ikhlas dengan makna ini adalah buah dari tauhid yang sempurna iaitu mengesakan Allah SWT dalam ibadat. Kerana itulah riya’ (menunjuk-nunjuk) yang merupakan lawan kepada ikhlas adalah perbuatan syirik. Syidad bin Aus berkata : “kami mengira riya’ adalah syirik kecil pada zaman Rasulullah SAW.”

Setiap amal soleh mempunyai dua rukun. Allah SWT tidak menerima sesuatu amalan melainkan jika memenuhi dua rukun tersebut iaitu :


  1. Ikhlas

  2. Bertepatan dengan sunnah dan syara’



Dengan rukun yang pertama tercapailah kesahihan batin dan dengan yang kedua tercapailah kesahihan lahir. Berkenaan dengan rukun yang pertama Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.”

“Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak ada kena mengena dengan agama kami, maka ia adalah tertolak.”

Allah SWT telah menghimpunkan dua rukun tersebut pada banyak tempat dalam al-Quran. Di antaranya firman Allah swt dalam surah Luqman ayat 22 yang bermaksud :

“Sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah dalam dua keadaan dia berbuat baik, sesungguhnya dia telah berpegang pada ikatan yang teguh.”

Menyerah diri kepada Allah adalah mengikhlaskan niat dan beramal kerana-Nya. Membuat baik pula adalah mengikut sunnah Rasulullah saw. Fudhail bin ‘Iyadh berkata tentang firman Allah SWT (al-Mulk : 2) yang bermaksud :

“Supaya dia menguji kamu, siapakah di antara kamu yang baik amalannya.”

“Amalan yang paling baik ialah yang paling ikhlas dan yang paling benar.”Orang bertanya kepada beliau: “Wahai Abu Ali, apakah yang dimaksudkan dengan yang paling ikhlas dan benar itu?” Beliau menjawab : “Sesungguhnya sesuatu amalan itu, jika ia ditunaikan secara ikhlas sahaja tetapi tidak menepati kebenaran, maka ia tidak akan diterima. Begitu juga jika ia menepati kebenaran tetapi jika tiada ikhlas, maka ia juga tidak diterima. Amalan yang diterima ialah yang ikhlas dan menepati kebenaran. Ikhlas adalah semata-mata kerana Allah dan kebenaran adalah mengikut sunnah.”

Kemudian Fudhail membaca firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi ayat 110 yang bermaksud :

“Sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan tuhannya, maka ia hendaklah melakukan amalan yang soleh dan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain.”

Dari perkara di atas dapatlah kita ketahui bahawa niat yang ikhlas semata-mata tidak memadai supaya amalan diterima selagimana tidak bertepatan dengan sunnah dan syara’. Begitu juga amalan yang menepati syara’ tetapi tidak disertai dengan niat yang ikhlas kepada Allah tidak akan diterima.

@@@

Wednesday, January 11, 2012

Misi Amir

Setelah empat posting kebelakangan ini bertemakan politik, dan nampaknya pembaca memilih untuk menjadi 'silent reader' dan tidak mahu meninggalkan jejak pada topik yang di anggap taboo atau sensitif, maka kali ini saya munculkan sebuah posting santai bercerita kisah2 rakyat marhain.

Saya menghantar eMail kepada seorang jiran dan sahabat baik saya yang dulu kini dan selamanya seorang pendakwah yang bergerak dalam jamaah tabligh...

Tuan – bulan ini bila Tuan akan kluar 3 hari?

  • 13-15 Jan

  • atau 20-22 Jan ?

  • Hajatnya nak suruh Amir follow Tuan

  • 29 Jan - Pertandingan PingPong (anjuran AJK surau kami).

Sahabat saya itupun menjawab..

Tuan, InsyaAllah Keluar 3H pada 21 - 23 Jan ni.
Hari Jumaat 20hb Malam akan Iqtikaf di Surau Telipot.
Amir dan tuan sangat dialu-alukan bersama.
Bagi nombor h/p Amir untuk saya hubungi sama...
SEMOGA ALLAH MERAHMATI TUAN DAN KELUARGA.
SAMALAH KITA JADI PEKERJA AGAMA ALLAH.

Saya pun membalas..

Saya hantar wakil dulu…Amir 013-429 xxxx
Mintak Tuan bimbing dan tarbiyah baik punye…agar faham & risau perihal agama.
Jazakallah.

Beliau pun terus respon..

