Kalau tak silap saya dua bulan lepas ada di iklankan di TV9 tajuk perbincangan dalam siri Halaqah iaitu perihal segala perlakuan kita di rekod oleh CCTV (Close Circuit Television). CCTV ini akan memapar kejadian di sesuatu lokasi liputan dan dipancarkan ke monitor atau skrin bagi di perhatikan oleh pihak keselamatan. Rakaman juga boleh di simpan ke dalam DVD atau tape untuk sesuatu jangkamasa. Ia boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah. Kita memang selalu nampak CCTV di pasang di pasaraya, jalan2 utama, sekolah, tempat2 awam dan kawasan2 sensitif dari segi keselamatan.
CCTV yang selalunya di pasang pada tempat2 strategik itu ada kelemahannya yang tersendiri. Dapat teka apa kelemahannya? Ia tertakluk kepada liputan tertentu dan tidak merekod aktiviti pada semua tempat, betul tak? Simpanan bahan rekodingnya juga mempunyai jangka hayat tertentu. Selalunya liputan secara langsung CCTV itu akan di monitor oleh pihak keselamatan, namun jika terlepas pandang maka terlepas lah pemerhatian secara fisikal itu. Itulah sifatnya CCTV ciptaan manusia.
Namun kita ini sebenarnya di bawah CCTV Allah. CCTV Allah amat canggih sehingga meliputi setiap ruang kehidupan manusia, termasuklah yang nampak secara fisikal, yang berlaku pada semua lokasi tiada yang akan terlepas pandang, di balik tembok, dalam gelap, dalam laut, hutan rimba, atau di angkasa raya. Lebih dari itu ia juga menembusi jasad hingga apa yang kita rancang dalam minda dan apa yang terniat dalam hati juga turut di rakam oleh CCTV Allah ini. Wow hebat !!
Kita ini 24x7 di bawah CCTV Allah. Hendak sembunyi di mana? Semua di rekodkan. Yang hebat nya apa yg terlintas atau tersirat di hati pun dapat juga di rekod oleh CCTV ini.
Di sini kita kongsikan sebuah kisah yang di petik dari blog Masjid BS ini. Penuh hikmah kisahnya. Marilah kita sama2 mengambil pengajarannya buat pedoman kita dalam perjalan kita menuju destinasi Akhirat.
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata,
Kesimpulannya kalau kita faham hakikat kehidupan kita ini, ianya sentiasa di bawah pengawasan Allah. Kejahatan dan dosa yang sebesar debu pun tidak akan terlepas dari rakaman CCTV Allah. Begitulah kebaikan dan pahala walau sekecil biji sawi pun akan Allah rakamkan. Maka benarlah Allah itu Maha Adil. Kita tidak boleh menipu Allah. Jika kita membuat sesuatu yang berlawanan dengan syariat dan suruhan Allah dan menganggap tiada orang lain mengetahuinya, maka kita sebenarnya silap kerana CCTV tadi tetap merekodkan perbuatan di sebalik tabir itu. Rekoding nya sepanjang hayat . Ia akan dipaparkan sebagai bahan bukti di hari pembalasan di Padang Mahsyar nanti.
Maka akhirnya siapa sebenarnya ingin kita tipu? Kita menipu diri sendiri saja. Dan kitalah orang bodoh yang di tipu itu. Allah tetap akan membalas segala perbuatan kita di dunia dengan adil. Setiap kali terlintas hati untuk melakukan maksiat maka ingatlah CCTV Allah di atas sana melihat dan merekodkan segala-galanya. Buatlah perkara yang baik-baik saja, insyaAllah selamatlah kita di dunia hingglah destinasi akhir kita di Akhirat nanti.
@@@

- "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
- "Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" "Ya! Anda benar." kata lelaki itu.
- Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
- Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
- "Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku akan bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.
Kesimpulannya kalau kita faham hakikat kehidupan kita ini, ianya sentiasa di bawah pengawasan Allah. Kejahatan dan dosa yang sebesar debu pun tidak akan terlepas dari rakaman CCTV Allah. Begitulah kebaikan dan pahala walau sekecil biji sawi pun akan Allah rakamkan. Maka benarlah Allah itu Maha Adil. Kita tidak boleh menipu Allah. Jika kita membuat sesuatu yang berlawanan dengan syariat dan suruhan Allah dan menganggap tiada orang lain mengetahuinya, maka kita sebenarnya silap kerana CCTV tadi tetap merekodkan perbuatan di sebalik tabir itu. Rekoding nya sepanjang hayat . Ia akan dipaparkan sebagai bahan bukti di hari pembalasan di Padang Mahsyar nanti.
Maka akhirnya siapa sebenarnya ingin kita tipu? Kita menipu diri sendiri saja. Dan kitalah orang bodoh yang di tipu itu. Allah tetap akan membalas segala perbuatan kita di dunia dengan adil. Setiap kali terlintas hati untuk melakukan maksiat maka ingatlah CCTV Allah di atas sana melihat dan merekodkan segala-galanya. Buatlah perkara yang baik-baik saja, insyaAllah selamatlah kita di dunia hingglah destinasi akhir kita di Akhirat nanti.
@@@
No comments:
Post a Comment