Saturday, January 03, 2009

Hujan Gerimis

Pagi ni hujan gerimis di daerah ini dan kawasan2 yang sewaktu dengannya. Maka aktiviti outdoor terbatas. Sambil dok lepak di living room dan membaca helaian dari Ensiklopedia Sirah (Sunnah, Dakwah dan Islam) terbitan DBP 1993, karya agung Afzalur Rahman dan diterjemahkan oleh Zaharah Salleh.

Kitab ini saya beli di awal penghijrahan saya ke KL sebagaimana tercatit pada bahagian dalam cover lengkap dgn initial signature saya bertarikh 30/3/94. Entah apa silapnya kitab hard cover biru ini hanya terperap di kabinet buku semenjak 14 tahun lalu, dan kini baru terbuka hati atau 'sampai seru' untuk mentelaah nya secara serius. Mungkin risau tengok tebal sangat kot, ada 1383 mukasurat dengan 34 bab. Dengan izin Allah, semoga khatam dalam tahun 2009 ini. Hajat saya untuk berkongsi dengan kawan2 di alam cyber seluruh dunia akan pelajaran atau petikan2 yang ada dari kitab sirah ini. Sesungguhnya kecintaan kepada Rasulullah bisa lebih serasi dengan menghayati sirah Baginda.

Dalam kedinginan bayu sepoi2 bahasa yang syahdu dalam hujan ini, teringat pula bait2 lagu Hujan dendangan arwah Sudirman yang famous zaman saya sekolah menengah di Pengkalan Chepa dulu...

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut....

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...