InsyaAllah saya cuba membantu, sebenarnya Allah yang akan tarbiah berdasarkan pergorbanan/keinginan masing2 dan doa restu/kerisauan ibupaba sangat membantu.
Semoga Allah terima niat tuan...

Saya pun terus SMS anak saya Amir...

"Abg klua 3 hari bsama hj munir pada 21-23jan. Iktikaf d msj telipot pd jumaat 20jan mlm. Papa klua lain kali. Abg blaja & cari pengalaman dr hj munir."

Teringat saya kepada salah satu SMS saya kepada Amir..

"Tempat pandang Allah pada makhluk ialah pada hati/qalbu, bukan pada jasad/zahir shj. Elokkan & baiki diri supaya rasa kemanisan."

Amir akan mula bercuti semesta selama 3 minggu. Maka saya cadangkan beliau menyertai misi dakwah bersama jamaah tabligh pada salah satu weekend yang terhidang itu supaya mencapai manfaat dan pengalaman yg penting. Alhamdulillah beliau menyambut baik cadangan ini dan bersedia untuk berkhidmat dan belajar.

@@@

Tuesday, January 10, 2012

Popular Votes

Popular Votes - PRU12




Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan seluruh parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya jangan sesekali memandang ringan soal persaingan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti susulan pakatan pembangkang begitu beria-ia 'cakap besar' mahu menumbangkan parti pemerintah itu.

Tegas Perdana Menteri, kerana itu BN mesti meningkatkan kesiapsiagaan dalam pelbagai aspek dan memberi tumpuan sepenuhnya soal itu supaya boleh memperoleh kemenangan besar seperti yang diharapkan.

******

Rasanya kalau tengok pada agihan undi popular pada PRU12 (refer carta di atas), cakap2 Pakatan Rakyat (PR) dapat mengambil alih Putrajaya dari BN, bukanlah 'cakap besar' atau 'cakap kosong'. Dalam PRU12, its already a 50-50 game. Pikir2 betul jugak, sebabnya 6 state jatuh ke tangan PR already iaitu Kelantan, Perak, Kedah, P.Pinang, Selangor dan WP. BN cuma dapat 8 negeri je iaitu Perlis, N9, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah & Sarawak. Itulah realitinya. Score PR12 ialah BN menang 8-6.

Jadi pada PRU13 tidaklah mustahil sebenarnya, negeri2 seperti Terengganu, N9, Perak, dan Sabah untuk jatuh ke tangan PR. Kalau itu terjadi makanya score akan jadi PR menang 9-5. Tak mustahil tak mustahil. With the momentum against BN at the moment nationwide, nothing is impossible. Walaupun taburan jumlah kerusi parlimen di Malaysia tidak berdasarkan taburan undi popular, namun PR masih boleh menang dengan simple majority, insyaAllah.

Jadi cakap2 yg mengatakan DSAI akan jadi our next PM is not impossible after all, in fact it is quite close than we ever think. Padanlah BN menggelabah giler. What is politic without power right? Nada risau daripada DS Najib di atas memang ada asas yg kukuh.

*****

"Saya ingin mengajak saudara-saudari bersama rakyat Malaysia untuk melonjakkan perjuangan menuntut kebebasan rakyat; pemerintahan yang telus dan adil; ekonomi yang dipacu segar tetapi mempedulikan nasib rakyat serta menolak keangkuhan kuasa dan rasuah.Kami sekeluarga amat terharu dengan luahan simpati dan dukungan semua. Semoga usaha murni kita bersama direstui dan diberkati Allah SWT."
- Ikhlas dari ANWAR IBRAHIM (Catatan Dari Mumbai - 10/1/12).

@@@

Monday, January 09, 2012

Alhamdulillah Anwar FREE !!!

9.32am: Dalam reaksi spontannya, anak Anwar - Nurul Izzah menulis di Twitter:"Judge: reading results immediately. Evidence not corroborated. Papa is acquitted! Takbir!"

9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebas dan dilepaskan.Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan."Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik."Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."

Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menangis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.

*****



In a surprising twist, Anwar Ibrahim was today acquitted by the Kuala Lumpur High Court of sodomising his former 23-year-old aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan.In discharging the 64-year-old PKR de-facto leader, Justice Mohamad Zabidin Mohd Diah cast doubt on the DNA evidence provided by the prosecution.




