- Bahasa Melayu: A+
- Bahasa Inggeris: A
- Sejarah: A
- Mathematics: A
- Science: A
- Bahasa Arab Tinggi: B+
- Additional Mathematics: A-
- Prinsip Perakaunan: B+
- Ekonomi Asas: A
- Pendidikan Al-Qur'an dan Al-Sunnah: B+
- Pendidikan Syari'ah Islamiah: A-
Suka duka, airmata dan senyuman memenuhi suasana di rata2 sekolah seluruh negara. Pada tahun ini menyaksikan 465,853 calon menduduki SPM dengan 7,987 mendapat straight A dan 199,155 pelajar lulus semua subjek.
Kekecewaan anakanda pada PMR dengan hanya mendapat 4A berbanding target 10A tertebus jua kali ini dengan keputusan 8A dalam SPM, Alhamdulillah. Keputusan ini juga menunjukkan usaha kakak yang tanpa jemu dan membuktikan bahawa walaupun tidak menuntut di SBP dan tanpa tusyen, kejayaan manis masih boleh di raih. Its all in the mind dan sikap dan usaha yg terbaik adalah perencah utamanya.
Namun perjalanan masih panjang. Dan hari ini adalah permulaannya. Antara yang di utarakan oleh ustazah di sekolahnya tadi ialah peluang ke Timur Tengah iaitu samada Jordan, Mesir atau Morocco dalam bidang Syariah, Usuluddin, Pengajian Islam, atau Bahasa Arab tajaan JAIS. Juga permohonan biasiswa JPA & Bank Negara untuk kursus Perakaunan di Australia, Jordan, dan New Zealand.
Pada permohonan UPU secara online tempoh hari, anakanda menyenaraikan Asasi Undang2, Asasi Ekonomi & Sains Pengurusan, dan Asasi Bahasa Inggeris di UIA sebagai antara pilihan utama. Pilihan lain termasuklah Tahmidi Syariah dan Undang2, Tahmidi Perakaunan dan Muamalat di USIM dan Asasi Syariah di UM.
Apa pun papa dan mama doakan anakanda membuat pilihan yang terbaik, istiqamah dan fokus. InsyaAllah kejayaan akan terus mengiringi segala usaha gigih. Semoga perjalanan ini penuh pengalaman bermakna untuk sebuah erti kehidupan dalam jihad menuntut ilmu. Semoga menjadi insan tegar penuh hemah dan jatidiri dengan akhlak terpuji, akidah mantap disertai amal soleh. Selamat menempuh perjalanan ini anakandaku.
@@@
5 comments:
tahniah.
untuk papa dan mama nya juga :)
TQ yushida03. Segala puji bagi Allah. InsyaAllah pencapaian akan sejajar dengan kukuhnya usaha.
Alhamdulillah...tahniah..berkat doa & usaha semuo...
..tahniah buat kakak dan buat ibu dn bapak..:)
TQ Achu Tra - rezki Allah yg wajib disyukuri.
TQ pakmat - semoga pencapaian ini ada barokahnya dan menjadi inspirasi untuk kejayaan seterusnya.
Jazakallah.
Post a Comment