Tuesday, March 30, 2010

Tinggalkan Yang Merugikan

Kunjungan kami ke Masjid ialah untuk mengikuti kuliah maghrib, setelah menghantar anak ke kelas tusyen di sekolahnya. Namun malam ini ustaz jemputan tidak dapat hadir maka slot itu kosong tidak terisi. Setelah mendirikan solat sunat saya habiskan masa dengan zikrullah.

Nota-nota lama majlis ilmu sebelum ini saya tengok sekali lalu dengan membelek-belek buku nota yang selalu dibawa bila ke masjid ini. Terpandang nota bertarikh 8 Mac iaitu majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Zahidi pada kitab 'Penawar Bagi Hati' yang rasanya sesuai untuk dikongsi di sini. Ilmu, amal dan ibadah kita semuanya dari Allah. Maka sentiasa lahirkan terima kasih pada Allah. Sesiapa yang berterima kasih kepada Allah maka senanglah berterima kasih sesama manusia. Sesiapa yang tawaduk, Allah muliakan dia. Sesiapa yang takabur maka Allah akan hinakan dia. Semua yang kita ada ini milik Allah semuanya.
Tinggalkan yang merugikan:-
  1. Tinggalkan pandangan liar akan dapat tekun dan khusyuk.
  2. Tinggalkan bercakap banyak akan dapat hikmah dan bijaksana.
  3. Tinggalkan makan banyak akan dapat sihat dan rajin beribadah.
  4. Tinggalkan melihat aib orang akan dapat melihat aib diri.
  5. Tinggalkan memikirkan zat Allah akan lepas dari keraguan dan munafik.
  6. Tinggalkan banyak tidur akan terlepas dari papa.
  7. Tinggalkan makan haram akan hidup hati dan kabul doa.
  8. Tinggalkan makan syubahat akan jernih hati dan kuat agama.
  9. Tinggalkan maksiat akan dapat terang hati dan manis ibadah.
  10. Tinggalkan cinta dunia akan dapat mencintai Allah.
  11. Tinggalkan riak, ujub dan takabur akan terlepas dari syirik halus dan diterima ibadah.
  12. Tinggalkan da'wi akan dapat tawadduk. (**makna da'wi?)
Bersih nafsu dengan zikrullah. Bila hati bersih hadirlah makrifat dan takut pada Allah. InsyaAllah sama-samalah kita terus menyimbah hati dengan penawar bagi menyembuh segala penyakitnya. Amiin.

@@@

2 comments:

umar said...

Assalamualaikum

post yang bagus
ya..
banyak sungguh benda yang merugikan yang kita boleh tinggalkan dalam hidup..

hidup ini tidak lama

tadi melihat twitter saya..ada orang post din beramboi (artis) kena sakit kencing tikus dan secara tiba2 organ dia sume tak berfungsi dgn baik..

beristighfar saya ..

kerana yalah.cuba bayang kalau benda tu jadi kat kita

smlm okay.tibe2 arini camtu..

smntara masih ada peluang..carilah peluang beramal..

Terima Kasih
Alhamdulillah
Assalamualaikum

sot said...

TQ Sdra Umar. Benar apa yg sdra katakan itu. Lihat saja kepada si buta yg menyeberang jalan, betapa payahnya dia dlm menempuh kehidupan. Maka tidak mau bersyukur lagikah kita? Betapa banyak nikmat yg Allah bagi pinjam kpd kita. Anytime Allah boleh tarik balik. Maka tinggalkanlah perkara yg merugikan.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...