"After going through the evidence, I cannot be 100 percent certain that the evidence could have been compromised."Hence, the court is reluctant to convict on such corrobaration of evidence from SP1 Saiful."On hearing the surprise verdict, the courtroom exploded in jubilation.Anwar's wife Dr Wan Azizah Wan Ismail cried and hugged her elated husband.


In an immediate reaction, Anwar thanked his lawyers.
"I'm finally vindicated after the smearing of my character. I'm thankful to Wan Azizah and the team of lawyers led by Karpal Singh.
He also thanked the support of Pakatan Rakyat leaders."We want to continue on the reform agenda, fighting corruption, and freedom of the press."


Anwar was represented by a team of lawyers led by Bukit Gelugor MP and DAP chairperson Karpal. Outgoing solicitor-general II Mohd Yusof Zainal Abiden led the prosecution.Anwar, a former deputy prime minister was charged with sodomising Saiful at the Desa Damansara condominium between 3.01pm and 4.30pm on June 26, 2008.




@@@

Sunday, January 08, 2012

Perhimpunan 901


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pada Selasa lalu mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan memastikan sejumlah 100,000 rakyat akan turut serta dalam perhimpunan tersebut bagi menunjukkan sokongan terhadap Anwar ketika Mahkamah Tinggi membuat keputusan Isnin ini berkaitan kes liwat keduanya.

Polis Kuala Lumpur semalam membenarkan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perhimpunan di tempat letak kereta di luar pekarangan Kompleks Mahkamah, Jalan Duta.

"Bahawasanya Ketua Polis Daerah Sentul setelah menimbangkan faktor-faktor keselamatan dan ketenteraman awam mengenakan syarat-syarat berikut kepada pihak penganjur serta peserta Perhimpunan 901 yang akan berlangsung pada 9 Januari 2012 di parkir awam (Kompleks) Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta," kata kenyataan itu.

Syarat-syarat:
  1. Penganjur dan peserta tidak dibenarkan menggunakan risalah dan kain rentang dengan 'tagline' Bebaskan Anwar 901 atau Bebaskan Anwar.
  2. Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ tidak dibenarkan. Penggunaan dua 'loud hailer' dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.
  3. Pengucapan awam tidak dibenarkan sama sekali.
  4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding mahkamah.
  5. Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.
  6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan parkir mahkamah.
  7. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekiranya perlu.
  8. Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.
  9. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.
  10. Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.


Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali hari ini berkata polis tidak mengenakan sebarang syarat ketika mereka bersetuju membenarkan perhimpunan diadakan Isnin ini.


Oleh itu, katanya, parti itu tidak terikat dengan sekatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa selepas persetujuan tersebut dicapai.


“Saya ingin menegaskan bahawa KEADILAN menerima pakai persetujuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh yang dimuafakati dan diumumkan selepas mesyuarat bersama pada pagi Jumaat 6 Januari 2012.


“Persetujuan itu tidak menyentuh beberapa sekatan yang diumumkan kemudiannya oleh pihak PDRM,” katanya dalam satu kenyataan, dipetik MalaysiaKini.


“Oleh demikian, saya mengulangi seruan agar semua rakyat turun untuk menunjukkan solidariti dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menuntut keadilan dan integriti sistem kehakiman di negara ini, selaras dengan hak berkumpul dan amalan perhimpunan awam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” tambah Azmin.

@@@

Goodbye Dato Dr Hassan Ali

Selamat jalan Dato Dr Hassan Ali. Amal itu bermula dengan niat. Niat itu di hati. Niat YB hanya YB dan Allah yg tahu. Namun tindak tanduk dan kenyataan yg dikeluarkan akan ditafsir sebagai jalan yg dipilih. Maka mungkin jalan itu YB berada kini. Kerana pabila sudah berada dalam jamaah, kataputus syura menjadi pemutus. Jika memilih untuk menongkah arus, maka eloklah berada di luar jamaah. Usah terkejut atau buat2 terkejut. Sudah terang lagi bersuloh. Sayonara YB Dato Dr Hassan Ali !!

SMS A: mintak mahap la ye...u r fired !! Hassan Ali
SMS B (peminat YB): really a mistake from pas.

Note: hmmm...come to think about it, YB selalu 'clean shave' & tak simpan janggut. Apakah itu petanda atau kebetulan?

*****

Profil:

YB Dato’ Dr Hasan Hj Mohd Ali dilahirkan di Klang, Selangor Darul Ehsan pada 28 November 1947. Beliau mendapat ijazah pertama dari Universiti Malaya pada sesi 1970/71, Ijazah Sarjana dari University of Pittsburgh, USA pada tahun 1975 dan PhD dari University of Wisconsin, USA pada tahun 1985.YB Dato’ Dr Hasan pernah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik selama hampir 20 tahun. Beliau telah menjawat pelbagai jawatan di peringkat daerah, negeri dan persekutuan. Antara jawatan yang pernah disandang adalah:
  1. Penolong Setiausaha di Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri (JPM)
  2. Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor
  3. Ketua Penolong Setiausaha (Perkhidmatan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
  4. Ketua Penolong Pengarah Pusat Pengajian Pembangunan Malaysia, JPM
  5. Ketua Penolong Pengarah (Unit Perancangan) Kementerian Tanah
  6. Ketua Pusat Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
  7. Timbalan Ketua Pengarah Biro Tatanegara, JPM
  8. Timbalan Ketua Pengarah, Unit Penyelidikan Sosio-Ekonomi, JPM.
Beliau meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan pada tahun 1985 dan kini dipilih oleh rakyat sebagai wakil rakyat di DUN Gombak Setia dan Exco Kerajaan Selangor.


*****

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

TG Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
8/1/2011.

@@@

Thursday, January 05, 2012

Jom Ke Kubur

Malam tadi di Masjid as-Salam Bilal Ramli cerita soal kematian. Katanya kubur setia menanti tidak kira siapa, manusia lima bintang atau manusia tiada bintang. Kubur tetap terima. Selamat datang kata kubur ke rumah tanah, ke rumah ulat.

Mati ialah suatu perkara yang memusnahkan segala kelazatan. Namun bagi orang beriman diluaskan kuburnya dan dihiasi dengan wangi-wangian dari Syurga. Orang yang bijaksana ialah orang yang selalu mengingati mati dan berusaha ke arah mati, menyediakan segala bekalan amal kebaikan.

Bilal Ramli berpesan supaya cinta kepada masjid, ambil tahu siapa AJK masjid supaya bila ada kematian tahu siapa hendak dihubungi. Jika berlaku sesuatu kematian jangan panik. Sapu minyak urut untuk melembutkan otot2 tangan dan ikat di atas dada. Letakkan pemberat besi seperti pisau atau gunting supaya tak masuk angin. Tutupkan kelopak mata & tindihkan dgn duit syiling. Tutupkan jenazah dengan kain nipis dan kain batek. Hati2 serangan semut mayat.

Maka tidur dan berehatlah. Menunggu pagi, insyaAllah ahli2 khariat masjid akan berkunjung ke rumah untuk mengambil tindakan seterusnya. Bayaran kepada pihak masjid untuk pekej urusan jenazah ialah RM520, tapi boleh di bayar kemudian. Jangan risau fasal duit dulu. Pertama sekali pihak kena confirm berhajat untuk di kuburkan di mana? Di perkuburan setempat atau nak di bawa ke kampung asal?

Jika diputuskan secara muktamad untuk menyemadikan jenazah di tanah perkuburan berdekatan maka pihak masjid akan mengarahkan team Abu Jandal untuk menggali kubur. Jenazah akan di bawa ke Masjid untuk dimandi dan di kafankan. Maka waris dan kenalan akan berkumpul di Masjid. Solat jenazah biasanya berlangsung selepas solat berjamaah zohor atau asar.

Seterusnya keranda jenazah akan di usung masuk ke dalam van jenazah untuk menuju ke destinasi kubur. Anak2 dan waris akan masuk ke lubang kubur mengiringi jenazah dan tanah akan di timbuskan slow & steady. Selesai di tanam jenazah maka permukaan tanah akan di tinggikan sedikit dan di pacak kayu atau batu sebagai penanda.

Kemudian Pak Imam akan bacakan talqin bagi menjadi peringatan kepada sekelian pengiring jenazah yang berada di tanah perkuburan itu. Sesungguhnya ambillah iktibar dari sebuah kematian ini, kerana aku juga nanti akan mati dan di tanam di kubur ini. Sesudah itu semua yang hadir akan meninggalkan kubur ini.

Yang setia bersama si mati ialah amal baik dan amal buruknya. Bersemadilah dia di situ untuk masa yang lama dalam keadaan selesa jika amal baiknya banyak dan di luaskan ruang kuburnya dan di terangi cahaya dan bau-bauan syurga. Namun jika si mati ini seorang yang ahli maksiat maka tersiksalah dia bagi masa yang panjang di ruang kubur yang gelap dan menyempit itu ditemani ular2 berbisa. Persemadian ini berakhir apabila tiba hari kiamat, mungkin beribu-ribu tahun lagi. Wallahu'alam.

@@@

Monday, January 02, 2012

Tuan Mutlak Pemilik Budi

Alhamdulillah saya khatam Al-Qur'an dan Terjemahannya pada 1/1/2012. Dan Alhamdulillah saya juga khatam buku Telaga Budi karya TGNA susunan Annual Bakri Haron terbitan Anbakri Publika Sdn Bhd (cetakan 2009).

Pada m/s 109 dalam bab 'Apa Erti Menjadi Abdi Kepada Budi' diceritakan sebuah analogi oleh Imam al-Ghazali - kisah orang kaya yang membeli anjing dan dijaga oleh budak suruhannya. Dalam jangka panjang anjing itu tidak kenal tuannya. Yang ia kenal ialah budak yang memberinya makan dan mandikannya setiap hari. Jadi apabila tuanya mendatangi sekali sekala, ia akan menyalak, kejar dan terkam tuannya. Ini ialah kerana ia tidak kenal 'tuan sebenarnya'. Ia tidak sedar yang tuan yang dia sayang itu cumalah kuli yang menjaganya sahaja. Di sini anjing itu tersalah kenal, siapa yang menjadi punca kepada budi.

Manusia pun begitu juga. Manusia yang tidak mengenal Tuhannya, tidak akan mempedulikan Tuhannya. Tidak peduli apa2 mengenai perkaitan dengan Tuhan kerana dia melihat sesuatu itu selapis sahaja. Pokok padi -> beras -> nasi. Nelayan -> ikan -> peniaga di pasar -> resipi isteri. Majikan/Kerajaan -> gaji. Semuanya makhluk, orang dan tidak Tuhan Yang Maha Memiliki. Itu sahaja yang dia kenal dan kerana itulah orang itu dihormati. Dalam keadaan serba tersasul memahami 'Tuan Mutlak Pemilik Budi' iaitu Allah itulah 'manusia dunia' akan terus memuja manusia. Allah SWT yang membuat air, api, udara, susu getah, kelapa sawit, ikan, daging, ayam dia tidak kenal. Inilah kejahilan. Rata-ratanya, inilah yang membelenggu fikiran manusia Islam dan non-Islam di akhir zaman ini.

Bagi orang yang sungguh-sungguh kenal Tuhan, nikmat yang paling besar ialah nikmat mengenali Allah termasuk segala anugerah ciptaannya. Ustaz Tarmizi pada kuliah maghrib pengajian tasauf di as-Salam tadi menyatakan bahawa segala puji-pujian adalah hakmilik Allah semuanya. Termasuklah puji Allah pada diri-Nya, puji Allah pada makhluk, puji kita kepada Allah, dan puji kita kepada makhluk.

Apabila kita faham hakikat ini maka sifat takabbur, sifat riak dan ujub akan dapat dihindari, insyaAllah. Allah menutup aib kita maka kembalikan pujian pada Allah. Seorang chef yang pakar dalam seni makan teliti pada deria rasa akan dapat merasa kelazatan atau kekurangan pada makanan. Manis gula yang tidak sama dengan manis rambutan atau manis pisang. Begitulah nikmat dan kelazatan dalam beribadah akan rasa seronok di depan Allah bagi manusia yang memiliki nikmat deria rasa ini. Allah memperkenalkan diri-Nya melalui deria rasa ini.

Tempat pandang Allah pada makhluk ialah pada Qalbu/hati kamu tidak pada zahir/jasad sahaja. Kalau ibadah betul tapi tak ikhlas, Allah tak terima. Kalau ibadah ikhlas tapi tak betul, Allah tak terima. Solat itu mesti betul feqahnya dan dipagar dengan hati. Kalau di tengah solat pun tidak ingat Allah maka apatah lagi di luar solat. Orang yang hidup hatinya, taat kepada Allah bukan ketika di atas tikar sejadah sahaja, mana-mana ada Allah sebab hati hidup dengan Allah SWT. Maka membersih hati itu lebih penting dari membersih zahir. Tiada yang dilihat sebagai keburukan daripada Allah.

Fikir kebesaran Allah pada setiap degup jantung. Semoga tahun baru masihi ini menjadi medan juang untuk pembersihan hati bagi mencapai maqam kemanisan ibadah dan mengenal Tuan Budi Yang Hakiki.

@@@

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...